when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Saturday, April 30, 2011

: K-Pop..Dangerous weyh~! :

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

ada seorg sahabat pesan pada ana yg serba kekurangan ilmu nih..

telinga nih kene biasakan dengan mendengar alunan zikir, selawat dan ayat2 Furqan..

sebab dalam badan kita ni 70% kandungannya adalah air..

biar molekul2 air tu jadi lebih indah dari berlian

dan akan effect pada akhlak iman dan hati kita jugak..maka insya allah indah semuanya..


sekarang ni golongan muda mudi kita nih dok syok layan lagu K-pop an

d ada gak yang layan J-Pop

memang lah menarik kan diaorg nih

bahasa diaorg..apatah lagi diaorg punye performance dalam music video [MV] or any stage performances..

berbeza lah amat2 dengan artis negara kita ni kan..

mase mula2 tu ana takdelah heran sangat dengan K-Pop nih

then my sis nih minat dengan Big Bang

ana pun join lah sikit2..


tersangkut pulak dengan 2 group yang memang ana dengar lagu diaoooooooorg je~

SHINee & DBSK

*SHINee*

*DBSK / TVXQ*


tapi tidaklah fully absorb dgn diaorg

sekadar dgr2 mcm tu je

mase2 mula2 tu..

ana perasan satu perkara setelah selesai menganalisa keadaan semasa golongan mude mudi yang absorb dgn K-Pop nih

diaorang mumbling lagu 2 korea nih lebih dari zikir..

kalau zikir di alun dan didengar serta dihafal sehebat itu..subhanallah..banyak tu pahala

ana pun mostly bile ngantuk study memalam and pepagi mase tggu bas nak gerak ke kampus pun selalu jugak dgr lagu2 korea nih (huhu~!) (n_n)

but there is something about them yang D.A.N.G.E.R.O.U.S.

perasan nih mase tgk music bank kat channel KBSW dgn adik2..

SHINee - LUCIFER

omang ai~! LUCIFER kot tajuk lagu dia..

sepantas kilat ana citerkan pada my sis yg kat UIA tuh

and baru2 nih dia ade citer..

kumpulan idol SHINee tu explain yg lagu tu takde kaitan dengan LUCIFER sebenar


..


satu persoalan je yang ana nak tanye kat diaorg if ana ade mase diaorg ezplain about this issue tu

kalau takde kaitan kenapa dressing macam ada kaitan je?

well..takkan diaorg nak mengaku kan..but kite kenalah tau yang pengaruh freemasonry nih mmgkuat dikalangan artis

sedangkan artis kita pun jadi mangsa mereka

apatah lagi geng2 idol korea yang dah memang terang2 beragama kristian nih kan..

so ..


another thing is bila dgr lagu DBSK..mmg akan berminat utk tgk MV dia..sebab DBSK nih group idol yg hebat dalam dance dan diaorg punye MV pun boleh tahan menarik


tapi yg tak bagusnya (pada kita) adalah dia sangat konsisten menunjukkan lambang2 christianity idaorg..especially salib..

ada satu lagu tajuknya TRI-ANGLE.. appearance dia menakutkan and that tri-angle sangat menyerupai message illuminati

for those yg tak tau illuminaty ,freemasonry and agenda yahudi nih..check it for urself... u guys could google ..


now..FYI..SHINee and DBSK are under the same recording company..


wah~! patutlah kan..

tapi DBSK mmg akan pakai lambang2 salib dn akan di upclose oleh cameraman


now ladies and gentlemen (huhu~! carried away)

kawan2 dan sahabat2


nak minat artis korea ke..japan ke..africa ke..jamaica ke..

kita kenalah tau satu perkara..

agama diaorg tu kan kristian so beware of all songs yang diaorg nyanyikan..

dah lah tak faham bahasa diaorg..silap2 lagu tu pasal agama diaorg pun kita ikut nyanyi..sebab tak faham tp lagunya menarik..janganlah macam tu geng~! ok? kalau nak jugak dgr mcm mana?

check for the meaning of the lyrics (translation) .. buatlah tapisan..lagu mana yg boleh dgr dan lagu mana yg kene avoid..

a reminder for myself too..


walaupun agak minat jugak dgn k-pop tapi hijjaz, inteam, opick and nowseehart still di hati..~!

sama2lah kita dgr lagu nasyid yang sentiasa mendamaikan jiwa dan membawa kebaikan pada kita..

kalau dgr selawat time study berulang2 kali..walaupun boring dan mengantuk insya allah pahaal kita berselawat bersama lagu tu ditulis oleh malaikat kiroman katibin..


