when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Thursday, June 11, 2009

cuti-cuti malaysia..n_n

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

selawat dan salam ke atas para rasul dan nabi junjungan mulia, Muhammad SAW, sahabat serta keluarga..

waaaah~ ! baru lepas check result..alhamdulillah ada peningkatan..syukur sungguh..semester yang baru berlalu banyak memberi pengajaran sebenarnya pada dirir ana terutama sekali dengan pesanan UKM yang ana terima..

' hidayah kena ingat, hidayah datang sini untuk belajar..itu tanggungjawab utama. bukan leka dengan dakwah sahaja. kena balance kan. '

hm~ lebih kurang gitulah pesanan yang ustaz beri . tapi yang paling di benci (huhu) ana malas sangat semester lepas.! hahaha! tambah pula subject yang diambil memang subjek berkaitan course yang ana ambil, hm~ sampai ana lupa nak terbitkan inspeksi ( buletin dakwah persatuan ). Subhanallah..moga ana boleh jawab di akhirat kelak dan moga semester hadapan ana dapat tebus kembali hutang ana (buat inspeksi) itu.

start cuti semester, ana terus ke KL selepas 2-3 hari di rumah. lepas seminggu, ana ke Kelantan Darul Naim pula. bumi bertuah yang dipimpin oleh seorang ulama'...bertuahnya rakyat kelantan berada di bawah pimpinan seorang ulama' dan sahabat2 beliau yang wara'...

lepas tu ana ke Port Dickson pula, selepas 8 hari di kelantan (termasuk hari bertolak dan pulang) dan kemudian kembali ke desa tercinta selama 2 hari lalu terus ke selayang kembali..di rumah kaklong ana..penat sungguh..masa untuk ana luangkan untuk membaca juga kekurangan..rasa bersalah sungguh dengan sahabat2 dek kerana lambat hantar artikel tugasan yang mereka minta dari ana. lambat seminggu..belum lagi ana siapkan..insyaALLAH esok ana siapkan sebelum pulang ke Rompin..

banyak sungguh yang ana pelajari sepanjang cuti kali ini..alhamdulillah syukur ke hadratMu Ya Illahi..n_n dan banyak juga yang ana kesali dek kerana kebodohan diri..semua yang buruk berlaku supaya kita dapat merubahnya..itulah nikmat dalam jagaan Nya..

sahabat ana yang tinggal di Kampu Nakhoda kat Selayang ni ada pesan..'Jagalah Allah, InsyaAllah, Allah akan menjaga dirimu wahai saudariku'.. satu peringatan yang ana selalu ingatkan pada diri ana...pada ana..maksudnya sangat dalam..jika kita jaga sebaiknya Hablumminallah..jangan risau..Allah akan menjaga habluminannas kita..Sesungguhnya Allah amat sayang pada orang2 yang sayang padaNya..dan ana sangat bersyukur dikurnia sahabat2 yang menyayangi Allah dan Rasul lebih dari apa saja di dunia ini hatta ibu ayah dan diri mereka sendiri. Thank you Allah..

rindu pula dengan saudara mara yang di kelantan..Insya ALLAH ana akan kembali ke sana untuk sambung study ana di sana selama setahun, sambil mencari cinta Illahi dan mencapai satu lagi impian didunia yang ana belum kecapi..Insya Allah...!

rindu juga pada farah yang dah kat pusat asasi iium tu..moga dia dikurnia teman2 yang lebih hebat dari teman2 ana dan ana sendiri..moga dia mendapat tarbiyyah yang lebih dari apa yang ana perolehi..

moga Allah sentiasa ikatkan hati ini dengan hati2 orang yang soleh wa solehah agar dapat pula hati ini ikat hati2 orang2 yang disekeliling untuk bersama mengejar kasih Illahi dan syurga yang dijanji..andai diri ini mampu..sesungguhn ya diri ini sangat2 hina di sisi Allah

