Tuesday, December 21, 2010
: demam korea lah pulak :
sejak kebelakangan ni semakin ramai pulak yg minta korean song n drama..
korean show pun tak kurang juga..
ana?
adelah sikit2..tapi tak lah sampai demam..huhu =)
*show 2 days 1 night*
setakat tengok show 2 days 1 night, golden bell challange .. tu je..
artist korea pun setakat kump. 2pm je..yang ana slalu dengar lagunya..bigbang sikit2 lah..
tapi apa kebaikan dan keburukannya?
wallahu ta'ala 'alam..
hanya Allah yang tahu..
dari my point of view..
anak2 muda makin pinggirkan hiburan mendidik jiwa (nasyids)
dan di bibir asyik menyanyi2 lagu korea yang iramanya agak catchy dan rancak..
liriknya tak dinafikan yang ramai tak faham..tapi bunyinya sedap disebut2..
akhirnya lagu2 zikir kurang di lafaz dan dinyanyikan di bibir..
penangan drama korea pula..
ramai student terutama perempuan yang dah melekat kat depan laptop..mana taknya..ceritanya panjang berjela..dan kelakar pun ada..
dah kurang tumpuan pada study atau paling tidak pun..masa ulangkaji dah semakin berkurangan sebab diperuntukkan utk tgk cerita korea..
*show 2 days 1 night*
*artis2 ternama korea dlm 2 days 1 night*
entahlah..ana tak minat sgt drama..tapi show 2 days 1 night tu..
berunsur travelling show..
dapatlah ana yg tak mampu nak travel ni lihat negara korea..
subhanallah..sungguh indah kejadian Allah di korea..buminya sungguh indah..
pantai dan pulaunya..kebun bunganya..bukit dan gunungnya..subhanallah..cantik sungguh ciptaanNya..
memang korea sebuah negara yang cantik..tgk saja drama melayu 'seruan pulau nami' tu..
dilakonkan di pulau drama 'winter sonata'
kisah kehidupan : musuh tradisi
Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, ahlul bayt, para sahabat serta buat seluruh para anbiya' sepanjang zaman
dendam kesumat membawa padah..
hari demi hari terasa semakin menjadi-jadi kerenah manusia
di akhbar dan berita boleh di katakan hari-hari keluar cerita pasal kes bunuh membunuh..
melampau sangat bila mangsa yang di bunuh tu diseksa pula..
dikerat-kerat..
di bakar..
di buang dalam sungai dan sebagainya..
ni semua adalah hasil kejayaan 2 pihak menghasut dan merosakkan manusia..
1. syaitan yg dilaknat di langit dan bumi
2. nafsu ammarah bissu'
tapi yang menjayakannya tetap manusai itu sendiri..
hidup ana selama 22 tahun ni bukanlah bermula dengan erti keimanan yang sebenar..
ana rasa syukur tak terhingga di anugerahkan ibubapa yang faham dan berilmu agama..
namun ana kenal keindahan ISLAM itu sendiri setelah masuk ke U..
dalam hati memang telah lama bersarang keinginan nak mempunyai teman2 yang soleh wa solehah,al-hafiz wa al-hafizah..dan ana menanam impian untuk jadi seperti mereka..
alhamdulillah impian sedikit demi sedikit menjadi nyata bila ana mula mendekatkan diri ke masjid dan menyertai persatuan remaja masjid di kampus..
abah pesan..
bila kita semakin tinggi harapan dan impian untuk dekat dengan Allah..
syaitan yang berdamping dengan kita juga semakin tinggi 'pangkat' dan 'ilmu' nya untuk menggagalkan impian kita..
ana pernah berkali-kali jatuh dalam usaha ana berlari-lari menuju ke 'pintu syurga'..adakalanya jatuh terjelupuk dan adakalanya tersungkur dan tersembam..(kiasan semata)..namun tetap ana gagahi langkah ana bukan untuk mendapatkan keindahan dan kesenangan di syurga kelak namun semata untuk ana dapat tersenyum dengan perasaan yang penuh rindu dan kasih saat ana di hadapkan di hadapan Allah ta'ala kelak..
itulah impian ana..
untuk tersenyum melihat wajahNya yang Maha Agung di akhirat kelak..
untuk melihat wajah Rasulullah SAW tersenyum kepada ana kerana ana telah berjaya menjadi penyambung dakwahnya di dunia..
untuk berpimpin tangan bersam sahabat2 ana kerana kami telah sama2 berjuang bersama menegakkan islam di muka bumi..
untuk berkumpul bersama ahli keluarga ana yang tercinta..bersama mendapat syafaat KekasihNya..
tetapi..
MEMANG BENAR..BANYAK LIKU DAN ONAK DURINYA..
SEMAKIN KITA HENDAK MENGUATKAN KEIMANAN DAN HAMPIR PADA ILLAHI..
SEMAKIN KUAT KITA DI UJI
SEMAKIN HEBAT HASUTAN SYAITAN DAN GODAAN NAFSU DALAM DIRI..
kalau kita tak kenal 'musuh'..
kita takkan 'menang'
musuh kita adalah DIRI KITA SENDIRI dengan bantuan dan hasutan SYAITAN..
renung kembali pada perjalanan hidup yang lalu..
adakalanya diri sendiri yang menyekat amar makruf nahi munkar yang hendak org lakukan pada diri..
bila sahabat ajak pergi program program agama..
mulalah..bermacam perkara muncul di benak dan menjadi hambatan..
akhirnya kita jadikan alasan untuk tidak sertai program tu..
bila dengar azan..mulalah melengahkan solat..
nak makan dulu lah..nak siapkan kerja dulu lah..
macam2..sehingga akhirnya terlepas solat / solat di akhir waktu..
di suatu sudut, Syaitan galak mentertawakan kita..
manusia..berani saja ingkar..
enggan taat pada Allah..
bila dikenang kembali..
syaitan ni sebenarnya dendam pada manusia dah beratus ribu tahun dah..
