when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Wednesday, May 27, 2009

amalan perosak akidah

selawat dan salam ke atas kekasih junjungan mulia ,keluarga,sahabat juga kepada seluruh para nabi

kadang2 ana asyik benar memikirkan, apakah antara sebab yang boleh membatalkan syahadah..dan ia membuatkan ana terfikir tentang orang2 yang ana kasihi, teman2, keluarga serta mereka2 yang berada disekeliling ana..malah diri ana sen
diri..mungkinkah tanpa sedar ana dah melakukan perkara yang membatalkan aqidah?

pernah juga ana bincangkan dengan ustaz kamarulzam
an sulaiman tentang hal ini..saat tu ana kepingin benar inspeksi permas menjadikan isu ini sebagai tajuk artikel terbitan mingguan..tapi kesibukan akhirnya membuatkan ana lupa nak terbitkan tentang tajuk tu..apatah lagi dengan bahan yang tidak mencukupi saat itu..dan ketiadaan internet membuatkan ana makin melupakan hasrat hati itu dan meneruskan dengan artikel2 yang telah sedia ada yang diambil dari internet..

baru-baru ini waktu ana on the way ke pejabat ustaz kamaruddin, ana singgah di kedai buku..sengaja mencari buku2 baru yang ada..dan akhirnya pencarian ana diakhiri dengan pembelian..haha..=)..ana beli sebuah buku yang dapat ana jadikan rujukan dan panduan serta sebaran infonya kepada teman2..tajuknya ' 20 amalan perosak aqidah '

tapi as usual..ana tak habis baca lagi..lantas menambah bilangan buku2 yang sedia menimbun untuk di khatamkan.. tapi ana nak jugak kongsi dengan teman2 tentang amalan2 yang disebut oleh penulis buku itu sebagai amalan perosak aqidah oleh Saudara Muhammad Aiman al-Fathimelalui penerbitan alfalah..

20 amalan perosak aqidah :

1. bertawakkal dan bergantung selain kepada Allah SWT
2. mengingkari nikmat Allah SWT
3. bekerja dengan tujuan selain Allah SWT
4. berhukum dengan hukum manusia, bukan dengan hukum Allah SWT
5. memfokuskan segala kekuatan kepada selain Allah SWT
6. menjalankan hukum selain dari hukum Allah SWT
7. benci atau menentang salah satu kandungan ajaran Islam

8. menghina salah satu isi dari al-Quran atau as-Sunnah
9. mencintai kehidupan dunia melebihi kecintaannya terhadap akhirat
10. menghalalkan apa yang diharamkan Allah atau sebaliknya
11. tidak beriman dengan seluruh sumber hukum
12. mengambil orang kafir atau munafiqin sebagai pemimpin
13. tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah SAW
14. rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhid

15. mengatakan kewujudan pertentangan al-Quran
16. tidak mengetahui makrifat Allah SWT
17. tidak mengenal rasul dan menolak kebenarannya
18. mengkafirkan orang yang melafazkan Syahadatain
19. mengerjakan suatu ibadah bukan kerana Allah SWT
20. melakukan ibadat dengan riak


ana kepingin benar nak berkongsi isi tentang setiap amala
n ini tapi ana juga belum habis baca yang pertama lagi..jadi, makanya, nanti dulu lah ye..moga yang telah tersenarai di atas kita fikir2kan, renung2kan, tepuklah dada dan tanya iman..

wallahu ta'ala 'alam


-nak tidor dah ^-^-

arah tuju dunia dan akhirat

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

hari ni hari yang sangat ceria..haha..sebabnya adik ana yang tadika tu, si khairul najmi tak ke sekolah hari ni..sekolahnya rehat sebab semalam ada event..jadinya dari pagi tadi lepas kemas mengemas, berlari-larian dan bergaduh2 dengan dia..huhu..kadang2 suka dengar dia nangis..umurnya baru 5thn tapi kami semua layan dia macam dia budak besar..sampaikan kalau dia mintak susu kat mama pun kami ejek..dia nangis pun kami ejek walhal dia kecik lagi.. khairul najmi bin roslan


ntahlah..eh..nak cerita lain sebenarnya

baru tadi ada seorang sahabat YM ana..katenya sedih li
hat mahasiswa sekarang..kami borak2 pasal suasana di kampus masing2..dia student ukm..tapi masa tak mengizinkan dan tak sempat nak bincang2 lebih banyak isu..huhu..macam ahli parlimen bincangkan isu negara,..

