when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Tuesday, March 23, 2010

:: Hutang : macam mana nak handle ya? ::


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia, Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat serta para anbiya' sepanjang zaman

adakalanya kita rasa ekonomi kita gawat terutama bila kita ni menginfakkan diri dan harta fisabilillah..adakala rase memang teruklah sampai adakalanya kita terpaksa berhutang kan?
dan adakalanya kita sanggup berlapar kot sebab takut nak meminjam dan berhutang sebabnya kita tau kita ni tak ada 'ability to pay back' ..

tak salah nak meminjam wang dari teman2..malah di kalangan para sahabat Rasulullah SAW pun ada yang meminjam wang dari sahabat2 mereka..tapi astikan kita berusaha untuk memulangka nya kembali..jika kita meninggal dunia..seharusnya waris kita perlu melunaskan nya..oleh itu adalah amat penting untuk kita bila kita berhutang, ditulis atau dalam erti kata lain..direkod setiap pinjaman atau 'liabiliti / loan' yang dibuat..

pada suatu hari..alFarouq 'azim Umar al-Khattab r.a. memerlukan wang untuk keperluan peribadi. dia menghubungi Abdurrahman bin 'Auf, sahabatnya yang merupakan seorang yang berada untuk meminjam sebanyak 400 dirham.

'mengapa engkau meminjam dariku? bukankah kunci Baitulam (perbankan negara) berada di tanganmu? Mengapa engkau tidak meminja dari sana? tanya Abdurrahman.

'aku tidak mahu meminjam dari Baitulmal. Aku takut pada saat maut datang menghampiriku, engkau dan segenap kaum Muslimin menuduhku menggunakan wang Baitulmal.
Jika perkara itu terjadi, pasti amal kebajikanku di akhirat akan berkurangan. Sedangkan, jika aku meminjam dari engkau, jika aku meninggal dunia, sebelum aku membayar kembali, engkau dapat menagih hutangku dari ahli warisku.

Umar menjawab bagi menunjukkan bahawa beliau seorang pemimpin yang amanah.

nah.. bagaimana sahabat2? bagaimana diri kita ya? adakah kita mampu sebegitu bijak seperti Umar..malah Umar takut sekali amal kebajikannya di akhirat nanti akan berkurangan apabila dia melakukan kesilapan. bagaimana diri kita? saat kita memgang amanah berupa wang dan saat itu juga kita membutuhkan bantuan kewangan,,pasti ada di antara kita yang mengambil keputusan untuk menggunakan dahulu wang yang ada di tanagn yang merupakan amanah pada kita dengan niat akan menggantikan bila kita mampu..

teryata kita silap kan? nah ..ana juga begitu dan pernah saje begitu saat memegang amanah dan sangat membutuhkan wang..nampaknya kekhilafan itu telah bertemu satu pembetulan dengan hujjah yang melarang kita membuat sebegitu rupa lagi ..satu hujjah dan contoh yang hebat sekali
yang dicontohkan oleh lelaki pewaris syurga..sahabat besar Rasulullah SAW yang ditarbiyyah untuk hidup susah dan berckupan dengan bersederhana dalam hidup...

moga kita dapat mencontohi siat2 mahmudah yang mulia dalam diri setiap para sahabat dan sifat , sikap dan peribadi Rasulullah SAW sendiri kerana hakikatnya Rasulullah SAW lah yang mentarbiyyah mereka mengikut kehendak dan bimbingan Allah SWT.

wallahu'alam..

0 comments:

Post a Comment