Thursday, February 11, 2010
::valentine's day (part 1) ::
Selawat dan salam buat rasul junjungan mulia Muhammad SAW,keluarga dan para sahabat serta para anbiya' sepanjang zaman
"bahawa amalan merayakan valentine's day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian,amalannya yang bercampur dengan peruatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. oleh itu, amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh Islam"
(persidangan majlis fatwa kebangsaan kali ke -71 yg b'sidang pada 22-24 nov 2005)
sudah jadi amalan yg susah nak ditegah, Valentine's day tuut diraikan oleh pasangan kekasih beragama Islam.
sunguh menyedihkan..kerana mereka sekadar menyambutnya sebagai sebuah hari penting dalam kehidupan mereka apabila mereka ada mempunyai pasangan kekasih..tapi mereka tidak sedar tentang asal-usul kewujudan hari tersebut..yg lebih menyedihkan..ada yang cukup membantah bila ada dikalangan sahabat2 yg beritahu bahawa berpasang2an sebelum nikah ni HARAM hukumnya..
ianya tak pernah dianjurkan oleh Islam malah dalam sejarah sendiri tak pernah terukir kisah2 mna2 sahabat yg 'couple'..semuanya engarahkan cinta pada insan mengikut landasanyg telah dianjurkan islam iaitu melalui pertunangan dan pernikahan..dengan sebab itu wujudnya baitul muslim...
menyentuh hal valentine's day ni..hari selase lalu seorang sahabt bg tazkirah di masjid tempat ana study..info-info yg akan ana sebutkan ni adalah dari maklumat yg dia sediakan..syukran pada sahabat tu yg sentuh isu tepat pada masanya..ana mohon izin nak sebarkan..
asal-usul valentine's day :
1. ditetapkan oleh pemerintahan empayar rom sebagai hari cuti orang juno. pada 15 februari pula adalah perayaan pesta lupercalia.
2. memperingati hari kematian st. valentine sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. st. valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi
3. paderi st.valentine berkahwin dengan pengamal protestant, sedangkan paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. ratu isabella yang terlibat dalam menumbangkan kerajaan islam sepanyol menetapkan 14 februari sebagai Hari Kekasih untuk st. valentine sendiri.
Wednesday, February 10, 2010
::ya Allah..Syukur!!::
selawat dan salam buat Rasul jujungan mulia, keluarga, para sahabat serta para anbiya' sepanjang zaman
ya Allah..syukur ke hadratMu, aku kini bisa menapatkan kembali abah dan mama ku yang dahulu..berkat ujian yang kau timpakan kepada mereka..mereka semakin tenang dalam rahmat,ksih syg,cinta, Taufiq dan HidayahMu..semoga tiada apa lagi yang mampu menjadi penghalang kepada mereka untuk terus-terusan menjadi insan yang taat dan mencintaiMu..
ya Allah..susah tau jadi anggota polis..bukan semua orang mampu menangani segala hal yang berkaitan dengan kepolisan ni..apalagi bila ditambah dengan pressure dari orang/pegawai atasan...adakala pegawai2 atasan ni garang tak bertempat dan tak menghormati org lain..tapi hanya org yang mampu sahaja yg Allah bagi ujian sebegini..ana yakin dengan firmannya :
' Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya'
tapi..pada sahabat2 yang berhasrat nak sertai PDRM tu silakan..banyak sangt keistimewaan dan kemudahan yang disediakan untuk angota PDRM nih..seronok bila berada bersama anggota dan keluarga mereka..tinggal sebumung di rumah flat quarters polis dengan semangat kejiranan yang tinggi..seronok..
tapi berbeza dengan mereka yang ditugaskan di balai-balai luar..tak ramai anggota dan kebanyakkannya anggotamuda yang belum berkeluarga yang duduk di balai-balai luar..jadnya tak ramai kawan dan tak semeriah duduk di IPD..
ana dulu membesar di FRU QUARTERS TROOP D7 ...ha! ayah ana dulu FRU..seronok..ada 3 blok dan setiap blok ada lebih kurang 6 rumah setiap tingkat. satu blok 4 tingkat..ramaikan? petang-petang mereka akan bersukan, usually main volleyball..ada yang beriadah di luar..quarters kmi dekat dengan istana , taman rekreasi, IPK , masjid, mahkamah dan paling penting sekali..dekat dengan BANDAR! jalan kaki je nak pergi bandar..