tapi nak dikatakan..memang ramai yang kate dan ana pun maklum sendiri..perubahan yang makin ketara kepada sahabat2 kita di kampus..sosial..pada diri ana sendiri ana rase ana tak bersedia lagi nak berhadapan dengan masalah macam ni..maklumlah di kampus ana tak lah teruk sangat sosialnya..tapi jika ana diletakkan di kampus
di bandar seperti kl..ana rase ana tak bersedia..dengan masyarakat sekeliling lagi..masyarakat kampus lagi..

sayang sekali..bila kita tengok kembali..ada diantara sahabat yang kurang pasti arah tuju hidupnya..adakah sekadar pertukaran umur, pertukaran alam sekolah yang ditempuh..kemudian kerja..khawin..dan menjadi tua lalu meninggal..itu je ke?
mungkin silap kiuta juga sebagai sahabat tak bimbing sebaiknya..pada ana sebagaimana kita ingin dan dambakan kasih illahi dan syurganya sebegitu juga kita mahu sahabat kita..


mahukan apa yang kita mahu malah lebih dari kita..kalau kita impikan syahid..mereka seharusnya kita bimbing agar bercita-cita untu
k syahid..tak gitu..tapi..kita pun sedia maklum dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang ada..menyukarkan kita untuk capai semua itu..tapi pada ana yang paling penting adalah kesungguhan kita untuk 'follow up' kawan2, sahabat2 dan teman2..sebab andai mereka telah jauh tersimpang..kita maklum dan sempat untuk bertindak..

ana selalu katakan pada salah seorang sahabat yang ana sangat kasihi..cik maizatul..

'kita dengan sahabat ini umpamakita mengikat mereka dengan tali..kita biarkan mereka selgi mereka melakukan makruf..dan kita tarik tali itu p
erlahan-lahan bila mereka melakukan mungkar atau telah jauh dari landasan islam..tapi ingat! jangan kita rentap tali itu kerana dikhuatiri akan terputus kelak..'



sahabat itu adalah saudara kita apatah lagi jika seagama..mereka itu umpama anggota badan kita..jika ada yang sakit..pasti sakitnya kitakan rasa jua..se
harusnya kita backup kawan2 samaada dari dibuka keburukannya, dicaci dan dihina atau sewaktu dia dikhianati..kitalah yang turut berperanan mencorak mereka kerana jika kita berjaya..mmereka kan jadi insan yang lebih dicintai oleh Allah..lebih dari kita..itu yang kita mahukan..dan jika kita gagal..maka gagallah kita sebagai seorang sahabat ..dan mungkin kita kan disoal kelak di akhirat..kerana tidak menghalang dan bersungguh2 mengajak mereka barangkali..tapi andai kita telah meningkah dan menghalang serta menasihati dan menunjuki jalan sebenar yang seharusnya mereka ikuti..still mereka enggan..apalah daya kita..moga kita terselamat dan boleh menjawab di hadapan Yang Haq kelak...

apa2 pun ada sahabat2 ana yang akan bernikah kelak..moga mereka diberkati rumahtangganya yang akan dibina dan kepada yang akan sambung lagi..ahlan wasahlan ana ucapkan jika mereka dapat ke kampus yang sama lagi..rindu kalian..kasih kalian hany
a keranas Allah..

wallahu ta'ala 'alam

-rompin,n9-

Tuesday, May 26, 2009

Allah..beri kami kebahagiaan

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

selawat dan salam ke atas Rasul

hm~ kenapalah mata nih tak ngantuk lagi..hari ni terasa sangat penat walhal tak keluar rumah pun satu hari ni..keluar jemur baju je kot..huhu..semakin malas bergerak nih..

teringat pesanan kaklong yang mengingatkan tentang pesanan mak mertuanya (mek abe eme)..

