when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Thursday, October 29, 2009

:: 10 rukun bai'ah::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha pengasih
Selawat dan salam buat rasul junjungan mulia, keluarga, sahabat serta para anbiya' seluruhnya sepanjang zaman

membaca nukilan ustaz nasruddin at tantawi dan abu saif berkaitan ummah centric vs jemaah centric yang hangat 3 tahun dahulu mengingatkan ana tentang rukun bai'ah yang ana pelajari setahun lepas..10 semuanya..sekadar refreshment pada iman...

1. faham

2. ikhlas

3. amal

4. jihad

5. pengorbanan

6. taat

7. tsabat

8. tajarrud

9. ukhuwwah

10. tsiqoh

hm..moga sentiasa di minda buat panduan...
dan moga bila di soal oleh kak asyikin taklah tergagap nanti..
dan moga oleh ingatkan sahabat2..insya allah..amin

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia, Muhammad al-Amin, SAW, keluarga, para sahabat dan seluruh anbiya’ sepanjang zaman..

orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah ‘ sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)’ dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan dating kepada kamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolongmu’

Menyingkap tabir siroh anbiya’..merenung perjalanan hidup para sahabat…menyedari hakikat..benar..mereka kuat dalam mempertahankan deen…

Di mana kita?

Menyelusuri perjuangan saudara2 kita di Palestine..sejak dari zaman as-Syahid Imam Hassan al-Banna..tidak pernah kering tangisan mereka..tdak pernah srut semangat jihad mereka..untuk apa? Perjuangan mempertahankan deen..menegakkan kalimah ‘LAILAHAILLALLAH MUHAMMADRASULULLAH’ sebagai kalimah tertinggi di muka bumi Allah ini..

Namun hakikatnya umat Islam terlena..bukan lagi terleka..sedarlah..bangunlah wahai pendokong dan penyambung perjuangan nabi..ayuh ke medan jihad! Berjuanglah demi agama yang tercinta…

umat Islam bagaikan gergasi yang sedang tidur..tidurkan mereka..!’

Inilah kata2 ahli ilmu Barat..mereka sentiasa memasang agenda agar kita terus2an kekal dalam angan2 dan mimpi indah..hinggakan ada yang tidak thud an tidak sedar umat Islam di asak dan di serang di setiap penjuru dunia kecuali…KECUALI…1 MALAYSIA…ya..kecuali Negara ini..kenapa?

Kerana umat Islam di Malaysia masih belum bangkit dari tidur..kerana umat Islam di Malaysia sibuk dengan dunia..kerana umat Islam di Malaysia kini berpecah belah…BERSATU KITA TEGUH…!BERPADU KITA AMPUH..!..

Lihat sahaja di negar2 jiran..Islam di Singapua..di Indonesia..Thailand…nah ini Negara jiran..seharusnya kita rasa sakit bila mereka diserang dan dilukai…bukan mengeluh simpati..Wahai umat! Mereka tidak ingin simpati mu! Mereka tidak mendamba belas ihsanmu! Mereka mahu semangat dan doa mu! Mereka mahu kesatuan darimu! Mereka mahu kebangkitanmu..itu yang merea tunggu..kita ini bersaudara! Kita bukan asing…sedarlah wahai umat Islam negaraku..!

di akhirat nanti akan kami tuntut..bila di tanya di hadapan Allah kelak..mengapa Islam di bumi mu kalah? Akan kami tuntut darimu saudara2ku di seluruh dunia…di saat kami dihina..diserang dan di sakiti..di mana kamu? Di saat Islam di hina..di permain dan dicabar..di mana kamu?’

Masih terngiang kata-kata salah seorang penduduk Palestine..ah ! ana tidak mampu melainkan terus2an berdoa dan menyeru masyarakat..asif jiddan saudaraku…asif jiddan..ana ti dak mampu..teruslah berjuang..moga kelak di akhirat kita bertemu..Islam pasti akan menang..ana tidak mahu menjadi punca kekalahan kecil Islam sebelum datangnya pertolongan Allah yang Maha dan memenangkan Islam..ana tidak mahu!

Sahabat..adik2ku..saudara2ku..ayuh..sedarlah..isu Palestine isu ummah ! isu Islam..mereka katakan mereka rela berlapar dan rela syahid..mereka tidak mahu belas ihsan..yang mereka mahu adalah kita menyambung erjuangan mereka..membantu mereka dengan doa dan usaha membanteras penjajahan musuh agama di negara masing2..sedarlah..mereka perlu doa dan bantuan kita untuk mereka teruskan erjuangan..pejuangan mereka bukan untuk membebaskan negara dan tanah air mereka tetapi perjuangan mereka adalah perjuangan agama..Islam di negara mereka dihina..dicabar dan dicerca..Islam dinegara mereka bererti Islam di seluruh dunia..selurh dunia harus merasakan apa yang mereka rasa..iaitu penghinaan ke atas Islam..ayuh bantu mereka selamatkan al-aqsa dan Islam dengan bantuan kewangan dan doa…boikot apa yang perlu dengan boikot secara sebenarnya dan istiqomah..