konsepnya senang..
moyangnya (iblis) di keluarkan dari syurga dan di masukkan ke neraka kerana enggan sujud pada adam..
bila difikirkan..kerana manusialah iblis dimasukkan ke neraka..
maka iblis merasakan bahawa jika dia tak boleh kembali ke syurga dan dimasukkan ke neraka..maka manusia pun harus bersamanya..
dendam inilah yang bertahan sehingga ke hari ini..malah sehingga ke hari kiamat nanti..
semoga ana, family ana, ntum (para pembaca) dan family ntum semuanya di tebalkan iman di beri hidayah dan taufik untuk terus2an bertahan dalam menepis godaan nafsu dan hasutan syaitan...semoga ketaatan kepada Allah menjadi karakter kita ila akhir hayat..AMIN
-NHR @ bp rompin-
:: kisah kehidupan :- HIJRAHKU..ke arah kebaikan atau.. ::
Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, ahlul bayt dan para sahabat baginda..
awal muharam..
sahabat2 pembaca sempat tak membaca doa akhir dan awal tahun? =)
alhamdulillah ana dan adik2 ana sempat..semoga ntum juga begitu.
merenung kembali setahun yang baru berlalu..subhanallah..
Astaghfirullahhal'azim..allazi la ilahaillahu wal hayyul qayyum wa atubuilaih..
terasa banyak menggunung dosa yang dilakukan..
banyak sungguh kekhilafan..
namun..
hati masih syukur..kerana kasih dan nikmat Illahi masih tercurah buat hamba yang hina ini..
masih Dia beri peluang menghirup udaraNya,melalui hari-hariNya,merasai kehangatan matahariNya dan hembusan lembut bayuNya..renjis renyai air hujan di pipi turut di syukuri kerna ia juga kasih dari illahi bagi ana..
'ya Allah panjangkan umurku agar aku bisa menebus kekhilafan lalu..menebus dosa yang menghimpun memberatkan timbangan amalanku..mencurah kasih dan bakti buat ibubapa dan keluargaku..menegak islam di dalam jiwa dan sekelilingku serta mempertahankan dan meneruskan dakwah yang diwarisi dari para RasulMu..permudahkan lah ya Allah segala urusanku selagi nyawa masih ku kandung..tambahkan imanku jangan Kau surutkan dari jiwaku..serta curahkan sinar HidayahMu agar aku bisa mekar soleh dalam jagaanMu..serta bisa menambah amalan kanan ku..amin ya rabbal 'alamin'
sahabat-sahabatku..
seharusnya hari yang kita lalui perlu kita korek dan gali 2 perkara di akhir setiap hari ( sebelum kita tidur)..
seharusnya kita fikirkan 2 perkara ini..
1. apa IBROH yang kita dapat sepanjang hari yang telah berlalu
2. apa HIKMAH yang kita dapat sepanjang hari yang kita lalui
lantas kita akan terasa kasih Illahi dan menyesali kekhilafan diri..
Semoga kita terus2an dikasihiNya..
amin ya Rabb..
-NHR @ home-
Friday, December 3, 2010
kisah kehidupan : aku anak derhaka
Selawat dan salam atas nabi junjungan mulia Muhammad SAW, ahlul bayt dan para sahabat baginda SAW serta para rasul sepanjang zaman..
Pasti kalian,sahabat2 semua rasa takut dengan perkataan DERHAKA kan?
Ya..ana juga..kerana apabila seorg ank dikatakn derhaka, hidupnya akan mendapat kesusahan..kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ayah ibu..
Apa sekalipun yg dilakukan oleh seorg ank jika ianya tidak diredhai oleh kedua ibubapanya..ia tidak akan berjaya...
Ini sebuah kisah tentang seorg anak yg ana kenal..amat dekat dirinya dgn diri ana..semoa kita sama2 mendapat ibroh dn hikmah dari kisah kehidupannya ini,,
'Mulut kau derhaka'...
Itulah perkataan yg keluar dr mulut ibunya setelah perang mulut di ataranya dn ibunya berakhir..
Dulunya dia seorg anak yg baik..
Membantu ibubapa tanpa mengeluh..
Berkorban tanpa berkira dn mengungkit..
Menurut tanpa membantah..namun..
Dlm masa 3 thn..segalanya berubah..
Saat dia sedang belajar di slh sebuah ipta..
Entah mengapa dia menjadi sgt pns baran dn kesabarannya menipis..
Mungkin sekali Allah SWT hndak menguji keimanannya..
Makin hari makin menjadi2
Akhirnya dia lgsg xdpt mengawal kemarahan dn ketidakpuasan hatinya kepada ibu bapanya..
Pdnya biar dia menanggung dosa asal dia dpt memberitahu aa yg benar dn apa yg slh pd ibu bapanya..
Sangkanya pendiriannya benar namun sbenarnya dia telah melakukan kesalahan besr yg amat dikesalinya..
Dia selalu merasakan yg dirina kurg diberi perhatian dn kasih syg..
Namun dia tidk pula inginkn semua itu..yg dia inginkan adalah supaya ibu bpanya memahami dirinya..
Suatu hari berlaku perselisihan faham dn perbalahan dengan ayahnya..
Inila saat yg amat dikesalinya..
Keterlampauan kata2nya telah menyebabkan ayahnya menitiskan airmata..
Saat itu dia hampir2 kehilangan ayhnya..
Ayhnya yg sdih merasa sesak nafas dn skit dada..
Di fikirannya..dia harus mohon ampun sblm ayhna pergi..dia sgt menyayangi ayhnya..malah menyayanginya lebih dr menyayangi ibunya sendiri..
Slps kejadian itu dia berazam utk mentaati ibu ayhnya wlpn hatinya terluka..krn dia sedar dia menyayangi mereka lbh dr mnyayangi dirinya sendiri..
Semoga dirinya berjaya menjadi anak yg soleh dn taat..