'sekali malas selamanya malas'

ya Allah, mohon bangat dijauhi dari sifat itu..
hari ni kelihatannya semua orang sihat..

najmi - adik bongsu yang amat2lah disayangi oleh keluarga sangat ceria hari ni..terlompat dan tertawa riang ria umpama kanak kanak ribena..seperti biasa..ana suka menyakat dia..kadang2 saje nak buat dia nangis..huhu..satu2nya adik lelaki gue itu..

acu n aca - hm~ si kembar yang nakalnya subhanallah..walhal dah 15 tahun..oh Allah..just imagine..15 tahun tapi nakal..Allah hu 'alam..tapi hidup lebih kontra dengan mereka..contradic..sebabnya diaorang degil tapi senang disuruh tolong-tolong buat kerja..kontra sebab walaupun kembar tapi perangai, wajah, warna kulitnya tak serupa..Maha Suci Allah Tuhan Yang Mencipta segalanya..

farah - baru daftar iiummc semalam..alhamdulillah..rezekinya di UIA..moga ana juga dapat sambung disana kelak degree nanti..farah ni..hm~ana rase senang hati bangat hari ni..Syukur ke hadrat mu Allah..ana sempat berpesan2 pada farah..dengan pengalaman yang ana timba di dalam menjalani kehidupan di universiti..moga-moga dia dapat jalani kehidupan yang lebih baik dengan bimbingan Allah sentiasa..lebih dari ana..amin ya Rabbul 'Izzati

ma n abah - alhamdulillah..happy as usual..ma dah makin sibuk..nampaknya kerja kat dapur tu sepenuhnya dah jadi tanggungjawab gue..bolehla ana asah bakat memasak..Insya Allah..moga ma sentiase sihat ya Allah
abah pulak makin pening dengan segala kes dan report2 yang diterima..makin menimbun hari2..Ya Allah ana mohon yang terbaik..setakat ni kami nampak yg terbaik adalah abah bersara awal..ya Allah jika itu yang terbaik..makbulkan dan gantikan dengan yang lebih baik..tapi jika tidak..ana redha..segalanya yang terbaik dari mu OH ALLAH..

kaklong..hm~ana rase ana kena pi rumah dia lagi..tolong2 ape yang patut..kesian pulak tengok dirinya yang sgt sibuk dengan dua anak yang comel sangat dan suami yang selalu travel demi kerja..moga mereka sentiasa menjadi pasangan dan family yang engkau kasihi

abang- tolonglah..kahwin cepat..haha..tak de lah..hm~abang ..moga dia dapat cuti..dan dapat keputusan yang baik..moga kerjanya diberkati dan dipermudahkan..

rindu saat kami berkumpul bersama 7 beradik..macam2 cerita, iktibar dan gurauan dari saat waktu kami kecil hinggalah sekarang kami bualkan kembali saat berkumpul..rindunya kat kalian..

esok pasti lebih penat..wallahu alam..

terbayang-bayang kisah seksaan kubur yang kami tengok bersama di rumah kaklong semalam..moga sentiasa terbayang agar jadi penguat iman dan bertamabh takut pada azab Allah dan api neraka..

-back at home-

Monday, May 25, 2009

akhlak mengubah dunia - mengutamakan doa

''berdoalah kepada Allah, padahal kamu yakin dengan diperkenankan-Nya. dan sesungguhnya Allah Taala tiada menerima doa dari hati orang yang lalai dan cuai''


Friday, May 22, 2009

nurie : ujian kasih..

''aduh..peningnya kepala.kenapa susah sangat nih..'' kate iman

''ape nye nih iman? dari tadi nti merungut-rungut..tak senang ana dibuatnya..apaan nih?'' kata nurie sambil mengajuk dalam loghat indonesia

''ni ha..dari tadi asyik call ana..tak reti-reti agaknya..ana tak nak dia ganggu hidup ana lagi. ''

''ape halnya pulak nih..? nti ada buat salah dengan orang ke? atau berhutang?jangan main main iman..susah nanti''

''taklah..ni kawan-kawan lame ana..tau je lah mereka tu macam mane..''

''oh..itu ke..usah risau..la takhaf wa la tahzan..innallaha ma'a..doa je lah moga mereka tu kembali bersih dan menjadi orang-orang beriman..mereka tu contact nti pasti ada sebab..''

''ape lagi..nak ajak ana sekali dengan amalan hidup mereka yang kebaratan tu lah''

''isyh..iman! hm~ jangan su'u dzon lah..cuba positive thinking sikit..Allah nak dekatkan mereka dengan nti agar mudah nti tarbiyyah mereka dan membawa mereka bersam-sama nti tu..bersangka baiklah terhadap ape yang Allah kurniakan..dengan itu, kita juga jadi bersangka baik dengan Allah..''

