when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Monday, September 28, 2009

:: rumput yang cantik dan orang tersayang ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

selawat dan salam buat rasul junjungan, para sahabat dan keluarga baginda.

salam alaik

hm~ hari ni kena hantar report summary untuk viva..
agak tension hari ni..pagi tadi kelas bond cancel..team viva yang lain dah siap..ana tengah sibuk edit..sejak bile lah ana jadi editor ni..tak tahu lah...dah pass baju viva kat ain..dia kate ok..mana taknya..2-3 hari ana habiskan untuk cari baju..yang ada ana syukuri..sangat2

terasa excited untuk perform dalam real viva sabtu yang akan datang ni..time tu jugak denganya ustaz azrul nak buat open house..hm~ tak rase nak pergi..tengoklah keadaan

sejak balik dari cuti ni tak rase nak jumpe sahabat2..malam tadi solatnya di bilik saja..rasa indu pada as-syakirin meronta tapi dek kerana tugasan yang banyak lagi tak siap...hm~

banyak pula mengeluh hari ni..sabar..insya allah Allah bantu..syaratnya..niat 'lillahi ta'ala'
tapi rindu pula pada sahabat2..pada yang dah tiada kat kampus ni..kak su, kak ana, kak ayu, hajar, syu, aimie ,azie, ayu..ayu? hm~ ayu..

ayu,
rindu plak ana pada dia..walhal kerja kami bertengkar aje..tapi alhamdulillah..tak siapa mengerti kecuali kami..ertengkaran itu yang membuatkan ikatan hati kami makin kuat..dialah sahabat yang ana sangat kasihi..kami bertengkar pun normally sebab ada perkara yang dia buat yang ana rase tak elok..sama juga dengan dia..niatnya..nak menegur sahabat yang dicintai kerana Allah..sekarang? dah tak boleh lagi..ayu dah tak ada..tiap kai call..ana rase sgt rindu padanya dan hampir setiap kali menangis sewaktu atau selepas call...moga Allah kasihi dirinya dan pelihara dirinya dari pesona dunia setiap masa...

kak su pernah cerite satu kisah yang ana sangat ingat..kisah rumput yang cantik dan orang yang tersayang...

sau hari, seoang pelajar, di suruh oleh gurunya untuk memeti rumput yang paling cantik dan dibawa ke sekolah keesokan harinya..dengan syarat..si pelajar di saat memilih, tak boleh berpatah balik..si pelajar pun terus ke padang dan cuba memilih yang terbaik..
pada mulanya dia berjalan dahulu kerana rumputnya tak berapa elok.kemudian dia terjumpa yang bagus..tetapi dia nak tengok lagi sama ada di hadapan lebih bagus..dia terus begitu sehingga setiap kali jumpa yang cantik..dia sangkakan yang di hadapan lebih cantik..akhirnya dia sampai ke hujung padang dan rumput di situ kering...dia lantas teringat pesan gurunya yang dia tidak boleh berpatah balik..lalu dengan sayu hatinya pulang dan keesokan harinya..apabila ditanya oleh gurunya..mengapa dia tak bawa rumputnya..dia pun ceritakan pada gurunya apa yang berlaku..

makanya, guru itu pun menerangkan hikmah disebalik tugasan mencari rumput itu.kata si guru...rumput yang cantik itu ibarat orang yang kita sayangi..apabila kita dah jumpa yang kita sayangi dan itu yang terbaik bagi kita, terima seadanya segala baik buruknya..janga terlalu memikirkan bahawa ada yang lebih baik dari itu..hargai mereka yang ada di sisi..

