when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Friday, October 2, 2009

:: tenteram ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

selawat dan salam buat rasl junjungan mulia,keluarga,para sahabat dan para rasul dan nabi keseluruhannya

salam semuanya..
moga dikasihi Allah leih dari diri yang hina ini..

sedikit perkongsian..

mendekatkan diri dengan Allah adalah pusat kedamaian dan ketenteraman bagi orang mukmin. Kerana Allah SWT adalah tumpuan orang yang taat dan kekasih para 'abid.
sesiapa yang tenteram dengan Allah SWT, ia akan tenteram dengan kehidupan, merasa bahagia dengan apa yang ada, dan menikmati hari-harinya dengan hati yang tenang dan lapang. Cinta Allah terukir di hatinya, sifat2 Allah bersemayam di kalbunya dan nama2 Allah tergambar di depan matanya. azab Allah sentiasa terngiang di telinganya..istighfar sentiasa di hatinya dan taubat sentiasa dilakukannya.

perasaan dekat dengan Allah akan menimbulkan kesan2 positif dan indah dalam diri. merasa tenteram dengan-Nya,bahagia dengan pehatian-Nya, dan gembira dengan perlindunganNya.

"Jika hamba-hambaKu bertanya padamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa oang yang berdoa ketika berdoa kepadaKu" [QS 2 : 186]

perasaan tenteram dengan Allah bukan umpama angin yang datang sendiri tanpa dipinta, tetapi ianya menuntut usaha keras dan mujahadah yang kuat. ianya adalah buah dari ketaatan dan kecintaan padaNya. sesiapa yang taat kepada Allah, mengerjakan yang dierintah dan meninggalkan yang dilarang secara bersungguh2, maka dia akan beroleh ketenteraman, kedamaian dan dekat denganNya serta kebahagiaan bermunajat dan menghadapNya.

Wallahu ta'ala 'alam

-hIdaYah-

0 comments:

Post a Comment