SELAMAT BERAMAL dan BERHATI-HATILAH di mana mana ..huhu (n_n)

wallahu ta'ala 'alam

Friday, April 29, 2011

: results are as much as efforts :

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

hasil adalah sebagaimana usaha ke atasnya

subhanallah
sesungguhnya ana sangat takut melihat diri yang di landa kemalasan terlampau

HeLlO~!
IT'S FINAL EXAM YOU KNOW~!
aduhai~!

entah kenapa..
semester ni asyik study last minit je kerjanya
walaupun sometimes study last minit ni buatkan ana skor
tapi most of the time leads to destruction (exaggerating..haha)

yes~!
this semester i admit it as the worst semesters
with all sorts of las minutes works and revisions
and all actions of avoiding gerak kerja dakwah
(teruknya~!)

it feels like my journey as a bachelor student seems like to be end when it is actually just started

ya Allah..
jangan kau hijab kejayaan ku dengan dosa-dosa ku yang menggunung
dan amal ibadah ku yang tak mencukupi
ya Allah..
aku mohon biarlah kaffarah dosa itu engkau jadikan ke atas perkara lain selain dari menjadi hijab kepada kejayaan akademik ku
sesungguhnya hamba mu ini sentiasa mencuba sedaya upaya untuk menjadi hambaMu yang baik
taat dan solehah
dan sentiasa cuba sebaiknya bertaubat setiap masa
terkadang gagal dan jatuh tersungkur di tengah perjalanan menuju redhaMu
adakalanya juga tersasar dan melencong dari jalan kebenaranMu namun
aku tetap cuba kembali kepadaMu
kerana aku akui keESAanMu..

bantulah aku ya Allah..dalam setiap perkara..
permudahkanlah setiap urusanku ya Allah~!

amin ya rabb...


Thursday, April 28, 2011

: why does i feels miserable? :

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah


subhanallah~! kenapa hari ni rasa serba tak kena?
hati rasa resah
banyak sangatkah dosa yang aku lakukan?
apakah Allah nak aku fikir dan nilai diri kembali
sebab tu diberinya rasa resah ni?

biasanya kalau rasa resah..mesti ada melakukan kesalahan
apa ya?
hmm...~!

bila fikir2 kembali..sejak akhir2 ni
sangat kurang interaksi ku dengan Illahi
jiwa rasa kosong

itulah~!
dah dipesan oleh murabbi..
jangan lupa Allah..nah~! beginilah rasanya

syukurlah Allah beri rasa begini
sekurang2nya dapat juga pengalaman
dan dapat juga merasa pentingnya Allah dalam hidup

nampaknya kena lipat gandakan amalan
amalan yang selama ini menjadi amalan seharian masih kurang agaknya
keikhlasan dan keyakinan masih di tahap yang rendah barangkali
sebab tu rasa macam ni

hmm~!
bagus juga rasa resah begini..
dapat menilai diri dan mengesan kekurangan yang perlu ditambah baik

jadi apa ya yang perlu dilakukan?

orang kate..jika nak meningkatkan iman dan keyakinan
maka beramallah dengan istighfar yang tidak putus dan perbaharuilah iman setiap masa dengan kalimah tauhid

insya allah..
mungkin itu amalan yang perlu diperbanyakkan mulai hari ini
dan apa ya zikir yang paling Allah suka?

kalau tak silap.......~
'subhanallah wa bihamdihi..suhanallah hil 'azim'

insya allah..jadi hari ni
mari kita sama2 penuhi dengan lafaz zikir dan istighfar (n_n)

-HidAYah-

Wednesday, April 27, 2011

: aduhai~! siapa sangka... :

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
selawat dan salam buat Rasulullah SAW , rasul junjungan mulia, ahlul bayt dan para sahabat baginda

aduhai~!
itulah yang sering keluar dari mulut ni..
bukan mengeluh tapi .. aduhai~!.. hmmm...speechless

kenapa?

sebab siapa sangka hidup ni akan berubah sekelip mata
semuanya bergantung pada iman di dada..