saat masih di dalam madrasah ramadhan tempoh hari, ana, kak ema , alin, hidayah, hana dan wardhah duduk dalam bilik gerakan muslimat di a-syakirin sambil menunggu waktu untuk bantu sediakan juadah berbuka..kak ema mulakan satu game yang pada mulanya kami malas nak main..haha..tapi kami main juga..dia pusing handphonenya dan bila ianya berhenti...siapa yang ditunjuk oleh handphone itu aka di soal..kak ema soal tentang pengalaman manis.ana katakan ianya waktu ana balik beraya di rumah mak saudara ana di narathiwat, thailand. dan yang keduanya ana dapat berada di sini bertemu sahabat2..saat tu sedih sebenarnya..sebab ana insya Allah grad tahun ni...insya Allah..di mana ana nak cari ganti teman2 dan sahabat2 yang mengaihi diri ini seadanya kerana Allah, terima baik buruk kita, usah senang bersama, gelak ketawa, gurau senda dan tangisan..semuanya dirasai bersama...

ya Allah..kasihi mereka kerana mereka ini hamba2mu yang sangat mentaati dan mencintaimu..mereka sangat2 ersungguh memperjuangkan agamamu dan menjalankan krja2 dakwah agamamu..mereka ini orang2 soleh dan taqwa..ana sangat kasihi mereka..moa Ekgkau kasihi mereka lebih dari yang ana mampu...Allah hu rabbi...bantu aku agar aku dapat seperti mereka..agar di akhirat kelak aku bisa berjalan berpimpingan tangan bersama mereka menghadap Mu dan bersama menuju syurga...

amin...

wallahu ta'ala 'alam

love u Allah

-hIdaYah-

Sunday, September 27, 2009

:: SELAMAT HARI RAYA =) ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
selawat dan salam buat Rasul junjungan, Muhammad al-amin SAW, para sahabat, keluarga dan seluruh para nabi dan rasul

salam alaik..

EID MUBARAK YA SAHABATI..
selamat hari raya sahabat2,rakan2,kawan2 dan teman2 serta sesiapa yang mengenali diri yang hina ini.

sungguh Allah SWT mengetahui segala yang baik untuk hambanya..

syukur alhamdulillah selamat sampai ke kampus..hm~banyak lagi assgnment yang belum selesai..ada juga yang belum buat.apaah nak jadi..

cuti raya memang raya betul..hm~untuk adik ana si najmi tu memang seronoklah tapi..untuk ana dan farah yang dah besar gedabak dan akhi adha yang dah macam gorilla tu..raya kali ni memang berbeza dari selalu..penat tak payah cerita lah kan..memang raya tahun ni abah tak henti-henti ajak kawan2 dan sedare mare datang rumah..penatlah kami jawabnya..tapi yang best tu..semua orang ada raya kali ni kecuali maksu..maksu kerja...

kaklong pun balik..alhamdulillah...melihatkan dia yang baru balik umrah dengan semangat baru dan anjakan paradigmanya..ana turut sama terasa semangatnya..hm~ moga Engkau pilih aku menjadi salah seorang dari tetamu MU ya Allah...

tahun lepas..masih ana ingat..abah tak nak orang datang beraya kat rumah..mungkin masih sedih dengan pemergian arwah wan...tapi tahun ni abah ..tak tahulah...abis ajak semua orang datang rumah..10 haibulan 10 nanti nak di adakan rumah terbuka untuk balai pulak.hm~ alamatnya memang ana kena baliklah..ma bukan larat sangat.nanti semput pulak..boleh ana ajak sahabat2 sekali datang beraya..

abah memang rajin buat makan2 untuk anggota balai dia..tapi kadang2 ana pun naik marah dengan budak2 tu..bukan abah dengan ma je..kadang2 budak2 tu maam tak reti pulak nak tolong kemas..padahal buat untuk diaorang..ada pulak yang anggap ma ngan abah macam mak ayah sendiri tapi bila time kemas.semua lesap..hm~penat sama2 la...kenyang sama2..bukan apa..ma tu memang tak boleh buat kera berat sangat.hari tu dah masuk wad..panik semua orang..

tahun ni solat aidilfitri pn kat rompin je..tapi subhanallah..ramai sangat2 orang.ana dan farah tak sempat solat..samai depan masjid..orang dah habis solat..tapi raya kali ni seronok..sebab kaklong balik dengan putera2nya yang comel2 tu..dan semua saudara mara ada.

moga aidilfitri dan madrasah amadhan yang baru berlalu membawa seribu manfaat dan hikmah..