Wednesday, May 27, 2009

amalan perosak akidah

selawat dan salam ke atas kekasih junjungan mulia ,keluarga,sahabat juga kepada seluruh para nabi

kadang2 ana asyik benar memikirkan, apakah antara sebab yang boleh membatalkan syahadah..dan ia membuatkan ana terfikir tentang orang2 yang ana kasihi, teman2, keluarga serta mereka2 yang berada disekeliling ana..malah diri ana sen
diri..mungkinkah tanpa sedar ana dah melakukan perkara yang membatalkan aqidah?

pernah juga ana bincangkan dengan ustaz kamarulzam
an sulaiman tentang hal ini..saat tu ana kepingin benar inspeksi permas menjadikan isu ini sebagai tajuk artikel terbitan mingguan..tapi kesibukan akhirnya membuatkan ana lupa nak terbitkan tentang tajuk tu..apatah lagi dengan bahan yang tidak mencukupi saat itu..dan ketiadaan internet membuatkan ana makin melupakan hasrat hati itu dan meneruskan dengan artikel2 yang telah sedia ada yang diambil dari internet..

baru-baru ini waktu ana on the way ke pejabat ustaz kamaruddin, ana singgah di kedai buku..sengaja mencari buku2 baru yang ada..dan akhirnya pencarian ana diakhiri dengan pembelian..haha..=)..ana beli sebuah buku yang dapat ana jadikan rujukan dan panduan serta sebaran infonya kepada teman2..tajuknya ' 20 amalan perosak aqidah '

tapi as usual..ana tak habis baca lagi..lantas menambah bilangan buku2 yang sedia menimbun untuk di khatamkan.. tapi ana nak jugak kongsi dengan teman2 tentang amalan2 yang disebut oleh penulis buku itu sebagai amalan perosak aqidah oleh Saudara Muhammad Aiman al-Fathimelalui penerbitan alfalah..

20 amalan perosak aqidah :

1. bertawakkal dan bergantung selain kepada Allah SWT
2. mengingkari nikmat Allah SWT
3. bekerja dengan tujuan selain Allah SWT
4. berhukum dengan hukum manusia, bukan dengan hukum Allah SWT
5. memfokuskan segala kekuatan kepada selain Allah SWT
6. menjalankan hukum selain dari hukum Allah SWT
7. benci atau menentang salah satu kandungan ajaran Islam

8. menghina salah satu isi dari al-Quran atau as-Sunnah
9. mencintai kehidupan dunia melebihi kecintaannya terhadap akhirat
10. menghalalkan apa yang diharamkan Allah atau sebaliknya
11. tidak beriman dengan seluruh sumber hukum
12. mengambil orang kafir atau munafiqin sebagai pemimpin
13. tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah SAW
14. rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhid

15. mengatakan kewujudan pertentangan al-Quran
16. tidak mengetahui makrifat Allah SWT
17. tidak mengenal rasul dan menolak kebenarannya
18. mengkafirkan orang yang melafazkan Syahadatain
19. mengerjakan suatu ibadah bukan kerana Allah SWT
20. melakukan ibadat dengan riak


ana kepingin benar nak berkongsi isi tentang setiap amala
n ini tapi ana juga belum habis baca yang pertama lagi..jadi, makanya, nanti dulu lah ye..moga yang telah tersenarai di atas kita fikir2kan, renung2kan, tepuklah dada dan tanya iman..

wallahu ta'ala 'alam


-nak tidor dah ^-^-

arah tuju dunia dan akhirat

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

hari ni hari yang sangat ceria..haha..sebabnya adik ana yang tadika tu, si khairul najmi tak ke sekolah hari ni..sekolahnya rehat sebab semalam ada event..jadinya dari pagi tadi lepas kemas mengemas, berlari-larian dan bergaduh2 dengan dia..huhu..kadang2 suka dengar dia nangis..umurnya baru 5thn tapi kami semua layan dia macam dia budak besar..sampaikan kalau dia mintak susu kat mama pun kami ejek..dia nangis pun kami ejek walhal dia kecik lagi.. khairul najmi bin roslan


ntahlah..eh..nak cerita lain sebenarnya

baru tadi ada seorang sahabat YM ana..katenya sedih li
hat mahasiswa sekarang..kami borak2 pasal suasana di kampus masing2..dia student ukm..tapi masa tak mengizinkan dan tak sempat nak bincang2 lebih banyak isu..huhu..macam ahli parlimen bincangkan isu negara,..

