when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Monday, September 28, 2009

:: rumput yang cantik dan orang tersayang ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

selawat dan salam buat rasul junjungan, para sahabat dan keluarga baginda.

salam alaik

hm~ hari ni kena hantar report summary untuk viva..
agak tension hari ni..pagi tadi kelas bond cancel..team viva yang lain dah siap..ana tengah sibuk edit..sejak bile lah ana jadi editor ni..tak tahu lah...dah pass baju viva kat ain..dia kate ok..mana taknya..2-3 hari ana habiskan untuk cari baju..yang ada ana syukuri..sangat2

terasa excited untuk perform dalam real viva sabtu yang akan datang ni..time tu jugak denganya ustaz azrul nak buat open house..hm~ tak rase nak pergi..tengoklah keadaan

sejak balik dari cuti ni tak rase nak jumpe sahabat2..malam tadi solatnya di bilik saja..rasa indu pada as-syakirin meronta tapi dek kerana tugasan yang banyak lagi tak siap...hm~

banyak pula mengeluh hari ni..sabar..insya allah Allah bantu..syaratnya..niat 'lillahi ta'ala'
tapi rindu pula pada sahabat2..pada yang dah tiada kat kampus ni..kak su, kak ana, kak ayu, hajar, syu, aimie ,azie, ayu..ayu? hm~ ayu..

ayu,
rindu plak ana pada dia..walhal kerja kami bertengkar aje..tapi alhamdulillah..tak siapa mengerti kecuali kami..ertengkaran itu yang membuatkan ikatan hati kami makin kuat..dialah sahabat yang ana sangat kasihi..kami bertengkar pun normally sebab ada perkara yang dia buat yang ana rase tak elok..sama juga dengan dia..niatnya..nak menegur sahabat yang dicintai kerana Allah..sekarang? dah tak boleh lagi..ayu dah tak ada..tiap kai call..ana rase sgt rindu padanya dan hampir setiap kali menangis sewaktu atau selepas call...moga Allah kasihi dirinya dan pelihara dirinya dari pesona dunia setiap masa...

kak su pernah cerite satu kisah yang ana sangat ingat..kisah rumput yang cantik dan orang yang tersayang...

sau hari, seoang pelajar, di suruh oleh gurunya untuk memeti rumput yang paling cantik dan dibawa ke sekolah keesokan harinya..dengan syarat..si pelajar di saat memilih, tak boleh berpatah balik..si pelajar pun terus ke padang dan cuba memilih yang terbaik..
pada mulanya dia berjalan dahulu kerana rumputnya tak berapa elok.kemudian dia terjumpa yang bagus..tetapi dia nak tengok lagi sama ada di hadapan lebih bagus..dia terus begitu sehingga setiap kali jumpa yang cantik..dia sangkakan yang di hadapan lebih cantik..akhirnya dia sampai ke hujung padang dan rumput di situ kering...dia lantas teringat pesan gurunya yang dia tidak boleh berpatah balik..lalu dengan sayu hatinya pulang dan keesokan harinya..apabila ditanya oleh gurunya..mengapa dia tak bawa rumputnya..dia pun ceritakan pada gurunya apa yang berlaku..

makanya, guru itu pun menerangkan hikmah disebalik tugasan mencari rumput itu.kata si guru...rumput yang cantik itu ibarat orang yang kita sayangi..apabila kita dah jumpa yang kita sayangi dan itu yang terbaik bagi kita, terima seadanya segala baik buruknya..janga terlalu memikirkan bahawa ada yang lebih baik dari itu..hargai mereka yang ada di sisi..

saat masih di dalam madrasah ramadhan tempoh hari, ana, kak ema , alin, hidayah, hana dan wardhah duduk dalam bilik gerakan muslimat di a-syakirin sambil menunggu waktu untuk bantu sediakan juadah berbuka..kak ema mulakan satu game yang pada mulanya kami malas nak main..haha..tapi kami main juga..dia pusing handphonenya dan bila ianya berhenti...siapa yang ditunjuk oleh handphone itu aka di soal..kak ema soal tentang pengalaman manis.ana katakan ianya waktu ana balik beraya di rumah mak saudara ana di narathiwat, thailand. dan yang keduanya ana dapat berada di sini bertemu sahabat2..saat tu sedih sebenarnya..sebab ana insya Allah grad tahun ni...insya Allah..di mana ana nak cari ganti teman2 dan sahabat2 yang mengaihi diri ini seadanya kerana Allah, terima baik buruk kita, usah senang bersama, gelak ketawa, gurau senda dan tangisan..semuanya dirasai bersama...

ya Allah..kasihi mereka kerana mereka ini hamba2mu yang sangat mentaati dan mencintaimu..mereka sangat2 ersungguh memperjuangkan agamamu dan menjalankan krja2 dakwah agamamu..mereka ini orang2 soleh dan taqwa..ana sangat kasihi mereka..moa Ekgkau kasihi mereka lebih dari yang ana mampu...Allah hu rabbi...bantu aku agar aku dapat seperti mereka..agar di akhirat kelak aku bisa berjalan berpimpingan tangan bersama mereka menghadap Mu dan bersama menuju syurga...

amin...

wallahu ta'ala 'alam

love u Allah

-hIdaYah-

1 comments:

Ketika Khalid al-Walid masih kufur, Nabi SAW mengarahkan adiknya yang beriman, Al-Walid agar menulis dalam suratnya bahawa baginda kirim salam kepada Khalid. Begitujuga, Nabi SAW menyuruh Al-Walid menulis bahawa khalid adalah seorang yang bijak. Sedangkan orang yang bijak, sekali-kali tidak akan meninggalkan Islam.
Tidak lama kemudian Khalid al-Walid memeluk Islam bersama-sama dengan Osman bin Talhah, dan Amru bin Al-As.
“sesungguhnya aku telah mengetahui bahawa kalian semua mempunyai kebijaksanaan. Aku pasti kebijaksanaan akan menuntun kalian kepada jalan kebenaran” tegas Nabi SAW.
 

Post a Comment