'sebenarnya ana takut..iman ana nih bukan sekuat nti nurie..''

'' siape kate nih? nti tak yakin dengan kemampuan yang Allah beri pada nti? gituk? hm~ macam anak kecul ah! nti itu orang yang mencintai al-quran, terus, pantas aja mencintai Allah dan Rasul..masakan imanmu masih kau ragui..ya iyalah..iman itu kita tak nampak kuantitinya tapi namamu aja 'iman' takkan tak termotivasi..WAJIB! untuk nti termotivasi..lainlah ana nih..hidayah tapi hidayah itu sukar dimiliki..''

''hm~''

''ah! mengeluh lagi..tak baik dong..''

''kamu asal dari indon ya nong"'

gelak tawa dua sahabat terlerai..nurie berjaya menceriakan sahabatnya



''Allah itu tidak akan menguji jika hambaNya tidak mampu..nti mampu dan Allah tahu itu..malah, ana juga yakin nih..nti mesti mampu..mungkin nti jadi begini sebab nti jauh dari ilmu..maksud ana..buku-buku yang nti tinggalkan tanpa selesai membacanya pun dah menimbun..lagi dibeli yang baru..bila nak hanis kalau gitu..jangan pisahkan diri dengan ilmu..lagi satu pesanan ana yang terakhir..jangan tinggal yang wajib dan kerjakan terus yang sunat dengan istiqamah..jaga hablumminallah lantas Allah akan backup hablumminannas..usah khuatir ya..Allah itu Maha Bijaksana dan Dia pasti ada ketentuan yang baik untukmu..dah sekarang ayuh fikir macam mana nak selamatkan teman-teman nti tu..''

mengeluh = berputus asa..berputus asa bukan sifat seorang muslim..memang benar sahabat ana tu menghadapi masalah yang besar dengan teman-teman lama..hm~ ana juga begitu..tapi..yang paling penting jangan lupa doakan mereka agar mereka seperti kita, malah lebih..mengejar cinta akhirat, cinta Illahi..

tapi yang paling penting adalah sokongan padu dari teman-teman..nah macam si iman itu..ana pernah ada ketikanya rasa berputus asa dengan sahabat2 lama ana juga..malah lebih teruk..saat itu, ana membayangkan diri ana beralih arah menjadi seperti mereka..na'uzubillah hi minzalik..minta betul dijauhi..syukur sahabat2 yang disekeliling adalah sahabat2 yang mencintai al-quran, Allah dan rasul..jadinya kita semakin termotivasi dengan mereka..andai ana buat kesalahan..ana pasti terfikir yang ana sudah tidak layak bersama mereka..orang2 soleh yang sentiasa mencintai illahi..

terima kasih wahai KEKASIH ABADI..Allah..tiada siapa yang mencintaiku lebih darimu..beri kan aku kekuatan sekuatnya untuk mencintai mu lebih dari segalanya..malah lebih dari mencintai syurga..amin ya rabbal 'alamin

ujian diberi sebagai simbolik kasih..kasih Allah selaku Pencipta Yang Maha Esa kepada hambaNya..ujianlah yang akan mendekatkan kita denganNya..semakin banyak ujian, tanda Allah itu semakin Kasih Pada KITA..

-selayang-

Monday, May 18, 2009

man hua salahuddin al ayubi?

SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga.



Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib.
Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam.
Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

rinduku pada seseorang...

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

alhamdulillah..cuti semester ni banyak memberi ruang kepada ana untuk kembali menilai diri dan melihat serta memperbetulkan segala kesalahan dan kekurangan atau lebih tepat 'kebodohan' yang lalu...kembali mengenal diri..kembali menggapai impian dan cita-cita yang suatu ketika sentiasa segar dan kukuh di benak dan di hati..impian yang menjadikan diriku ini sebagaimana hari ini..

bermula semalam (waktu dalam bas on the way ke kl) ana kembali membaca buku-buku lama milik ana yang tak habis lagi di baca..dua buah buku yang ana sangat-sangat bercita-cita untuk habiskan pembacaan dalam masa dua hari ini..tapi macam susah pulak nak habiskan dalam masa dua hari bila lihat kembali tanggungjawab yang tergalas di bahu seampai sahaja di kl yang dulunya ku gelar 'kota kejahatan'..

