when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Tuesday, August 25, 2009

::palestin kini::

Terkini : Tentera Al Ummah dakwa Hamas menyimpang dari Islam

on August 20th, 2009
Khamis, 20/08/2009 – Tentera Al Ummah Kebangsaan, sebuah kumpulan gerakan di Gaza, mendakwa dalam satu siding media pada Rabu, bahawa Gerakan Pejuangan Islam ( Hamas ) telah menyimpang dari ajaran Islam dan ajarannya, serta menuruti sistem barat.

Kumpulan Al Ummah juga memberi amaran akan bertindak balas jika Hamas mensasarkan serangan ke atas pejuang dan ahli mereka.
Dakwaan ini berlaku selepas tentera Al-Ummah menjadi mangsa serangan pasukan keselamatan Hamas pada tahun lepas, sedangkan Hamas mendakwa mereka menyerang kumpulan yang menentang penguasaan mereka di Gaza.
Al-Ummah menyatakan, Gaza adalah sumber kekuatan kerohanian Islam, dan malangnya Hamas yang mana mendakwa mereka pejuang Islam, dengan jelasnya telah menyimpang dari ajaran itu.

Mereka juga mendakwa, pimpinan Hamas seperti Ismail Haniyya, Mahmoud Al Zahhar, Younis Astal dan Khalid Mashal, telah menjadi pengikut telunjuk barat selagi mana Hamas mempercayai sistem pilihan raya merupakan medan bagi membentuk sebuah kerajaan.
Mereka mendakwa , Hamas seharusnya menjalankan Undang-undang Islam, dan mempraktikkan sebagaimana ajaran ahli Sunnah dan Al-Quran.
Tentera Kebangsaan itu menafikan pejuang Hamas adalah ‘mujahidin’, dan menukarkan mereka kepada gerakan dan penentang Islam. Mereka terus mengugut untuk bertindak balas selagi Hamas menyerang pejuang mereka. Tentera Al Ummah merupakan rangkaian Al Qaeda, yang mana pemimpin mereka di Gaza, Abu Hafss, telah meyatakan Hamas tidak mengikut acuan syariah yang telah diwahyukan oleh Allah dan tidak mengikut ajaran Islam. Dia menambah, kumpulan mereka tidak bersangkut paut dengan Al-Qaeda dan hanya sama melalui ideologi perjuangan.
sumber : http://www.imemc.orgpenterjemah : mujaheed929