:: SELAMAT HARI RAYA =) ::

Monday, September 14, 2009

:: kenangan lalu ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
selawat dan salam buat nabi junjungan mulia, Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan seluruh para anbiya'

dua hari lepas jelas terasa penatnya..hari ni pun sama..
moga penat dalam rahmat..

hari demi hari, ana makin letih dan rasa bosan dengan VIVA....subhanallah..walhal itu salah satu tanggungjawab dan kewajipan ana disini selaku pelajar..

penat dan letih dengan kawan2..macam2 kerenah..

yang terbaru...pasal presentation..pre-VIVA hari khamis ni..syukur ana dan teman ana, syaz dah cop awal2 tajuk yang kami mahir..syaz present technical, ana present economy..walaupun yang sebenarnya ana lebih mahir dalam technical berbanding economy..tapi khuatir bila viva nanti panel tak tanya presentor..jadinya kami dah siap2 tukar dari awal...

semalam..alhamdulillah..sempat ke taman2 syurga..kuliah ilmu bersama al-fadhil ustaz kamaruddin majid..berkenaan tauhid..syukur ya Allah..ana lebih memahami hakikat dan erti tauhid sekarang dan ilmu juga bertambah..kasih dan cinta padamu juga turut bertambah..

antara yang di perkatakan oleh al-fadhil ustaz..adalah kesan atau impak terhadap individu apabila ibadah diterima...subhanallah..memang memuhasabahkan diri..ana kembali menilai diri..di mana tahap keimanan setakat ini...belum cukup untuk ana bawa menghadap Illahi..belum cukup..belum cukup! innalillah..

terasa kemanisan ibadah apabila ibadah kita diterima Allah...

dulu saat ana busy menjadi ajk dalam PMI, memang ana terasa kemanisan ibadah..bila cuti semester, sangat rindu dengan suara azan dari masjid as-syakirin..rindu nak menapak ke as-syakirin...rindu as-syakirin..rindu nak berada di dalamnya, beribadat sepuasnya..tapi kini berbeza..

mungkin kerana ana sudah tidak lagi terlibat dengan PMI, makanya ana jadi ambil lewa je dengan tugas2 dakwah..astaghfirullah..sudah bermalas-malasan dalam membuat risalah..dulu, cuti semester pun ana dok sibuk menghadap komputer dan laptop untuk buat risalah untuk PMI dan sekaligus untuk diedarkan di masjid di rumah serta di letakkan di balai polis rompin ( depan rumah ana je ..huhu =) ) tapi sekarang? hm~ komputer pun buka khas bila nak buat viva..haha =)

tidak lagi terasa seperti dulu..benarlah kata ustaz..iman itu ada pasang surutnya, ada naik turunnya..

teringat kembali saat mula2 ana pakai tudung labuh..kawan2 ejek..huhu =) dahsyat sungguh saat itu..sampai mereka menjauhi..ana akhirnya dah biasa berseorangan tapi tak bermakna tidak mempunyai teman..ada ..cuma selesa sendirian...tak perlus susahkan orang nak tunggu kita..kita pula.. tak payah susah2 tunggu orang..

seterusnya ana hampir dengan masjid, mula haafaz al-Quran dan mula aktif dalam PMI..
roomate saat itu kurang selesa..yelah..balik lambat..jarang ada kat bilik..katil penuh dengan buku dan fail..adakalanya tidur hingga separuh hari...jadi mereka mula mengkritik..malah kata pada ana..'nampaknya, Hidayah lah yang gantikan kakak kat masjid tu jaga masjid nanti'

ana peduli apa..hm~ saat tu memang ana sangat2 teags pada diri ana..paksa diri ana solat 5 waktu di as-syakirin... paksa datang qiam seminggu sekali di masjid as-syakirin..paksa rajin menghafaz al-quran, zikir dan sebagainya..paksa,paksa dan paksa..tidak ada istilah mendidik pada ana..tak berkesan..