17 tahun ana di situ..arwah abang ana pun anggota FRU..dia anak angkat abah..kami kenal dia pun tak lame tapi dia agak rapat dengan ana..namun komunikasi antara family dan dia terbatas sebab tak lama lepas dia masuk Islam dia menikah dengan anak pegawai FRU, kami pula pindah ke balai luar dekat dengan kampung..tak pernah dia beraya dengan kami..maih ana ingat angannya nak beraya dengan kami setiap tahun..akhirnya tak kesampaian juga...dia meninggal, sakit..an pun tak sure dia sakit ape..tapi na sedih jugak bile mana isterinya tak inform pada kami yang dia sakit..tau2 je dah kronik..ana masih terkenang dan terbayang2 kali pertama dan trakhir ana jumpa dia setelah kami pindah..
saat tu sepatutnya ana tak balik walaupun UiTM cuti seminggu,mid term, ana menemani Hajar..sahabat baik ana..tibe2 ana dapat sms mengatakan family ana nak ziarahi dia di hospital..dah teruk sakitnya..isterinya bersunguh nak kami ziarah dia..katenya dia nak jumpa kami adik beradik, ma dan abah..ana pun petang tu balik naik train sebab tiket bas dah habis..sambil berdoa untuk dia..
kami ke hospital dan arwah, abang Khairy Dary, terkejut dan gembira dengan kehadiran kami..rupenya dia tak tau kami akan hadir, semuanya dirancang oleh isterinya..kami turut gembira.ana masih tak dapat lupakan senyumannya dan wajahnya...semoga dia ditempatkan di kalangan orang beriman.
FRU..walaupun ramai yang benci..sebab keganasan dan ketegasan mereka dalam tugasan..ana sebenarnya tak percaya dengan dakwaan mereka tapi ana akur..manusia berubah..setiap minggu rasenya if tak silap, mereka akan ada kan roll call tengah malam..itu saat yang paling ana suka dan rindui..bila siren tibe2 berbunyi..mereka akan bergegas turun berkumpul di dataran dengan lengkap beruniform..kelkarnya..bila melihatkan mereka berlarian turun, dengan kasut di tangan dn berkaki ayam, ada yang tak sempat sarung uniform..sangat segak saat tu bila lihat mereka dengan pantas turun berkumul..adakalanya mereka berkawad di dataran..ana suka sangat tengok mereka..dan adakalanya mereka main kompang di pondok di bawah pokok kuini sebelah rumah ana..seronok sangat..ramai kawan..
sertailah PDRM..berbaloi-baloi..tapi jangan jadi sepertimana yang takelok yang dipaparkan di media. jadilah peugas keamanan yang taat perintah Allah dan adil , belas kasihan dan berani.
wallahu ta'ala 'alam...
Thursday, October 29, 2009
:: 10 rukun bai'ah::
Selawat dan salam buat rasul junjungan mulia, keluarga, sahabat serta para anbiya' seluruhnya sepanjang zaman
membaca nukilan ustaz nasruddin at tantawi dan abu saif berkaitan ummah centric vs jemaah centric yang hangat 3 tahun dahulu mengingatkan ana tentang rukun bai'ah yang ana pelajari setahun lepas..10 semuanya..sekadar refreshment pada iman...
1. faham
2. ikhlas
3. amal
4. jihad
5. pengorbanan
6. taat
7. tsabat
8. tajarrud
9. ukhuwwah
10. tsiqoh
hm..moga sentiasa di minda buat panduan...
dan moga bila di soal oleh kak asyikin taklah tergagap nanti..
dan moga oleh ingatkan sahabat2..insya allah..amin
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia, Muhammad al-Amin, SAW, keluarga, para sahabat dan seluruh anbiya’ sepanjang zaman..