-->

:: kartika oh kartika ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad al-amin SAW, keluarga serta sahabatjuga ke atas para rasul
salam alaik sahabat2..
kartika sari dewi shukarno..pernah dengar bukan namanya?
dia di jatuhkan hukuman sebat 10 kali di atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai..
persoalan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak :
'orang lain lagi ramai yang minum'
tapi bukan itu saje yang jadi isu, sebenarnya isu utama yang dibangkitkan adalah ' hukuman sebat' yang dijatuhkan ke atas nya oleh mahkamah syariah.
ternyata ada pihak yang tidak berpuas hati dan memohon agar ianya dibatalkan atau dipinda hukuman ke atasnya bertunjangkan alasan,
' wanita..patutkah di hukum rotan?'
ternyata ramai yang tak sempurna pengajiannya waktu di sekolah agama dulu..hm..atau mungkin nak menyatakan bahawa undang2 Allah SWT tidak relevan..menindas wanita dan sebagainya..
dalam hal2 begini ternyata Islam itu adalah adil..hukuman yang dijatuhkan untuk kaum rijal (lelaki) sama dengan hukuman yang dijatuhkan untuk kaum nisa' (wanita)
kalau dah mencuri hukumnya potong tangan, maka tidak kira lelaki atau wanita, maka potong tanganlah hukuman yang seharusnya..
ada isu baru berkenaan kes ini, ada pula yang mohon agar di mansuhkan hukuman sebat dek kerana tidak relevan dengan environment dan attitude masyarakat di Malaysia.
'orang malaysia semuanya hidup atas peri kemanusiaan..simpati dan kasihan'
nah..terpulang pada setiap individu untuk menilai..
ada yang menyatakan bahawa hukuman sebat tidak mendatangkan pengajaran bagi masyarakat..
eh..ye ke?
ana masih ingat zaman sekolah dulu, ada pihak penjara melakukan demonstrasi hukuman sebatan, dan dipaparkan hukuman sebatan yang sebenar..seram sejuk seluruh tubuh sampai ke jiwa dan minda..lantas terus di mind set kan dalam fikiran bahawa..jangan sesekali ahli keluarga ku terlibat dengan kesalahan jenayah..
setiap perkara pasti ada hikmahnya..itu janji Allah pada setiap manusia..
ayuh sahabat2..jangan sekadar menggeleng kepala membaca isu yang menimpa kartika..ya..kita simpati terhadap dia..tapi berpada..ini kesalahan di sis agama..
jika hukuman dimansuhkan..lantas apa hukuman yang layak?
denda?
masyarakat sekarang sudah mampu..
ana teringat isu mat rempit..eprnah di usul oleh masyarakat bahawa tangkap mereka dan suruh buat community service..
sangat mantap idea itu..
tapi perlaksanaannya memakan masa...dan kos serta hm...sukar2...
moga ummat islam dapat pengajaran dari kes kartika..dan untuk kartika..sama-sama kita doakan yang terbaik untuknya, dan doakan moga dia dikurniakan hidayah agar menjadi wanita yang lebih cantik..iaitu wanita dengan iman yang penuh di dada..
p/s ; diri ini penuh dosa..ku harapkan ampunan dari diri MU..ya Allah..berilah kami kemantapan iman dan kekuatan agar kami terus terusan dalam agamamu..menjadi pembantu2 agamamu..
tidak berniat menghina sesiapa..mohon maaf jika terasa..sekadar luahan peribadi cuma..untuk manfaat bersama..Insya Allah..
yakin kerajaan bijak mengatasi mslh ini..
::SALAM RAMADHAN KAREEM::

Wednesday, August 19, 2009

::ahlan ya ramadhan::

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad SAW, para sahabat dan ahli keluarga serta para nabi sekaliannya

hm~ hari yang sangat meletihkan..mungkin kerana dosa yang makin bertambah, membuatkan hidup ini kelihatan pudar serinya..mujur iman masih bercahaya..di dalam kabus nampak sinarnya..

ramadhan..ahlan ya ramadhan..

jika berakhirnya ramadhan yang lalu tidak membawa apa-apa perubahan abgi diri kita sehingga ke ramadhan yang bakal menjelma, maka ada sesuatu yang tidak kena.
ramadhan bulan yang sangat2 mentarbiah kita menjadi pencinta Illahi yang sejati..hari-hari dipenuhi dengan kelapangan hati dan kegirangan dek kerana seronok beribadah..tidak cukup puasa dan tarawih, tadarrus al-Quran dan qiyamullail dilakukan penuh kerinduan terhadap Illahi..

sungguh..diri sangat merindui bulan mulia yang penuh nikmat dan rezeki ini..

tapi..ada juga yang membuatkan ana fobia terhadap bulan yang dinanti..
berlalunya ramadhan yang lepas dengan tangisan membuatkan ana buat beberap hari trauma memikirkannya..pemergian abang Khairy dan wan yang di sayango benar2 membuatkan ana begitu berhati-hati kali ini..
pemergian mereka di saat ana jauh..jauh dari mereka..tidak sempat berjumpa dan memohon ampun..membuatkan ana kadangkala menitiskan air mata..tambahan pula abang ana tempoh hari sakit..demam tenat menyebabkan ana sangat khuatir..

jika ada di antara ahli keluarga yang mahu dijemput oleh Yang Maha Pencipta..sesungguhnya Allah SWT lebih menyayangi mereka..ana redha akan pemergian mereka..atau seandainya ana yang pergi dahulu..ana mohon sangat agar ana dapat bersama mereka walau untuk seketika, menjaga mereka atau dijaga oleh mereka..agar sempat ana merasai kasih sayang mereka di saat akhir dan sempat memohon ampun..

sesungguhnya semua itu adalah rahsia dari Illahi..

hari yang dilalui berlalu dengan dosa..dosa yang ana sendiri tidak mungkin dapat memaafkan diri ana..sungguh hina hingga sekecil dosa pun tidak mampu dielak..