Antara ibrohnya :
Keredhaan Allah terletak pd keredhaan ayh ibu
Malulah pd Rasulullah SAW yang merupakan anak yatim piatu kerana gagal menyenangkan hati ibubapa sdgkn Rasulullah tidk berpeluang merasa kasih syg mrka..
Kesabaran itu sebahagian drpd iman..andai kita alim namun kita berkelakuan buruk pd ibu ayh maka teruklah kita dipandangan Allah..
Semoga ingatan kita pd kesusahan mrka melahirkn dn membesarkan kita menjadi pemadam api kemarahn dan pelenyap perasaan kurang enak pd mrka..
Amin ya rabb..
-nhr@lekir,setiawan,perak-
-12pm-
End of kisah kehdupan : ank derhaka
kisah hati : aduhai~!
Subhanallah walhamdulillah wa la ilahaillallah wallahuakbar!
maha suci Allah yg menciptakan hati dn akal yg sering berkait..
Tanpa akal..manusia bisa binasa kerna melaksanakan kehendak hati yg mudah dipengaruhi oleh godaan nafsu jahat..
Dan tanpa hati juga..manusia tidak bisa hidup aman tenteram..kerana akal tidak bisa merasai belas kasihan,kasih sayang dan ihsan..
Namun dengan kedua-duanya manusia tetap tidak dapat lari dari melakukan kesalahan..namun..dengan adanya hati dan akal..ianya masih terkawal..
Kerana dengan hati bersih, wujudnya iman..dan dengan akal bisa membezakan yg baik dan buruk..
Lima tahun hidup di desa..
Membuka mata ana kepada tanggungjawb besar yg digalas oleh para pendakwah
Mungkin pemuda pemudi jundullah harus take note..
Pada ana kia bukan sekadar berdakwah kepada mereka y baru memeluk islam,yg berminat terhadap islam atau pemuda pemudi sahaja..
Tetapi golongan makcik2,pakcik2 dn atuk nenek di kampung juga..
Kenapa?
Mungkin perkara ini jarang berlaku..atau tak pernah berlaku di tempat atau kampung kalian..namun..di suatu tmpat dekat dgn ana..sering kedengaran perkara sebegini berlaku..
Pelbagai kisah..
Ada warga emas yang terlibat dengan perzinaan..ada suami isteri yang terlibat dgn zina bersama suami / isteri org..ada juga yang sibuk nak menggoda suami/isteri orang..
Malu mendengarnya..apatah lagi memikirkannya..hal sebegini tidak seharusnya berlaku..dengan keadaan anak rmaja yg terlibat dgn dadah,rempit dn pelbagai gejala sosial..warga tua pula terlibat dengan masalah sebegini rupa...
Getaran hati memang dahsyat..
Ana akui mmg sukar nak menepisnya..apatah lagi bila ia melibatkan perasaan terhadap lelaki/wanita..
Apa yg boleh di lakukan?
-nhr @ De art shah Alam-
3/12/2010
3a.m
Tuesday, November 16, 2010
: ceritera cinta (2) :
Ceritera cinta..
Love story..
Teringat ana pd sebuah filem hindustan..
Tajuknya : I HATE LOVE STORY
Bunyi menarik..tp nak tgk filem hindustan skarang teragak2 sbb pakaian mereka terlampaulah seksisampai segan nak tengok..
Mengundang dosa dek kerana zina mata..
Itu citer love story bollywood's version..
Dalam hidup ni banyak hal yg berlaku yg boleh kita jadikan tauladan..yg baik di ambil..yg buruk di buang..
Kisah cinta..
dalam hal ni pun takde bezanya..
Teringat pada seorg gadis yg ana kenali..
Nak dikatakan dia banyak pengalaman bercinta tu..taklah jugak..
Dalam hidup ni baru 3-4 kali bercinta lebih kurang..
Namun semuanya gagal..semuanya tak membawa kebahagiaan berpanjangan..
Hani namanya..
Secomel namanya..
Dlm pengalamannya bercinta..dia pernah bercinta dgn seorg jejaka yg bernama syafiq
..
Msalahnya dgn gadis ni, bila dia dh bercinta..dia all out..feeling habis..
Tp nasib dia mmg xbaik kerana jejaka bernama syafiq tu bukanlah seorg yg baik..
Nak ikut..hati si jejaka tu mmg baik..tp dia gagal mengawAl kenakalannya..
Oleh disebabkan kenakalannya tu lah mereka putus di tengah jalan..
Jejaka tu kononnya insaf..
Nak menjadi baik dan lbh matang..
lalu dia pun meninggalkan hani..
Selepas hampir setahun..
Si jejaka tu muncul kembali..mengatakan yg dia xdpt melupakan hani dn hani mmg cinta sejatinya..
Hani wlpun berat hati nak percaya..
Tapi akibat sayang yg masih berbaki dlm hati utk jejaka tu pun menerima kepulangan jejaka itu ke dalam taman hatinya
Tapi tak lama selepas tu perkara yg sama berlaku..tp kali ini lbh teruk..
Hani ditinggalkan tanpa alasan..
Sdgkan mlm sebelumnya..
Si jejaka menabur janji manis utk mengikat tali pertunangan dgnnya..keesokan harinya jejaka itu terus hilang tanpa khabar berita
Selama sebulan lebih hani sms dan call dia tp x berbalas dan x dijawab..
Hani sangka mungkin hp jejaka itu rosak atau tiada kredit utk bls sms..
Rupanya.. Si jejaka itu telah pun menjalinkan hubungan cinta dgn wanita lain..
Hani dpt tahu apbila dia bukak facebook jejaka itu setelah sebulan dia xdpt contact si jejaka..
Ini lah hakikatnya..
Si jejaka menabur pelbagai kata janji manis tp semuanya bohong belaka..
syukur si hani jarang berjumpa dgn si jejaka dn setiap kali si jejaka mengajak ke arah maksiat..dia dapat menghalang dn mengelak..
Oleh di sebabkan itu..