akhirnya ana mahu jadi seperti sahabat...abu dzar r.a. yang tidak takut dan tidak akan takut akan celaan pencela...itu zaman kegemilangan ana...sekarang? nak qiam pun payah..dekat2 nak subuh baru bangun nak qiam..mana sempat..

jarang ana duduk luangkan waktu untuk menghafaz apalagi suruh sahabat2 tasmi' bacaan..
tapi zikir tak ditinggalkan..alhamdulillah..kerana jika kita tak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua..

impian ana dah tercapai 3 out of 6..

1. nak memiliki islamic identiti
2.nak ada sahabat2 dari sekolah agama dan soleh wa musleh
3. nak jejak kaki ke sekolah pondok

itu yang dah tercapai..ada 3 lagi..insya Allah untuk ana capai..ana tak kira mustahil ke tak mustahil tapi ana nak juga...walaupun memang tak dapat..tapi biarlah kita tegas dengan diri agar kita dapat capai juga...

4. nak jaga mama and abah hingga akhir hayat mereka atau akhir hayat ana
5. nak dikuburkan di perkuburan baqi' atau menjejak kaki ke sana..
6. nak bertemu Allah dalam keadaan tersenyum gembira, penuh cinta dan rindu..berada sebaris dengan para rasul di akhirat kelak agar ana dapat menatap wajah mereka semuanya, nak bersama sahabat2 dan orang2 tersayang dalam golongan orang2 beriman dan nak melihat Rasulullah tersenyum pada ana kerana redha dan gembira dengan segala yang ana lakukan untuk Islam...

bila adik khidir soalkan pada ustaz..adakah ikhlas bila kita pohon syurga sebagai ganjaran?
ustaz kata hanya orang2 yang imannya level tinggi je yang tak hiraukan syurga kerana mereka terlalu rindu nak bertemu Allah..pada mereka..mereka hanya nak bertemu Allah dalam keadaan bahagia..

ana?

ana jarang doa mintak syurga...ana tau ana tak layak..makanya ana hanya mahu bertemu kekasih ana itu dalam keadaan gembira, penuh perasaan cinta dan rindu..sambil tersenyum...hanya itu yang ana mahu...

tapi ana bukanlah memiliki iman yang tinggi macam para wali...

syukur dikurnia sahabat yang soleh wa musleh..ana khuatir jika di akhirat kelak ana tak dapat bersama mereka..

ana ni dulu jahat orangnya..masih lagi jahat dan hamba yang sangat hina..tapi ana takkan menyerah..biarkan sejarah itu luput dari ingatan..ana nak jadi individu baru..seperti Umar al khattab r.a yang sangat ana kasihi..dulu dia pernah membunuh tapi akhirnya dia menjadi pembunuh orang2 yang menentang islam..sungguh Allah memuliakan sesiapa sahaja yang dikehendakinya...

hm~ nak ke masjid as-syakirinlah..hari ni penat sungguh..mungkin penat fikir pasla viva...

tapi kelakar hari ni bila kak ema, amir anuar dan sahabat ana di kg nakhoda , selayang dikelirukan oleh ana..kecuali amir anuar..kak ema lagi lah pulak...

kak ema tanya, QS 33 surah ape..ana kate surah nuh..huhu..jauh betul tersimpang..
amir anuar kate as-sajaadah
sahabat di selayang kata al ahzab..akhirnya memang benarlah al-ahzab

yang ana ni rupanya tersilap..ana hafaz annur ayat 31..ana tersilap sangka surah annurr surah ke 31..hm~

wallahu ta'ala 'alam..