Allahu Rabbi..there is no one who loves me like you do..no one could ever take cares about me better than you..Allah..please..allow me to love you and grant me with the feeling of missing u so much and love you..only you..

p/s: mudahnya iman digugah dengan hasutan syaitan yang cuma kecil...

Thursday, June 11, 2009

cuti-cuti malaysia..n_n

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

selawat dan salam ke atas para rasul dan nabi junjungan mulia, Muhammad SAW, sahabat serta keluarga..

waaaah~ ! baru lepas check result..alhamdulillah ada peningkatan..syukur sungguh..semester yang baru berlalu banyak memberi pengajaran sebenarnya pada dirir ana terutama sekali dengan pesanan UKM yang ana terima..

' hidayah kena ingat, hidayah datang sini untuk belajar..itu tanggungjawab utama. bukan leka dengan dakwah sahaja. kena balance kan. '

hm~ lebih kurang gitulah pesanan yang ustaz beri . tapi yang paling di benci (huhu) ana malas sangat semester lepas.! hahaha! tambah pula subject yang diambil memang subjek berkaitan course yang ana ambil, hm~ sampai ana lupa nak terbitkan inspeksi ( buletin dakwah persatuan ). Subhanallah..moga ana boleh jawab di akhirat kelak dan moga semester hadapan ana dapat tebus kembali hutang ana (buat inspeksi) itu.

start cuti semester, ana terus ke KL selepas 2-3 hari di rumah. lepas seminggu, ana ke Kelantan Darul Naim pula. bumi bertuah yang dipimpin oleh seorang ulama'...bertuahnya rakyat kelantan berada di bawah pimpinan seorang ulama' dan sahabat2 beliau yang wara'...

lepas tu ana ke Port Dickson pula, selepas 8 hari di kelantan (termasuk hari bertolak dan pulang) dan kemudian kembali ke desa tercinta selama 2 hari lalu terus ke selayang kembali..di rumah kaklong ana..penat sungguh..masa untuk ana luangkan untuk membaca juga kekurangan..rasa bersalah sungguh dengan sahabat2 dek kerana lambat hantar artikel tugasan yang mereka minta dari ana. lambat seminggu..belum lagi ana siapkan..insyaALLAH esok ana siapkan sebelum pulang ke Rompin..

banyak sungguh yang ana pelajari sepanjang cuti kali ini..alhamdulillah syukur ke hadratMu Ya Illahi..n_n dan banyak juga yang ana kesali dek kerana kebodohan diri..semua yang buruk berlaku supaya kita dapat merubahnya..itulah nikmat dalam jagaan Nya..

sahabat ana yang tinggal di Kampu Nakhoda kat Selayang ni ada pesan..'Jagalah Allah, InsyaAllah, Allah akan menjaga dirimu wahai saudariku'.. satu peringatan yang ana selalu ingatkan pada diri ana...pada ana..maksudnya sangat dalam..jika kita jaga sebaiknya Hablumminallah..jangan risau..Allah akan menjaga habluminannas kita..Sesungguhnya Allah amat sayang pada orang2 yang sayang padaNya..dan ana sangat bersyukur dikurnia sahabat2 yang menyayangi Allah dan Rasul lebih dari apa saja di dunia ini hatta ibu ayah dan diri mereka sendiri. Thank you Allah..

rindu pula dengan saudara mara yang di kelantan..Insya ALLAH ana akan kembali ke sana untuk sambung study ana di sana selama setahun, sambil mencari cinta Illahi dan mencapai satu lagi impian didunia yang ana belum kecapi..Insya Allah...!