Ana kurang percaya pd apa yg ma salleh katakan : THE POWER OF LOVE
melalui kisah percintaan hani..byk yg ana dpt pelajari : hikmah dan ibroh
Antaranya..
couple a.k.a berpasangan sebelum bernikah itu adalah suatu kategori zina
Zina mata
: apbla si jejaka melihat wanita dan merasa tertarik pd nya
Zina hati
: apabila si jejaka mahupun si gadis sering teringat a.k.a rindu pd kekasih masing2
Zina perbuatan / anggota
: apabila berlakunya sentuhan antara sesama bukan muhrim dgn di perasaan yg di hasut hawa nafsu
zina minda
: apabila si jejaka / gadis sering membayangkan / berangan-angan tentang apa sahaja berkaitan kekasih mereka..
Ini semua akan membawa kepada dosa zina yg lebih besar iaitu :
ZINA SELURUH ANGGOTA MELALUI PERBUATAN MAKSIAT (BERSEKEDUDUKAN/TERLANJUR)
oleh disebabkan itu..
Ada antara alim ulama' yg berpendapat bahawa pemuda-pemudi seharusnya menikah di usia muda remaja (21-22)..
Kerana pernikahan itu menjadi stabiliser kpd
Mereka (remaja) yg di saat usia itulah keinginan melonjak dan jika di hasut oleh syaitan dgn jayanya..mereka akan terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan/zina..
Ana yakin pada percintaan selepas pernikahan
Umpama pernikahan :
1. Rasulullah dan Siti Khadijah
2. Fatimah az-zahra dan Saidina Ali
3. Nabi yusuff dan zulaikha
4. Nabi sulaiman dan puteri balqis..
Dan banyak lg contoh dlm sejarah islam..
Biar kita digelar kolot keran tidak berpacaran
asal diri selamat dari dosa zina..
Biar diri di hina dan di kata kolot kerana menjaihi cinta sebelum pernikahan,
Asal maruah dan harga diri serta kesuciannya
Tetap terpelihara, teristimewa hanya utk suami tercinta..
Kerana semua itu adalah lebih mulia..
End of CERITERA CINTA
-NHR-
Sunday, October 10, 2010
:: ceritera cinta : 1 ::
:: sungguh tak terdaya ::
Saturday, April 3, 2010
:: tipu daya syaitan ::
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, keluarga, para sahabat serta seluruh para anbiya' sepanjang zaman
hal2 berkaitan permusuhan antara syaitan dengan manusia banyak disebut dalam al-Quran..seawal kisah ketidakpuas hatian syaitan terhadap penciptaan Adam a.s. sehingga kepada usaha mereka untuk menyesatkan manusia sehingga akhirnya mereka mengatakan
: sesungguhnya aku takut pada Allah , Tuhan semestea alam : dan berlepas tangan dari manusia setelah menyesatkannya..
seperti perikan ayat al-quran dari surah al-Fathir di atas..kita seharusnya sentiasa meletakkan syaitan itu sebagai musuh utama.sentiasa mengingatinya dan berwaspada dengan segala bisikan jahat yang datang darinya..kita juga di ingatkan supaya sentiasa berlindung dari mereka kepada Allah SWT setiap masa..
yang jelas , mereka sentiasa memusuhi manusia..tidak pernah walau sedetik mereka lalai dari menggoda dan menghasut anak2 adam agar mengikuti mereka.tugas utama mereka adalah untuk menyesatkan kaum Muslimin kerana ternyata mereka sedar bahawa kita juga turut memusuhi mereka..sedangkan orang2 kafir adalah sahabat mereka..
dalam diri setiap anak adam telah tercipta sedari azali akan sesuatu yang menjadi ancaman utama mereka iaitu..NAFSU..sedang nafsu itu merupakan pembantu utama syaitan..dijadikan wanita memiliki 9 nafsu dan 1 akal manakala lelaki 9 akal dan 1 nafsu..oleh yang demikian ..kaum adamlah yang berhak memimpin kaum nisa' seperti yang disebut dalam al-Quran iaitu 'ar-rijalu qauwamu na'alan nisa' ' ... dan wanita itu dijadikan sebagai alat soleh yaitan untuk menyesatkan kaum adam ( seperti yang disebut dalam buku Wanita dan Penelanjangan Syaitan)..
yahya bin muaz menyebut bahawa syaitan itu adalah pengganggu..mereka mempunyai banyak masa untuk menjalankan perancangannya ke atas manusia. dan syaitan juga mempunyai ramai pembantu..seharusnya kita menyedari hakikat ini bhawa syaitan telah mengisytiharkan perang dengan manusia di syurga saat dia di halau dari syurga oleh Allah SWT atas keingkarannya sujud kepada Adam a.s. ..maka kita seharusnya mengingat kembali bahawa syaitanlah yang seharusnya sujud kepada kita lantaran kita ini lebih mulia dari mereka jika kita benar2 eriman, bukannya kita yang mengikut telunjuk mereka...
Tuesday, March 23, 2010
:: Malu nak sampaikan Islam ke malu kerana kita ini Islam? ::
:: Hutang : macam mana nak handle ya? ::
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Sunday, March 21, 2010
:: manzil ::
selawat dan salam buat Rasulullah SAW ahlul bayt dan sahabat serta seluruh para anbiya'
sepanjang zaman
ayyatul manzil adalah antara ayat yang dibaca dan di amalkan sebagai usaha kita memohon perlindunan dari Allah SWT dari segala makhluk halus dan gangguan sihir
ayat2 ni elok sekali di amalkan bagi mengelakkan kita di sihir oleh orang2 yang berniat jahat terhadap kita atau pun dari gangguan makhluk2 halus (hantu dsb)
ana baru saje mengamalkan ayat2 manzil,munjiyat dan syifa' yang risalahnya boleh di beli di kedai2 dengan harga sekadar rm2
lama ana mencari ayat ni kerana pernah teraca tentang hikmah mengamalkannya
namun niat ana mengamalkannya sekadar untuk menambah ilmu dan amal..