tapi nak dikatakan..memang ramai yang kate dan ana pun maklum sendiri..perubahan yang makin ketara kepada sahabat2 kita di kampus..sosial..pada diri ana sendiri ana rase ana tak bersedia lagi nak berhadapan dengan masalah macam ni..maklumlah di kampus ana tak lah teruk sangat sosialnya..tapi jika ana diletakkan di kampus
di bandar seperti kl..ana rase ana tak bersedia..dengan masyarakat sekeliling lagi..masyarakat kampus lagi..

sayang sekali..bila kita tengok kembali..ada diantara sahabat yang kurang pasti arah tuju hidupnya..adakah sekadar pertukaran umur, pertukaran alam sekolah yang ditempuh..kemudian kerja..khawin..dan menjadi tua lalu meninggal..itu je ke?
mungkin silap kiuta juga sebagai sahabat tak bimbing sebaiknya..pada ana sebagaimana kita ingin dan dambakan kasih illahi dan syurganya sebegitu juga kita mahu sahabat kita..


mahukan apa yang kita mahu malah lebih dari kita..kalau kita impikan syahid..mereka seharusnya kita bimbing agar bercita-cita untu
k syahid..tak gitu..tapi..kita pun sedia maklum dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang ada..menyukarkan kita untuk capai semua itu..tapi pada ana yang paling penting adalah kesungguhan kita untuk 'follow up' kawan2, sahabat2 dan teman2..sebab andai mereka telah jauh tersimpang..kita maklum dan sempat untuk bertindak..

ana selalu katakan pada salah seorang sahabat yang ana sangat kasihi..cik maizatul..

'kita dengan sahabat ini umpamakita mengikat mereka dengan tali..kita biarkan mereka selgi mereka melakukan makruf..dan kita tarik tali itu p
erlahan-lahan bila mereka melakukan mungkar atau telah jauh dari landasan islam..tapi ingat! jangan kita rentap tali itu kerana dikhuatiri akan terputus kelak..'



sahabat itu adalah saudara kita apatah lagi jika seagama..mereka itu umpama anggota badan kita..jika ada yang sakit..pasti sakitnya kitakan rasa jua..se
harusnya kita backup kawan2 samaada dari dibuka keburukannya, dicaci dan dihina atau sewaktu dia dikhianati..kitalah yang turut berperanan mencorak mereka kerana jika kita berjaya..mmereka kan jadi insan yang lebih dicintai oleh Allah..lebih dari kita..itu yang kita mahukan..dan jika kita gagal..maka gagallah kita sebagai seorang sahabat ..dan mungkin kita kan disoal kelak di akhirat..kerana tidak menghalang dan bersungguh2 mengajak mereka barangkali..tapi andai kita telah meningkah dan menghalang serta menasihati dan menunjuki jalan sebenar yang seharusnya mereka ikuti..still mereka enggan..apalah daya kita..moga kita terselamat dan boleh menjawab di hadapan Yang Haq kelak...

apa2 pun ada sahabat2 ana yang akan bernikah kelak..moga mereka diberkati rumahtangganya yang akan dibina dan kepada yang akan sambung lagi..ahlan wasahlan ana ucapkan jika mereka dapat ke kampus yang sama lagi..rindu kalian..kasih kalian hany
a keranas Allah..

wallahu ta'ala 'alam

-rompin,n9-

Tuesday, May 26, 2009

Allah..beri kami kebahagiaan

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

selawat dan salam ke atas Rasul

hm~ kenapalah mata nih tak ngantuk lagi..hari ni terasa sangat penat walhal tak keluar rumah pun satu hari ni..keluar jemur baju je kot..huhu..semakin malas bergerak nih..

teringat pesanan kaklong yang mengingatkan tentang pesanan mak mertuanya (mek abe eme)..

