when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Thursday, February 11, 2010

::valentine's day (part 1) ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat dan salam buat rasul junjungan mulia Muhammad SAW,keluarga dan para sahabat serta para anbiya' sepanjang zaman

"bahawa amalan merayakan valentine's day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian,amalannya yang bercampur dengan peruatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. oleh itu, amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh Islam"

(persidangan majlis fatwa kebangsaan kali ke -71 yg b'sidang pada 22-24 nov 2005)

sudah jadi amalan yg susah nak ditegah, Valentine's day tuut diraikan oleh pasangan kekasih beragama Islam.

sunguh menyedihkan..kerana mereka sekadar menyambutnya sebagai sebuah hari penting dalam kehidupan mereka apabila mereka ada mempunyai pasangan kekasih..tapi mereka tidak sedar tentang asal-usul kewujudan hari tersebut..yg lebih menyedihkan..ada yang cukup membantah bila ada dikalangan sahabat2 yg beritahu bahawa berpasang2an sebelum nikah ni HARAM hukumnya..

ianya tak pernah dianjurkan oleh Islam malah dalam sejarah sendiri tak pernah terukir kisah2 mna2 sahabat yg 'couple'..semuanya engarahkan cinta pada insan mengikut landasanyg telah dianjurkan islam iaitu melalui pertunangan dan pernikahan..dengan sebab itu wujudnya baitul muslim...

menyentuh hal valentine's day ni..hari selase lalu seorang sahabt bg tazkirah di masjid tempat ana study..info-info yg akan ana sebutkan ni adalah dari maklumat yg dia sediakan..syukran pada sahabat tu yg sentuh isu tepat pada masanya..ana mohon izin nak sebarkan..

asal-usul valentine's day :

1. ditetapkan oleh pemerintahan empayar rom sebagai hari cuti orang juno. pada 15 februari pula adalah perayaan pesta lupercalia.

2. memperingati hari kematian st. valentine sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. st. valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi

3. paderi st.valentine berkahwin dengan pengamal protestant, sedangkan paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. ratu isabella yang terlibat dalam menumbangkan kerajaan islam sepanyol menetapkan 14 februari sebagai Hari Kekasih untuk st. valentine sendiri.

Wednesday, February 10, 2010

::ya Allah..Syukur!!::

dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Pengasih
selawat dan salam buat Rasul jujungan mulia, keluarga, para sahabat serta para anbiya' sepanjang zaman

ya Allah..syukur ke hadratMu, aku kini bisa menapatkan kembali abah dan mama ku yang dahulu..berkat ujian yang kau timpakan kepada mereka..mereka semakin tenang dalam rahmat,ksih syg,cinta, Taufiq dan HidayahMu..semoga tiada apa lagi yang mampu menjadi penghalang kepada mereka untuk terus-terusan menjadi insan yang taat dan mencintaiMu..

ya Allah..susah tau jadi anggota polis..bukan semua orang mampu menangani segala hal yang berkaitan dengan kepolisan ni..apalagi bila ditambah dengan pressure dari orang/pegawai atasan...adakala pegawai2 atasan ni garang tak bertempat dan tak menghormati org lain..tapi hanya org yang mampu sahaja yg Allah bagi ujian sebegini..ana yakin dengan firmannya :

' Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya'

tapi..pada sahabat2 yang berhasrat nak sertai PDRM tu silakan..banyak sangt keistimewaan dan kemudahan yang disediakan untuk angota PDRM nih..seronok bila berada bersama anggota dan keluarga mereka..tinggal sebumung di rumah flat quarters polis dengan semangat kejiranan yang tinggi..seronok..

tapi berbeza dengan mereka yang ditugaskan di balai-balai luar..tak ramai anggota dan kebanyakkannya anggotamuda yang belum berkeluarga yang duduk di balai-balai luar..jadnya tak ramai kawan dan tak semeriah duduk di IPD..

ana dulu membesar di FRU QUARTERS TROOP D7 ...ha! ayah ana dulu FRU..seronok..ada 3 blok dan setiap blok ada lebih kurang 6 rumah setiap tingkat. satu blok 4 tingkat..ramaikan? petang-petang mereka akan bersukan, usually main volleyball..ada yang beriadah di luar..quarters kmi dekat dengan istana , taman rekreasi, IPK , masjid, mahkamah dan paling penting sekali..dekat dengan BANDAR! jalan kaki je nak pergi bandar..

17 tahun ana di situ..arwah abang ana pun anggota FRU..dia anak angkat abah..kami kenal dia pun tak lame tapi dia agak rapat dengan ana..namun komunikasi antara family dan dia terbatas sebab tak lama lepas dia masuk Islam dia menikah dengan anak pegawai FRU, kami pula pindah ke balai luar dekat dengan kampung..tak pernah dia beraya dengan kami..maih ana ingat angannya nak beraya dengan kami setiap tahun..akhirnya tak kesampaian juga...dia meninggal, sakit..an pun tak sure dia sakit ape..tapi na sedih jugak bile mana isterinya tak inform pada kami yang dia sakit..tau2 je dah kronik..ana masih terkenang dan terbayang2 kali pertama dan trakhir ana jumpa dia setelah kami pindah..

saat tu sepatutnya ana tak balik walaupun UiTM cuti seminggu,mid term, ana menemani Hajar..sahabat baik ana..tibe2 ana dapat sms mengatakan family ana nak ziarahi dia di hospital..dah teruk sakitnya..isterinya bersunguh nak kami ziarah dia..katenya dia nak jumpa kami adik beradik, ma dan abah..ana pun petang tu balik naik train sebab tiket bas dah habis..sambil berdoa untuk dia..

kami ke hospital dan arwah, abang Khairy Dary, terkejut dan gembira dengan kehadiran kami..rupenya dia tak tau kami akan hadir, semuanya dirancang oleh isterinya..kami turut gembira.ana masih tak dapat lupakan senyumannya dan wajahnya...semoga dia ditempatkan di kalangan orang beriman.

FRU..walaupun ramai yang benci..sebab keganasan dan ketegasan mereka dalam tugasan..ana sebenarnya tak percaya dengan dakwaan mereka tapi ana akur..manusia berubah..setiap minggu rasenya if tak silap, mereka akan ada kan roll call tengah malam..itu saat yang paling ana suka dan rindui..bila siren tibe2 berbunyi..mereka akan bergegas turun berkumpul di dataran dengan lengkap beruniform..kelkarnya..bila melihatkan mereka berlarian turun, dengan kasut di tangan dn berkaki ayam, ada yang tak sempat sarung uniform..sangat segak saat tu bila lihat mereka dengan pantas turun berkumul..adakalanya mereka berkawad di dataran..ana suka sangat tengok mereka..dan adakalanya mereka main kompang di pondok di bawah pokok kuini sebelah rumah ana..seronok sangat..ramai kawan..

sertailah PDRM..berbaloi-baloi..tapi jangan jadi sepertimana yang takelok yang dipaparkan di media. jadilah peugas keamanan yang taat perintah Allah dan adil , belas kasihan dan berani.

wallahu ta'ala 'alam...