khasiat pengamalan ayat2 ni ana anggap sebagai rezeki dari Allah yang menguatkan lagi keyakinan pada keagunganNYa dan mengurankan ketakutan yang tidak sepatutnya kepada makhuk
Rasulullah SAW memberi petunjuk kepada kita bagaimana untuk kita menghindari dari tipu helah , hasad dengki, adu domba , fitnah serta seumpamanya dari golongan yang sentiasa memusuhi orang-orang yang berusaha di atas jalan agama . di antaranya ialah yang terkandung dalam risalah Manzil yang merupakan himpunan pilihan ayat-ayat al-Quran yang telah di ajar oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat baginda,
Manzil merupakan ayat penyembuhan beberapa jenis penyakit zahir da batin serta pelindung dari serangan sihir atau ilmu syaitan. Manzil merupakan bekalan yang ampuh bagi menghadapi segala macam serangan mereka yang berpunca dari sifat mazmumah.
bagi mereka yang istiqomah dan tekun dalam mengamalkannya, terdapat banyak khasiatnya.
antaranya ia disebut dalam sebuah hadith sahih yang dicatatkan dalam kitab " hayyatus sahabah" (jilid 3 ms 334)
menyentuh mengenai fadhilat pengamalannya, ia mempunyai banyak kebaikan dan tebukti pada mereka yang mengamalkannya. dari pengamalan kebanyakan orang yang mengamalkannya, Manzil ini sangat mustaja dalam menyembuhkan penyakit khususnya yang ada kaitan dengan sihir dan kerasukan jin.
mudah2an ayyatul manzil menjadi salah satu amalan yang kita amalkan ikhlas keranaNya secara berterusan di sisi Allah SWT..
wallahu 'alam
Saturday, March 20, 2010
:: Meniti Arus Perjuangan Mahasiswa : satu perbandingan antara dulu dan kini ::
Selawat dan salam buat Rasulullah Muhammad SAW, ahlul bayt, para sahabat serta seluruh para anbiya' sepanjang zaman
semakin terasa debaran sewaktu menyelusuri Minggu Wacana Islam ini detik demi detik..
tak dapat tidur ana malam ni nampaknya..
esok ada bengkel sembelihan haiwan yang mana ana dipilih menjadi timbalan ketua program..
mana mungkin ana lelap kerana ana tak sedap hati..ana rase tak lengkap dan tak mantap persediaan untuk bengkel kali ini sedangkan ana pernah mengurus program yang lebih besar dan melibatkan org luar..
ya Allah permudahkan lah ya!
sekilas mengingati forum mahasiswa malam khamis yang lalu..
sungguh ana terasa kelainannya bila mana ahli panel membentangkan sejarah perjuangan mahasiwa dahulu dan dibandingkan pula dengan mahasiswa hari ni..mahasiswa hari ni cuma sekadar takut tak dapat kolej je..pastu ngadu makanan mahal harganya dan bmacam2 lagi..
mahasiswa dahulu sangat peka dengan isu walau isu negara sekalipun malahan berani bersuara.
suara mahasiswa dahulu sangat di pandang tinggi..dek kerana mahasiswa dikenali sebagai golongan intelektual..
tapi bile buat program tak menggambarkan keintelektualan dan world class universiti nya pun
..
sedih juga tapi apakan daya..hakikatlah dai'e 2 memang sukar skit bile memang tidak mudah disukai masyarakat..jadinya kena develop charismatic dalam diri agar method dakwah lebih creative dan variasi serta berkesan..
ngantuk pula..lailayuka sa'idatan
Friday, March 19, 2010
:: tak suka ISLAM ::
Wednesday, March 10, 2010
:: syaratnya kepada suami : pedoman buat Muslimah ::
:: tokoh-tokoh ::
Tuesday, March 9, 2010
:: hari-hari kosong ::
selawat dan salam buat Rasulullah SAW,keluarga,para sahabat serta seluruh para anbiya' sepanjang zaman
hari demi hari yang berlalu terasa kosong..
apakah aku benar-benar telah mengisi usiaku selama hampir 22 tahun ini dengan memperhambakan diri kepada KEKASIHKU, Allah SWT?
sejak kebelakangan ini sering benar diri terasa tenat..
kepedihan di dada makin menyengat..
batuk sering berkunjung..
apakah aku masih punya waktu untuk terus-terusan memperbetul diri agar bisa menjadi hamba sejati?
diri terasa jauh ketinggalan dari sahabat2 yang keyakinan mereka seolah langsung tak tergugat andai taufan sekalipun melanda..
diri ini?
masih sibuk memperbetul diri dan mencuba memenuhi dada dengan sebanyak mungkin ilmu tentang agama suci ini..
semalam saat ku tatapi artikel iluvislam.com berjudul "susah nak beribadah "..
aku dapati bahawa sukar untuk menjaga mata,telinga,mulut dan hati..mulut mungkin mudah untuk dijaga, mata mungkin juga mudah dan telinga serta hati ?
ah..perlu banyak uzlah ni..
uzlah di tengah ramai
apa pun..akan datang ana akan berkongsi perihal hidup insan2 mulia di sisi Allah yang bukunya baru ana baca..
insya Allah akan ana kongsi dengan sahabat2..
salam perjuangan..
Monday, March 8, 2010
:: sukar nak beribadat? ::
Sukar Nak Beribadat?www.iluvislam.com
Oleh : l@IYyinul h@Rir
Editor : naadherah
(Artikel dalam Bahasa Indonesia)
Apakah kita pernah mengalami malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau tidak merasakan kenikmatan ketika membaca Al Qur’an atau sholat? Atau mungkin merasa susah untuk bangun malam untuk qiyamulail?
