when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Thursday, June 11, 2009

cuti-cuti malaysia..n_n

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

selawat dan salam ke atas para rasul dan nabi junjungan mulia, Muhammad SAW, sahabat serta keluarga..

waaaah~ ! baru lepas check result..alhamdulillah ada peningkatan..syukur sungguh..semester yang baru berlalu banyak memberi pengajaran sebenarnya pada dirir ana terutama sekali dengan pesanan UKM yang ana terima..

' hidayah kena ingat, hidayah datang sini untuk belajar..itu tanggungjawab utama. bukan leka dengan dakwah sahaja. kena balance kan. '

hm~ lebih kurang gitulah pesanan yang ustaz beri . tapi yang paling di benci (huhu) ana malas sangat semester lepas.! hahaha! tambah pula subject yang diambil memang subjek berkaitan course yang ana ambil, hm~ sampai ana lupa nak terbitkan inspeksi ( buletin dakwah persatuan ). Subhanallah..moga ana boleh jawab di akhirat kelak dan moga semester hadapan ana dapat tebus kembali hutang ana (buat inspeksi) itu.

start cuti semester, ana terus ke KL selepas 2-3 hari di rumah. lepas seminggu, ana ke Kelantan Darul Naim pula. bumi bertuah yang dipimpin oleh seorang ulama'...bertuahnya rakyat kelantan berada di bawah pimpinan seorang ulama' dan sahabat2 beliau yang wara'...

lepas tu ana ke Port Dickson pula, selepas 8 hari di kelantan (termasuk hari bertolak dan pulang) dan kemudian kembali ke desa tercinta selama 2 hari lalu terus ke selayang kembali..di rumah kaklong ana..penat sungguh..masa untuk ana luangkan untuk membaca juga kekurangan..rasa bersalah sungguh dengan sahabat2 dek kerana lambat hantar artikel tugasan yang mereka minta dari ana. lambat seminggu..belum lagi ana siapkan..insyaALLAH esok ana siapkan sebelum pulang ke Rompin..

banyak sungguh yang ana pelajari sepanjang cuti kali ini..alhamdulillah syukur ke hadratMu Ya Illahi..n_n dan banyak juga yang ana kesali dek kerana kebodohan diri..semua yang buruk berlaku supaya kita dapat merubahnya..itulah nikmat dalam jagaan Nya..

sahabat ana yang tinggal di Kampu Nakhoda kat Selayang ni ada pesan..'Jagalah Allah, InsyaAllah, Allah akan menjaga dirimu wahai saudariku'.. satu peringatan yang ana selalu ingatkan pada diri ana...pada ana..maksudnya sangat dalam..jika kita jaga sebaiknya Hablumminallah..jangan risau..Allah akan menjaga habluminannas kita..Sesungguhnya Allah amat sayang pada orang2 yang sayang padaNya..dan ana sangat bersyukur dikurnia sahabat2 yang menyayangi Allah dan Rasul lebih dari apa saja di dunia ini hatta ibu ayah dan diri mereka sendiri. Thank you Allah..

rindu pula dengan saudara mara yang di kelantan..Insya ALLAH ana akan kembali ke sana untuk sambung study ana di sana selama setahun, sambil mencari cinta Illahi dan mencapai satu lagi impian didunia yang ana belum kecapi..Insya Allah...!

rindu juga pada farah yang dah kat pusat asasi iium tu..moga dia dikurnia teman2 yang lebih hebat dari teman2 ana dan ana sendiri..moga dia mendapat tarbiyyah yang lebih dari apa yang ana perolehi..

moga Allah sentiasa ikatkan hati ini dengan hati2 orang yang soleh wa solehah agar dapat pula hati ini ikat hati2 orang2 yang disekeliling untuk bersama mengejar kasih Illahi dan syurga yang dijanji..andai diri ini mampu..sesungguhn ya diri ini sangat2 hina di sisi Allah