-HiDayAh-

Saturday, September 12, 2009

:: bubur lambuk =) ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan para anbiya' seluruhnya..

salam alaik..

hari ini dalam sejarah..=) huhu
moga hari ini menjadi sejarah..titik tolak kepada satu perubahan besar..perubahan ke arah menjadi hamba yang sangat mencintai Allah dan mengasihi Rasul..sanggup berkorban segalanya hatta nyawa sendiri untuk memastikan kemenangan Islam..

pagi tadi agak lambat bangunnya..akh hafiz dah bagi mesej (nak bagi cd cinta sempurna - drama dari titipan pena ustz hasrizal ) pun ana masih bermalas-malasan lagi..sahur pagi tadi pun makan mee segera perisa tom yam ...sedapnya ~ !

tiba2 sahabat ana, hazirah datang bilik, barulah ana bangun dan uruskan segala hal yang sepatutnya..lepas siap segalanya, ana study balik buku Fathi Yakan 'apa ertinya saya menganut islam'..nak buat softcopy agar dapat ana bawakan dalam usroh bersama adik2..

azan zohor..ana terus ke masjid..kena lalu jalan jauh sekarang ni..dek kerana kolej nilam mengalami renovasi keseluruhannya..tapi tak mengapa ..jauh perjalanan, luas pemandangen, dapat lihat kejadian Tuhan..alhamdulillah..

tiba2 bila sampai di as-syakirin, ramai pula siswi, semuanya berbaju kurung..(jangok-jangok pulak tu..huhu =) )...ana pun buat selamba je terus masuk bilik gerakan..rupanya, sahabat-sahabat kate, kolej sektor B buat program kolej, ada masak bubur lambuk beramai-ramai...hm~ ketinggalan lah ana ni..sahabat2 ada bagi tau tapi ana terlupa..

bau bubur lambuk semerbak..satu masjid berbau..lepas tu..ana habiskan masa dengan menghafaz dan sahabat2 tasmi' bacaan ana..innalillah..banyak sungguh yang ana dah lupa...jadinya ana punhafaz kembali dua surah..al-mulk dan as-saff...

petangnya kami ke bazar ramadhan..banyak juga habis duit di sana..ana beli cendawan goreng, sunquick (my favourite =) ) dan ikan pari bakar (terliur tengok orang tu bakar.. huhu )

lepas tarawih, ana dan hazirah ke bilik KP..berjumpa dengan Miss Rafeah..alhamdulillah..banyak sungguh info yang ana dapat, kongsi dan beri..semuanya berkaitan pelajar,, kerjaya dan kehidupan serta hal2 agama..

balik, tolong pula pimpinan PERMAS cuci pinggan mankuk serta periuk2 (huhu) kat belakang masjid..kemas stor sikit dan terus masuk kemas2 barang nak balik..tak sempat join tadarrus..

hari ni saje banyak sangat ilmu yang ana dapat..sempat juga muhasabah diri...ana rase syukur sangat di kurnia sahabat2 yang soleh wa musleh yang sentiasa menjaga ana..dan sahabat ana di kampung nakhoda juga ada pesan..sentiasalah berada bersama golongan soleh wa musleh..moga kita sentiasa terdorong ke arah menjadi seperti mereka...

lepas zohor, ana dengar seseorang tu ke klinik..sakit lagi ke? hm~ sakitnya datang lagi..sakit pinggang..risau juga ana takut2 makin teruk..moga cepat sembuh..ana sendiri beberapa hari ni memang tak sihat, moga Allah sembuhkan cepat agar dapat perform well untuk pre- VIVA khamis nanti...

semester ni sangat2 memuhasabah kan diri..dengan suara yang tenat (ala2 ella..haha)..dah 3 bulan barangkali..masih begini..adakalanya sukar untuk ana bace al-quran..tapi syukur, tak pula menyebabkan ana malas baca al-quran..

