when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Sunday, March 21, 2010

:: manzil ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
selawat dan salam buat Rasulullah SAW ahlul bayt dan sahabat serta seluruh para anbiya'
sepanjang zaman

ayyatul manzil adalah antara ayat yang dibaca dan di amalkan sebagai usaha kita memohon perlindunan dari Allah SWT dari segala makhluk halus dan gangguan sihir

ayat2 ni elok sekali di amalkan bagi mengelakkan kita di sihir oleh orang2 yang berniat jahat terhadap kita atau pun dari gangguan makhluk2 halus (hantu dsb)

ana baru saje mengamalkan ayat2 manzil,munjiyat dan syifa' yang risalahnya boleh di beli di kedai2 dengan harga sekadar rm2
lama ana mencari ayat ni kerana pernah teraca tentang hikmah mengamalkannya
namun niat ana mengamalkannya sekadar untuk menambah ilmu dan amal..
khasiat pengamalan ayat2 ni ana anggap sebagai rezeki dari Allah yang menguatkan lagi keyakinan pada keagunganNYa dan mengurankan ketakutan yang tidak sepatutnya kepada makhuk

Rasulullah SAW memberi petunjuk kepada kita bagaimana untuk kita menghindari dari tipu helah , hasad dengki, adu domba , fitnah serta seumpamanya dari golongan yang sentiasa memusuhi orang-orang yang berusaha di atas jalan agama . di antaranya ialah yang terkandung dalam risalah Manzil yang merupakan himpunan pilihan ayat-ayat al-Quran yang telah di ajar oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat baginda,

Manzil merupakan ayat penyembuhan beberapa jenis penyakit zahir da batin serta pelindung dari serangan sihir atau ilmu syaitan. Manzil merupakan bekalan yang ampuh bagi menghadapi segala macam serangan mereka yang berpunca dari sifat mazmumah.

bagi mereka yang istiqomah dan tekun dalam mengamalkannya, terdapat banyak khasiatnya.
antaranya ia disebut dalam sebuah hadith sahih yang dicatatkan dalam kitab " hayyatus sahabah" (jilid 3 ms 334)

menyentuh mengenai fadhilat pengamalannya, ia mempunyai banyak kebaikan dan tebukti pada mereka yang mengamalkannya. dari pengamalan kebanyakan orang yang mengamalkannya, Manzil ini sangat mustaja dalam menyembuhkan penyakit khususnya yang ada kaitan dengan sihir dan kerasukan jin.

mudah2an ayyatul manzil menjadi salah satu amalan yang kita amalkan ikhlas keranaNya secara berterusan di sisi Allah SWT..

wallahu 'alam

0 comments:

Post a Comment