'sekali malas selamanya malas'

ya Allah, mohon bangat dijauhi dari sifat itu..
hari ni kelihatannya semua orang sihat..

najmi - adik bongsu yang amat2lah disayangi oleh keluarga sangat ceria hari ni..terlompat dan tertawa riang ria umpama kanak kanak ribena..seperti biasa..ana suka menyakat dia..kadang2 saje nak buat dia nangis..huhu..satu2nya adik lelaki gue itu..

acu n aca - hm~ si kembar yang nakalnya subhanallah..walhal dah 15 tahun..oh Allah..just imagine..15 tahun tapi nakal..Allah hu 'alam..tapi hidup lebih kontra dengan mereka..contradic..sebabnya diaorang degil tapi senang disuruh tolong-tolong buat kerja..kontra sebab walaupun kembar tapi perangai, wajah, warna kulitnya tak serupa..Maha Suci Allah Tuhan Yang Mencipta segalanya..

farah - baru daftar iiummc semalam..alhamdulillah..rezekinya di UIA..moga ana juga dapat sambung disana kelak degree nanti..farah ni..hm~ana rase senang hati bangat hari ni..Syukur ke hadrat mu Allah..ana sempat berpesan2 pada farah..dengan pengalaman yang ana timba di dalam menjalani kehidupan di universiti..moga-moga dia dapat jalani kehidupan yang lebih baik dengan bimbingan Allah sentiasa..lebih dari ana..amin ya Rabbul 'Izzati

ma n abah - alhamdulillah..happy as usual..ma dah makin sibuk..nampaknya kerja kat dapur tu sepenuhnya dah jadi tanggungjawab gue..bolehla ana asah bakat memasak..Insya Allah..moga ma sentiase sihat ya Allah
abah pulak makin pening dengan segala kes dan report2 yang diterima..makin menimbun hari2..Ya Allah ana mohon yang terbaik..setakat ni kami nampak yg terbaik adalah abah bersara awal..ya Allah jika itu yang terbaik..makbulkan dan gantikan dengan yang lebih baik..tapi jika tidak..ana redha..segalanya yang terbaik dari mu OH ALLAH..

kaklong..hm~ana rase ana kena pi rumah dia lagi..tolong2 ape yang patut..kesian pulak tengok dirinya yang sgt sibuk dengan dua anak yang comel sangat dan suami yang selalu travel demi kerja..moga mereka sentiasa menjadi pasangan dan family yang engkau kasihi

abang- tolonglah..kahwin cepat..haha..tak de lah..hm~abang ..moga dia dapat cuti..dan dapat keputusan yang baik..moga kerjanya diberkati dan dipermudahkan..

rindu saat kami berkumpul bersama 7 beradik..macam2 cerita, iktibar dan gurauan dari saat waktu kami kecil hinggalah sekarang kami bualkan kembali saat berkumpul..rindunya kat kalian..

esok pasti lebih penat..wallahu alam..

terbayang-bayang kisah seksaan kubur yang kami tengok bersama di rumah kaklong semalam..moga sentiasa terbayang agar jadi penguat iman dan bertamabh takut pada azab Allah dan api neraka..

-back at home-

Monday, May 25, 2009

akhlak mengubah dunia - mengutamakan doa

''berdoalah kepada Allah, padahal kamu yakin dengan diperkenankan-Nya. dan sesungguhnya Allah Taala tiada menerima doa dari hati orang yang lalai dan cuai''


Friday, May 22, 2009

nurie : ujian kasih..

''aduh..peningnya kepala.kenapa susah sangat nih..'' kate iman

''ape nye nih iman? dari tadi nti merungut-rungut..tak senang ana dibuatnya..apaan nih?'' kata nurie sambil mengajuk dalam loghat indonesia

''ni ha..dari tadi asyik call ana..tak reti-reti agaknya..ana tak nak dia ganggu hidup ana lagi. ''

''ape halnya pulak nih..? nti ada buat salah dengan orang ke? atau berhutang?jangan main main iman..susah nanti''

''taklah..ni kawan-kawan lame ana..tau je lah mereka tu macam mane..''