‘orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah ‘ sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)’ dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan dating kepada kamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolongmu’
Menyingkap tabir siroh anbiya’..merenung perjalanan hidup para sahabat…menyedari hakikat..benar..mereka kuat dalam mempertahankan deen…
Di mana kita?
Menyelusuri perjuangan saudara2 kita di
Namun hakikatnya umat Islam terlena..bukan lagi terleka..sedarlah..bangunlah wahai pendokong dan penyambung perjuangan nabi..ayuh ke
“umat Islam bagaikan gergasi yang sedang tidur..tidurkan mereka..!’
Inilah kata2 ahli ilmu Barat..mereka sentiasa memasang agenda agar kita terus2an kekal dalam angan2 dan mimpi indah..hinggakan ada yang tidak thud an tidak sedar umat Islam di asak dan di serang di setiap penjuru dunia kecuali…KECUALI…1
Kerana umat Islam di Malaysia masih belum bangkit dari tidur..kerana umat Islam di Malaysia sibuk dengan dunia..kerana umat Islam di Malaysia kini berpecah belah…BERSATU KITA TEGUH…!BERPADU KITA AMPUH..!..
Lihat sahaja di negar2 jiran..Islam di Singapua..di Indonesia..
“di akhirat nanti akan kami tuntut..bila di tanya di hadapan Allah kelak..mengapa Islam di bumi mu kalah? Akan kami tuntut darimu saudara2ku di seluruh dunia…di saat kami dihina..diserang dan di sakiti..di mana kamu? Di saat Islam di hina..di permain dan dicabar..di mana kamu?’
Masih terngiang kata-kata salah seorang penduduk Palestine..ah ! ana tidak mampu melainkan terus2an berdoa dan menyeru masyarakat..asif jiddan saudaraku…asif jiddan..ana ti dak mampu..teruslah berjuang..moga kelak di akhirat kita bertemu..Islam pasti akan menang..ana tidak mahu menjadi punca kekalahan kecil Islam sebelum datangnya pertolongan Allah yang Maha dan memenangkan Islam..ana tidak mahu!
Sahabat..adik2ku..saudara2ku..ayuh..sedarlah..isu Palestine isu ummah ! isu Islam..mereka katakan mereka rela berlapar dan rela syahid..mereka tidak mahu belas ihsan..yang mereka mahu adalah kita menyambung erjuangan mereka..membantu mereka dengan doa dan usaha membanteras penjajahan musuh agama di negara masing2..sedarlah..mereka perlu doa dan bantuan kita untuk mereka teruskan erjuangan..pejuangan mereka bukan untuk membebaskan negara dan tanah air mereka tetapi perjuangan mereka adalah perjuangan agama..Islam di negara mereka dihina..dicabar dan dicerca..Islam dinegara mereka bererti Islam di seluruh dunia..selurh dunia harus merasakan apa yang mereka rasa..iaitu penghinaan ke atas Islam..ayuh bantu mereka selamatkan al-aqsa dan Islam dengan bantuan kewangan dan doa…boikot apa yang perlu dengan boikot secara sebenarnya dan istiqomah..
Mungkin sahabat2 tidak merasa seperti apa yang ana rasakan..saudara2 ana…sepupu ana..dan keluarga sebelah ibu ana di ancam di selatan Thailand..ya..ibu ana berasal dari sana namun membesar di Kelantan..ibu saudara dan ayah saudara ana masih di sana..tiap detik bagai menanti sakaratul maut hadir..nyawa umpama telur di hujung tanduk..kini ibu saudara ana menjadi pelarian di Malaysia..namun askar durjana Thailand tidak mahu melepaskan mereka..yang diburu adalah orang lelaki dalam setiap keluarga..termasuk ayahlong ana dan abang dee ana ..mereka terpaksa tinggalkan rumah yang indah dan kereta mereka..tanah serta segala harta dan menjadi daif di negara ini..tidak boleh ke mana2 hatta ke pasir mas sekali pun mereka tidak mampu kerana mereka masih menunggu pengesahan warga negara dari kerajaan negara kita..untuk menjadi warga negara Malaysia..