kak aisyah ada telefon ana tempoh hari..dia tanya..suara ana ni bila nak elok..hm~ kata ana pada kak aisyah..mungkin ini bala dari Allah..dan mungkin juga tarbiyyah darinya..selagi mana ana tak cakap perlahan2..selagi tu barangkali suara ana tak elok...baru2 ni..ana di uji lagi..lepas ni ana kena kurang kan cakap...bila ana cakap je ana terus di uji...

hari tu ana kate tentang ponteng kelas pada adik2 dan sahabat2 dalam usroh..nak dikatakan, Allah nak uji...esok paginya ana terjaga hampir pukul 8..jawabnya ana tak pergi kelas..walhal malam tu ana dah pesan pada sahabat2...pegi kelas ni tanggungjawab..nanti dituntut di akhirat..sahabat ana di kg nakhoda, selayang pernah kata pada ana..kalau rasa2 boleh jawab kat akhirat nanti, pontenglah..hm~ ana pulak yang ponteng kelas..bukan tu saje..bila ana tegur atau nasihat orang..lepas tu mesti ana akan diuji dengan apa yang ana katakan...subhanallah..

syukur masih di uji..tanda kasih dari ILLAHI..makanya lepas ni ana kena kurangkan bercakap..tapi tak bermakna kena kurangkan menegur kemungkaran atau kesalahan...

dah lewat ni...NAK BALIK KOLEJ LAH...

-HiDayaH-

Thursday, September 10, 2009

:: isy..! ape ni? ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
selawat dan salam buat rasul junjungan, sahabat serta keluarga dan seluruh para anbiya'

'isy..!ape ni?'
' lantak diaorang lah, kita orang nak buat kerja je hidayah...'

hm~ malam tadi waktu nak siapkan project paper - VIVA- , salah seorang dari group member ana minta ana call dia..katanya ada problem dengan softwear Metastock yang kami gunakan untuk buat report seterusnya in company analysis : Technical Analysis...subject yang paling ana minat dan suka dalam bidang investment..

technical analysis ni kita buat analysis graf stock price untuk kenal pasti signal untuk buy or sell stock berdasarkan atau berpandukan key indicators or advance indicators..nak di jadikan cerita..kawan2 ana tu ada problem nak create graf untuk buat analysis..price yang diaorang ambil dari microdoft excel, bila masuk dalam metastock downloader, jadi rm 1000 semuanya untuk 5 tahun.

jadi mereka call suruh ana pi kat tempat mereka suruh solve the problem..hm~ ana pulak balik awal dari tarawih malam tadi..tak join tadarrus ( rasa rugi tapi nak buat macam mana)...jadi dah tukar pakaian..dah dekat pkul 1 pagi kot..diaorang suruh ana pergi kat diaorang, kat dataran NR depan masjid as-syakirin..hm~ ana keberatan tapi ana dah nak bersiap..teman ana yang tengah siapkan technical dengan ana kat bilik ana larang ana pergi..dia suruh call je..jadinya ni lah nak cerita..waktu ana call mereka yang kat dataran NR tu...

ana memang sangat suka technical jadi ana tau lah nak buat macam mana (bukan nak berlagak tapi tau lah sikit2)..mungkin sebab ana nak sambung study pun dalam bidang technical dan nak kerja as a technical analyser kat brokerage firm nanti..insya Allah..

ana suruh diaorang datang ke bilik ana sebabnya dataran NR tu jauh dari kolej ana dan malam sebelumnya, waktu balik discussion dengan sahabat2..ada anjing pulak kat kolej nilam..jadi ana ni agak keberatan..mereka pilak ada kereta..apa salahnya mereka datang ke bilik ana..rase ana patutnya gitulah..kita nak belajar sesuatu bukan murabbi yang cari muridnya..

ana pun call... terkejut ana bila mereka kate nak pi rumah si 'R' (seorang siswa dalam kelas kami)...ana pun kate lah mana boleh pi rumah sewa budak lelaki..diaorang kate bukan nak pi rumah si 'R' tapi nak pi rumah si 'Q' (seorang siswi kelas kami...) tapi si 'R' n the gang ( kawan2 lelaki si R) lepak kat rumah si 'Q' buat sama2..

