when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Sunday, May 6, 2012

pinanglah daku kerana dakwah


this is taken from : www.muharikah.com
Salam,
Malas juga nak cakap tentang perkara ini. Sebab rasa macam tak ‘best’  asyik cakap pasal kahwin, sebab kahwin ini wasilah, sedangkan tujuan utama tetap ibadah kepada Allah dan menjadi khalifahNya.
Namun saya kira isu ini agak berat di saat ketika dakwah menjadi satu perkara yang amat phenomenan di era mihwar jahriyah ini. Menyebabkan unsur-unsur penjagaan dan juga kemanisan dalam berBM(Baitul Muslim) ini sedikit dicemari dengan tindakan peribadi mahupun perasaan duat itu sendiri.
Baitul Muslim ini urusan besar.
Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.
Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?
Susahkan….?
Apatah lagi sebuah baitul dakwah. Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. Maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini.
Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.
Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.
Lain orang, lain ragam dan ceritanya.
Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali.
Dari awal, sehinggalah pengakhirnya.
Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti.
Kisah kita tidak mungkin akan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.
Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.
Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun ( ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.
Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah bersedia awal. Ada yang belum lagi.
Dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.
Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada juga  yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Berhububung tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti.
Kerana antum akan menjadi contoh  kepada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri. Jika antum  sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak-anak  antum.
Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.
Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Tidakkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar?
Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari. Bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akh dan juga ukht.
Melamar secara direct.
Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri.
Ada yang secara ‘sms’ mahupun ‘email’.  Saya tersenyum terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut.
Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.
Akhwat sangat rasa ‘offended’ bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.
Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.
Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.
kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.
Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama nuqaba, outcomenya pasti indah. samada positif mahupun negatif.
Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.
Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.
Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau  kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.
Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang ‘sisters’ sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:
 Asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!’
Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi.
Manusia ada kelemahannya-kelemahanannya. Tak semua akhwat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.
Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah?
Allah akan beri kamu yang terbaik.Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.
Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi.
Di situ orang tengah akan cuba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.
Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca blog ini, namun ingin saya katakan pada mereka,pinanglah akhawat kerana dakwah.
Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak.
Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini. Termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.
Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. Setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita.
Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.
Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel.Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk meminang. Kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.
jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu. ( ini jika pinangan itu direct padamu). Walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai akhawat, namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.
Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah.Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.
Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik.
Maka bersyuralah. itu kuncinya.
Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. Itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat.
Tidak semua yang melalui BM ini ‘perfect’.
Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha Allah. tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.
Ianya amat manis, subhanalllah.
Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.
Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.
Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya.
Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.
Jadilah moderate dalam prosesnya
Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional.
Itu sahaja sempat saya nukilkan.
Ada satu soalan dari ukhti ainun. Saya akan tulis dalam ruangan lain iAllah
Orang yang penuh kelemahan buat suami saya sendiri,
aisyahz

WHY SHOULD I MARRY YOU?

dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

this was taken from someone else..whoever that person is he/she surely have given us soomething good as a reminder..may Allah bless him/her always and love him/her forever..amin
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Once there was a very handsome, pious, well educated young man, whose parents emphasized for him to get married.


They had seen so many marriage proposals, and he had turned them all down. The parents thought it was becoming a little ridiculous or suspected that he may have someone else in mind.


However every time the parents left the girls house, the young man would always say 'she's not the one!


'The young man only wanted a girl who was religious and practicing, however one evening his mother arranged for him, to meet a girl, who was religious, and practicing.On that evening, the young man, and girl, were left to talk, and ask each other questions. (As one would expect).


The young man, being a gentleman that he was allowed, the lady to ask first.


The young girl asked the young man so many questions, she asked about his life, his education, his friends, his family, his habits, his hobbies, his lifestyle, his enjoyment, his pastime, his experiences, his shoe size......


The young man replied to all of her questions, without tiring, and politely, with a smile the young girl took up nearly all of the time, over an hour, and felt bad, and asked the young man do you have any questions?