Padahal jam loceng bertik-tok, sudah di off, alarm hp
juga sudah di off tapi ketika berdering tetap terlelap dalam tidurnya, tidak kedengeran akhirnya mati-mati sendiri atau bangun dengan setengah sadar matikan loceng trus tidur lagi. Padahal biasanya dengan mudah bisa bangun. So.. Apa yang terjadi dengan diri kita?
Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat Al Qur’an atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita pernah mengalami kekok, ngomong tak lancar, tersangkut sangkut fikiran jadi ‘blank’ ketika kita presentasi, ngajar atau ngisi halaqah/pengajian meskipun sebelumnya sudah mempersiapkan materi. Ada apa dengan kita?
Jika hal-hal seperti itu terjadi pada diri kita, maka segeralah kita evaluasi diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jan
gan dibiarkan begitu saja, lama-kelamaan akhirnya terbiasa. Seperti halnya penyakit, kalau sudah ada gejala segera periksa ke doktor dan minum ubat biar tidak ‘kasep’ dan segera sembuh. Begitu pula dengan ruhiyah kita, kalau sudah ada gejala osteoporosis ruhiyah seperti yang sudah dibahas di artikel sebelumnya (lihat arsip) maka segera kita mutabaah diri kita, bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?
Jangan-jangan kita banyak maksiat yang kita kerjakan hingga menghalangi amalan-amalan kita. Mungkin kita tidak bisa menjaga dari hal-hal yang makruh bahkan diharamkan oleh Allah sehingga menghalang
i organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk nonton sinetron meski cuma satu atau dua jam, tunggu saja nanti kemungkinan besar malamnya kita akan susah bangun untuk qiyamulail. Mata kita akan susah untuk bangun, kalaupun bangun kita sholat dengan mata yang ngantuk. Atau mungkin kita ga bisa bangun malam karena siangnya mata kita ga bisa gadhul bashar. Karena kita tak menjaga mata kita dari hal-hal yang tidak berguna bahkan mengandung
maksiat, akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah padaNya.
Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Bisa jadi kita susah bangun malam karena kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengarkan gosip atau muzik-muzik jahiliya bahkan kadang bisa terngiang-ngiang dalam memori kita karena seharian yang didengar muzik-muzik itu. Akhirnya malamnya telinga kita tidak kedengeran dering jam loceng atau alarm hp bahkan suara adzan, Na’udzubillah.
Selain itu mulut tak kalah pentingnya untuk dija
ga. Karena mulut itu pula yang banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke dalam neraka, Na’udzubillah. Karena mulut bisa menjadi sarana gibah, fitnah, caci-maki, dsb. Bisa jadi tidak lancarnya kita waktu persentasi, ngajar atau ngisi halaqah adalah karena mulut ini telah bermaksiat sebelumnya. Padahal jika ruhiyah kita fit maka kita bisa dengan mudah ngomong, kadang mengalir begitu saja apa yang kita sampaikan bisa dengan mudah memberikan contoh-contoh dan penjelasan yang sebelumnya
belum terpikirkan oleh kita, tiba-tiba aja ‘cling’ muncul di otak kita, itu semua karena ilmu dari Allah.
Selanjutnya adalah hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu kita jaga. Hati ibaratnya pemimpin bagi organ tubuh yang lain, yang menjadi komando. Hati bisa sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat. Hati ibarat cermin, semakin banyak bermaksiat maka semakin banyak noda titik-titik hitam di cermin itu. Atau bahkan mungkin tidak lagi titik-titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan dan tidak bisa dipakai untuk bercermin lagi karena sudah bukam. Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat maka kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.
Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bergurau. Bolehlah kita bergurau untuk mencairkan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah. Tapi tetap memperhatikan adab-adabnya, perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi ikhwan-akhwat, hati-hati!
Mari kita tengok diri kita, evaluasi diri kita, jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain dari kemaksiatan maka segeralah kita berbenah diri, tidak ada kata terlambat untuk sebuah kebaikan. Seharusnya kita merasa sayang kalau tidak bisa qiyamulail meski hanya terlewat semalam. Merasa sayang pula jika tidak bisa merasakan nikmatnya beribadah. Jika masih merasa sayang, maka jagalah diri kita, dan Insya Allah Allah akan menjaga kita agar senantiasa bisa dekat dengan-Nya
Sunday, March 7, 2010
:: aman pattani ::
MARI KITA SAMA-SAMA IKUTI PEKEMBANGAN DI SELATAN THAILAND..KETAHUILAH NASIB SAUDARA - SAUDARA KITA DI SANA..
BANTULAH APA YG TERMAMPU WALAU DENGAN DOA DAN HEBAHAN KEPADA MASYARAKAT SEKELILING..
SEMOGA MEREKA AKAN SELAMAT DALAM LINDUNGAN ALLAH
DAN SEMOGA DIHENTIKAN PENYEKSAAN KE ATAS MEREKA..
TAKBIRR!!
ALLAHU AKBAR!!!!!!!
(KLIK PADA BANNER AMAN PATANI )
:: ingin sekali aku jatuh cinta ::
selawat dan salam tanda kecintaan dan kerinduan buat rasul junjungan mulia,Muhammad SAW,keluarga,para sahabat serta seluruh para anbiya' sepanjang zaman
bagaimana agaknya jatuh cinta?
adakah benar seperti yang dikata manusia..
terasa kehilangan tanpa kehadiran insan yg dicinta
tidur tak lena,mandi tak basah,makan pun tak kenyang
atau mungkinkah hingga sanggup berkoran apa sahaja?
jika benar begitu.ya Allah..
jatuh cinta kan lah aku PADAMU..
biar aku merasa seksanya tanpaMu..
