when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Wednesday, April 27, 2011

: aduhai~! siapa sangka... :

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
selawat dan salam buat Rasulullah SAW , rasul junjungan mulia, ahlul bayt dan para sahabat baginda

aduhai~!
itulah yang sering keluar dari mulut ni..
bukan mengeluh tapi .. aduhai~!.. hmmm...speechless

kenapa?

sebab siapa sangka hidup ni akan berubah sekelip mata
semuanya bergantung pada iman di dada..

* ce citer ce citer...[word paling popular dlm malaysia skrg (n_n) ]*

meh nak citer..

ana ade seorang sahabat..
sahabat kesayangan
tak sangka hidupnya akan berubah sekelip mata
dahulu dialah yang menjadi ikutan buat ana..
dalam soal keyakinannya pada Illahi..
*mantop*
dalam soal mengejar pahala ibadah
*dia mmg hebat*
dalam kebolehannya berfikir merungkai erti hidup,
hikmah dan ibroh dalam daily life nya
*tabik spring*
tapi...

Allah sungguh kasih padaNya ..
di bentangkan ujian yang sangat hebat buat diri sahabat ana ini
sehingga dia dah tak kenal dirinya sendiri lagi
kini..
hari2nya penuh dengan keluh kesah kerana mengenangkan betapa hebatnya dia
mengejar kasih Illahi suatu ketika dahulu
*apa yang berlaku sebenarnya?*

begini..
sahabat yang ana kasihi lebih dari diri sendiri ini akhirnya di uji oleh Allah
tentang kekuatan imannya menghadapi godaan nafsu
sayang sekali keadaan membuatkannya gagal menolak godaan itu
langsung dia jatuh kelembah hina

kini..
melihatnya hari2 bermuram durja
menyalahkan diri sendiri atas sikap melampaui batasnya itu
membuatkan airmata ini sering menitis
melihat dirinya yang tidak lagi seampuh dulu
tidak lagi sehebat dulu
membuatkan diri ana terkaku dan terpana
tiada apa yang mampu ana lafazkan mahupun lakukan untuk membantu dirinya
melainkan berusaha memulihkan semangat, cinta dan keyakinannya pada Illahi

'ana malu pada Allah..kini selepas kejadian itu..diri ini sering dihantui rasa ingin mengulangi dosa itu lagi..'
*sahabat..aku kasih padamu maka aku tidak mahu engkau membinasakan dirimu sendiri*

dirinya kini seolah budak baru belajar..
bertatih menunaikan solat, mengaji, dan berpuasa..
memulakan segalanya kembali ibarat dia tidak mempunyai apa2 ilmu tentang Islam
*tapi..hati ini risau..*

mampukah engkau bertahan dan terus2an membina
iman , semangat dan keyakinan mu pada Illahi?
ana khuatir dirinya akan kembali terjatuh ke lembah hina itu lagi..

bukanlah diri ini kuat imannya
bukanlah diri ini banyak amalnya
sehingga mampu membantu dirinya
tapi ana akan sentiasa mendoakan dirinya

*hidup ibarat di neraka selepas melakukan dosa itu - katanya*
syukurlah kau sedar wahai sahabat
ternyata Allah amat2 mengasihiMu
disebabkan itu Dia menguji mu dengan ujian yang dahsyat
kerana dia mahu engkau menjadi lebih baik
lebih mengerti erti DOSA

ana?
ana yakin Allah menjadikan hikmah dan ibroh itu dalam pelbagai cara
dan salah satu dari cara itu adalah
dia memberi ujian pada insan yang hampir dengan kita
agar kita dapat mengambil hikmah dan ibroh darinya

*jangan sesekali kau memberi peluang pada dirimu untuk membuat kejahatan..ianya bakal membinasakan mu lebih dahsyat dari apa yang kau sangkakan' *
pesanan darinya, sahabat yang ana kasihi Lillahi ta'ala
pesanan yang amat berharga dan bermakna

akan aku semat rapi dalam minda pesananmu wahai sahabat..
aku tangisi setiap kekhilafan mu kerana kasihku padamu
aku mahu kita sama2 kesyurga..
tidak tegar aku melihat kau dihukum di neraka..

ya allah..kau kuatkan diri ini
kuatkan iman dalam diri ku ini
hambamu yang hina ini
agar bisa aku membantu sahabatku yg aku kasihi ini
sama2 menjadi hamba yang amat taat dan amat mengasihi mu
moga bisa kami menjadi hamba yang engkau cintai..

amin ya rabb~!



0 comments:

Post a Comment