rindu juga pada farah yang dah kat pusat asasi iium tu..moga dia dikurnia teman2 yang lebih hebat dari teman2 ana dan ana sendiri..moga dia mendapat tarbiyyah yang lebih dari apa yang ana perolehi..

moga Allah sentiasa ikatkan hati ini dengan hati2 orang yang soleh wa solehah agar dapat pula hati ini ikat hati2 orang2 yang disekeliling untuk bersama mengejar kasih Illahi dan syurga yang dijanji..andai diri ini mampu..sesungguhn ya diri ini sangat2 hina di sisi Allah

Wednesday, May 27, 2009

amalan perosak akidah

selawat dan salam ke atas kekasih junjungan mulia ,keluarga,sahabat juga kepada seluruh para nabi

kadang2 ana asyik benar memikirkan, apakah antara sebab yang boleh membatalkan syahadah..dan ia membuatkan ana terfikir tentang orang2 yang ana kasihi, teman2, keluarga serta mereka2 yang berada disekeliling ana..malah diri ana sen
diri..mungkinkah tanpa sedar ana dah melakukan perkara yang membatalkan aqidah?

pernah juga ana bincangkan dengan ustaz kamarulzam
an sulaiman tentang hal ini..saat tu ana kepingin benar inspeksi permas menjadikan isu ini sebagai tajuk artikel terbitan mingguan..tapi kesibukan akhirnya membuatkan ana lupa nak terbitkan tentang tajuk tu..apatah lagi dengan bahan yang tidak mencukupi saat itu..dan ketiadaan internet membuatkan ana makin melupakan hasrat hati itu dan meneruskan dengan artikel2 yang telah sedia ada yang diambil dari internet..

baru-baru ini waktu ana on the way ke pejabat ustaz kamaruddin, ana singgah di kedai buku..sengaja mencari buku2 baru yang ada..dan akhirnya pencarian ana diakhiri dengan pembelian..haha..=)..ana beli sebuah buku yang dapat ana jadikan rujukan dan panduan serta sebaran infonya kepada teman2..tajuknya ' 20 amalan perosak aqidah '

tapi as usual..ana tak habis baca lagi..lantas menambah bilangan buku2 yang sedia menimbun untuk di khatamkan.. tapi ana nak jugak kongsi dengan teman2 tentang amalan2 yang disebut oleh penulis buku itu sebagai amalan perosak aqidah oleh Saudara Muhammad Aiman al-Fathimelalui penerbitan alfalah..

20 amalan perosak aqidah :

1. bertawakkal dan bergantung selain kepada Allah SWT
2. mengingkari nikmat Allah SWT
3. bekerja dengan tujuan selain Allah SWT
4. berhukum dengan hukum manusia, bukan dengan hukum Allah SWT
5. memfokuskan segala kekuatan kepada selain Allah SWT
6. menjalankan hukum selain dari hukum Allah SWT
7. benci atau menentang salah satu kandungan ajaran Islam

8. menghina salah satu isi dari al-Quran atau as-Sunnah
9. mencintai kehidupan dunia melebihi kecintaannya terhadap akhirat
10. menghalalkan apa yang diharamkan Allah atau sebaliknya
11. tidak beriman dengan seluruh sumber hukum
12. mengambil orang kafir atau munafiqin sebagai pemimpin
13. tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah SAW
14. rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhid

15. mengatakan kewujudan pertentangan al-Quran
16. tidak mengetahui makrifat Allah SWT
17. tidak mengenal rasul dan menolak kebenarannya
18. mengkafirkan orang yang melafazkan Syahadatain
19. mengerjakan suatu ibadah bukan kerana Allah SWT
20. melakukan ibadat dengan riak


ana kepingin benar nak berkongsi isi tentang setiap amala
n ini tapi ana juga belum habis baca yang pertama lagi..jadi, makanya, nanti dulu lah ye..moga yang telah tersenarai di atas kita fikir2kan, renung2kan, tepuklah dada dan tanya iman..

