when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Wednesday, September 9, 2009

:: professional vs ukhrawi ::

dengan nama Allah yang Maha Pemmurah lagi Maha Pengasih

selawat dan salam atas nabi junjungan mulia, Rasulullah SAW, keluarga serta para sahabat.

salam alaik...

ramai antara remaja muslim sekarang yang terlibat dalam bidang conventional..dan ramai juga yang terlibat dalam bidang Islam..tapi hakikatnya kita perlukan kedua-duanya..

semalam ada discussion brainstorming dengan sahabat-sahabat..dan antara permasalaha yang dibincangkan adalah masyarakat sekarang khususnya remaja yang tidak mengambil kaedah fiqh awlawiyat bila nak buat keputusan..tak kira sama ada baik - baik, buruk - baik mahupun perkara yang buruk- buruk..semuanya kena kita teliti dengan dalam berpandukan ilmu dan iman..

yang nak ana kongsi bersama adalah zaman skarang yang merupakan zaman kekeliruan ummah..
yang mana kita dapati ummah keliru dengan hal-hal berkaitan agama dek kerana enggan menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup utama..takut dikatakan jumud, alim dan sebagainya..takut dengan tohmahan yang jika dilayan..membuang masa..hakikatnya, orang kafir di barat sana..mengkaji al-Quran..ada yang dianugerah Hidayah dari Allah..Subhanallah walhamdulillah..tapi ada juga yang menjadkan al-Quran sebagai senjata menentang kita..

tak salah kita bekerja dalam bidang professional..malah kita sangat memerlukan tenaga-tenaga professional muslim agar menyokong dan memperkukuh perjuangan dakwah alim ulama'...sebaliknya...ramai yang terleka..mungkin terlupa seketika matlamat dan tujuan hidup di dunia..kita ini mewarisi perjuangan para nabi dan rasul..apatah lagi perjuangan Rasulullah SAW..

Usah tinggalkan bidang professional semata-mata untuk berada dalam bidang dakwah..semua orang dipertanggungjawabkan atas tugas dakwah..bukan alim ulama', ustaz ustazah, budak2 PMI dan budak2 masjid sahaja tapi semua..

kelak di akhirat..bilamana Allah SWT menyoal..apakah kita menlunaskan atau menjalankan tugas2 dakwah?alamatnya kita tak mampu jawab kerana kita tidak terlibat malah yang lebih teruk..terus tingalkan bidang dakwah dan mengikut arus duniawi ..innalillah...mungkin kerana nak jadi up-to-date...nak jadi ape orang panggil..modern?lebih kuranglah..

tapi bila disoal pulak..adkah kita menyumbang pada jalan dakwah atau membantu sahabat2 yang berada di jalan dakwah? ah...parah..lagilah kita tak dapat jawab..sebab? bila kawan2 kita buat aktiviti untuk beri kesedaran dan hal2 berkaitan Palestin..kita ketawakan mereka..bila kawan buat bengkel pemantapan ibadah..kita hasut kawan2 tak payah join..bukannya nak tolong tampalkan poster ke..nak tolong hebahkan ke..perkara kecil macam tu kalau kita niatkan kerana Allah dan islam..subhanallah..Insya allah..pahala..syaratnya..ikhlas..

ana sendiri dalam bidang conventional..nak ikut..lepas grad memang ana tak nak sambung dah..ana nak pi menuntut di sekolah pondok kat kelantan..tapi bila ana fikirkan harapan ummat..ana rase biarpun berada dalam bidang conventional tapi jangan lah kita tinggalkna dakwah..sahabat ana pun ramai yang dalam bidang conventional tapi turut serta dalam agenda dakwah secara berjemaah..

mungkin Islam juga memerlukan individu yang pakar dalam bidang investment juga..memang perlu ! islam perlukan ummatnya yang beriman dan bertaqwa dalam semua bidang agar kita sekali lagi kuasai dunia dengan islam...macam lagu adkah kau lupa nyanyian kumpulan alarme tu...sunguh memotivasikan diri lagu tu...Islam bukan hanya perlukan pakar2 dalam bidang fiqh, usuluddin, wahyu, syari'ah cuma tapi juga dalam bidang guaman, kedoktoran dan pendidikan serta banyak lagi agar Islam itu dapat kita laksanakan dalam seluruh bidang as a whole..

insya Allah..ana akan sambung juga study dalam bidang investment cuma jika cukup dana..bidang investment hanya ada di Australia..moga Allah permudahkan dan moga Allah sentiasa di dalam dir, hati, dan minda .. agar setiap waktu, saat dan detik yang berlalu, semuanya kerana Allah dan dengan mengingati Allah..

letih~ menaip..=)

salam alaik...

-hIdaYah-

0 comments:

Post a Comment