* ce citer ce citer...[word paling popular dlm malaysia skrg (n_n) ]*

meh nak citer..

ana ade seorang sahabat..
sahabat kesayangan
tak sangka hidupnya akan berubah sekelip mata
dahulu dialah yang menjadi ikutan buat ana..
dalam soal keyakinannya pada Illahi..
*mantop*
dalam soal mengejar pahala ibadah
*dia mmg hebat*
dalam kebolehannya berfikir merungkai erti hidup,
hikmah dan ibroh dalam daily life nya
*tabik spring*
tapi...

Allah sungguh kasih padaNya ..
di bentangkan ujian yang sangat hebat buat diri sahabat ana ini
sehingga dia dah tak kenal dirinya sendiri lagi
kini..
hari2nya penuh dengan keluh kesah kerana mengenangkan betapa hebatnya dia
mengejar kasih Illahi suatu ketika dahulu
*apa yang berlaku sebenarnya?*

begini..
sahabat yang ana kasihi lebih dari diri sendiri ini akhirnya di uji oleh Allah
tentang kekuatan imannya menghadapi godaan nafsu
sayang sekali keadaan membuatkannya gagal menolak godaan itu
langsung dia jatuh kelembah hina

kini..
melihatnya hari2 bermuram durja
menyalahkan diri sendiri atas sikap melampaui batasnya itu
membuatkan airmata ini sering menitis
melihat dirinya yang tidak lagi seampuh dulu
tidak lagi sehebat dulu
membuatkan diri ana terkaku dan terpana
tiada apa yang mampu ana lafazkan mahupun lakukan untuk membantu dirinya
melainkan berusaha memulihkan semangat, cinta dan keyakinannya pada Illahi

'ana malu pada Allah..kini selepas kejadian itu..diri ini sering dihantui rasa ingin mengulangi dosa itu lagi..'
*sahabat..aku kasih padamu maka aku tidak mahu engkau membinasakan dirimu sendiri*

dirinya kini seolah budak baru belajar..
bertatih menunaikan solat, mengaji, dan berpuasa..
memulakan segalanya kembali ibarat dia tidak mempunyai apa2 ilmu tentang Islam
*tapi..hati ini risau..*

mampukah engkau bertahan dan terus2an membina
iman , semangat dan keyakinan mu pada Illahi?
ana khuatir dirinya akan kembali terjatuh ke lembah hina itu lagi..

bukanlah diri ini kuat imannya
bukanlah diri ini banyak amalnya
sehingga mampu membantu dirinya
tapi ana akan sentiasa mendoakan dirinya

*hidup ibarat di neraka selepas melakukan dosa itu - katanya*
syukurlah kau sedar wahai sahabat
ternyata Allah amat2 mengasihiMu
disebabkan itu Dia menguji mu dengan ujian yang dahsyat
kerana dia mahu engkau menjadi lebih baik
lebih mengerti erti DOSA

ana?
ana yakin Allah menjadikan hikmah dan ibroh itu dalam pelbagai cara
dan salah satu dari cara itu adalah
dia memberi ujian pada insan yang hampir dengan kita
agar kita dapat mengambil hikmah dan ibroh darinya

*jangan sesekali kau memberi peluang pada dirimu untuk membuat kejahatan..ianya bakal membinasakan mu lebih dahsyat dari apa yang kau sangkakan' *
pesanan darinya, sahabat yang ana kasihi Lillahi ta'ala
pesanan yang amat berharga dan bermakna

akan aku semat rapi dalam minda pesananmu wahai sahabat..
aku tangisi setiap kekhilafan mu kerana kasihku padamu
aku mahu kita sama2 kesyurga..
tidak tegar aku melihat kau dihukum di neraka..

ya allah..kau kuatkan diri ini
kuatkan iman dalam diri ku ini
hambamu yang hina ini
agar bisa aku membantu sahabatku yg aku kasihi ini
sama2 menjadi hamba yang amat taat dan amat mengasihi mu
moga bisa kami menjadi hamba yang engkau cintai..

amin ya rabb~!



