when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Saturday, April 30, 2011

: K-Pop..Dangerous weyh~! :

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

ada seorg sahabat pesan pada ana yg serba kekurangan ilmu nih..

telinga nih kene biasakan dengan mendengar alunan zikir, selawat dan ayat2 Furqan..

sebab dalam badan kita ni 70% kandungannya adalah air..

biar molekul2 air tu jadi lebih indah dari berlian

dan akan effect pada akhlak iman dan hati kita jugak..maka insya allah indah semuanya..


sekarang ni golongan muda mudi kita nih dok syok layan lagu K-pop an

d ada gak yang layan J-Pop

memang lah menarik kan diaorg nih

bahasa diaorg..apatah lagi diaorg punye performance dalam music video [MV] or any stage performances..

berbeza lah amat2 dengan artis negara kita ni kan..

mase mula2 tu ana takdelah heran sangat dengan K-Pop nih

then my sis nih minat dengan Big Bang

ana pun join lah sikit2..


tersangkut pulak dengan 2 group yang memang ana dengar lagu diaoooooooorg je~

SHINee & DBSK

*SHINee*

*DBSK / TVXQ*


tapi tidaklah fully absorb dgn diaorg

sekadar dgr2 mcm tu je

mase2 mula2 tu..

ana perasan satu perkara setelah selesai menganalisa keadaan semasa golongan mude mudi yang absorb dgn K-Pop nih

diaorang mumbling lagu 2 korea nih lebih dari zikir..

kalau zikir di alun dan didengar serta dihafal sehebat itu..subhanallah..banyak tu pahala

ana pun mostly bile ngantuk study memalam and pepagi mase tggu bas nak gerak ke kampus pun selalu jugak dgr lagu2 korea nih (huhu~!) (n_n)

but there is something about them yang D.A.N.G.E.R.O.U.S.

perasan nih mase tgk music bank kat channel KBSW dgn adik2..

SHINee - LUCIFER

omang ai~! LUCIFER kot tajuk lagu dia..

sepantas kilat ana citerkan pada my sis yg kat UIA tuh

and baru2 nih dia ade citer..

kumpulan idol SHINee tu explain yg lagu tu takde kaitan dengan LUCIFER sebenar


..


satu persoalan je yang ana nak tanye kat diaorg if ana ade mase diaorg ezplain about this issue tu

kalau takde kaitan kenapa dressing macam ada kaitan je?

well..takkan diaorg nak mengaku kan..but kite kenalah tau yang pengaruh freemasonry nih mmgkuat dikalangan artis

sedangkan artis kita pun jadi mangsa mereka

apatah lagi geng2 idol korea yang dah memang terang2 beragama kristian nih kan..

so ..


another thing is bila dgr lagu DBSK..mmg akan berminat utk tgk MV dia..sebab DBSK nih group idol yg hebat dalam dance dan diaorg punye MV pun boleh tahan menarik


tapi yg tak bagusnya (pada kita) adalah dia sangat konsisten menunjukkan lambang2 christianity idaorg..especially salib..

ada satu lagu tajuknya TRI-ANGLE.. appearance dia menakutkan and that tri-angle sangat menyerupai message illuminati

for those yg tak tau illuminaty ,freemasonry and agenda yahudi nih..check it for urself... u guys could google ..


now..FYI..SHINee and DBSK are under the same recording company..


wah~! patutlah kan..

tapi DBSK mmg akan pakai lambang2 salib dn akan di upclose oleh cameraman


now ladies and gentlemen (huhu~! carried away)

kawan2 dan sahabat2


nak minat artis korea ke..japan ke..africa ke..jamaica ke..

kita kenalah tau satu perkara..

agama diaorg tu kan kristian so beware of all songs yang diaorg nyanyikan..

dah lah tak faham bahasa diaorg..silap2 lagu tu pasal agama diaorg pun kita ikut nyanyi..sebab tak faham tp lagunya menarik..janganlah macam tu geng~! ok? kalau nak jugak dgr mcm mana?

check for the meaning of the lyrics (translation) .. buatlah tapisan..lagu mana yg boleh dgr dan lagu mana yg kene avoid..

a reminder for myself too..


walaupun agak minat jugak dgn k-pop tapi hijjaz, inteam, opick and nowseehart still di hati..~!

sama2lah kita dgr lagu nasyid yang sentiasa mendamaikan jiwa dan membawa kebaikan pada kita..

kalau dgr selawat time study berulang2 kali..walaupun boring dan mengantuk insya allah pahaal kita berselawat bersama lagu tu ditulis oleh malaikat kiroman katibin..