merasa tidak keruan jika tidak berzikir melafaz cintaku padaMu
merasa tidak kenyang makan tanpa menyebut namaMu dan mensyukuri rezekiMu
merasa tidak lena tanpa solat taubat dahulu kerana khuatir aku kan mati dengan kemurkaanMu
merasa tidak basah mandiku kerana tidak bersuci keranaMu
kerana sesungguhnya Engkau mencintai hambaMu yang bertaubat dan mensucikan diri
Allah hu Rabbi
jatuh cintakanlah aku padaMu
agar bisa ku hidup keranaMu semata
agar bisa segala kemunkaran yang akan aku lakukan ku batasi dengan kemurkaanMu
agar bisa aku berjuang menegakkan agamaMu sepanjang hayatku
sehingga aku bisa syahid di jalan agamaMu dalam keadaan Engkau redha akan aku
sesungguhnya aku rindu benar saat aku menghadap Mu di akhirat nanti
aku mahu menghadap mu dengan senyuman kerana
sepanjang hayatku di dunia aku melakukan segala perintahMu
dan menjauhi laranganMu
mengajak manusia ke jalan Mu yang benar
dan menarik mereka keluar dari kemaksiatan dan kedurhakaan kepadaMu sedayaku
aga aku bisa mencapai cita-cita ku untuk menata wajah keseluruhan para malaikatMu
dan bersua muka dengan kekasihMu Muhammad SAW dan baginda tersenyum ke arah ku kerana redha akan ku
dan berjumpa dengan seluruh pejuang Islam dan salafussoleh..
ya allah
jatuh cintakanlah aku padaMu
agar bisa aku menggagahi diriku menentang arus nafsu
dan kemunkaran dihadapan mataku
memperjuang agamamu dan melaksanakan amar makruf nahi munkar
ya allah
bantulah aku agar dapatku menjadi seperti kekasihMu
Rabiatul Adawiyah
jatuh cinta sekali padaMu dan kekal selamanya..
a~min....
: moga esok lebih baik.. :
Selawat dan salam uat Rasul junjungan mulia, Muhammad SAW, keluarga serta ara sahabat juga para anbiya' sepanjang zaman
hari khamis yg lalu ana ke Batu Pahat,menziarahi seorang rakan yang kemalangan saat sedang bertugas (sebagai seorg polis)..alhamdulillah..kelihatannya semakin baik dan hebat..syukur jua Allah mengurnia rezeki pada kami hingga sempat juga kami menikmati makan malam berlaukkan asam pedas ikan mayong..
selesai satu lagi hari MITEK yang sukar diduga..esok hari penghabisan insya allah..moga hati2 yg kami sentuh malam ini terbuka untuk menerima taufiq dan hidayah dariNya..
insya allah hari jumaat nanti ana dan sahabat2 serta adik-adik akan berangkat ke kelantan..menjalani Kem Khalifah (2) di sana..semoga semuanya lancar..
tidak seperti selalu..malam MITEK kali ini agak berbeza..kerana risalah edaran yang kami edarkan berbentuk seperti buku kecil...lebih menarik untuk diberi kepada sasaran2 dakwah semuanya..alhamdulillah..berkat usaha dan kekreatifan seorang sahabat...
dan malam tadi tiada pula yang buat aksi2 menakukan atau mengerikan seperti malam perasmian..cumanya tak sempat pula untuk round di blok2 kuliah dan tempat2 gelap..
insya allah..hari ini yang sangat penat akan mendatangkan hikmah yang indah..jika tidak indah pun moga engkau damaikan hatiku dengan ketentuanmu..
pagi ni seharusnya ana took part dalam kursus pernikahan di LT..namun disebabkan masalah terbesar timbul.maka terpaksa melupakan hasrat itu..
insya allah..moga hari esok lebih baik dari hari ini atau selamanya..amin~!
Thursday, March 4, 2010
...:sejarah MITEK yang menakutkan...:
Selawat dan salam buat rasul junjungan mulia,Muhammad SAW,keluarga,para sahabat serta para anbiya' sepanjang zaman
subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illallah wallahu akbar...
Minggu Terbuka Kolej (MITEK) kembali ke kampus dengan bertemakan "MAHASISWA GEGAR KAMPUS".....baru sebentar usai dari majlis perasmian dan citrawarnanya..citrawarna tak payah nak sebut lagi dah..memang seperti biasa...memalukan dan melampau pun ada adakalanya..tetapi itu biasa bagi ana..yelah..CITRAWARNA..apa lagi yg kita dapat 'expect' selain akan ada tarian dan persembahan yang ana tengok pun ana segan sendiri..
namun yang memeranjatkan adalah gelagat pengunjung..warga kampus sendiri..sungguh mengecewakan..inilah malam yang sukar ana nak luoakan..
seorang sahbat yang ana kenal..walau tidak rapat..membuat hal di tengah orang ramai..bergelagat seolah dia tidak tahu hal-hal agama..tidak takut dosa ke?
pada mulanya ana dan kak ros sedang berjalan-jalan memantau warga kampus dalam usaha menjalankan amar ma'ruf nahi munkar sebaik mungkin..kami terserempak dengan maskot salah sebuah kolej kediaman di kampus..pakaiannya sangat memalukan..namun tidak dapat ana nafikan kecomelan mereka...
tika kami sedang berbual dengan maskot-maskot itu secara tiba2 kami didatangi oleh 3 orang siswa..salah seorangnya merupakan classmate ana sedari part 1...tingkah lakunya pada mulanya terkawal tetapi semakin menjadi-jadi pula setelah beberapa lama..diusiknya maskot -maskot itu sedangkan maskot2 itu siswi..ana dan kak ros menegur perlakuannya..lantas dia katakan yang dia hanya nak bergambar dengan maskot2 tersebut..ine..bergambarlah..biar ana yang susun atur ...
setelah di bagi peluang..makin menjadi pula..makin rapat..memaparkan posing2 yang nakal dan terlompat2 tergedik2..membuat kecoh menarik perhatian...ana terkejut..dalam hati ana rakan bahaa ini sangat melampau..ana ke gerai kami untuk minta bantuan sahabat2 muslimin..sahabat2 sedang sibuk dengan aktiviti jualan..akhirnya kak ros menegur dengan tegas dan mereka terus beredar..