wallahu ta'ala 'alam


-nak tidor dah ^-^-

arah tuju dunia dan akhirat

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

hari ni hari yang sangat ceria..haha..sebabnya adik ana yang tadika tu, si khairul najmi tak ke sekolah hari ni..sekolahnya rehat sebab semalam ada event..jadinya dari pagi tadi lepas kemas mengemas, berlari-larian dan bergaduh2 dengan dia..huhu..kadang2 suka dengar dia nangis..umurnya baru 5thn tapi kami semua layan dia macam dia budak besar..sampaikan kalau dia mintak susu kat mama pun kami ejek..dia nangis pun kami ejek walhal dia kecik lagi.. khairul najmi bin roslan


ntahlah..eh..nak cerita lain sebenarnya

baru tadi ada seorang sahabat YM ana..katenya sedih li
hat mahasiswa sekarang..kami borak2 pasal suasana di kampus masing2..dia student ukm..tapi masa tak mengizinkan dan tak sempat nak bincang2 lebih banyak isu..huhu..macam ahli parlimen bincangkan isu negara,..

tapi nak dikatakan..memang ramai yang kate dan ana pun maklum sendiri..perubahan yang makin ketara kepada sahabat2 kita di kampus..sosial..pada diri ana sendiri ana rase ana tak bersedia lagi nak berhadapan dengan masalah macam ni..maklumlah di kampus ana tak lah teruk sangat sosialnya..tapi jika ana diletakkan di kampus
di bandar seperti kl..ana rase ana tak bersedia..dengan masyarakat sekeliling lagi..masyarakat kampus lagi..

sayang sekali..bila kita tengok kembali..ada diantara sahabat yang kurang pasti arah tuju hidupnya..adakah sekadar pertukaran umur, pertukaran alam sekolah yang ditempuh..kemudian kerja..khawin..dan menjadi tua lalu meninggal..itu je ke?
mungkin silap kiuta juga sebagai sahabat tak bimbing sebaiknya..pada ana sebagaimana kita ingin dan dambakan kasih illahi dan syurganya sebegitu juga kita mahu sahabat kita..


mahukan apa yang kita mahu malah lebih dari kita..kalau kita impikan syahid..mereka seharusnya kita bimbing agar bercita-cita untu
k syahid..tak gitu..tapi..kita pun sedia maklum dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang ada..menyukarkan kita untuk capai semua itu..tapi pada ana yang paling penting adalah kesungguhan kita untuk 'follow up' kawan2, sahabat2 dan teman2..sebab andai mereka telah jauh tersimpang..kita maklum dan sempat untuk bertindak..

ana selalu katakan pada salah seorang sahabat yang ana sangat kasihi..cik maizatul..

'kita dengan sahabat ini umpamakita mengikat mereka dengan tali..kita biarkan mereka selgi mereka melakukan makruf..dan kita tarik tali itu p
erlahan-lahan bila mereka melakukan mungkar atau telah jauh dari landasan islam..tapi ingat! jangan kita rentap tali itu kerana dikhuatiri akan terputus kelak..'



sahabat itu adalah saudara kita apatah lagi jika seagama..mereka itu umpama anggota badan kita..jika ada yang sakit..pasti sakitnya kitakan rasa jua..se
harusnya kita backup kawan2 samaada dari dibuka keburukannya, dicaci dan dihina atau sewaktu dia dikhianati..kitalah yang turut berperanan mencorak mereka kerana jika kita berjaya..mmereka kan jadi insan yang lebih dicintai oleh Allah..lebih dari kita..itu yang kita mahukan..dan jika kita gagal..maka gagallah kita sebagai seorang sahabat ..dan mungkin kita kan disoal kelak di akhirat..kerana tidak menghalang dan bersungguh2 mengajak mereka barangkali..tapi andai kita telah meningkah dan menghalang serta menasihati dan menunjuki jalan sebenar yang seharusnya mereka ikuti..still mereka enggan..apalah daya kita..moga kita terselamat dan boleh menjawab di hadapan Yang Haq kelak...