apalagi..menemani kaklong di rumah dan membantu dirinya yang kesibukan..Allah sahaja yang tahu betapa aku syukuri hari ini..saat ini..dulu kami tak pernah rapat..ana dulu rapat dengan akhi dan kakcik..alhamdulillah..berkat doa rabitah yang kami amalkan mungkin telah mendekatkan kami..adik-beradik..

ah..ana begitu rindu sekali saat satu family berkumpul..gelak ketawa saat mengimbau zaman kanak-kanak pasti tercetus..membangkitkan keharmonian dan kebahagiaan dalam keluarga..apatah lagi kami amat rapat dengan abah dan ma..

hm~ tapi ana kini rindu..rindu akan seseorang..yang dah lama pergi..rindu akan kebahagiaan dan keamanan,kemenangan yang akan dibawa olehNya andai dia masih bernafas..tak..sebenarnya ana mengimpikan seseorang yang sepertinya untuk muncul..ya..seluruh umat menantikan nya..

siapa yang ku rindui?

yang saat menghayati penulisan ustaz maszlee malik..ana teringatkannya..seolah-olah kedengaran takbir laungannya membangkitkan semangat tentera muslimin di zamannya..

SALAHUDDIN AL-AYUBI..

mungkinkah akan muncul seorang lagi seperti dirinya..bilakah akan dapat kami hantarkan bantuan tenaga ke Palestin..

gusar melihat generasi kini yang menganggap palestin sekadar derma dan amal kebajikan..

wahai generasiku..Palestin itu perjuangan agama! kita wajib turut serta..

saat ini rakan-rakan ku sedang lena diulit godaan dunia..si R, si N, si AR dan si S..masih lagi asyik dengan dunia dan amalan hidup kebaratan mereka..

sahabat! dunia ini akan hancur..jika engkau mahu hancur bersam dengan keseronokan dunia..jangan engkau ajakku bersama..
tapi demi kebahagiaan akhirat..aku tidak akan meninggalkan kalian..aku akan tetap usaha agar kalian dapat apa yang aku impikan..jannah..syafaat dan naungan..di ahirat nanti..

malam tadi si S menghubungi ku..aduh..mereka ini tak henti-henti mengajakku bersama mereka..ke dalam jerat dosa..

kelapangan dan kesusahan itu Allah bagi wahai teman-teman..pilihlah..kita mahu syaitan menang atau kita yang mahu menang..ingat! kita ini semulia-mulia makhluk andai kita benar2 beriman, kasih Allah tidak terhenti untuk kita...kembalilah ke pangkal jalan

Wallahu ta'ala 'alam..

Email Sahabatku:Bila Paderi Dedah Rahsia

Setelah beberapa kali menerima dan membaca email ini, ingin aku berkongsi
dengan anda semua..Bacalah kawan2..
Assalamualaikum dan salam sejahtera…”
LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN“
Hayati kandungannya
Bismillahirrahmanir rahim.
Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan
dan manfaat untuk kita,insya Allah… Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya diAmerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah
berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya.
Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.. Hubungan mereka semakin
akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan- jalan di sebuah perkampungan di
Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.
Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia
keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi
permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu
bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka..

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan
lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat
kepada para hadirin dan berkata,

” Di tengah kita ada seorang Muslim. Akuharap dia keluar dari sini.”

Pemuda Arab itu tidak bergerak daritempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namundia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi ituberkata,

“Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ”

Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi,

“Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?”

Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapatdi wajahmu.”

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan
kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk
memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim
itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ”

Si pemuda tersenyum dan berkata,“Silakan!”

Sang paderi pun mulai bertanya,

“Sebutkan satu yang tiada duanya,dua yang tiada tiganya,tiga yang tiada empatnya,empat yang tiada limanya,lima yang tiada enamnya,enam yang tiada tujuhnya,tujuh yang tiada delapannya,delapan yang tiada sembilannya,sembilan yang tiada sepuluhnya,sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,sebelas yang tiada dua belasnya,dua belas yang tiada tiga belasnya,tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!

Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?

Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?

Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!

Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting,setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah,3 di bawah naungandan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepadaAllah.Setelah membaca “Bismillah.. .”dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialahAllah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialahMalam dan Siang. Allah s.w.t.berfirman,
” DanKami jadikan malam dan siang sebagaidua tanda (kebesaran kami).”(Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalahkesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialahLangit yang tujuh lapis.
Allah s..w.t.berfirman, “Yang telah menciptakantujuh langit berlapis-lapis. Kamusekali-kali tidak melihat pada ciptaanRabb Yang Maha Pemurah sesuatu yangtidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.
Allahs.w.t. berfirman, ” Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjurulangit.Dan pada hari itu delapan orangmalaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu diatas(kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada NabiMusa yaitu: tongkat, tangan yangbercahaya, angin topan, musimpaceklik,katak, darah, kutu dan belalang.*-

Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialahKebaikan.
Allah s..w.t.berfirman, “Barang siapa yang berbuatkebaikan maka untuknya sepuluh kalilipat.” (Al-An’am: 160).-

Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah)ketika Musa memohon air untuk kaumnya,lalu Kami berfirman, “Pukullah batuitudengan tongkatmu.” Lalumemancarlahdaripadanya dua belas mata air.” (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktuSubuh. Allah s.w.t.. berfirman, “Dan waktusubuh apabila fajarnya mulaimenyingsing. ” (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi YunusAS...

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalahsaudara-saudara Nabi Yusuf,yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya,
Wahai ayah kami,sesungguhnya kami pergi berlumba-lumbadan kami tinggalkan Yusuf di dekatbarang-barang kami, lalu dia dimakanserigala.”
Setelah kedustaanterungkap,Yusuf berkata kepada mereka,
“Tak adacercaan terhadap kamu semua.” Dan ayahmereka Ya’qub berkata,
“Aku akanmemohonkan ampun bagimu kepada Rabbku.Sesungguhnya Dia-lah Yang MahaPengampun lagi Maha Penyayang.”(Yusuf:9

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.” (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,Malaikat, Unta Nabi Shalih dan KambingNabi Ibrahim..

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialahAbu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.

Allah s.w.t.berfirman, “Wahai api dinginlah danselamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).-

Makhluk yang terbuat dari batu adalahUnta Nabi Shalih, yang diazab denganbatu adalah tentara bergajah dan yangterpelihara dari batu adalah AshabulKahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dandianggap perkara besar adalah TipuDayaWanita, sebagaimana
firmanAllahs.w.t. “Sesungguhnya tipu daya kaumwanitaitu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).-

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah, 3 dibawah teduhan dan dua di bawah sinaranmatahari maknanya: Pohon adalah Tahun,Ranting adalah Bulan, Daun adalahHari dan Buahnya adalah Solat yanglima waktu, Tiga dikerjakan di malamhari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendakpergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, “Apakah kunci surga itu?”
Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah.
Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil.
Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidakmampu menjawabnya!
Paderi tersebut berkata,
“Sesungguhnya aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”
Mereka menjawab,
“Kami akan jamin keselamatan anda. “

Paderi pun berkata,
“Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , WaAsyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. “
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam.

Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga merekad engan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

**NOTA:Ini merupakan sebuah artikel yangcukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agarmembaca dan memahami isi kandunganAl-Qur’an bagi membolehkan kitamenangkis tohmahan dan menjawabpertanyaan orang-orang kafir.Saya pernah membaca dari satu bukubahawa sebenarnya paderi Kristian tahubahawa Kunci Syurga itu adalah DuaKalimah Syahadah. Kerana itu(kononnya)apabila nazak seorang Kristian,maka paderi akan datang membisikkan kalimahitu ke telinganya dengan harapan diaakan mati dalam Islam. Saya tidakpasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ketelinga orang nazak) benar atau tidak.Namun saya pasti ahli kitab Kristiantahu bahawa Kunci Syurga adalah DuaKalimah Syahadah. Cuma, mereka tidakmahu mengaku (kebenaran Islam) keranabimbang akan kehilangan pangkat dankedudukan duniawi.Wallahua’lam

http://lutfimj2006.blogspot.com/

bila sang paderi dedah rahsia

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

salam alaik

paderi..paderi..kadang2 kita akan dapat sms atau email tentang gerakan dakyah mereka dan berita tentang usaha mereka menyesatkan kaum muslim..kita bila lagi nak gerak ramai-ramai macam mereka?