SELAMAT BERAMAL dan BERHATI-HATILAH di mana mana ..huhu (n_n)

wallahu ta'ala 'alam

Friday, April 29, 2011

: results are as much as efforts :

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

hasil adalah sebagaimana usaha ke atasnya

subhanallah
sesungguhnya ana sangat takut melihat diri yang di landa kemalasan terlampau

HeLlO~!
IT'S FINAL EXAM YOU KNOW~!
aduhai~!

entah kenapa..
semester ni asyik study last minit je kerjanya
walaupun sometimes study last minit ni buatkan ana skor
tapi most of the time leads to destruction (exaggerating..haha)

yes~!
this semester i admit it as the worst semesters
with all sorts of las minutes works and revisions
and all actions of avoiding gerak kerja dakwah
(teruknya~!)

it feels like my journey as a bachelor student seems like to be end when it is actually just started

ya Allah..
jangan kau hijab kejayaan ku dengan dosa-dosa ku yang menggunung
dan amal ibadah ku yang tak mencukupi
ya Allah..
aku mohon biarlah kaffarah dosa itu engkau jadikan ke atas perkara lain selain dari menjadi hijab kepada kejayaan akademik ku
sesungguhnya hamba mu ini sentiasa mencuba sedaya upaya untuk menjadi hambaMu yang baik
taat dan solehah
dan sentiasa cuba sebaiknya bertaubat setiap masa
terkadang gagal dan jatuh tersungkur di tengah perjalanan menuju redhaMu
adakalanya juga tersasar dan melencong dari jalan kebenaranMu namun
aku tetap cuba kembali kepadaMu
kerana aku akui keESAanMu..

bantulah aku ya Allah..dalam setiap perkara..
permudahkanlah setiap urusanku ya Allah~!

amin ya rabb...


Thursday, April 28, 2011

: why does i feels miserable? :

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah


subhanallah~! kenapa hari ni rasa serba tak kena?
hati rasa resah
banyak sangatkah dosa yang aku lakukan?
apakah Allah nak aku fikir dan nilai diri kembali
sebab tu diberinya rasa resah ni?

biasanya kalau rasa resah..mesti ada melakukan kesalahan
apa ya?
hmm...~!

bila fikir2 kembali..sejak akhir2 ni
sangat kurang interaksi ku dengan Illahi
jiwa rasa kosong

itulah~!
dah dipesan oleh murabbi..
jangan lupa Allah..nah~! beginilah rasanya

syukurlah Allah beri rasa begini
sekurang2nya dapat juga pengalaman
dan dapat juga merasa pentingnya Allah dalam hidup

nampaknya kena lipat gandakan amalan
amalan yang selama ini menjadi amalan seharian masih kurang agaknya
keikhlasan dan keyakinan masih di tahap yang rendah barangkali
sebab tu rasa macam ni

hmm~!
bagus juga rasa resah begini..
dapat menilai diri dan mengesan kekurangan yang perlu ditambah baik

jadi apa ya yang perlu dilakukan?

orang kate..jika nak meningkatkan iman dan keyakinan
maka beramallah dengan istighfar yang tidak putus dan perbaharuilah iman setiap masa dengan kalimah tauhid

insya allah..
mungkin itu amalan yang perlu diperbanyakkan mulai hari ini
dan apa ya zikir yang paling Allah suka?

kalau tak silap.......~
'subhanallah wa bihamdihi..suhanallah hil 'azim'

insya allah..jadi hari ni
mari kita sama2 penuhi dengan lafaz zikir dan istighfar (n_n)

-HidAYah-

Wednesday, April 27, 2011

: aduhai~! siapa sangka... :

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
selawat dan salam buat Rasulullah SAW , rasul junjungan mulia, ahlul bayt dan para sahabat baginda

aduhai~!
itulah yang sering keluar dari mulut ni..
bukan mengeluh tapi .. aduhai~!.. hmmm...speechless

kenapa?

sebab siapa sangka hidup ni akan berubah sekelip mata
semuanya bergantung pada iman di dada..

