when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Sunday, March 7, 2010

:: aman pattani ::



SALAM 'ALAIK SAHABAT WA SAHABIAH SEKALIAN

MARI KITA SAMA-SAMA IKUTI PEKEMBANGAN DI SELATAN THAILAND..KETAHUILAH NASIB SAUDARA - SAUDARA KITA DI SANA..
BANTULAH APA YG TERMAMPU WALAU DENGAN DOA DAN HEBAHAN KEPADA MASYARAKAT SEKELILING..
SEMOGA MEREKA AKAN SELAMAT DALAM LINDUNGAN ALLAH
DAN SEMOGA DIHENTIKAN PENYEKSAAN KE ATAS MEREKA..
TAKBIRR!!
ALLAHU AKBAR!!!!!!!

(KLIK PADA BANNER AMAN PATANI )

:: ingin sekali aku jatuh cinta ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

selawat dan salam tanda kecintaan dan kerinduan buat rasul junjungan mulia,Muhammad SAW,keluarga,para sahabat serta seluruh para anbiya' sepanjang zaman




bagaimana agaknya jatuh cinta?
adakah benar seperti yang dikata manusia..
terasa kehilangan tanpa kehadiran insan yg dicinta
tidur tak lena,mandi tak basah,makan pun tak kenyang
atau mungkinkah hingga sanggup berkoran apa sahaja?

jika benar begitu.ya Allah..
jatuh cinta kan lah aku PADAMU..

biar aku merasa seksanya tanpaMu..
merasa tidak keruan jika tidak berzikir melafaz cintaku padaMu
merasa tidak kenyang makan tanpa menyebut namaMu dan mensyukuri rezekiMu
merasa tidak lena tanpa solat taubat dahulu kerana khuatir aku kan mati dengan kemurkaanMu
merasa tidak basah mandiku kerana tidak bersuci keranaMu
kerana sesungguhnya Engkau mencintai hambaMu yang bertaubat dan mensucikan diri

Allah hu Rabbi
jatuh cintakanlah aku padaMu
agar bisa ku hidup keranaMu semata
agar bisa segala kemunkaran yang akan aku lakukan ku batasi dengan kemurkaanMu
agar bisa aku berjuang menegakkan agamaMu sepanjang hayatku
sehingga aku bisa syahid di jalan agamaMu dalam keadaan Engkau redha akan aku

sesungguhnya aku rindu benar saat aku menghadap Mu di akhirat nanti
aku mahu menghadap mu dengan senyuman kerana
sepanjang hayatku di dunia aku melakukan segala perintahMu
dan menjauhi laranganMu
mengajak manusia ke jalan Mu yang benar
dan menarik mereka keluar dari kemaksiatan dan kedurhakaan kepadaMu sedayaku
aga aku bisa mencapai cita-cita ku untuk menata wajah keseluruhan para malaikatMu
dan bersua muka dengan kekasihMu Muhammad SAW dan baginda tersenyum ke arah ku kerana redha akan ku
dan berjumpa dengan seluruh pejuang Islam dan salafussoleh..

ya allah
jatuh cintakanlah aku padaMu
agar bisa aku menggagahi diriku menentang arus nafsu
dan kemunkaran dihadapan mataku
memperjuang agamamu dan melaksanakan amar makruf nahi munkar

ya allah
bantulah aku agar dapatku menjadi seperti kekasihMu
Rabiatul Adawiyah
jatuh cinta sekali padaMu dan kekal selamanya..

a~min....

: moga esok lebih baik.. :


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat dan salam uat Rasul junjungan mulia, Muhammad SAW, keluarga serta ara sahabat juga para anbiya' sepanjang zaman

hari khamis yg lalu ana ke Batu Pahat,menziarahi seorang rakan yang kemalangan saat sedang bertugas (sebagai seorg polis)..alhamdulillah..kelihatannya semakin baik dan hebat..syukur jua Allah mengurnia rezeki pada kami hingga sempat juga kami menikmati makan malam berlaukkan asam pedas ikan mayong..
selesai satu lagi hari MITEK yang sukar diduga..esok hari penghabisan insya allah..moga hati2 yg kami sentuh malam ini terbuka untuk menerima taufiq dan hidayah dariNya..
insya allah hari jumaat nanti ana dan sahabat2 serta adik-adik akan berangkat ke kelantan..menjalani Kem Khalifah (2) di sana..semoga semuanya lancar..

tidak seperti selalu..malam MITEK kali ini agak berbeza..kerana risalah edaran yang kami edarkan berbentuk seperti buku kecil...lebih menarik untuk diberi kepada sasaran2 dakwah semuanya..alhamdulillah..berkat usaha dan kekreatifan seorang sahabat...

dan malam tadi tiada pula yang buat aksi2 menakukan atau mengerikan seperti malam perasmian..cumanya tak sempat pula untuk round di blok2 kuliah dan tempat2 gelap..
insya allah..hari ini yang sangat penat akan mendatangkan hikmah yang indah..jika tidak indah pun moga engkau damaikan hatiku dengan ketentuanmu..

pagi ni seharusnya ana took part dalam kursus pernikahan di LT..namun disebabkan masalah terbesar timbul.maka terpaksa melupakan hasrat itu..

insya allah..moga hari esok lebih baik dari hari ini atau selamanya..amin~!