tak lame dulu dalam akhbar ada kisah seorang ayah yang nekad mahu menukar agamanya dan keluarganya..dek kerana dahsyat diuji dengan kemiskinan dan mendakwa dipinggirkan jiran2..
tapi bila ditanya apa yang menyebabkan dia sampai terfikir begitu sekali, dia enggan menjawab..hm~ Alhamdulillah..Allah sangat2 mengasihi hambaNya..mereka akhirnya tidak jadi nak tukar agama..

waktu ana sekolah dulu pun keluar isu paderi-paderi ni..
ustazah pernah cerita saat ana di bangku sekolah rendah dulu..untuk pengetahuan..sekolah ana dibina dalam kawasan gereja..makanya kalau pergi seremban dan nampak gereja kat depan terminal 1 shopping complex tu..ha..sebelahnya tu lah sekolah ana dulu..dari darjah satu hingga darjah ..kemudian ana ambil aliran agama di skolah lain dan form 2 masuk sekolah methodist tu balik sampai form 5..kakak ana, abang dan adik2 pun disitu..cuma ana je yang sambung sekolah menengah kat situ..yang lain alhamdulillah dapat tukar sekolah yang lebih bagus..

ustazah ana cerita waktu zaman dulu..mula2 nak sambut maulud nabi..pihak guru2 islam bersusah payah buat permohonan tapi pihak gereja menentang..siap pakai sepanduk..
tapi bila dah dapat dan diluluskan untuk buat sambutan untuk Rasul tercinta sebagai tanda kecintaan kita..ramai pulak student yang tak datang..hm~nak buat macam mane..generasi la ni kurang minat dengan hal2 begini kerana ternyata mereka dah terikut dakyah barat .

ada satu ketika sekolah kegemparan dek kerana ada cerita tentang orang2 gereja mengedarkan air yang telah dicampur dengan 'holy water'..ana darjah 5 waktu tu tapi sahih atau tak cerita tu, kami tak tau..yang pasti kami suka tengok pengantin wanita dengan gown yang cantik tatkala ada perkahwinan dilangsungkan..tapi kalau ada kematian..seram sejuk pulak dengar lagunya..

yang kelakar..hari jumaat..kaum adam pergi solat jumaat manakal mereka yakni penganut-penganut kristian ni pulak buat chapel service..pkul 11 lebih student2 akan tolak drum,gitar, masuk dalam gereja..yang kelakar tu..dalam gereja boleh menyanyi..?huhhu..pakai drum pulak tu..tak gamat or bingit ke? ntahlah..

hm~ ni satu artikel dari seorang sahabat yang di email kepada ana .. harap kita sama2 ambil pengajaran dan moga kita bertambah iman detik demi detik..amin..

wallahu 'alam

Saturday, May 16, 2009

sumber : iluvislam.com - himpunan hadith JAKIM

Tajuk :
Kualiti Iman Seorang Muslim


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.”

Baihaqi


HuraianPengajaran Hadis:

i) Ciri khas dalam akidah yang wajib ada dalam diri setiap individu adalah perasaan cintakan Allah kerana ia merupakan kayu ukur terpenting dalam menilai kualiti iman seorang muslimyang sebenar.

ii) Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabilamengingati Allah iaitu mereka banyak berzikir, mengerjakansembahyang, membaca al-Quran dan sebagainya sebaliknya bagiorang yang tidak cintakan Allah, dia merasa bosan dan rimasapabila mendengar kalimah-kalimah Allah dan malas untuk berzikir (mengingati Allah) jauh sekali untuk beribadat kepadaAllah.

iii) Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kalasenang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripadaAllah S.W.T, kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin,jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat. Sebaliknyamereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannyaakan didapati kosong, kecewa dan hampa.
Wahai Muslim, "Let's Stand Tall & Unite"
www.iLuvislam.com
Im Koyube
Editor : Im Koyube

Lagu ni sangat menarik dan menyentuh jiwa.Marilah sentiasa berdoa supaya suatu hari nanti, kita semua dapat bersatu dan berganding bahu dalam merealisasikan janji Allah bahawa Islam itu lebih tinggi dari yang lain.Selamat mendengar dan menghayati lirik.