-----------------------------------
The young man said, it's ok. I only have 3 questions...The young girl thought, Wow, ONLY 3 questions okay, shoot
-----------------------------------
The young man's 1st question was,


Q1: Who do you love the most in the world, someone who's love nothing would ever overcome?
A1: She said, this is an easy question; my mother, he smiled
-----------------------------------
Q2: 2nd question, he asked, you said that you read a lot of qur'an, could you tell me which surahs you know the meaning of?
A2: Hearing this she went red and embarrassed and said, I do not know the meaning of any yet, but I am hoping to soon insha'allah I've just been a bit busy
-----------------------------------
Q3: The 3rd question the young man asked, was I have been approached for my hand in marriage, by girls that are a lot more prettier than you Why should I marry you?
A3: Hearing this the young girl was outraged, she stormed off to her parents with fury, and said I do not want to marry this man he is insulting my beauty, and intelligence. And the young man and his parents, were once again, left without an agreement of marriage.This time, the young mans parents were really angry, and said what did you do to anger that girl, the family were so nice, and pleasant, and they were religious like you wanted. What did you ask the girl?? Tell us!
-----------------------------------
1. The young man said, firstly I asked her, who do you love the most? she said, her mother, The parents said so, what is wrong with that??The young man said, 'no one, is Muslim, until he loves Allah, and his messenger (saw) more than anyone else in the world'If a woman loves Allah and the Prophet (pbuh) more than anyone, she will love me and respect me, and stay faithful to me, because of that love, and fear for Allah (swt). and we can share this love, because this love is greater than lust for beauty.
------------------------------------
2. The young man said, then I asked, you read a lot of qur'an, can you tell me the meaning of any surah?And she said no, because I haven't had time yet. so I thought of that hadith 'ALL humans, are dead except for those who have knowledge' She has lived 20 years and not found ANY time, to seek knowledge, why would I marry a woman, who does not know her rights, and responsibilities, and what will she teach my children, except how to be negligent, because the woman IS the madrasa (school) and the best of teachers. And a woman who has no time for Allah, will not have time for her husband.
--------------------------------
3. The third question I asked her was, that a lot of girls, more prettier than her, had approached me for marriage, why should I choose you?That is why she stormed off, getting angry. The young man's parents said that is a horrible thing to say, why would you do such a thing, we are going back there to apologies. The young man said I said this on purpose, to test whether she could control her anger.The Prophet (saw) said 'do not get angry, do not get angry, do not get angry' when asked how to become pious; because anger is from Satan.If a woman cannot control her anger with a stranger she has just met, do you think she will be able to control it with her husband??
So, the moral of this story is, a marriage is based on:

*knowledge, not ONLY Out Looking (Beauty) !

*practice, not preaching/recite only (million of reciter are there) !

*Forgiveness, not Anger !

*Spiritual love, not Lust !

*and CompromiseOne should look for a person who

1) Has love for Allah (swt) and the messenger (saw)
2) Has knowledge of the deen, and can act upon it.
3) can control their anger
4) and willing to compromise.

And it goes both ways, so women seeking a man, should look for the same things.
Aisha'h r.a reports "one day I was on a camel which was somewhat difficult to control and the Prophet s.a.w remarked "you must be compassionate, whenever there is compassion in something it adorns it, and when it is removed from something it disgraces it". reported by Imam bukhari(al-adab al-mufrad)
<

Friday, February 24, 2012

haha..that's funny =)

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
selawat dan salam buat Rasulullah SAW, ahlul bayt, para sahabat baginda serta seluruh para anbiya' sepanjang zaman

taip..padam..taip..padam
dah hampir tiga kali ana tulis entri post yg baru
3 tajuk yg berlainan
tp entah kenapa rasa tak kena
jadi terus di padam semula

mungkin disebabkan dah lama tak mencoretkan isi hati dan pemikiran di sini
berkongsi buah fikiran dn isi hati
terasa rindu untuk menulis semula
terlalu banyak nak dikongsi hingga xpasti nak tulis apa

rindu...itu lebih tepat dn straight to the point
insya Allah ana akan kembali aktif berkongsi

wassalam..

[hidayah, sepang, 0140 am]