Mungkin sahabat2 tidak merasa seperti apa yang ana rasakan..saudara2 ana…sepupu ana..dan keluarga sebelah ibu ana di ancam di selatan Thailand..ya..ibu ana berasal dari sana namun membesar di Kelantan..ibu saudara dan ayah saudara ana masih di sana..tiap detik bagai menanti sakaratul maut hadir..nyawa umpama telur di hujung tanduk..kini ibu saudara ana menjadi pelarian di Malaysia..namun askar durjana Thailand tidak mahu melepaskan mereka..yang diburu adalah orang lelaki dalam setiap keluarga..termasuk ayahlong ana dan abang dee ana ..mereka terpaksa tinggalkan rumah yang indah dan kereta mereka..tanah serta segala harta dan menjadi daif di negara ini..tidak boleh ke mana2 hatta ke pasir mas sekali pun mereka tidak mampu kerana mereka masih menunggu pengesahan warga negara dari kerajaan negara kita..untuk menjadi warga negara Malaysia..

Nyawa mereka mungkin selamat tapi anak2 mereka di yala ? di narathiwat yang gagal turut serta untuk menetap di Malaysia dek kerana tugas dan study..masih terus berwaspada..

Yang terbaru .. saat cuti semester lepas..mereka di ugut agar menyerahkan ayahlong dan abang dee..jika enggan..mereka akan ramps segala harta dan tanah kepunyaan mereka..ah ! rampaslah…tanah itu bukan milik mereka tapi milik ibu ana.

.’berani buatlah.. ! we are ready to see u in court ! ingat kami takut ?’ kata ana dalam hati

Mungkin kerana ana rakyat Malaysia jadi berani fkir begitu..

Adik saudara ana…tidak mampu ke sekolah walaupun kini di Malaysia..kerana dia hanya faham bahasa Thailand..boleh menulis Thai sahaja..walaupun boleh bertutur dalam bahasa Melayu Kelantan..3 tahun mereka di Malaysia..3 tahun adik saudara ana tidak menerima pendidikan sempurna..bagaimana kelak dia mahu membela keluarga?

Ibu ana pernah cerita pada kami..salah seorang saudaranya mati di bunuh 4 beranak dalam rumah mereka sendiri..yang dibunuh..kaum lelaki dalam keluarga..meeka bukan orang ‘gedebe’ pun..orang baik2..ah ! tak hairan..peristiwa di Masjid Furqan 1 Jun lepas boleh berlaku..jemaah sedang bersolat ditembak mati di dalam masjid..kemudian menuding jari kepada gerilla Islam yang katanya tidak berpuas hati..BOHONG! kami tau itu perbuatan askar2 durjana…

Peristiwa di Tak Bai yang berlaku sebenarnya adalah pemberontakan kerana umat Islam ditindas…mereka di pinggirkan dari segi hak ekonomi, kebudayaan pendidikan dan sebagainya…

Ya..adik saudara ana ke sekolah dengan membawa pisau bersamanya.katanya ada askar di tengah jalan yang akan menahan mereka kelak..lagi pula mereka di suruh memakai nama siam..lemas ana dengar..

Tekenang saat gembira dulu saat semuanya belum kritikal..kami sekeluarga sering ke Narathiwat..malah pernah beraya di sana..solat Aidilfitri…main mercun..mandi perigi..berjalan2 di bandar dan mennton cerite2 siam..prabuthong dan sebagainya..menikmati ‘lok ching’ .. bergurau senda dalam bahasa Thailand yang kami tidak fahami..beraya dengan sepupu dan dptduit bhat Thailand..subhanallah..syukrn atas pengalaman tak ternilai itu..sungguh pasti saudara maraku merindui saat2 seperti itu…

Di Malaysia, kini, jarang sekali kita dengari khabar dari Selatan Thailand..seolah2 tidak ada apa yang belaku dan seolah2 tempat itu kini aman..hm! perbuatan terancang..hampir setiap hari pembunuhan berlaku..tapi semuanya mengelirukan dan sulit…BENCI!

Sahabat2 sedarlah..mereka sengaja melakukan semua ini..tanpa alasan pun mereka boleh membunuh..seolah2 nyawa kita tidak berharga…tapi ingat..pelindung dan penolong kita adalah Allah..Cuma kita perlu minta dengan usaha dan keyakinan serta keimanan yang kukuh terhadapNya..Dia Maha Kuasa..Dia yang Mencipta segalanya dan tiada yang mustahil bagiNya..

Sebagaimana Dia membantu saudara kita di Palestine..Begitu juga Dia membantu di tempat lain…doa..doa yang tidak putus untuk kemenangan Islam, pertolongan dan perlindungan dari musuh buat saudara di Palestine, Selatan Thai, Indonesia, Kashmir, Pakistan malah untuk keluarga kita di Malaysia dan seluruh umat Islam di seluruh Dunia..

JANGAN PERNAH BERHENTI MENGHARAP DAN BERDOA DENGAN KEIMANAN DAN YAKIN PADA YANG MAHA KUASA, PENCIPTA SEGALANYA…ALLAH THE GREATEST…TAKBIR!!!