Thursday, March 4, 2010

...:sejarah MITEK yang menakutkan...:


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat dan salam buat rasul junjungan mulia,Muhammad SAW,keluarga,para sahabat serta para anbiya' sepanjang zaman

subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illallah wallahu akbar...

Minggu Terbuka Kolej (MITEK) kembali ke kampus dengan bertemakan "MAHASISWA GEGAR KAMPUS".....baru sebentar usai dari majlis perasmian dan citrawarnanya..citrawarna tak payah nak sebut lagi dah..memang seperti biasa...memalukan dan melampau pun ada adakalanya..tetapi itu biasa bagi ana..yelah..CITRAWARNA..apa lagi yg kita dapat 'expect' selain akan ada tarian dan persembahan yang ana tengok pun ana segan sendiri..
namun yang memeranjatkan adalah gelagat pengunjung..warga kampus sendiri..sungguh mengecewakan..inilah malam yang sukar ana nak luoakan..

seorang sahbat yang ana kenal..walau tidak rapat..membuat hal di tengah orang ramai..bergelagat seolah dia tidak tahu hal-hal agama..tidak takut dosa ke?

pada mulanya ana dan kak ros sedang berjalan-jalan memantau warga kampus dalam usaha menjalankan amar ma'ruf nahi munkar sebaik mungkin..kami terserempak dengan maskot salah sebuah kolej kediaman di kampus..pakaiannya sangat memalukan..namun tidak dapat ana nafikan kecomelan mereka...

tika kami sedang berbual dengan maskot-maskot itu secara tiba2 kami didatangi oleh 3 orang siswa..salah seorangnya merupakan classmate ana sedari part 1...tingkah lakunya pada mulanya terkawal tetapi semakin menjadi-jadi pula setelah beberapa lama..diusiknya maskot -maskot itu sedangkan maskot2 itu siswi..ana dan kak ros menegur perlakuannya..lantas dia katakan yang dia hanya nak bergambar dengan maskot2 tersebut..ine..bergambarlah..biar ana yang susun atur ...

setelah di bagi peluang..makin menjadi pula..makin rapat..memaparkan posing2 yang nakal dan terlompat2 tergedik2..membuat kecoh menarik perhatian...ana terkejut..dalam hati ana rakan bahaa ini sangat melampau..ana ke gerai kami untuk minta bantuan sahabat2 muslimin..sahabat2 sedang sibuk dengan aktiviti jualan..akhirnya kak ros menegur dengan tegas dan mereka terus beredar..

pada ana tindakan mereka mendatangkan rasa seram dan marah dalam diri ini...apatah lagi rakan ana sendiri yang bertindak 'tidak waras' sebegitu..

ya Allah..moga malam2 seterusnya akan berkurangan peristiwa2 yang mengejutkan ini dan kami semakin banyak dapat menjalankan tanggungjawab kami dalam menjadi pelaksana amar ma'ruf nahi munkar sepanjang MITEK..

sebelum perasmian bermula..petang itu selepas asar..sempat mengikuti k.ros, k.sal,amir dan udanis ke segamat membeli barang2 keperluan jualan..lama sungguh tidak ana ketemu sahabat ana yang sorang ni, si amir...sempat kami berjemaah maghrib di masjid jamek segamat..sebuah masjid yang indah dan menarik..ya Allah berilah ana peluang untuk ke sana lagi..tak puas rasanya bersolat di masjid mu itu kerana cuma singgah sebentar...

emoga hati2 yang kami sentuh malam ini dengan nasihat yang kami nasihatkan untuk diri kami juga dapat mendatangkan kesan pada mereka...

wallahu'ala alam

MITEK 3-7 maac 2010

Tuesday, March 2, 2010

:: buang masa lapang dengan solat sunat ::


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat dan salam buat rasul junjungan mulia, Muhammad al-amin,keluaga,para shabat serta para anbiya' sepanjang zaman
26 feb 2010 baru-baru ni ana berjumpa dengan sahabat-sahabat seperjuangan di seremban.
Alhamdulillah,banyak sungguh yang ana pelajai dari mereka.
bersama dengan mereka walaupun ada sahabiah ana. cik ayatul husna @ suri, ana tetap merasa kecil je di dalam kalangan mereka. ini disebabkan mereka itu bukan calang-calang orang.

