when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Friday, March 19, 2010

:: tak suka ISLAM ::



DENGAN NAMA aLLAH YANG mAHA pEMURAH LAGI mAHA pENGAsih
SELawaT DAN saLAM bUAT Rasulullah SAW , AHlul Bayt,para sahabat serTa seluruH parA ANbiya' SepanjaNG zaMAn

menyelusuri hari-hari di Minggu Wacana Islam ini membuatkan ana berdebar..
inilah masanya untuk ana uji dan bukti pada diri yang sebenarnya ana mampu untuk menyampaikan info2 Islam dan info2 yang baik demi kemaslahatan masyarakat sekeliling..



sejak Minggu Nakhbah Palestin 2 semester yang lalu..ana dah mula biasakan diri memberi artikel kepada orang sekeliling secara langsung dan memberi sedikit penerangan berkenaan isu berkaitan walaupun ana tidak mengenali mereka..

alhamdulillah..sangat membantu usaha dakwah yang sedang ana rancang untuk dilaksanakan sebaik sahaja grad nanti..hakikatnya di kampuslah kita melatih diri untuk berhadapan dengan dunia luar,mehnah dan tribulasi di jalan dakwah dalam menyampaikan Risalah Islam..

syukur juga malam tadi telah berlangsungnya majlis perasmian MWI yang dirasmikan oleh TPHEP yang baru...
dan sebaik sahaja habis majlis perasmian, berlangsunglah
sesi forum mahasiswa yang bertajuk :
"Meniti arus perjuangan Mahasiswa : suatu perbandingan antara dulu dan kini"

sangat mantop pengisiannya..mahasiswa dulu memang hebat dan hakikatnya merekalah pemimpin2 negara hari ini..syabas mahasiswa dahulu dan takziah buat mahasiswa dikampus ana...

mana tidaknya..isu yang sering dibangkitkan cumalah isu makanan mahal,isu tambang bas mahal,tak dapat kolej, dan sebagainya..tidak kah mereka terfikir isu2 lain..wahai teman2 bangkitlah! sila peka dengan isu2 selain isu2 di kampus sahaja dan pekalah dengan isu2 di luar juga..

hm..
hari ni bermulalah episod pertama TEam RoVers KAmi...
alhamdulillah walaupun kami gagal menarik crowd yang besar namun adalah juga yang mendengar..hakikatnya mahasiswa di kampus ana bukan nak dengar sangat isu2 yang dibangkitkan di speaker's corner..Manifesto MPP sahaja tiada yang turun..sekadar memilih calon MPP yang comel2 yang kenal..yang macam2 lagilah..tapi apakah mereka mampu nak bangkitkan dan suarakan hak2 dan isu2 mahasiswa?

ni ha..
pasal isu tak SUka Islam..
ana sempat menegur sapa bebrapa orang dan kumpulan mahasiswa sepanjang perjalanan kembali dari unit agama ke kolej kediaman tadi..sempat ana terangkan perjalanan program MWI dan mengedarkan artikel unit agama..

ada pulak yang mengeluh..tak suka pprogram2 islam dan ada yang melopong..huhu..barangkali berat sangat apa yang ana sampaikan..insya allah ana akan cuba kreatif lagi dalam penyampaian maklumat..

tak suka ke..suka ke..kita kan orang Islam..sedang orang bukan Islam saje yang masuk Islam sangat bersyukur mendapat hidayahNya..apatah lagi kita yang lahir dan mengenal dunia dengan seruan azan dan iqamah di telinga oleh ayah kita..

tak nak dengar informasi Islam atau teguran ana tak apa...ana tak rugi apa2 malahan ana niatkan segalanya Lillahi Ta'ala insya Allah..ntum yang rugi dunia dan akhirat..wallahu 'alam..
kami sekadar menyampai..bak kate UKM..'diaorang yang tak nak Islam..biarkanlah..kita fokus pada yang mahu'

semoga Allah memberi hidayah pada hati2 yang ana sentuh tadi..amin ya Rabb!


0 comments:

Post a Comment