Sunday, January 23, 2011

: adik-adik :

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Selawat dan salam buat Rasulullah SAW tercinta, ahlul bayt dan para sahbat serta seluruh para anbiya'

alhamdulillah PERMAS DAY berjaya dilaksanakan dengan lancar..walaupun ada kepincangan dan kelompangan di sana sini saat program dilaksanakan, namun, syukur tetap ana panjatkan buat mu ya Allah atas segala kemudahan, ilham dan rezeki serta kefahaman yang telah Kau berikan..

walaupun kesempatan bersama adik2 kurang dek kerana ada modul semalam..tapi sempatlah kenal dengan beberapa orang adik2..tapi maaf sangat2 dengan adik2 muslimat sebab tak dapat nak bersuai kenal dan bermesraan dengan ntum..mungkin adik2 nampak ana lebih rapat dengan adik2 muslimin..tapi sebenarnya taklah macam tu..mungkin sebab adik2 muslimin ni bila ditanya, diaorang cepat response, adik2 muslimat ni diaorang banyak berfikir sebelum response..adik2 muslimin ni diaorg tak kira betul ke tak diaorg main sebut je..

ape2 pun ana bersyukur sebab semalam alhamdulillah ramai yang hadir walaupun program ni tak seberapa punmeriahnya..cuma meriah dengan pengisian yang kebanyakan warga kampus rase boring..

penghuluwati adik2..si aisyah tu sangat energetic orangnya..suka ana tengok dia..boleh diharap dan orangnya friendly.. insya allah boleh menjadi pemimpin yang bagus..

overall..alhamdulillah perlaksanaan program simple tapi pengisiannya padat..
tahniah buat barisan urusetia dan person in charge (pic) PERMAS DAY 2011..

semoga Allah binding hati kami dengan kasih darinya yang berpanjangan..amin ya rabb..

Tuesday, December 21, 2010

: demam korea lah pulak :

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

sejak kebelakangan ni semakin ramai pulak yg minta korean song n drama..
korean show pun tak kurang juga..

ana?
adelah sikit2..tapi tak lah sampai demam..huhu =)


*show 2 days 1 night*

setakat tengok show 2 days 1 night, golden bell challange .. tu je..
artist korea pun setakat kump. 2pm je..yang ana slalu dengar lagunya..bigbang sikit2 lah..

tapi apa kebaikan dan keburukannya?

wallahu ta'ala 'alam..
hanya Allah yang tahu..

dari my point of view..
anak2 muda makin pinggirkan hiburan mendidik jiwa (nasyids)
dan di bibir asyik menyanyi2 lagu korea yang iramanya agak catchy dan rancak..
liriknya tak dinafikan yang ramai tak faham..tapi bunyinya sedap disebut2..

akhirnya lagu2 zikir kurang di lafaz dan dinyanyikan di bibir..

penangan drama korea pula..
ramai student terutama perempuan yang dah melekat kat depan laptop..mana taknya..ceritanya panjang berjela..dan kelakar pun ada..

dah kurang tumpuan pada study atau paling tidak pun..masa ulangkaji dah semakin berkurangan sebab diperuntukkan utk tgk cerita korea..
*show 2 days 1 night*




*artis2 ternama korea dlm 2 days 1 night*

entahlah..ana tak minat sgt drama..tapi show 2 days 1 night tu..
berunsur travelling show..
dapatlah ana yg tak mampu nak travel ni lihat negara korea..
subhanallah..sungguh indah kejadian Allah di korea..buminya sungguh indah..
pantai dan pulaunya..kebun bunganya..bukit dan gunungnya..subhanallah..cantik sungguh ciptaanNya..

memang korea sebuah negara yang cantik..tgk saja drama melayu 'seruan pulau nami' tu..
dilakonkan di pulau drama 'winter sonata'

kisah kehidupan : musuh tradisi

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, ahlul bayt, para sahabat serta buat seluruh para anbiya' sepanjang zaman

dendam kesumat membawa padah..

hari demi hari terasa semakin menjadi-jadi kerenah manusia
di akhbar dan berita boleh di katakan hari-hari keluar cerita pasal kes bunuh membunuh..
melampau sangat bila mangsa yang di bunuh tu diseksa pula..
dikerat-kerat..
di bakar..
di buang dalam sungai dan sebagainya..