* ce citer ce citer...[word paling popular dlm malaysia skrg (n_n) ]*

meh nak citer..

ana ade seorang sahabat..
sahabat kesayangan
tak sangka hidupnya akan berubah sekelip mata
dahulu dialah yang menjadi ikutan buat ana..
dalam soal keyakinannya pada Illahi..
*mantop*
dalam soal mengejar pahala ibadah
*dia mmg hebat*
dalam kebolehannya berfikir merungkai erti hidup,
hikmah dan ibroh dalam daily life nya
*tabik spring*
tapi...

Allah sungguh kasih padaNya ..
di bentangkan ujian yang sangat hebat buat diri sahabat ana ini
sehingga dia dah tak kenal dirinya sendiri lagi
kini..
hari2nya penuh dengan keluh kesah kerana mengenangkan betapa hebatnya dia
mengejar kasih Illahi suatu ketika dahulu
*apa yang berlaku sebenarnya?*

begini..
sahabat yang ana kasihi lebih dari diri sendiri ini akhirnya di uji oleh Allah
tentang kekuatan imannya menghadapi godaan nafsu
sayang sekali keadaan membuatkannya gagal menolak godaan itu
langsung dia jatuh kelembah hina

kini..
melihatnya hari2 bermuram durja
menyalahkan diri sendiri atas sikap melampaui batasnya itu
membuatkan airmata ini sering menitis
melihat dirinya yang tidak lagi seampuh dulu
tidak lagi sehebat dulu
membuatkan diri ana terkaku dan terpana
tiada apa yang mampu ana lafazkan mahupun lakukan untuk membantu dirinya
melainkan berusaha memulihkan semangat, cinta dan keyakinannya pada Illahi

'ana malu pada Allah..kini selepas kejadian itu..diri ini sering dihantui rasa ingin mengulangi dosa itu lagi..'
*sahabat..aku kasih padamu maka aku tidak mahu engkau membinasakan dirimu sendiri*

dirinya kini seolah budak baru belajar..
bertatih menunaikan solat, mengaji, dan berpuasa..
memulakan segalanya kembali ibarat dia tidak mempunyai apa2 ilmu tentang Islam
*tapi..hati ini risau..*

mampukah engkau bertahan dan terus2an membina
iman , semangat dan keyakinan mu pada Illahi?
ana khuatir dirinya akan kembali terjatuh ke lembah hina itu lagi..

bukanlah diri ini kuat imannya
bukanlah diri ini banyak amalnya
sehingga mampu membantu dirinya
tapi ana akan sentiasa mendoakan dirinya

*hidup ibarat di neraka selepas melakukan dosa itu - katanya*
syukurlah kau sedar wahai sahabat
ternyata Allah amat2 mengasihiMu
disebabkan itu Dia menguji mu dengan ujian yang dahsyat
kerana dia mahu engkau menjadi lebih baik
lebih mengerti erti DOSA

ana?
ana yakin Allah menjadikan hikmah dan ibroh itu dalam pelbagai cara
dan salah satu dari cara itu adalah
dia memberi ujian pada insan yang hampir dengan kita
agar kita dapat mengambil hikmah dan ibroh darinya

*jangan sesekali kau memberi peluang pada dirimu untuk membuat kejahatan..ianya bakal membinasakan mu lebih dahsyat dari apa yang kau sangkakan' *
pesanan darinya, sahabat yang ana kasihi Lillahi ta'ala
pesanan yang amat berharga dan bermakna

akan aku semat rapi dalam minda pesananmu wahai sahabat..
aku tangisi setiap kekhilafan mu kerana kasihku padamu
aku mahu kita sama2 kesyurga..
tidak tegar aku melihat kau dihukum di neraka..

ya allah..kau kuatkan diri ini
kuatkan iman dalam diri ku ini
hambamu yang hina ini
agar bisa aku membantu sahabatku yg aku kasihi ini
sama2 menjadi hamba yang amat taat dan amat mengasihi mu
moga bisa kami menjadi hamba yang engkau cintai..

amin ya rabb~!