Nyawa mereka mungkin selamat tapi anak2 mereka di yala ? di narathiwat yang gagal turut serta untuk menetap di Malaysia dek kerana tugas dan study..masih terus berwaspada..
Yang terbaru .. saat cuti semester lepas..mereka di ugut agar menyerahkan ayahlong dan abang dee..jika enggan..mereka akan ramps segala harta dan tanah kepunyaan mereka..ah ! rampaslah…tanah itu bukan milik mereka tapi milik ibu ana.
.’berani buatlah.. ! we are ready to see u in court ! ingat kami takut ?’ kata ana dalam hati
Mungkin kerana ana rakyat
Adik saudara ana…tidak mampu ke sekolah walaupun kini di
Ibu ana pernah cerita pada kami..salah seorang saudaranya mati di bunuh 4 beranak dalam rumah mereka sendiri..yang dibunuh..kaum lelaki dalam keluarga..meeka bukan orang ‘gedebe’ pun..orang baik2..ah ! tak hairan..peristiwa di Masjid Furqan 1 Jun lepas boleh berlaku..jemaah sedang bersolat ditembak mati di dalam masjid..kemudian menuding jari kepada gerilla Islam yang katanya tidak berpuas hati..BOHONG! kami tau itu perbuatan askar2 durjana…
Peristiwa di Tak Bai yang berlaku sebenarnya adalah pemberontakan kerana umat Islam ditindas…mereka di pinggirkan dari segi hak ekonomi, kebudayaan pendidikan dan sebagainya…
Ya..adik saudara ana ke sekolah dengan membawa pisau bersamanya.katanya ada askar di tengah jalan yang akan menahan mereka kelak..lagi pula mereka di suruh memakai nama
Tekenang saat gembira dulu saat semuanya belum kritikal..kami sekeluarga sering ke Narathiwat..malah pernah beraya di
Di Malaysia, kini, jarang sekali kita dengari khabar dari Selatan
Sahabat2 sedarlah..mereka sengaja melakukan semua ini..tanpa alasan pun mereka boleh membunuh..seolah2 nyawa kita tidak berharga…tapi ingat..pelindung dan penolong kita adalah Allah..Cuma kita perlu minta dengan usaha dan keyakinan serta keimanan yang kukuh terhadapNya..Dia Maha Kuasa..Dia yang Mencipta segalanya dan tiada yang mustahil bagiNya..
Sebagaimana Dia membantu saudara kita di
JANGAN PERNAH BERHENTI MENGHARAP DAN BERDOA DENGAN KEIMANAN DAN YAKIN PADA YANG MAHA KUASA, PENCIPTA SEGALANYA…ALLAH THE GREATEST…TAKBIR!!!
::al-fatihah buat Abd Aziz::
Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia, Muhammad al-Amin, SAW, keluarga, para sahabat dan seluruh anbiya’ sepanjang zaman..
Mak Mawi, Yarang, Patani, Thailand
Responden : Ibu mangsa…
Tarikh kejadian : 16 Januari 2009
Abdul Aziz Ahmad, 29, tidak mempunyai jari sedari kecil. Beliau menjadi mangsa pembunuhan membuta tuli pihak berkenaan. Pada hari kejadian, tadika di belakang Masjid Darul Taqwa mengadakan acara sukan tahunan secara bergilir dengan tadika lain. Pada ketika itu, tadika penuh dengan orang ramai terasuk pelajar, ibubaa dan guru. Pada hari itu juga tanpa alasan yang jelas pihak berkenaan mengepung seluruh kawasan masjid dan tadika. Guru-guru sekolah tadika dan sekolah pondok sering menjadi sasaran pihak berkenaan atas tuduhan cuba mempengaruhi msykt untuk mbenci kerajaan di samping menganggotai kumpulan pengganas.