ni semua adalah hasil kejayaan 2 pihak menghasut dan merosakkan manusia..
1. syaitan yg dilaknat di langit dan bumi
2. nafsu ammarah bissu'

tapi yang menjayakannya tetap manusai itu sendiri..

hidup ana selama 22 tahun ni bukanlah bermula dengan erti keimanan yang sebenar..

ana rasa syukur tak terhingga di anugerahkan ibubapa yang faham dan berilmu agama..
namun ana kenal keindahan ISLAM itu sendiri setelah masuk ke U..

dalam hati memang telah lama bersarang keinginan nak mempunyai teman2 yang soleh wa solehah,al-hafiz wa al-hafizah..dan ana menanam impian untuk jadi seperti mereka..

alhamdulillah impian sedikit demi sedikit menjadi nyata bila ana mula mendekatkan diri ke masjid dan menyertai persatuan remaja masjid di kampus..

abah pesan..
bila kita semakin tinggi harapan dan impian untuk dekat dengan Allah..
syaitan yang berdamping dengan kita juga semakin tinggi 'pangkat' dan 'ilmu' nya untuk menggagalkan impian kita..

ana pernah berkali-kali jatuh dalam usaha ana berlari-lari menuju ke 'pintu syurga'..adakalanya jatuh terjelupuk dan adakalanya tersungkur dan tersembam..(kiasan semata)..namun tetap ana gagahi langkah ana bukan untuk mendapatkan keindahan dan kesenangan di syurga kelak namun semata untuk ana dapat tersenyum dengan perasaan yang penuh rindu dan kasih saat ana di hadapkan di hadapan Allah ta'ala kelak..

itulah impian ana..
untuk tersenyum melihat wajahNya yang Maha Agung di akhirat kelak..
untuk melihat wajah Rasulullah SAW tersenyum kepada ana kerana ana telah berjaya menjadi penyambung dakwahnya di dunia..
untuk berpimpin tangan bersam sahabat2 ana kerana kami telah sama2 berjuang bersama menegakkan islam di muka bumi..
untuk berkumpul bersama ahli keluarga ana yang tercinta..bersama mendapat syafaat KekasihNya..

tetapi..

MEMANG BENAR..BANYAK LIKU DAN ONAK DURINYA..
SEMAKIN KITA HENDAK MENGUATKAN KEIMANAN DAN HAMPIR PADA ILLAHI..
SEMAKIN KUAT KITA DI UJI
SEMAKIN HEBAT HASUTAN SYAITAN DAN GODAAN NAFSU DALAM DIRI..

kalau kita tak kenal 'musuh'..
kita takkan 'menang'

musuh kita adalah DIRI KITA SENDIRI dengan bantuan dan hasutan SYAITAN..

renung kembali pada perjalanan hidup yang lalu..
adakalanya diri sendiri yang menyekat amar makruf nahi munkar yang hendak org lakukan pada diri..

bila sahabat ajak pergi program program agama..
mulalah..bermacam perkara muncul di benak dan menjadi hambatan..
akhirnya kita jadikan alasan untuk tidak sertai program tu..

bila dengar azan..mulalah melengahkan solat..
nak makan dulu lah..nak siapkan kerja dulu lah..
macam2..sehingga akhirnya terlepas solat / solat di akhir waktu..

di suatu sudut, Syaitan galak mentertawakan kita..
manusia..berani saja ingkar..
enggan taat pada Allah..

bila dikenang kembali..
syaitan ni sebenarnya dendam pada manusia dah beratus ribu tahun dah..
konsepnya senang..
moyangnya (iblis) di keluarkan dari syurga dan di masukkan ke neraka kerana enggan sujud pada adam..

bila difikirkan..kerana manusialah iblis dimasukkan ke neraka..
maka iblis merasakan bahawa jika dia tak boleh kembali ke syurga dan dimasukkan ke neraka..maka manusia pun harus bersamanya..

dendam inilah yang bertahan sehingga ke hari ini..malah sehingga ke hari kiamat nanti..

semoga ana, family ana, ntum (para pembaca) dan family ntum semuanya di tebalkan iman di beri hidayah dan taufik untuk terus2an bertahan dalam menepis godaan nafsu dan hasutan syaitan...semoga ketaatan kepada Allah menjadi karakter kita ila akhir hayat..AMIN

-NHR @ bp rompin-