when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Wednesday, March 10, 2010

:: syaratnya kepada suami : pedoman buat Muslimah ::







dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih






Selawat dan salam buat Rasulullah SAW,keluarga,para sahabat serta para anbiya' sepanjang zaman






hari demi hari, kehidupan ini kian diasak dengan pelagai tanggungjawab dan tugasan yang datang silih berganti..sehingga adakalanya terasa malas nak memikirkan dan rasa nak tidur dan merehatkan minda dari memikirkan semua itu..






tapi bila difikirkan kembali..andai nyawa direntap malaikat saat sedang tidur dan melupakan tanggungjawab serta tugasan2 itu..pasti ana akan disoal dengan dahsyat sekali kerana lari dari menunaikan tanggungjawab dan tugasan2 itu..Na'uzubillah hi min zalik






buat sementara waktu tempoh hari..diri di hantui persoalan tentang pernikahan..



Subhanallah..mana mungkin ana mampu lari dari hal ini sedang adakalanya mama dan adik2 bertanya..tempoh hari saat ana ingin menjodohkan seorang sahabiah dengan seorang sahabat yang kedua2duanya insan yang amat baik sekali pada ana..kelam kabut jadinya..mana tidaknya..rupanya sahabat ana dan sahbiah itu kedua2nya telah dikhitbah orang..






namun, sahabat bertindak mempekenal kan sahabiah ana dengan sahabatnya pula..saat itu ana terlambat maklumkan pada sahabat itu hakikat ahabiyah ana yg telah dikhitbah orang lain..kasihan sahabat anan tu..dia akhirnya menerima taujih yang panjang dan iqab dari murabbinya..sedangkan ana yg bersalah atas segalanya..






lantas setelah istikharah..ana sedia mengganti sahabiah ana..namun rupanya sahabat kepada sahabat ana itu telah pun mengkhitbah orang lain..tidak mengapa..nampaknya masih ada lagi masa untuk ana benar2 menginfakkan diri dalam perjuangan..lagipun ana ni adakalanya berangan benar nak jadi umpama Rabiatul Adawiyah..ayah ana kurang suka..katanya berdosa jika kita niat menolak perkahwinan melainkan memang tidak ada jodoh untuk kita di dunia ini..






teringat ana pada mujahidah sejati,Zainab al-Ghazali..










kisahnya saat di amang pekahwinan..ana kongsikan bersama ya :






semasa perkahwinan akan dijalankan di antaranya dengan suaminya, Zainab al-Ghazali telah mengenakan syarat supaya suaminya membenarkannya untuk bergiat di dalam harakah Islamnya. katanya :



"hak saya untuk membuat syarat kepada engkau supaya tidak menghalang saya untuk berjihad di jalan Allah SWT di mana saya telah di letakkan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai mujahidin di dalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang akan saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan tindakan saya."






katanya lagi memperingatkan suaminya : "sekiranya berlaku pertembungan di antara perkahwinan dengan dakwah, akan berakhir perkahwinan dan kekal dakwah kepada Allah SWT. saya minta kepada engkau supaya menunaikan janji engkau. janganlah engkau bertanya siapakah saya akan berjumpa. saya berdoa kepada Allah SWT supaya Allah jadikan balasan jihad yang saya lakukan ini sebahagiannya untuk engkau, sekiranya amal saya ini diterima oleh Allah SWT "






inilah contoh seorang muslimah sejati..subhanallah..Moga ana diberi peluang untuk berjihad dan bermujahadah sepertimana hambaMu yang mulia ini , Zainab al-Ghazali...amin



0 comments:

Post a Comment