::al-fatihah buat Abd Aziz::

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia, Muhammad al-Amin, SAW, keluarga, para sahabat dan seluruh anbiya’ sepanjang zaman..

Mak Mawi, Yarang, Patani, Thailand
Responden : Ibu mangsa…
Tarikh kejadian : 16 Januari 2009

Abdul Aziz Ahmad, 29, tidak mempunyai jari sedari kecil. Beliau menjadi mangsa pembunuhan membuta tuli pihak berkenaan. Pada hari kejadian, tadika di belakang Masjid Darul Taqwa mengadakan acara sukan tahunan secara bergilir dengan tadika lain. Pada ketika itu, tadika penuh dengan orang ramai terasuk pelajar, ibubaa dan guru. Pada hari itu juga tanpa alasan yang jelas pihak berkenaan mengepung seluruh kawasan masjid dan tadika. Guru-guru sekolah tadika dan sekolah pondok sering menjadi sasaran pihak berkenaan atas tuduhan cuba mempengaruhi msykt untuk mbenci kerajaan di samping menganggotai kumpulan pengganas.
Pihak bekenaan menyerbu kawasan tadika dan masjid menyebabkan orang ramai panic dan lari bertempiaran menyelamatkan diri. Secara tidak sengaja, akibat panik, Abd Aziz juga turut lari ke bahagian belakang masjid. Sekumpulan pihak terlibat yang berada di belakang masjid menangkap Abd Aziz dan satu das tembakan kedengaran dari belakang masjid. Abd Aziz mati ditembak.
Orang ramai yang mengetahui perkara ini terlalu marah kerana pihak berkenaan menembak mati orang awam secara membuta tuli. Abd Aziz dikatakan ditembak mati pada jarak 5 meter. Laporan pihak polis mengatakan berlaku tembak menembak menyebabkan Abd Aziz terpaksa ditembak mati.Namun, semua orang tahu bahawa Abd Aziz yang kudung tangannya tidak mampu mengangkat senjata. Baginya, hendak makan pun, sesuatu yang sukar.
Satu tunjuk perasaan dilakukan oleh orang kampong dan kanak2 tadika bagi menuntut pembelaan. Namun, rayuan dan tangisan mereka tidak pernah di pedulikan.
Al-fatihah buat Abd Aziz dan seluruh umat Islam yang turut menjadi mangsa…al Fatihah…

Retyped from Milenia Muslim, edition : August 2009

Thursday, October 22, 2009

:: akhlak rasul ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
selawat dan salam buat rasul junjungan mulia, Muhammad al-amin SAW, para sahabat dan keluarga serta seluruh kaum anbiya'

alhamdulillah..akhirnya setelah satu semester menyiapkan company analisis,
semuanya berakhir dengan baik hari jumaat lepas, 16 hb oktober 2009.
pada mulanya memang ada krisis dengan teamwork ana tapi akhirnya bila kita
bertolak ansur, semuanya alhamdulillah, dipermudahkan oleh Yang Khaliq..=)

due date nya 16/10/2009, before 12pm..
kami hanta final report viva ukul 1pm..
jawabnya ahli teamwork lain maki habis2an..
namun..ana dan syaz cube tenangkan diri..mungkin bukan senang..apalagi bila di hasutan syaitan..marah tu satu perasaan yg indah sebenarnya..haha..kerana jika kita ikuti, ia akan membawa kepuasan aa kita
'puas hati aku marah kat dia'
macam tu lah lebih kurang..tapi ia merupakan satu sikap yang mazmumah dan dibenci rasul..rasulullah tak suka org marah2..kerana marah itu hasutan syaitan...kita di ajar oleh Rasulullah agar kita saar dan menahan kemarahan dengan beristighfar dan berzikir..tapi ana tak lah perfect..ana marah juga dalam hati..bad habit yang dah lame nak dibuang tapi masih gagal..wallahu ta'ala 'alam...

Wednesday, October 7, 2009

:: sebarkan..tolong! ::

dengan nama Allah yang Maha Pemuah lagi Maha Pengasih
selawat dan salam buat Rasul junjungan,keluarga,para sahabat dan seluruh para anbiya' semuanya

salam alaik sahabat wa sahabiah sekalian..

Nurin Jazlin Jazimin..

mana mungkin masyarakat Malaysia dapat lupakan kes yang menimpa anak kecil secomel dan sesuci dirinya..moga Allah membalas setimpal dengan perlakuan penjenayah ke atas anak kecil yang bersih dari dosa itu..

bukan keluarga Nurin sahaja yang ditimpa nasib sedemikian..namun rakyat Malaysia seakan makin lupa dengan perkara yang menimpa mereka..usah leka!
email ini ana dapat dari seorang sahabiah..moga dapat sama2 kita take note atas pesanan beliau..yang mana perkara ini berlaku di saat dia berada di tempat kejadian...

03 October 2009

Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. Terima Kasih .

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.


Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu.
Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !


Thank you

Sunday, October 4, 2009

Facebook Membunuh Rakyat Palestin?
www.iLuvislam.com
Nur Syamimi Mohamad Napis
Editor : Im Koyube


Kini, anak kecil yang dibangku sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan perkhidmatan internet, kerana segalanya di hujung jari. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun di tanya, "Mengapa guna internet? Adakah sebarang kerja sekolah yang diberi oleh guru yang memerlukan adik untuk menggunakan internet?" Balasnya, "Tidak. Saya nak tengok gambar kakak dan abang saya di luar negara sana." Ditanya kembali, "Bagaimana?". Di balas, "Tengok dekat Facebook atau Friendster mereka." Zaman ini amat mudah. Walau jauh beribu kilometer, jika rindu, hanya sekali klik dan beberapa taipan di papan kunci (keyboard), rindu yang terpalit di hati pasti terubat.

Facebook. Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaun Facebook? Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu.

Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg. Mengupas peribadi beliau, beliau ialah salah seorang pelajar yang pernah menuntut di universiti yang terulung di dunia, iaitu University Harvard. Namun begitu, di atas kesalahan yang yang telah dilakukan oleh beliau, akhirnya, beliau telah meninggalkan zaman pengajian beliau di institut pengajian tersebut.

Apa yang menyebabkan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Facebook memberi sumbangan kepada pembunuhan rakyat di Palestin adalah kerana Mark, sebagai CEO, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi). AEPi adalah sebuah persatuan yang di anggotai oleh mereka yang berketurunan Yahudi Amerika Utara. Fungsinya lebih kurang sama seperti persatuan-persatuan biasa lain, dan diantaranya adalah menjaga kebajikan ahli-ahli. Berdasarkan kepada laman AEPi, persatuan ini sering memberi bantuan dari segi kewangan kepada beberapa pertubuhan yang menyokong kepada Israel. Salah sebuahnya adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

AIPAC secara umumnya adalah sebuah jawatankuasa yang membantu Israel supaya sentiasa mendapat sokongan kuat daripada Amerika. Antara kejayaan yang telah dibawa oleh AIPAC termasuklah membuat beberapa resolusi bagi menyokong dan mempertahankan hak Israel dalam menghadapi puak terrorist, yang dinamakan mereka sebagai Hamas dan Hizballah[1]. Sebagaimana kita mempercayai dan meletakkan harapan yang tinggi kepada para remaja/ belia, begitu juga dengan mereka. Pertubuhan ini percaya bahawa kunci kepada kekukuhan hubungan US-Israel pada masa hadapan adalah dengan mendidik para pemimpin belia yang ada hari ini. Justeru itu, mereka mewujudkan ‘AIPAC on Campus'. Program latihan AIPAC (AIPAC's training program) bekerjasama dengan sekolah-sekolah tinggi (high school), dan pelajar-pelajar universiti (sama ada undergraduate ataupun postgraduate) dalam melatih para pelajar bagaimana untuk mengukuhkan hubungan US-Israel melalui penglibatan di dalam bidang politik[2]. Program ini dinamakan sebagai AIPAC's Political Leadership Development Program. Pemimpin-pemimpin muda ini juga akan turut dilatih untuk menjadi seorang yang pro-Israel[3]. Disebutkan juga di dalam laman web AEPi, bahawa ramai pemimpin terbaik AEPi bergiat aktif dalam AIPAC di kampus mereka[4]. Melalui penerangan-penerangan diatas, dapat dilihat bahawa terdapat kerjasama di antara AEPi dan AIPAC.

AEPi juga adalah sebuah pertubuhan yang memerlukan komitmen daripada ahli-ahlinya sepanjang hayat. Alumni AEPi adalah antara mereka yang akan memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini sama ada dari segi kewangan, mahupun kepakaran[5]. Disebabkan hal ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Mark Zuckerberg, sebagai salah seorang alumni AEPi, secara tidak langsung terlibat dalam menyediakan ‘kemudahan' kepada pihak Israel untuk terus menyerang Palestin.


Jadi, bagaimana pula Facebook boleh menyumbang kepada Israel sedangkan ianya hanyalah sebuah laman yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna yang mahu mendaftar? Dari mana datangnya sumber kewangan Facebook seperti yang diwar-warkan? Sebagaimana laman web lain yang menyediakan bahagian untuk pengiklanan di laman mereka, begitu juga dengan Facebook. Melalui iklan-iklan tersebut, secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada Facebook. Apabila sesuatu iklan dipaparkan di sebuah laman web, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan tersebut perlu membuat bayaran diatas ruang yang di'sewa'. Terdapat beberapa sistem yang digunakan sebagai cara bayaran bagi sesebuah iklan di Facebook[6]. Salah satu sistem yang digunakan adalah Pay per click (PCP)[7]. Melalui sistem ini, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa iklan berdasarkan bilangan kunjungan yang diterima oleh sesebuah laman, melalui iklan yang di paparkan. Jika banyak kunjungan yang diterima, maka bayaran yang akan diterima oleh pemilik ruang sewa juga akan meningkat. Sistem lain yang digunakan adalah Pay per Impression[8]. Bagi sistem ini pula, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa bagi setiap kali iklan dipaparkan di laman mereka. Terdapat laman web yang menggilirkan paparan iklan di laman mereka disebabkan oleh banyaknya mendapat tempahan iklan dengan keadaan ruang sewa yang terhad. Maka, di dalam suatu masa, hanya beberapa iklan sahaja yang akan dipaparkan.

