when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Tuesday, March 2, 2010

:: buang masa lapang dengan solat sunat ::


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat dan salam buat rasul junjungan mulia, Muhammad al-amin,keluaga,para shabat serta para anbiya' sepanjang zaman
26 feb 2010 baru-baru ni ana berjumpa dengan sahabat-sahabat seperjuangan di seremban.
Alhamdulillah,banyak sungguh yang ana pelajai dari mereka.
bersama dengan mereka walaupun ada sahabiah ana. cik ayatul husna @ suri, ana tetap merasa kecil je di dalam kalangan mereka. ini disebabkan mereka itu bukan calang-calang orang.

boleh di katakan hampir kesemuanya mempunyai ilmu agama yang tinggi hingga ada yang digelar ustaz dan ustazah..subhanallah..sungguh Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau cintai..

sepanjang bersama mereka..ana belajar memperbaiki amalan, iadah dan akhlak..
sukur ya Allah..dalam berhadapan dengan krisis kewangan,Engkau memurahkan ezeki ana agar ana masih dapat berjumpa sahabat wa sahabiah ana..ternyata Engkau Maha Mengetahui,Engkau merancang dan perancangan Engkaulah yang terbaik...

ana rase berat hati pada awalnya untuk ke seremban bertemu sahabat wa sahabiah namun Allah mempermudah laluan ana dan akhirnya banyak yang ana pelajari..antaranya ana belajar untuk tidak memikirkan dunia,fikirkan agama,ummah dan akhirat lebih dari dunia,menunaikan solat sunat sebagai 'hobi' dan membaca al-Quran sebagai tabi'at baru selepas setiap kali solat fardhu..membaca al-mulk sebelum tidur dan berukhuwwah dengan lebih baik dan mengatasi perkara yang paling ana takuti,iaitu bersukan..ana takut sukan..ana dah lama tak bersukan..dah lama ana tinggalkan sedangkan ana sangat suka main olleyball..tapi kerana takut diserang asma kembali..ana tinggalkan semuanya..syukur Allah bagi peluang ana kembali aktif..

ramai antara kita yang malas untuk solat sunat..tetapi hakikatnya solat sunat lah yang akan backup kita di akhirat nanti. menambah berat dacing penimbang amalan di akhirat..insya Allah..Yang paling sering kita lakukan adalah solat dhuha, kan? solat yang menyatakan kesyukuran kita kepada rezeki yang diterima dan mohon murah rezeki..

apapun, jadikan solat sunat sebagai hobi dan bacalah al-quran setiap hari..jiwa ternyata menjadi tenang dan Allah akan sentiasa bersama hamba yang mengingatiNya dan mencintaiNya..

wallahu'alam...

0 comments:

Post a Comment