'astaghfirullah hal'azim...mana boleh macam ni...' kata ana
'korang jangan main2...si 'Q' tu duduk dengan family dia ke?'
'taklah, rumah sewa'
'eh..mana boleh lelaki pergi rumah perempuan..rumah sewa pulak tu'
'lantak diaoranglah..nak buat kerja je kot'

subhanallah..ana dah tak tau nak cakap ape..ana pun mintak diaorang datang bilik ana lagi sekali..diaorang taknak..ana larang ke rumah sewa tu pun diaorang tak nak dengar..makanya dah habislah tanggungjawab ana..tapi ana ni sahabat..takkan nak biar kawan2 macam tu...sepanjang malam ana dok fikir..sempat juga doa moga tak de apa2 yang berlaku..dalam bulan mulia ni

ana pun minta pendapat sahabat2 lain..hm~ mereka pun buntu cari jalan penyelesaian..ikut hati ana..nak je ana bagi tau uks pasal hal ni..biar uks yang buat keputusan...tapi tak sampai hati pula..

jadi pagi tadi pi kelas..ana tak duduk dengan diaorang..tetiba diaorang panggil..ana tanya..diaorang dah buat sampai mana..katenya satu pun belum buat lagi..
innalillah..kan malam tadi kata nak buat kat rumah sewa...? apa jadi?

kate mereka tak dapat buat ..tak tau nak solve problem tu macam mana...

hm...tak taulah nak cakap macam mana tapi kan lebih aula tanya pada yang dekat..hindari lagho...keadaan di rumah sewa tu..pada pendapat ana berdasarkan apa yang ana dengar..adalah mendekati perbuatan zina..Allah SWT berfirman dalam surah al-Isra' yang bermaksud:

'dan janganlah kamu menghampiri zina. sesungguhnya ia adalah seburuk-buruk jalan'

wallahu ta'ala 'alam...

yang baik kita jadikan iktibar..yang hburuk jangan pernah fikir nak ikut..

-HiDayaH-

ps : sempat pulak ke cc, walhal viva : technical analysis tak siap lagi..esok kena hantar befoire 12...Moga Allah permudahkan..

Wednesday, September 9, 2009

:: tak berbuka .. ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullaha SAW, keluarga dan sahabat serta para anbiya' seluruhnya..

salam alaik..

semua orang tengah makan kat luar..berbuka puasa tapi ana kat dalam as-syakirin..
buat ape?

insya allah..mengaji..

bukan apa tapi ana nak cuba try test tak manja kan perut ni dengan kekenyangan..cukuplah sekadar kuih muih..Rasulullah SAW dan para sahabat pun pernah sampai tak makan apatah lagi kita? bukan tak makan tapi dah sampai tak larat nak makan dah ni..pastu membazir..

bukan ana tak syukur dengan rezeki yang di beri tapi nak latih diri..para sahabat dulu pun bukan orang miskin..mereka orang kaya raya dan mereka sanggup sedekah segala harta ke arah fisabilillah untuk memastikan dakwah berlangsung tidak putus..

kita?nak korban makan pun tak boleh..ada antara sahabat2 yang nak korbankan masa untuk usroh pun tak sanggup..bile di ajak usrah kata ada banyak assignment la..nak hantar esok lah..segala...

di mana kesudian kita untuk berkorban demi Islam?

tapi bukan nak membangga diri kata ana buat semua tu..ana pun kadang2 sibuk sampai terlupa segala perkara berkenaan tanggungjawab ke atas PMI..apatah lagi ana dipertanggungjawab untuk buat risalah persatuan..semmester lepas je langsung tak keluar risalah persatuan..
sem ni? wait and see..huhu..baru 4 yang diterbitkan...insya allah..upcoming risalah akan diperhebat dengan kisah2 sirah dan barzakh..

insya allah..

-hiDayaH-