when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Tuesday, December 21, 2010

kisah kehidupan : musuh tradisi

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, ahlul bayt, para sahabat serta buat seluruh para anbiya' sepanjang zaman

dendam kesumat membawa padah..

hari demi hari terasa semakin menjadi-jadi kerenah manusia
di akhbar dan berita boleh di katakan hari-hari keluar cerita pasal kes bunuh membunuh..
melampau sangat bila mangsa yang di bunuh tu diseksa pula..
dikerat-kerat..
di bakar..
di buang dalam sungai dan sebagainya..

ni semua adalah hasil kejayaan 2 pihak menghasut dan merosakkan manusia..
1. syaitan yg dilaknat di langit dan bumi
2. nafsu ammarah bissu'

tapi yang menjayakannya tetap manusai itu sendiri..

hidup ana selama 22 tahun ni bukanlah bermula dengan erti keimanan yang sebenar..

ana rasa syukur tak terhingga di anugerahkan ibubapa yang faham dan berilmu agama..
namun ana kenal keindahan ISLAM itu sendiri setelah masuk ke U..

dalam hati memang telah lama bersarang keinginan nak mempunyai teman2 yang soleh wa solehah,al-hafiz wa al-hafizah..dan ana menanam impian untuk jadi seperti mereka..

alhamdulillah impian sedikit demi sedikit menjadi nyata bila ana mula mendekatkan diri ke masjid dan menyertai persatuan remaja masjid di kampus..

abah pesan..
bila kita semakin tinggi harapan dan impian untuk dekat dengan Allah..
syaitan yang berdamping dengan kita juga semakin tinggi 'pangkat' dan 'ilmu' nya untuk menggagalkan impian kita..

ana pernah berkali-kali jatuh dalam usaha ana berlari-lari menuju ke 'pintu syurga'..adakalanya jatuh terjelupuk dan adakalanya tersungkur dan tersembam..(kiasan semata)..namun tetap ana gagahi langkah ana bukan untuk mendapatkan keindahan dan kesenangan di syurga kelak namun semata untuk ana dapat tersenyum dengan perasaan yang penuh rindu dan kasih saat ana di hadapkan di hadapan Allah ta'ala kelak..

itulah impian ana..
untuk tersenyum melihat wajahNya yang Maha Agung di akhirat kelak..
untuk melihat wajah Rasulullah SAW tersenyum kepada ana kerana ana telah berjaya menjadi penyambung dakwahnya di dunia..
untuk berpimpin tangan bersam sahabat2 ana kerana kami telah sama2 berjuang bersama menegakkan islam di muka bumi..
untuk berkumpul bersama ahli keluarga ana yang tercinta..bersama mendapat syafaat KekasihNya..

tetapi..

MEMANG BENAR..BANYAK LIKU DAN ONAK DURINYA..
SEMAKIN KITA HENDAK MENGUATKAN KEIMANAN DAN HAMPIR PADA ILLAHI..
SEMAKIN KUAT KITA DI UJI
SEMAKIN HEBAT HASUTAN SYAITAN DAN GODAAN NAFSU DALAM DIRI..

kalau kita tak kenal 'musuh'..
kita takkan 'menang'

musuh kita adalah DIRI KITA SENDIRI dengan bantuan dan hasutan SYAITAN..

renung kembali pada perjalanan hidup yang lalu..
adakalanya diri sendiri yang menyekat amar makruf nahi munkar yang hendak org lakukan pada diri..

bila sahabat ajak pergi program program agama..
mulalah..bermacam perkara muncul di benak dan menjadi hambatan..
akhirnya kita jadikan alasan untuk tidak sertai program tu..

bila dengar azan..mulalah melengahkan solat..
nak makan dulu lah..nak siapkan kerja dulu lah..
macam2..sehingga akhirnya terlepas solat / solat di akhir waktu..

di suatu sudut, Syaitan galak mentertawakan kita..
manusia..berani saja ingkar..
enggan taat pada Allah..

bila dikenang kembali..
syaitan ni sebenarnya dendam pada manusia dah beratus ribu tahun dah..
konsepnya senang..
moyangnya (iblis) di keluarkan dari syurga dan di masukkan ke neraka kerana enggan sujud pada adam..

bila difikirkan..kerana manusialah iblis dimasukkan ke neraka..
maka iblis merasakan bahawa jika dia tak boleh kembali ke syurga dan dimasukkan ke neraka..maka manusia pun harus bersamanya..

dendam inilah yang bertahan sehingga ke hari ini..malah sehingga ke hari kiamat nanti..

semoga ana, family ana, ntum (para pembaca) dan family ntum semuanya di tebalkan iman di beri hidayah dan taufik untuk terus2an bertahan dalam menepis godaan nafsu dan hasutan syaitan...semoga ketaatan kepada Allah menjadi karakter kita ila akhir hayat..AMIN

-NHR @ bp rompin-

0 comments:

Post a Comment