pada ana tindakan mereka mendatangkan rasa seram dan marah dalam diri ini...apatah lagi rakan ana sendiri yang bertindak 'tidak waras' sebegitu..
ya Allah..moga malam2 seterusnya akan berkurangan peristiwa2 yang mengejutkan ini dan kami semakin banyak dapat menjalankan tanggungjawab kami dalam menjadi pelaksana amar ma'ruf nahi munkar sepanjang MITEK..
sebelum perasmian bermula..petang itu selepas asar..sempat mengikuti k.ros, k.sal,amir dan udanis ke segamat membeli barang2 keperluan jualan..lama sungguh tidak ana ketemu sahabat ana yang sorang ni, si amir...sempat kami berjemaah maghrib di masjid jamek segamat..sebuah masjid yang indah dan menarik..ya Allah berilah ana peluang untuk ke sana lagi..tak puas rasanya bersolat di masjid mu itu kerana cuma singgah sebentar...
emoga hati2 yang kami sentuh malam ini dengan nasihat yang kami nasihatkan untuk diri kami juga dapat mendatangkan kesan pada mereka...
wallahu'ala alam
MITEK 3-7 maac 2010
Tuesday, March 2, 2010
:: buang masa lapang dengan solat sunat ::
Selawat dan salam buat rasul junjungan mulia, Muhammad al-amin,keluaga,para shabat serta para anbiya' sepanjang zaman
26 feb 2010 baru-baru ni ana berjumpa dengan sahabat-sahabat seperjuangan di seremban.
Alhamdulillah,banyak sungguh yang ana pelajai dari mereka.
bersama dengan mereka walaupun ada sahabiah ana. cik ayatul husna @ suri, ana tetap merasa kecil je di dalam kalangan mereka. ini disebabkan mereka itu bukan calang-calang orang.
boleh di katakan hampir kesemuanya mempunyai ilmu agama yang tinggi hingga ada yang digelar ustaz dan ustazah..subhanallah..sungguh Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau cintai..
sepanjang bersama mereka..ana belajar memperbaiki amalan, iadah dan akhlak..
sukur ya Allah..dalam berhadapan dengan krisis kewangan,Engkau memurahkan ezeki ana agar ana masih dapat berjumpa sahabat wa sahabiah ana..ternyata Engkau Maha Mengetahui,Engkau merancang dan perancangan Engkaulah yang terbaik...
ana rase berat hati pada awalnya untuk ke seremban bertemu sahabat wa sahabiah namun Allah mempermudah laluan ana dan akhirnya banyak yang ana pelajari..antaranya ana belajar untuk tidak memikirkan dunia,fikirkan agama,ummah dan akhirat lebih dari dunia,menunaikan solat sunat sebagai 'hobi' dan membaca al-Quran sebagai tabi'at baru selepas setiap kali solat fardhu..membaca al-mulk sebelum tidur dan berukhuwwah dengan lebih baik dan mengatasi perkara yang paling ana takuti,iaitu bersukan..ana takut sukan..ana dah lama tak bersukan..dah lama ana tinggalkan sedangkan ana sangat suka main olleyball..tapi kerana takut diserang asma kembali..ana tinggalkan semuanya..syukur Allah bagi peluang ana kembali aktif..
ramai antara kita yang malas untuk solat sunat..tetapi hakikatnya solat sunat lah yang akan backup kita di akhirat nanti. menambah berat dacing penimbang amalan di akhirat..insya Allah..Yang paling sering kita lakukan adalah solat dhuha, kan? solat yang menyatakan kesyukuran kita kepada rezeki yang diterima dan mohon murah rezeki..
apapun, jadikan solat sunat sebagai hobi dan bacalah al-quran setiap hari..jiwa ternyata menjadi tenang dan Allah akan sentiasa bersama hamba yang mengingatiNya dan mencintaiNya..
wallahu'alam...
Thursday, February 11, 2010
::valentine's day (part 1) ::
Selawat dan salam buat rasul junjungan mulia Muhammad SAW,keluarga dan para sahabat serta para anbiya' sepanjang zaman
"bahawa amalan merayakan valentine's day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian,amalannya yang bercampur dengan peruatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. oleh itu, amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh Islam"
(persidangan majlis fatwa kebangsaan kali ke -71 yg b'sidang pada 22-24 nov 2005)
sudah jadi amalan yg susah nak ditegah, Valentine's day tuut diraikan oleh pasangan kekasih beragama Islam.
sunguh menyedihkan..kerana mereka sekadar menyambutnya sebagai sebuah hari penting dalam kehidupan mereka apabila mereka ada mempunyai pasangan kekasih..tapi mereka tidak sedar tentang asal-usul kewujudan hari tersebut..yg lebih menyedihkan..ada yang cukup membantah bila ada dikalangan sahabat2 yg beritahu bahawa berpasang2an sebelum nikah ni HARAM hukumnya..
ianya tak pernah dianjurkan oleh Islam malah dalam sejarah sendiri tak pernah terukir kisah2 mna2 sahabat yg 'couple'..semuanya engarahkan cinta pada insan mengikut landasanyg telah dianjurkan islam iaitu melalui pertunangan dan pernikahan..dengan sebab itu wujudnya baitul muslim...
menyentuh hal valentine's day ni..hari selase lalu seorang sahabt bg tazkirah di masjid tempat ana study..info-info yg akan ana sebutkan ni adalah dari maklumat yg dia sediakan..syukran pada sahabat tu yg sentuh isu tepat pada masanya..ana mohon izin nak sebarkan..
asal-usul valentine's day :
1. ditetapkan oleh pemerintahan empayar rom sebagai hari cuti orang juno. pada 15 februari pula adalah perayaan pesta lupercalia.
2. memperingati hari kematian st. valentine sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. st. valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi
3. paderi st.valentine berkahwin dengan pengamal protestant, sedangkan paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. ratu isabella yang terlibat dalam menumbangkan kerajaan islam sepanyol menetapkan 14 februari sebagai Hari Kekasih untuk st. valentine sendiri.