Title of the song: Stand Tall
Singer : D-Clique

i can't see how
we leave behind someone in need
won't we heed their final plea
can't we see their hearts still bleed
my back won't turn
justice is the final word
this won't be a dream deffered
emerge from the darkness
ummah rise
see you and i are one in the same
we feel a need to change
don't wanna blame ourselves
for a reckless lifestyle that we're living today
no peace no treaty no conversations
no pride no pity no muslim nation
don't we got a name to protect
realize this we got islam on our back
representing truth
how can we survive it ain't instilled in the youth
steady losing grip of the faith
remove the mask of ignorance and put on a new face
embrace a new change for the better
maybe we can see the day when we all survive together
stand tall, rise up, stand firm, stand up
be proud, unite, look in my eyes and i'll shout it out
i don't wanna see no pain no more in the eyes of innocent people
i don't wanna witness this in
justice, hear no, speak no evil
cuz i feel my heart is in my throat
i don't wanna see another fall
i don't wanna take another glance
my people just stand tall
stand tall
stand tall
woah my people just stand tall
i can see the faith and hope in you
the fire in the eyes for the one who cries truth
i can see the pain
i can take the blame
i can see the troubles that we all overcame
now can you see the faith and hope in me
can you feel the fire that is soon to freeze
can you hear the screams
can you feel me breathe
can you see me pray
in cuz i'm on my knees
now prayin for the day that we all can live
prayin for the day that i teach my kids
all the right and wrong
i gotta stay strong
say it one more time
my people stand tall
my people just stand tall
woah my people just stand tall
i don't wanna see no pain no more in the eyes of innocent people
i don't wanna witness this in
justice, hear no, speak no evil
cuz i feel my heart is in my throat
i don't wanna see another fall
i don't wanna take another glance
my people just stand tall
stand tall
stand tall
woah my people just stand tall
stand tall
stand tall
woah my people just stand tall
i can't see how we
leave behind someone in need
won't we heed their final plea
can't we see their hearts still bleed
my back won't turn
justice is the final word
this won't be a dream deffered
emerge from the darkness
ummah rise
i don't wanna see no pain no more in the eyes of innocent people
i don't wanna witness this injustice, hear no, speak no evil
cuz i feel my heart is in my throat
i don't wanna see another fall
i don't wanna take another glance
my people just stand tall
stand tall
stand tall
woah my people just stand tall
my people just stand tall

Friday, May 15, 2009

the beauty of Islam? yeke?

dengan nama Allah yang Maha Penurah lagi Maha Penyayang


salam alayk sodiqoti..


semua orang kate..Islam is beautiful..

kadang2 ana tertanya-tanya sendiri..apa makna kata-kata tu pada diri ana sendiri..

'' Awak, saya nak tanya boleh ? '' tanya salah seorang staff di tempat ana study.
'' Tanya apa encik? ''

'' Awak ni dari sekolah mana? ''

isy...ni lah soalan yang ana paling sensitif sekali dalam hidup ana..

'' sekolah methodist..Anglo Chinese school (ACS)..kenape encik?''

'' tak de apelah.. manelah tau..sekolah arab ke..''

kenape ye? takboleh ke student sekolah methodist atau sekolah-sekolah 'bukan' aliran agama pakai tudung labuh? cakap bahasa arab?

ni lah cuture masyarakat Islam di Malaysia sekarang..

tapi..


pada ana..ana tak kisah sangat..cuma rase tak best dan segan bila nak sebut nama sekolah ana yang depan sekolahnya ada 'gereja methodist' tu sedangkan ana ni sedang usaha untuk menjadi orang-orang yang mengamalkan Islam dengan sebaik mungkin..


tapi berlainan sangat, bila adik-adik usrah dan adik-adik halaqah atau sesiapa saje sahabat-sahabat yang nak tau pasal diri ana..ana pasti akan cerita bagaimana ana mula pakai tudung labuh dan jadi semakin faham dengan agama Islam dan cuba sedaya upaya nak amalkan dengan sebaik mungkin..


pada ana..bila ana soal balik diri ana..'Why people say Islam is beautiful?' ana boleh cerita dari pengalaman ana sendiri..carilah 'the beauty of Islam' itu sendiri dari perspektif dan pandangan kalian sendiri..carilah melalui pengalaman sendiri..barulah kalian akan benar-benar rase keindahan Islam..it makes people becoming a better person each day..closer to our beloved creator..Allah Azzawa Jalla..