''oh..itu ke..usah risau..la takhaf wa la tahzan..innallaha ma'a..doa je lah moga mereka tu kembali bersih dan menjadi orang-orang beriman..mereka tu contact nti pasti ada sebab..''

''ape lagi..nak ajak ana sekali dengan amalan hidup mereka yang kebaratan tu lah''

''isyh..iman! hm~ jangan su'u dzon lah..cuba positive thinking sikit..Allah nak dekatkan mereka dengan nti agar mudah nti tarbiyyah mereka dan membawa mereka bersam-sama nti tu..bersangka baiklah terhadap ape yang Allah kurniakan..dengan itu, kita juga jadi bersangka baik dengan Allah..''

'sebenarnya ana takut..iman ana nih bukan sekuat nti nurie..''

'' siape kate nih? nti tak yakin dengan kemampuan yang Allah beri pada nti? gituk? hm~ macam anak kecul ah! nti itu orang yang mencintai al-quran, terus, pantas aja mencintai Allah dan Rasul..masakan imanmu masih kau ragui..ya iyalah..iman itu kita tak nampak kuantitinya tapi namamu aja 'iman' takkan tak termotivasi..WAJIB! untuk nti termotivasi..lainlah ana nih..hidayah tapi hidayah itu sukar dimiliki..''

''hm~''

''ah! mengeluh lagi..tak baik dong..''

''kamu asal dari indon ya nong"'

gelak tawa dua sahabat terlerai..nurie berjaya menceriakan sahabatnya



''Allah itu tidak akan menguji jika hambaNya tidak mampu..nti mampu dan Allah tahu itu..malah, ana juga yakin nih..nti mesti mampu..mungkin nti jadi begini sebab nti jauh dari ilmu..maksud ana..buku-buku yang nti tinggalkan tanpa selesai membacanya pun dah menimbun..lagi dibeli yang baru..bila nak hanis kalau gitu..jangan pisahkan diri dengan ilmu..lagi satu pesanan ana yang terakhir..jangan tinggal yang wajib dan kerjakan terus yang sunat dengan istiqamah..jaga hablumminallah lantas Allah akan backup hablumminannas..usah khuatir ya..Allah itu Maha Bijaksana dan Dia pasti ada ketentuan yang baik untukmu..dah sekarang ayuh fikir macam mana nak selamatkan teman-teman nti tu..''

mengeluh = berputus asa..berputus asa bukan sifat seorang muslim..memang benar sahabat ana tu menghadapi masalah yang besar dengan teman-teman lama..hm~ ana juga begitu..tapi..yang paling penting jangan lupa doakan mereka agar mereka seperti kita, malah lebih..mengejar cinta akhirat, cinta Illahi..

tapi yang paling penting adalah sokongan padu dari teman-teman..nah macam si iman itu..ana pernah ada ketikanya rasa berputus asa dengan sahabat2 lama ana juga..malah lebih teruk..saat itu, ana membayangkan diri ana beralih arah menjadi seperti mereka..na'uzubillah hi minzalik..minta betul dijauhi..syukur sahabat2 yang disekeliling adalah sahabat2 yang mencintai al-quran, Allah dan rasul..jadinya kita semakin termotivasi dengan mereka..andai ana buat kesalahan..ana pasti terfikir yang ana sudah tidak layak bersama mereka..orang2 soleh yang sentiasa mencintai illahi..

terima kasih wahai KEKASIH ABADI..Allah..tiada siapa yang mencintaiku lebih darimu..beri kan aku kekuatan sekuatnya untuk mencintai mu lebih dari segalanya..malah lebih dari mencintai syurga..amin ya rabbal 'alamin

ujian diberi sebagai simbolik kasih..kasih Allah selaku Pencipta Yang Maha Esa kepada hambaNya..ujianlah yang akan mendekatkan kita denganNya..semakin banyak ujian, tanda Allah itu semakin Kasih Pada KITA..

-selayang-

Monday, May 18, 2009

man hua salahuddin al ayubi?

SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga.



Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib.
Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam.
Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.