when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Friday, September 30, 2011

: ketenangan yg lama dicari.. :

dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat dn salam buat Rasulullah SAW, ahlul bayt serta para shbt baginda

yup..~!
ketenangan yg lama di cari..
akhirnya dapat ana rasai..

kata Ammar bin Ismail :
'manusia ini, apabila diuji dgn kesukaran yg teramat sgt,
sebenarnya hatinya akan kembali bersih.
Dalam hatinya hanya akan ada Allah'

ana harap itulah punca ketenangan yg ana rasai sekarang
alhamdulillah
setelah sekian lama tidak berpeluang menunaikan Qiamullail
akhirnya diizinkan Allah, diberiNya kesempatan
untuk menunaikannya pagi tadi

rindu rasanya saat-saat diri hanya berdua dgn Allah..
mengadu damba pd Kekasih Hati
walaupun kehadiranNya tidak mungkin dapat dilihat dgn mata
tetapi perasaan bahawasanya Dia berada di sisi,
melihat dan mendengar rintihan hati ini..
itu sudah cukup membuatkan diri ini merasa tenang..
setenang mata dn hati melihat keindahan alam
setenang bayi yg berada dlm kandungan ibunya
setenang hati seorang hamba yang yakin pada PenciptaNya

alhamdulillah ya Allah..syukran

dulu..masa ana di tarbiyyah di zaman ana sdg mengambil diploma,
hati ana selalu yakin bahawa
kita kena sering berinteraksi dengan Allah..
mengadu damba dn merengek manja pd Nya
menceritakan segalanya padaNya walaupun
hakikatnya Allah itu Mengetahui Segalanya
tetapi tak salah rasanya jika kita nak bermanja2 dgn sang Pencipta
Dia kan Kekasih kita~!

ada satu hari, teguran halus dtg dr seorang ukhti,
Pn. Suhana Sulaiman namanya..
saat itu ana berada di masjid..
berpakaian agak simple tetapi alhamdulillah menutup aurat dgn sempurna
ukhti suhana menegur tudung ana
katanya ada garisan tengah yang mana ana lupa utk gosok kerana nak cepat
pada ana itu tak jadi masalah..
ana katakan padanya
' alah kak su, takpelah..bukan ada orang nak tengok dayah pun'

jawapan itu tidak menyenangkan hatinya
katanya :
'hidayah, mmglah kita rasa tiada org yang nak lihat kita,
tapi bukankah kita kena bagi berpenampilan kemas setiap masa..?
sebabnya kita ni dilihat orang setiap masa
kerana kita ini bertudung labuh..menjadi perhatian org disekeliling..'

jawapan kak su tu menyentuh hati ana..
memang benar..
kita kena lah sentiasa kemas..
kalau kita selekeh dan tidak berpenampilan baik..
dikhuatiri ianya akan effect pada kerja dakwah kita..
orang tgk kita selekeh semacam..
macam mana diaorg nak terima apa yang kita sampaikan?
diaorang mesti akan merasa kurang selesa

malah sebenarnya, Allah itu Maha Melihat,
tidakkah kita rasa hendak kelihatan cantik di mata Allah?
namun janganlah smpai bertabarruj seperti yg dilarang Islam
indah akhlak, kemas dn bersih penampilan..cukuplah begitu..

hakikatnya Islam itu mudah..
dan indah

Maha suci Allah yang menjadikan alam ini sangat indah
pasti sang Pencipta itu jauh lebih indah dr ciptaanNya..
Alahu Akbar~!
wallahu ta'ala 'alam..
menyedari hakikat ini..hati rasa ingin bersungguh2 melakukan amal
hanya kerana takut tidak dapat melihat 'wajah'Nya di akhirat nanti
tak sabar rasanya..

Ya Allah..moga aku dapat menghadap Mu di akhirat nanti
dgn perasaan gembira dan bahagia
Moga aku dapat melihat senyuman KekasihMu Muhammad SAW
yang diukir buatku di akhirat nanti
keran baginda gembira dgn usahaku menyebarkan agama Islam

amin ya Rabb..

p/s : rindunya pada Rasulullah SAW..bahagianya hati terasa mencintai Allah SWT (^^,)

[Hidayah Roslan
segamat, 9:14pm]



0 comments:

Post a Comment