Pihak bekenaan menyerbu kawasan tadika dan masjid menyebabkan orang ramai panic dan lari bertempiaran menyelamatkan diri. Secara tidak sengaja, akibat panik, Abd Aziz juga turut lari ke bahagian belakang masjid. Sekumpulan pihak terlibat yang berada di belakang masjid menangkap Abd Aziz dan satu das tembakan kedengaran dari belakang masjid. Abd Aziz mati ditembak.
Orang ramai yang mengetahui perkara ini terlalu marah kerana pihak berkenaan menembak mati orang awam secara membuta tuli. Abd Aziz dikatakan ditembak mati pada jarak 5 meter. Laporan pihak polis mengatakan berlaku tembak menembak menyebabkan Abd Aziz terpaksa ditembak mati.Namun, semua orang tahu bahawa Abd Aziz yang kudung tangannya tidak mampu mengangkat senjata. Baginya, hendak makan pun, sesuatu yang sukar.
Satu tunjuk perasaan dilakukan oleh orang kampong dan kanak2 tadika bagi menuntut pembelaan. Namun, rayuan dan tangisan mereka tidak pernah di pedulikan.
Al-fatihah buat Abd Aziz dan seluruh umat Islam yang turut menjadi mangsa…al Fatihah…
Retyped from Milenia Muslim, edition : August 2009
Thursday, October 22, 2009
:: akhlak rasul ::
selawat dan salam buat rasul junjungan mulia, Muhammad al-amin SAW, para sahabat dan keluarga serta seluruh kaum anbiya'
alhamdulillah..akhirnya setelah satu semester menyiapkan company analisis,
semuanya berakhir dengan baik hari jumaat lepas, 16 hb oktober 2009.
pada mulanya memang ada krisis dengan teamwork ana tapi akhirnya bila kita
bertolak ansur, semuanya alhamdulillah, dipermudahkan oleh Yang Khaliq..=)
due date nya 16/10/2009, before 12pm..
kami hanta final report viva ukul 1pm..
jawabnya ahli teamwork lain maki habis2an..
namun..ana dan syaz cube tenangkan diri..mungkin bukan senang..apalagi bila di hasutan syaitan..marah tu satu perasaan yg indah sebenarnya..haha..kerana jika kita ikuti, ia akan membawa kepuasan aa kita
'puas hati aku marah kat dia'
macam tu lah lebih kurang..tapi ia merupakan satu sikap yang mazmumah dan dibenci rasul..rasulullah tak suka org marah2..kerana marah itu hasutan syaitan...kita di ajar oleh Rasulullah agar kita saar dan menahan kemarahan dengan beristighfar dan berzikir..tapi ana tak lah perfect..ana marah juga dalam hati..bad habit yang dah lame nak dibuang tapi masih gagal..wallahu ta'ala 'alam...
Wednesday, October 7, 2009
:: sebarkan..tolong! ::
selawat dan salam buat Rasul junjungan,keluarga,para sahabat dan seluruh para anbiya' semuanya
salam alaik sahabat wa sahabiah sekalian..
Nurin Jazlin Jazimin..
mana mungkin masyarakat Malaysia dapat lupakan kes yang menimpa anak kecil secomel dan sesuci dirinya..moga Allah membalas setimpal dengan perlakuan penjenayah ke atas anak kecil yang bersih dari dosa itu..
bukan keluarga Nurin sahaja yang ditimpa nasib sedemikian..namun rakyat Malaysia seakan makin lupa dengan perkara yang menimpa mereka..usah leka!
email ini ana dapat dari seorang sahabiah..moga dapat sama2 kita take note atas pesanan beliau..yang mana perkara ini berlaku di saat dia berada di tempat kejadian...
03 October 2009
Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB
Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. Terima Kasih .
Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.
Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.
Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu.
Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.
SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !
Thank you