Berdasarkan kedua-dua sistem pengiklanan ini, kedua-duanya akan memberi manfaat kepada pemilik ruang sewa, tambahan pula, jika laman tersebut sentiasa mendapat kunjungan yang ramai daripada para pengguna internet. Ianya dapat dilihat di laman tersebut sendiri. Facebook menawarkan harga pengiklanan serendah US $1 satu hari[9]. Jika satu hari 100 orang pengguna Facebook tertarik dengan iklan yang dipaparkan di Facebook, dan langsung mengambil langkah untuk ke laman web tersebut, maka, akan menyumbanglah dia kepada peningkatan ekonomi Facebook.

Selain itu, Facebook turut menjana ekonomi dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap aplikasi yang direka dan dihantar oleh pengguna, Facebook mengenakan bayaran terhadapnya. Bayaran tersebut tertakluk kepada status penghantar aplikasi, seperti golongan pelajar sama ada golongan bekerjaya. Harga yang paling rendah ditawarkan adalah kepada golongan pelajar iaitu sebanyak $175[10].

Seperti mana laman-laman web yang terdapat di alam maya ini, Facebook juga berhak mendapatkan keuntungan diatas perkhidmatan yang telah mereka berikan kepada masyarakat, terutamanya para penggunanya. Ada sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai salah satu cara untuk mengekalkan hubungan dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai. Malah, ada juga segelintir yang menjadikannya sebagai medan dakwah. Walaupun sepotong ayat ditulis, jika dicampakkan oleh Allah hidayah ke dalam hati seseorang, tidak mustahil dakwah itu akan menampakkan kesannya, walaupun ada yang mengatakan alasan dakwah itu sebagai yang lapuk.

Orang-orang awam dan pengguna seperti kita, sukar untuk mengetahui kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan yang dibuat. Satu demi satu maklumat dicungkil untuk melihat perkaitan Facebook dengan organisasi-organisasi yang terlibat dalam usaha ‘menghilangkan' Palestin daripada peta dunia. Hakikatnya kita hanyalah pengguna Facebook yang berusaha untuk memanfaatkan kemudahan yang ada. Juga, jika ketika sesi pendaftaran pengguna (user sign up) dilakukan, tertulis disitu ‘Facebook menyokong Zionisme', adalah suatu yang mustahil pengguna Facebook akan meningkat kepada angka yang ada seperti hari ini[11].

Hari ini, jika di lihat dan di cari melalui enjin pencari (search engine), banyak dakwaan yang menunjukkan hasil ekonomi yang diperoleh daripada Facebook menyumbang kepada Zionis yang bertapak di Israel. Antaranya adalah apabila Mark Zuckerberg turut tersenarai sebagai selebriti yang hadir ke perayaan sambutan ke-60 Israel pada tahun 2008[12]. Bagi menentukan kebenarannya, tentu sahaja bukan mudah, kerana seseorang mampu untuk berbuat apa sahaja bagi melindungi diri sendiri. Namun, kita sedar bahawa pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Apa yang perlu ialah sentiasa berhati-hati. Gunakan Facebook sebaik mungkin. Jika dakwaan mengatakan hanya dengan sekali log in, kita telah menyumbang kepada kekayaan Facebook, maka, kurang kan ‘kemasukan' kita ke dalam Facebook. Apabila benar-benar terasa ada kepentingannya, barulah log in. Jika terasa tidak bertambah amal dalam diri, elakkan daripada melakukannya. Hal ini adalah kerana, segala perubahan terletak pada diri kita. Masih banyak urusan di luar sana yang perlu kita lakukan, selain untuk selalu log in ke dalam Facebook.

Kata-kata yang dipetik daripada pencarian di internet hari ini, ‘log out and get a life outside there... see the skies!'

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu[13].






Disediakan oleh,
Nur Syamimi Mohamad Napis
Setiausaha Media I iLuvislam.com

:: murtad di bulan ramadhan? ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
selawat dan salam buat rasul junjungan mulia..sahabat, keluarga serta seluruh para anbiya'

astaghfirullah hal 'azim..

baru tadi..hajatnya ana nak mencari info lebih detail tentang salah seorang ummul mukminin..juwairiyah al harith..jad inya ana pun search dan jumpa ..ana click dan ana baca..pengarangnya ernama ali sina..(ala-ala ibnu sina)

tai rupanya..astaghfirullah..di laman web yang
ana baca artikel tentang juwairiyah ini salah satu laman web yang 'MEMURTADKAN' orang islam..astaghfirullah..

ana sempat membuka beberapa tajuk forum di situ namun tidak lama..sebabnya ada tajuk f
orum yang mengatakan mereka tak jadi masuk Islam dek kerana membaca artikel dan perbincangan di laman web ini..ana tak berani lama2 terus ana close..takut ula iman yang ada di pesongkan syaitan...

na'uzubillahi min zalik..

sempat ana membaca salah satu kenyataan dari penulis yang menamakan dirinya 'yang sadar'..
'yang sadar' ni merupakan salah seorang rakyat Indonesia..katanya..dulu saat dia masih Muslim..dia pergi mengaji..ditanyakan pada ustaznya..