boleh di katakan hampir kesemuanya mempunyai ilmu agama yang tinggi hingga ada yang digelar ustaz dan ustazah..subhanallah..sungguh Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau cintai..

sepanjang bersama mereka..ana belajar memperbaiki amalan, iadah dan akhlak..
sukur ya Allah..dalam berhadapan dengan krisis kewangan,Engkau memurahkan ezeki ana agar ana masih dapat berjumpa sahabat wa sahabiah ana..ternyata Engkau Maha Mengetahui,Engkau merancang dan perancangan Engkaulah yang terbaik...

ana rase berat hati pada awalnya untuk ke seremban bertemu sahabat wa sahabiah namun Allah mempermudah laluan ana dan akhirnya banyak yang ana pelajari..antaranya ana belajar untuk tidak memikirkan dunia,fikirkan agama,ummah dan akhirat lebih dari dunia,menunaikan solat sunat sebagai 'hobi' dan membaca al-Quran sebagai tabi'at baru selepas setiap kali solat fardhu..membaca al-mulk sebelum tidur dan berukhuwwah dengan lebih baik dan mengatasi perkara yang paling ana takuti,iaitu bersukan..ana takut sukan..ana dah lama tak bersukan..dah lama ana tinggalkan sedangkan ana sangat suka main olleyball..tapi kerana takut diserang asma kembali..ana tinggalkan semuanya..syukur Allah bagi peluang ana kembali aktif..

ramai antara kita yang malas untuk solat sunat..tetapi hakikatnya solat sunat lah yang akan backup kita di akhirat nanti. menambah berat dacing penimbang amalan di akhirat..insya Allah..Yang paling sering kita lakukan adalah solat dhuha, kan? solat yang menyatakan kesyukuran kita kepada rezeki yang diterima dan mohon murah rezeki..

apapun, jadikan solat sunat sebagai hobi dan bacalah al-quran setiap hari..jiwa ternyata menjadi tenang dan Allah akan sentiasa bersama hamba yang mengingatiNya dan mencintaiNya..

wallahu'alam...

Thursday, February 11, 2010

::valentine's day (part 1) ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat dan salam buat rasul junjungan mulia Muhammad SAW,keluarga dan para sahabat serta para anbiya' sepanjang zaman

"bahawa amalan merayakan valentine's day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian,amalannya yang bercampur dengan peruatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. oleh itu, amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh Islam"

(persidangan majlis fatwa kebangsaan kali ke -71 yg b'sidang pada 22-24 nov 2005)

sudah jadi amalan yg susah nak ditegah, Valentine's day tuut diraikan oleh pasangan kekasih beragama Islam.

sunguh menyedihkan..kerana mereka sekadar menyambutnya sebagai sebuah hari penting dalam kehidupan mereka apabila mereka ada mempunyai pasangan kekasih..tapi mereka tidak sedar tentang asal-usul kewujudan hari tersebut..yg lebih menyedihkan..ada yang cukup membantah bila ada dikalangan sahabat2 yg beritahu bahawa berpasang2an sebelum nikah ni HARAM hukumnya..

ianya tak pernah dianjurkan oleh Islam malah dalam sejarah sendiri tak pernah terukir kisah2 mna2 sahabat yg 'couple'..semuanya engarahkan cinta pada insan mengikut landasanyg telah dianjurkan islam iaitu melalui pertunangan dan pernikahan..dengan sebab itu wujudnya baitul muslim...

menyentuh hal valentine's day ni..hari selase lalu seorang sahabt bg tazkirah di masjid tempat ana study..info-info yg akan ana sebutkan ni adalah dari maklumat yg dia sediakan..syukran pada sahabat tu yg sentuh isu tepat pada masanya..ana mohon izin nak sebarkan..

asal-usul valentine's day :

1. ditetapkan oleh pemerintahan empayar rom sebagai hari cuti orang juno. pada 15 februari pula adalah perayaan pesta lupercalia.

2. memperingati hari kematian st. valentine sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. st. valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi

3. paderi st.valentine berkahwin dengan pengamal protestant, sedangkan paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. ratu isabella yang terlibat dalam menumbangkan kerajaan islam sepanyol menetapkan 14 februari sebagai Hari Kekasih untuk st. valentine sendiri.

