when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Monday, May 18, 2009

rinduku pada seseorang...

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

alhamdulillah..cuti semester ni banyak memberi ruang kepada ana untuk kembali menilai diri dan melihat serta memperbetulkan segala kesalahan dan kekurangan atau lebih tepat 'kebodohan' yang lalu...kembali mengenal diri..kembali menggapai impian dan cita-cita yang suatu ketika sentiasa segar dan kukuh di benak dan di hati..impian yang menjadikan diriku ini sebagaimana hari ini..

bermula semalam (waktu dalam bas on the way ke kl) ana kembali membaca buku-buku lama milik ana yang tak habis lagi di baca..dua buah buku yang ana sangat-sangat bercita-cita untuk habiskan pembacaan dalam masa dua hari ini..tapi macam susah pulak nak habiskan dalam masa dua hari bila lihat kembali tanggungjawab yang tergalas di bahu seampai sahaja di kl yang dulunya ku gelar 'kota kejahatan'..

apalagi..menemani kaklong di rumah dan membantu dirinya yang kesibukan..Allah sahaja yang tahu betapa aku syukuri hari ini..saat ini..dulu kami tak pernah rapat..ana dulu rapat dengan akhi dan kakcik..alhamdulillah..berkat doa rabitah yang kami amalkan mungkin telah mendekatkan kami..adik-beradik..

ah..ana begitu rindu sekali saat satu family berkumpul..gelak ketawa saat mengimbau zaman kanak-kanak pasti tercetus..membangkitkan keharmonian dan kebahagiaan dalam keluarga..apatah lagi kami amat rapat dengan abah dan ma..

hm~ tapi ana kini rindu..rindu akan seseorang..yang dah lama pergi..rindu akan kebahagiaan dan keamanan,kemenangan yang akan dibawa olehNya andai dia masih bernafas..tak..sebenarnya ana mengimpikan seseorang yang sepertinya untuk muncul..ya..seluruh umat menantikan nya..

siapa yang ku rindui?

yang saat menghayati penulisan ustaz maszlee malik..ana teringatkannya..seolah-olah kedengaran takbir laungannya membangkitkan semangat tentera muslimin di zamannya..

SALAHUDDIN AL-AYUBI..

mungkinkah akan muncul seorang lagi seperti dirinya..bilakah akan dapat kami hantarkan bantuan tenaga ke Palestin..

gusar melihat generasi kini yang menganggap palestin sekadar derma dan amal kebajikan..

wahai generasiku..Palestin itu perjuangan agama! kita wajib turut serta..

saat ini rakan-rakan ku sedang lena diulit godaan dunia..si R, si N, si AR dan si S..masih lagi asyik dengan dunia dan amalan hidup kebaratan mereka..

sahabat! dunia ini akan hancur..jika engkau mahu hancur bersam dengan keseronokan dunia..jangan engkau ajakku bersama..
tapi demi kebahagiaan akhirat..aku tidak akan meninggalkan kalian..aku akan tetap usaha agar kalian dapat apa yang aku impikan..jannah..syafaat dan naungan..di ahirat nanti..

malam tadi si S menghubungi ku..aduh..mereka ini tak henti-henti mengajakku bersama mereka..ke dalam jerat dosa..

kelapangan dan kesusahan itu Allah bagi wahai teman-teman..pilihlah..kita mahu syaitan menang atau kita yang mahu menang..ingat! kita ini semulia-mulia makhluk andai kita benar2 beriman, kasih Allah tidak terhenti untuk kita...kembalilah ke pangkal jalan

Wallahu ta'ala 'alam..

0 comments:

Post a Comment