Saya bertanya:" Pak Ustad, mengapa kita harus MEMBENCI orang yg NON ISLAM ?, ustad pun menjawab:" Karena NON ISLAM itu adalah KAFIR, dan KAFIR itu menurut alloh wajib utk di benci...!!! Oleh karena itu MEMBENCI orang kafir di perbolehkan oleh hukum allah !!! jawabnya. Lalu saya pun bertanya lagi:" Kalo begitu, bolehkah kita umat muslim menzolimi, memperkosa, menjarah serta membunuh org2 yg NON MUSLIM tsb ??? Ustad menjawab:" Itu semuanya BOLEH !!! Darah org kafir HALAL , asalkan kamu berteriak " Allahuakbarr...!!! " maka semuanya adalah HALAL adanya !!!......

katanya lagi...
Setelah beberapa hari saya terus merenung kata2 Ustad tsb, saya membuka buku2 agama lain, buka internet dan akhirnya saya SADAR....,bahwa Disekian banyak Agama di dunia ini, cuman Agama ISLAM ini lah yg mengajarkan umat2nya UNTUK MELAKUKAN KEJAHATAN dan KRIMINALITAS...,

la haulawala quwwata illabillah hil'aliy yul 'azim

dan akibatnya..laman web berkenaan di block di indonesia oleh pihak kerajaan..penulis berkenaan juga menyatakan bahawa Islam mengajar kejahatan..

inilah yang terjadi bila kita ini hanya bergurukan media..bergurulah dengan orang2 alim lantas kita akan dibentangkan dengan kebenaran demi kebenaran

kata si penulis lagi ..dia suka hati dan rasa lega bila murtad..nah!~mengaku pula murtad..jika mengaku murtad..nah! senang aja..di jalankan hukuman hudud ke atasnya..

founder of the respective website..mencabar muslim agar membuktikan kebenaran Islam dan kesucian Muhammad..antara katanya .. :

I receive many emails from angry Muslims, who sometimes beg me, and sometimes order me to remove this site. I consider both, pleading and bullying, signs of psychopathology. Argumentum ad baculum and argumentum ad misericordiam are both logical fallacies.

If you do not like this site and want me to remove it, instead of acting as a bully or as a victim, disprove my charges against Muhammad logically. Not only will I remove the site, I will publicly announce that Islam is a true religion. I will also pay

$50,000 U.S. dollars

to anyone who can disprove any of the dozen of the accusations that I have made against Muhammad. I accuse Muhammad of being:

a narcissist a misogynist a rapist
a pedophile a lecher a torturer
a mass murderer a cult leader an assassin
a terrorist a mad man a looter

subhanallah..

moga Allah tunjukkan kebenaran padanya..

jika ada sesiapa yang nak buktikan padanya (ali sina), perlulah mengemukakan hujjah yang konkrit..kerana ramai yang dah debat dengan dia..tapi dia kutuk balik..semoga dia diberi Hidayah..

khuatir ana nak siarkan nama laman webnya kerana ada yang nak masuk Islam tak jadi bila baca artikel dan segala lah yang ada di situ..dan ada pulak yang Islam pun boleh murtad...astaghfirullah..

ada sesiapa yang berhajat untuk berhujjah dengan ali sina tu..beritahu pada ana dan ana akan maklumkan..boleh juga cari sendiri...tapi jangan percaya apa2 dari laman web itu 100% tak boleh pakai..

dan dinasihatkan bagi mereka yang fahaman agamanya belum mantap..janganlah nak cuba2 baca artikel di situ...

moga Allah lindungi kita sekelian,sahabat2 dan ahli keluarga kerana mereka juga sibuk berdakwah macam kita..ramai yang murtad time ramadhan tempoh hari..di indonesia...

-yakin dan percayalah dengan Allah..innallah ha ma'a...

-hidayah-


:: Jilbab :: - pakaian menutup aurat

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

selawat dan salam buat rasul junjungan Muhammad SAW, keluarga, sahabat serta keseluruhan para anbiya'

" Hidayah, i wanna ask you something about tudung.. tudung kan untuk menutup aurat..but why people wear tudung yang mahal2..until some of them are willing to buy tudung for almost RM 90 .. its for tutup your aurat only"

hm..malam tadi saat sahabat2 hebat memperdoalkan hal tajarrud (mengosongkan fikian dari kemahuan dunia) ada salah seorang dari sahabat yang come out with example of tabarruj...

terkenang waktu ana di sekolah menengah..form 4..one of my chinese friends ask me the above question..waktu tu kami sedang menghadiri pertandingan pidato lembaga hasil antara sekolah2 di salah sebuah hotel di seremban..hotel alson klana..

aduhai~ macam mana nak jawab ni?