Wednesday, February 10, 2010

::ya Allah..Syukur!!::

dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Pengasih
selawat dan salam buat Rasul jujungan mulia, keluarga, para sahabat serta para anbiya' sepanjang zaman

ya Allah..syukur ke hadratMu, aku kini bisa menapatkan kembali abah dan mama ku yang dahulu..berkat ujian yang kau timpakan kepada mereka..mereka semakin tenang dalam rahmat,ksih syg,cinta, Taufiq dan HidayahMu..semoga tiada apa lagi yang mampu menjadi penghalang kepada mereka untuk terus-terusan menjadi insan yang taat dan mencintaiMu..

ya Allah..susah tau jadi anggota polis..bukan semua orang mampu menangani segala hal yang berkaitan dengan kepolisan ni..apalagi bila ditambah dengan pressure dari orang/pegawai atasan...adakala pegawai2 atasan ni garang tak bertempat dan tak menghormati org lain..tapi hanya org yang mampu sahaja yg Allah bagi ujian sebegini..ana yakin dengan firmannya :

' Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya'

tapi..pada sahabat2 yang berhasrat nak sertai PDRM tu silakan..banyak sangt keistimewaan dan kemudahan yang disediakan untuk angota PDRM nih..seronok bila berada bersama anggota dan keluarga mereka..tinggal sebumung di rumah flat quarters polis dengan semangat kejiranan yang tinggi..seronok..

tapi berbeza dengan mereka yang ditugaskan di balai-balai luar..tak ramai anggota dan kebanyakkannya anggotamuda yang belum berkeluarga yang duduk di balai-balai luar..jadnya tak ramai kawan dan tak semeriah duduk di IPD..

ana dulu membesar di FRU QUARTERS TROOP D7 ...ha! ayah ana dulu FRU..seronok..ada 3 blok dan setiap blok ada lebih kurang 6 rumah setiap tingkat. satu blok 4 tingkat..ramaikan? petang-petang mereka akan bersukan, usually main volleyball..ada yang beriadah di luar..quarters kmi dekat dengan istana , taman rekreasi, IPK , masjid, mahkamah dan paling penting sekali..dekat dengan BANDAR! jalan kaki je nak pergi bandar..

17 tahun ana di situ..arwah abang ana pun anggota FRU..dia anak angkat abah..kami kenal dia pun tak lame tapi dia agak rapat dengan ana..namun komunikasi antara family dan dia terbatas sebab tak lama lepas dia masuk Islam dia menikah dengan anak pegawai FRU, kami pula pindah ke balai luar dekat dengan kampung..tak pernah dia beraya dengan kami..maih ana ingat angannya nak beraya dengan kami setiap tahun..akhirnya tak kesampaian juga...dia meninggal, sakit..an pun tak sure dia sakit ape..tapi na sedih jugak bile mana isterinya tak inform pada kami yang dia sakit..tau2 je dah kronik..ana masih terkenang dan terbayang2 kali pertama dan trakhir ana jumpa dia setelah kami pindah..

saat tu sepatutnya ana tak balik walaupun UiTM cuti seminggu,mid term, ana menemani Hajar..sahabat baik ana..tibe2 ana dapat sms mengatakan family ana nak ziarahi dia di hospital..dah teruk sakitnya..isterinya bersunguh nak kami ziarah dia..katenya dia nak jumpa kami adik beradik, ma dan abah..ana pun petang tu balik naik train sebab tiket bas dah habis..sambil berdoa untuk dia..

kami ke hospital dan arwah, abang Khairy Dary, terkejut dan gembira dengan kehadiran kami..rupenya dia tak tau kami akan hadir, semuanya dirancang oleh isterinya..kami turut gembira.ana masih tak dapat lupakan senyumannya dan wajahnya...semoga dia ditempatkan di kalangan orang beriman.

FRU..walaupun ramai yang benci..sebab keganasan dan ketegasan mereka dalam tugasan..ana sebenarnya tak percaya dengan dakwaan mereka tapi ana akur..manusia berubah..setiap minggu rasenya if tak silap, mereka akan ada kan roll call tengah malam..itu saat yang paling ana suka dan rindui..bila siren tibe2 berbunyi..mereka akan bergegas turun berkumpul di dataran dengan lengkap beruniform..kelkarnya..bila melihatkan mereka berlarian turun, dengan kasut di tangan dn berkaki ayam, ada yang tak sempat sarung uniform..sangat segak saat tu bila lihat mereka dengan pantas turun berkumul..adakalanya mereka berkawad di dataran..ana suka sangat tengok mereka..dan adakalanya mereka main kompang di pondok di bawah pokok kuini sebelah rumah ana..seronok sangat..ramai kawan..

sertailah PDRM..berbaloi-baloi..tapi jangan jadi sepertimana yang takelok yang dipaparkan di media. jadilah peugas keamanan yang taat perintah Allah dan adil , belas kasihan dan berani.

wallahu ta'ala 'alam...