apa2 pun ada sahabat2 ana yang akan bernikah kelak..moga mereka diberkati rumahtangganya yang akan dibina dan kepada yang akan sambung lagi..ahlan wasahlan ana ucapkan jika mereka dapat ke kampus yang sama lagi..rindu kalian..kasih kalian hany
a keranas Allah..

wallahu ta'ala 'alam

-rompin,n9-

Tuesday, May 26, 2009

Allah..beri kami kebahagiaan

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

selawat dan salam ke atas Rasul

hm~ kenapalah mata nih tak ngantuk lagi..hari ni terasa sangat penat walhal tak keluar rumah pun satu hari ni..keluar jemur baju je kot..huhu..semakin malas bergerak nih..

teringat pesanan kaklong yang mengingatkan tentang pesanan mak mertuanya (mek abe eme)..

'sekali malas selamanya malas'

ya Allah, mohon bangat dijauhi dari sifat itu..
hari ni kelihatannya semua orang sihat..

najmi - adik bongsu yang amat2lah disayangi oleh keluarga sangat ceria hari ni..terlompat dan tertawa riang ria umpama kanak kanak ribena..seperti biasa..ana suka menyakat dia..kadang2 saje nak buat dia nangis..huhu..satu2nya adik lelaki gue itu..

acu n aca - hm~ si kembar yang nakalnya subhanallah..walhal dah 15 tahun..oh Allah..just imagine..15 tahun tapi nakal..Allah hu 'alam..tapi hidup lebih kontra dengan mereka..contradic..sebabnya diaorang degil tapi senang disuruh tolong-tolong buat kerja..kontra sebab walaupun kembar tapi perangai, wajah, warna kulitnya tak serupa..Maha Suci Allah Tuhan Yang Mencipta segalanya..

farah - baru daftar iiummc semalam..alhamdulillah..rezekinya di UIA..moga ana juga dapat sambung disana kelak degree nanti..farah ni..hm~ana rase senang hati bangat hari ni..Syukur ke hadrat mu Allah..ana sempat berpesan2 pada farah..dengan pengalaman yang ana timba di dalam menjalani kehidupan di universiti..moga-moga dia dapat jalani kehidupan yang lebih baik dengan bimbingan Allah sentiasa..lebih dari ana..amin ya Rabbul 'Izzati

ma n abah - alhamdulillah..happy as usual..ma dah makin sibuk..nampaknya kerja kat dapur tu sepenuhnya dah jadi tanggungjawab gue..bolehla ana asah bakat memasak..Insya Allah..moga ma sentiase sihat ya Allah
abah pulak makin pening dengan segala kes dan report2 yang diterima..makin menimbun hari2..Ya Allah ana mohon yang terbaik..setakat ni kami nampak yg terbaik adalah abah bersara awal..ya Allah jika itu yang terbaik..makbulkan dan gantikan dengan yang lebih baik..tapi jika tidak..ana redha..segalanya yang terbaik dari mu OH ALLAH..

kaklong..hm~ana rase ana kena pi rumah dia lagi..tolong2 ape yang patut..kesian pulak tengok dirinya yang sgt sibuk dengan dua anak yang comel sangat dan suami yang selalu travel demi kerja..moga mereka sentiasa menjadi pasangan dan family yang engkau kasihi

abang- tolonglah..kahwin cepat..haha..tak de lah..hm~abang ..moga dia dapat cuti..dan dapat keputusan yang baik..moga kerjanya diberkati dan dipermudahkan..

rindu saat kami berkumpul bersama 7 beradik..macam2 cerita, iktibar dan gurauan dari saat waktu kami kecil hinggalah sekarang kami bualkan kembali saat berkumpul..rindunya kat kalian..

esok pasti lebih penat..wallahu alam..

terbayang-bayang kisah seksaan kubur yang kami tengok bersama di rumah kaklong semalam..moga sentiasa terbayang agar jadi penguat iman dan bertamabh takut pada azab Allah dan api neraka..

-back at home-