when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Tuesday, March 23, 2010

:: Malu nak sampaikan Islam ke malu kerana kita ini Islam? ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia Muhammad SAW, ahlul bayt, para sahabat serta paa anbiya' sepanjang zaman

Solusi volume 15 bertajuk Hidayah
mulanya dengan keluaran inilah ana mengenali majalah yang sangat bagus
majalah yang memfokuskan pada motivasi dan Fardhu Ain..
terbitan telaga biru..harganya RM 9 je.. nak banding dengan majalah URTV ke Mangga ke yang tadelah manfaatnya kepada kehidupan akhirat kita..baiklah kiranya kita baca majalah ni..melabur untuk akhirat..

hari ni alhamdulillah ana sempat join sahabat2 saff kepimpinan PERMAS di Speaker's Corner bagi menjayakan Team Rovers PERMAS bersempena Minggu Wacana Islam menjelang Talk Bedah Filem : Disebalik Tabir 2012..

kami mula lambat sikit hari ni ..memandangkan unit ILQAM datang lambat untuk setup alatan yang diperlukan..jadinya sempat ana study satu chapter berkenaan Unit Trust yang bakalan di present pada hari Rabu insya allah..

mulanya ana sekadar mendengar akhi hafiz ( tuan punya blog : Belajar untuk Mengajar ) memberi speech nya..kemudian ana dan sahabat serta sahabiyyah bergerak sekitar speaker's corner mengedarkan artikel serta questionnaire berkenaan aurat kepada warga kampus yang lalu lalang di situ..sambil2 mempromosikan progam Bedah Filem..

selesai akhi Hafiz memberi ilmu..akhi dan sahabat2 muslimin bergerak ke masjid untuk solat berjemaah dan tinggal sahabiah muslimat sahaja 2-3 orang di situ..

ana sempat menyampaikan ilmu dan bertindak sebagai VJ kat situ..dah jadi macam DJ IKIM dah rasenya ana saat itu..nervous langsung tak ada saat pegang microphone tu..sebabnya tidaklah ramai pun audiencenya..alhamdulillah Allah sangat membantu..

dan antara yang ana kongsikan adalah ilmu2 dan tips2 serta info2 yang ana petik dari majalah Solusi keluaran sii ke 5 bertajuk Pengurusan Nyawa..

sengaja ana bawa untuk berkongsi isu hedonisme yang diangkitkan dengan sangat menarik dalam majalah berkenaan..insya allah jika diizinkan Allah..secara ikhlas dan terujanya ana teringin menyampaikan ilmu lagi di speaker's corner pada selasa (23 / 3 / 2010) ni..bermula jam 10-2 petang..memandangkan kelas ana cancel untuk hari tu..jadi ana benar2 tak sabar nak bantu Hazirah dan akh Hafiz di sana nanti insya Allah..

ada di antara sahabiah yang tak mahu membantu..segan dan sebagainya..malu..takut di ejek..ekeleh..! malu wat ape beb..kita sebar Islam! yakinlah dengan bantuan Allah..biaq pi lah depa nak ejek sekalipun..moga ana terus kuat berpegang pada kata2 Abu Dzar..salah seorg sahabat Rasulullah yang ana kagumi..kata beliau

aku tidak takut akan celaan pencela..

dah kita memang bawak Islam..nak malu apenye..seharusnya diaorang yang malu dgn kita kot sebab tak nak ikut cara hidup dan panduan Islam..namun haru ana akui diri ana i banyak sangat kekurangan dan hina sangat dengan dosa yang melumuri diri..tapi ana cuba usaha buang tebus segala dosa dengan melakukan kerja2 Islam ..insya Allah..

malu dan segan memang ada dalam jiwa..hakikatnya malu itu berpunca dari iman..tapi malu biarlah bertempat..bukan malu untuk menyampaikan Islam..kenapa nak malu bila nak menyampaikan Islam? ke kita sebenarnya malu yang kita ni Islam?
Nauzubillah hi minzalik..

wallahu 'alam..

0 comments:

Post a Comment