' you know..Allah is beautiful and all of its creation are also beautiful and fascinating...Allah loves beautiful things..boleh pakai tudung cantik but not too much until over the limit.."

itu je lah yang mampu ana jawab..

soal tabarruj ni tak ramai yang faham..
Allah suka kecantikan..Allah itu Maha Indah dan seluruh ciptaanNya, keindahannya mempesonakan...namun berlebihan itu melampaui batas yang ditetapkan oleh Allah sendiri..
perlu kena pada tempatnya..nak bercantik2 untuk suami amatlah dituntut tapi bukan untuk tatapan umum..

menutup aurat bermakna kita hendaklah menutup bahagian2 tubuh yang diperintahkan untuk ditutup oleh Allah SWT..berpandukan al-Quran..al-Quran itu manual Allah sebagai rujukan utama kita...

perlu difahami..memakai tudung bukanlah untuk menutup rambut tetapi untuk menutup sebahagian daripada tubuh iaitu rambut, leher dan dada..

ada setengah dari masyarakat yang gemar memakai selendang..yang tebal tidak ada salahnya tapi kebanyakannya yang nipis..nampak leher dan jika tidak pun, bentuk lehernya nampak..itu tidak mencukupi..ibarat beli kain untuk buat baju tapi tak cukup untuk tutup badan..

dalam surah al-ahzab ayat 59 disebutkan tentang pakaian yang menutup aurat itu dengan jilbab.. jilbab merupakan sejenis pakaian labuh dan lapang yang dapat menutup kepala, leher dan dada..makanya, pakaian yang menutup aurat itu seharusnya memenuhi syarat2 berikut :

  1. menutup seluruh anggota badan wanita kecuali wajah dan dua telapak tangan. inilah aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ( bukan muhrim) menurut pendapat imam Syafie'
  2. pakaian menutup aurat atau jilbab itu sendiri pada dasarnya bukanlah perhiasan.
  3. kain fabrik yang digunakan adalah tebal dan tidak tipis atau jarang. tujuannya adalah untuk menghalang daripada menampakkan warna kulit dan bayangan serta bentuk susuk tubuh badan wanita
  4. tidak memakai wangi-wangian hingga menusuk hidung dan menarik perhatian. berwangi itu konsepnya hanyalah untuk menghilangkan bau badan.
  5. fesyen pakaian tidak menyerupai pakaian wanita kafir atau jahiliyah atau bukan muslim
  6. tidak menyerupai pakaian lelaki
  7. berpakaian dengan tidak ada maksud untuk menunjuk2, menarik perhatian atau mempamerkan kecantikan kepada orang lain selain suaminya sahaja.
ukur dan nilai diri anda wahai muslimah

ana pun samal =) .
insya Allah..marilah sama2 ke arah 'sifarkan tabarruj'.

p/s : tabarruj ertinya berhias secara berlebihan.

wallahu ta'ala 'alam..

+ hidayah +

Saturday, October 3, 2009

:: at last..viva! ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

selawat dan salam buat rasul junjungan mulia, keluarga,para sahabat dan seluruh para anbiya'

salam semuanya

akhirnya hari ini tiba juga..
hari presentation viva.
nervous sungguh pagi tadi sampai nur dan siti dayah tak henti2 bagi semangat..
sempat praktis untuk kali terakhir dalam toilet as-syakirin..sebabnya takut ganggu sahaat2 yang dala bilik gerakan..tak tidur malam tadi ana dibuatnya..namun akhirnya ia menjadi hari yang sedih bagi ana..

inilah hari yang ana nantikan sedari awal semester..sadly, i fails to perform with my best performance..the nervousness makes me fails to perform like what i have practice..

lagi pula team group lain except for syaz, present tengok kertas..kami tak tengok kertas..panel pula datang lambat jadinya kami terpaksa speed untuk kejar masa to end up beore 9.30..

LCD di bilik kuliah tu ula LCD baru..ana tak pernah guna lagi jadinya ana tak tahu macam mana nak hidupkan..kelam kabut call abang lan ILQAM..and akhinya dah tengok jam dah hampir pukul 8 pagi, ana call amir anuar..kot2 dia pernah guna LCD tu..

amir pulak tak ada kat kampus..dia kat tangkak waktu ana call..ana dah gelabah tahap maxima dah bila jam dah pukul 8..syukur abang lan ILQAM akhirnya dapat di hubungi..dan rakan abang lan hadir to fix the problem..rupenya problem kat fuse box..bila panel masuk je..masing2 get ready..panel pulak buat muka garang..gelabah semua orang...

walaupun teruk juga kami kena hentam kat panel sampai ana tak tertahan air ata sejuru sahaja sampai di as-syakirin.namun seuanya berakhir sudah..now..nak concentrate on test law, assignment biz dev and final report for viva..moga dengan rahmat dan kasih sayang Illahi, kami akan dapat keputusan yang baik...amin...

sedih lagi sebenarnya ...sahabat ana di kampug nakhoda, selayang turut doakan..
ana ceritakan aa yang berlaku..dan katanya..
'yang dah berlaku tu tetap dah lepas, fokus pulak pada yang akan datang'

benar..usaha dah buat..sekarang masanya untuk doa dan tawakkal..

ustaz azrul buat open house..ana mulanya memang excited nak pergi..nak jumpa anak2nya yang comel2 tu..terubat rindu pada Iqbal dan Amjad..anak2 saudara yang comel sangat kat selayang tu...


tapi bila dah sedih jadi macam tu..dah rasanya keberatan nak pergi dengan wajah yang sembab dek tangisan..akhirnya ana tertidur sehingga jam 4 petang lebih..bila kak sal ajak..ana terus siap2..awalnya tak nak pergi tai kata sahabat di kampung nakhoda, selayang tu...

