when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Thursday, October 29, 2009

::al-fatihah buat Abd Aziz::

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia, Muhammad al-Amin, SAW, keluarga, para sahabat dan seluruh anbiya’ sepanjang zaman..

Mak Mawi, Yarang, Patani, Thailand
Responden : Ibu mangsa…
Tarikh kejadian : 16 Januari 2009

Abdul Aziz Ahmad, 29, tidak mempunyai jari sedari kecil. Beliau menjadi mangsa pembunuhan membuta tuli pihak berkenaan. Pada hari kejadian, tadika di belakang Masjid Darul Taqwa mengadakan acara sukan tahunan secara bergilir dengan tadika lain. Pada ketika itu, tadika penuh dengan orang ramai terasuk pelajar, ibubaa dan guru. Pada hari itu juga tanpa alasan yang jelas pihak berkenaan mengepung seluruh kawasan masjid dan tadika. Guru-guru sekolah tadika dan sekolah pondok sering menjadi sasaran pihak berkenaan atas tuduhan cuba mempengaruhi msykt untuk mbenci kerajaan di samping menganggotai kumpulan pengganas.
Pihak bekenaan menyerbu kawasan tadika dan masjid menyebabkan orang ramai panic dan lari bertempiaran menyelamatkan diri. Secara tidak sengaja, akibat panik, Abd Aziz juga turut lari ke bahagian belakang masjid. Sekumpulan pihak terlibat yang berada di belakang masjid menangkap Abd Aziz dan satu das tembakan kedengaran dari belakang masjid. Abd Aziz mati ditembak.
Orang ramai yang mengetahui perkara ini terlalu marah kerana pihak berkenaan menembak mati orang awam secara membuta tuli. Abd Aziz dikatakan ditembak mati pada jarak 5 meter. Laporan pihak polis mengatakan berlaku tembak menembak menyebabkan Abd Aziz terpaksa ditembak mati.Namun, semua orang tahu bahawa Abd Aziz yang kudung tangannya tidak mampu mengangkat senjata. Baginya, hendak makan pun, sesuatu yang sukar.
Satu tunjuk perasaan dilakukan oleh orang kampong dan kanak2 tadika bagi menuntut pembelaan. Namun, rayuan dan tangisan mereka tidak pernah di pedulikan.
Al-fatihah buat Abd Aziz dan seluruh umat Islam yang turut menjadi mangsa…al Fatihah…

Retyped from Milenia Muslim, edition : August 2009

0 comments:

Post a Comment