when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Wednesday, May 27, 2009

arah tuju dunia dan akhirat

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

hari ni hari yang sangat ceria..haha..sebabnya adik ana yang tadika tu, si khairul najmi tak ke sekolah hari ni..sekolahnya rehat sebab semalam ada event..jadinya dari pagi tadi lepas kemas mengemas, berlari-larian dan bergaduh2 dengan dia..huhu..kadang2 suka dengar dia nangis..umurnya baru 5thn tapi kami semua layan dia macam dia budak besar..sampaikan kalau dia mintak susu kat mama pun kami ejek..dia nangis pun kami ejek walhal dia kecik lagi.. khairul najmi bin roslan


ntahlah..eh..nak cerita lain sebenarnya

baru tadi ada seorang sahabat YM ana..katenya sedih li
hat mahasiswa sekarang..kami borak2 pasal suasana di kampus masing2..dia student ukm..tapi masa tak mengizinkan dan tak sempat nak bincang2 lebih banyak isu..huhu..macam ahli parlimen bincangkan isu negara,..

tapi nak dikatakan..memang ramai yang kate dan ana pun maklum sendiri..perubahan yang makin ketara kepada sahabat2 kita di kampus..sosial..pada diri ana sendiri ana rase ana tak bersedia lagi nak berhadapan dengan masalah macam ni..maklumlah di kampus ana tak lah teruk sangat sosialnya..tapi jika ana diletakkan di kampus
di bandar seperti kl..ana rase ana tak bersedia..dengan masyarakat sekeliling lagi..masyarakat kampus lagi..

sayang sekali..bila kita tengok kembali..ada diantara sahabat yang kurang pasti arah tuju hidupnya..adakah sekadar pertukaran umur, pertukaran alam sekolah yang ditempuh..kemudian kerja..khawin..dan menjadi tua lalu meninggal..itu je ke?
mungkin silap kiuta juga sebagai sahabat tak bimbing sebaiknya..pada ana sebagaimana kita ingin dan dambakan kasih illahi dan syurganya sebegitu juga kita mahu sahabat kita..


mahukan apa yang kita mahu malah lebih dari kita..kalau kita impikan syahid..mereka seharusnya kita bimbing agar bercita-cita untu
k syahid..tak gitu..tapi..kita pun sedia maklum dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang ada..menyukarkan kita untuk capai semua itu..tapi pada ana yang paling penting adalah kesungguhan kita untuk 'follow up' kawan2, sahabat2 dan teman2..sebab andai mereka telah jauh tersimpang..kita maklum dan sempat untuk bertindak..

ana selalu katakan pada salah seorang sahabat yang ana sangat kasihi..cik maizatul..

'kita dengan sahabat ini umpamakita mengikat mereka dengan tali..kita biarkan mereka selgi mereka melakukan makruf..dan kita tarik tali itu p
erlahan-lahan bila mereka melakukan mungkar atau telah jauh dari landasan islam..tapi ingat! jangan kita rentap tali itu kerana dikhuatiri akan terputus kelak..'



sahabat itu adalah saudara kita apatah lagi jika seagama..mereka itu umpama anggota badan kita..jika ada yang sakit..pasti sakitnya kitakan rasa jua..se
harusnya kita backup kawan2 samaada dari dibuka keburukannya, dicaci dan dihina atau sewaktu dia dikhianati..kitalah yang turut berperanan mencorak mereka kerana jika kita berjaya..mmereka kan jadi insan yang lebih dicintai oleh Allah..lebih dari kita..itu yang kita mahukan..dan jika kita gagal..maka gagallah kita sebagai seorang sahabat ..dan mungkin kita kan disoal kelak di akhirat..kerana tidak menghalang dan bersungguh2 mengajak mereka barangkali..tapi andai kita telah meningkah dan menghalang serta menasihati dan menunjuki jalan sebenar yang seharusnya mereka ikuti..still mereka enggan..apalah daya kita..moga kita terselamat dan boleh menjawab di hadapan Yang Haq kelak...

apa2 pun ada sahabat2 ana yang akan bernikah kelak..moga mereka diberkati rumahtangganya yang akan dibina dan kepada yang akan sambung lagi..ahlan wasahlan ana ucapkan jika mereka dapat ke kampus yang sama lagi..rindu kalian..kasih kalian hany
a keranas Allah..

wallahu ta'ala 'alam

-rompin,n9-

0 comments:

Post a Comment