'orang dah jemput sebaiknya pergi. pergi open house tu nanti, enti makan banyak2 hilangkan tension ye..'

syukur..ana rasakan terubat juga kesedihan bila berada dalam kemeriahan di rumah ustaz..ana jamah sedikit je makanan..sebab bila ana sampai ana tengah bercakap dengan maam di telefon..mama kate jangan sedih..dah buat tu dah lah..moga dapat yang ebaik..nak buat macam mana..yang enting dah cuba..hm~terubat sedikit kesedihan..tiba2 geng2 JPK siswa smpai..terus serbu meja makan..alahai~ kempunan ana nak makan mee sup kak Liza...

ana pun sibuk melayan anak kecil ustaz..'izzah annur dan aizuddin al Qassam..akhirnya daat juga ana tersenyum..rasa ringan sikit kepala..cuma tak sempat tegur UKM je tadi..

kata sahabat di kampung nakhoda tadi.
'mana nti tau ntum yang paling teruk. mana tau ntum baik sikit dari teruk..banyak2 sabar..lain kai jangan seronok sangat..'

huhu..=)

apa2 un hati senang bila melihatkan sahabat2 muslimin dan muslimat ramai2 hadir ke rumah ustaz hari ini..rase sedih juga mengenangkan ini semester akhir ana di sini..viva dah lepas..next is the final exam and we are done for diploma hidayah! good bye everyone..

sedih nak tinggalkan semua..ana rase seolah2 ana akan pergi jauh hingga tak bertemu lagi mereka..wallahu ta'ala 'alam...maafi ana sahabat2..

hm!
ana yang hina

H-idaYa-H

Friday, October 2, 2009

:: pemergian ::


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
selawat dan salam atas rasul junjungan mulia, keluarga dan para sahabat serta seluruh anbiya'

hari ini merupakan antara hari2 yang ceria yang pernah ana lalui...baru ana tahu kenapa ramai kawan2 yang masuk kelas C2..kelasnya lebih seronok..environment study dengan mereka lebih seronok berbanding c1..mungkin kerana kawan2 c1 serius sewaktu lecturer mengajar..100% tumpuan..tapi ini kali ke dua ana masuk kelas c2 seanjang keberadaan ana selama 3 thn di kampus ni..suasana pembelajaran yang responsive antara lecturer dan student membatkan semangat nak study tu bertambah..

hari ni jugak antara hari2 yang dirundungi perasaan sedih..entah kenapa perasaan sedih ni tak mahu hilang dari hati...sejak bulan ramadhan..ana rase rindu dan sedih nak tinggalkan sahabat2 dan murobbi2 disini..seakan ana tidak akan kembali ke sini lagi..

ya Allah..jika benar kata hatiku..biarlah aku pergi dalam keadaan tiada kesalahan pada sesiapa melainkan telah dimaafkan seikhlasnya..

selamat tinggal sahabat...











:: tenteram ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

selawat dan salam buat rasl junjungan mulia,keluarga,para sahabat dan para rasul dan nabi keseluruhannya

salam semuanya..
moga dikasihi Allah leih dari diri yang hina ini..

sedikit perkongsian..

mendekatkan diri dengan Allah adalah pusat kedamaian dan ketenteraman bagi orang mukmin. Kerana Allah SWT adalah tumpuan orang yang taat dan kekasih para 'abid.
sesiapa yang tenteram dengan Allah SWT, ia akan tenteram dengan kehidupan, merasa bahagia dengan apa yang ada, dan menikmati hari-harinya dengan hati yang tenang dan lapang. Cinta Allah terukir di hatinya, sifat2 Allah bersemayam di kalbunya dan nama2 Allah tergambar di depan matanya. azab Allah sentiasa terngiang di telinganya..istighfar sentiasa di hatinya dan taubat sentiasa dilakukannya.

perasaan dekat dengan Allah akan menimbulkan kesan2 positif dan indah dalam diri. merasa tenteram dengan-Nya,bahagia dengan pehatian-Nya, dan gembira dengan perlindunganNya.

"Jika hamba-hambaKu bertanya padamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa oang yang berdoa ketika berdoa kepadaKu" [QS 2 : 186]

perasaan tenteram dengan Allah bukan umpama angin yang datang sendiri tanpa dipinta, tetapi ianya menuntut usaha keras dan mujahadah yang kuat. ianya adalah buah dari ketaatan dan kecintaan padaNya. sesiapa yang taat kepada Allah, mengerjakan yang dierintah dan meninggalkan yang dilarang secara bersungguh2, maka dia akan beroleh ketenteraman, kedamaian dan dekat denganNya serta kebahagiaan bermunajat dan menghadapNya.

Wallahu ta'ala 'alam

-hIdaYah-