when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Saturday, April 3, 2010

:: tipu daya syaitan ::

QS al-fathir : sesungguhnya syaitan adalah musuh, maka jadikannya musuh

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, keluarga, para sahabat serta seluruh para anbiya' sepanjang zaman

hal2 berkaitan permusuhan antara syaitan dengan manusia banyak disebut dalam al-Quran..seawal kisah ketidakpuas hatian syaitan terhadap penciptaan Adam a.s. sehingga kepada usaha mereka untuk menyesatkan manusia sehingga akhirnya mereka mengatakan
: sesungguhnya aku takut pada Allah , Tuhan semestea alam : dan berlepas tangan dari manusia setelah menyesatkannya..

seperti perikan ayat al-quran dari surah al-Fathir di atas..kita seharusnya sentiasa meletakkan syaitan itu sebagai musuh utama.sentiasa mengingatinya dan berwaspada dengan segala bisikan jahat yang datang darinya..kita juga di ingatkan supaya sentiasa berlindung dari mereka kepada Allah SWT setiap masa..

yang jelas , mereka sentiasa memusuhi manusia..tidak pernah walau sedetik mereka lalai dari menggoda dan menghasut anak2 adam agar mengikuti mereka.tugas utama mereka adalah untuk menyesatkan kaum Muslimin kerana ternyata mereka sedar bahawa kita juga turut memusuhi mereka..sedangkan orang2 kafir adalah sahabat mereka..

dalam diri setiap anak adam telah tercipta sedari azali akan sesuatu yang menjadi ancaman utama mereka iaitu..NAFSU..sedang nafsu itu merupakan pembantu utama syaitan..dijadikan wanita memiliki 9 nafsu dan 1 akal manakala lelaki 9 akal dan 1 nafsu..oleh yang demikian ..kaum adamlah yang berhak memimpin kaum nisa' seperti yang disebut dalam al-Quran iaitu 'ar-rijalu qauwamu na'alan nisa' ' ... dan wanita itu dijadikan sebagai alat soleh yaitan untuk menyesatkan kaum adam ( seperti yang disebut dalam buku Wanita dan Penelanjangan Syaitan)..

yahya bin muaz menyebut bahawa syaitan itu adalah pengganggu..mereka mempunyai banyak masa untuk menjalankan perancangannya ke atas manusia. dan syaitan juga mempunyai ramai pembantu..seharusnya kita menyedari hakikat ini bhawa syaitan telah mengisytiharkan perang dengan manusia di syurga saat dia di halau dari syurga oleh Allah SWT atas keingkarannya sujud kepada Adam a.s. ..maka kita seharusnya mengingat kembali bahawa syaitanlah yang seharusnya sujud kepada kita lantaran kita ini lebih mulia dari mereka jika kita benar2 eriman, bukannya kita yang mengikut telunjuk mereka...