when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Monday, September 14, 2009

:: kenangan lalu ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
selawat dan salam buat nabi junjungan mulia, Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan seluruh para anbiya'

dua hari lepas jelas terasa penatnya..hari ni pun sama..
moga penat dalam rahmat..

hari demi hari, ana makin letih dan rasa bosan dengan VIVA....subhanallah..walhal itu salah satu tanggungjawab dan kewajipan ana disini selaku pelajar..

penat dan letih dengan kawan2..macam2 kerenah..

yang terbaru...pasal presentation..pre-VIVA hari khamis ni..syukur ana dan teman ana, syaz dah cop awal2 tajuk yang kami mahir..syaz present technical, ana present economy..walaupun yang sebenarnya ana lebih mahir dalam technical berbanding economy..tapi khuatir bila viva nanti panel tak tanya presentor..jadinya kami dah siap2 tukar dari awal...

semalam..alhamdulillah..sempat ke taman2 syurga..kuliah ilmu bersama al-fadhil ustaz kamaruddin majid..berkenaan tauhid..syukur ya Allah..ana lebih memahami hakikat dan erti tauhid sekarang dan ilmu juga bertambah..kasih dan cinta padamu juga turut bertambah..

antara yang di perkatakan oleh al-fadhil ustaz..adalah kesan atau impak terhadap individu apabila ibadah diterima...subhanallah..memang memuhasabahkan diri..ana kembali menilai diri..di mana tahap keimanan setakat ini...belum cukup untuk ana bawa menghadap Illahi..belum cukup..belum cukup! innalillah..

terasa kemanisan ibadah apabila ibadah kita diterima Allah...

dulu saat ana busy menjadi ajk dalam PMI, memang ana terasa kemanisan ibadah..bila cuti semester, sangat rindu dengan suara azan dari masjid as-syakirin..rindu nak menapak ke as-syakirin...rindu as-syakirin..rindu nak berada di dalamnya, beribadat sepuasnya..tapi kini berbeza..

mungkin kerana ana sudah tidak lagi terlibat dengan PMI, makanya ana jadi ambil lewa je dengan tugas2 dakwah..astaghfirullah..sudah bermalas-malasan dalam membuat risalah..dulu, cuti semester pun ana dok sibuk menghadap komputer dan laptop untuk buat risalah untuk PMI dan sekaligus untuk diedarkan di masjid di rumah serta di letakkan di balai polis rompin ( depan rumah ana je ..huhu =) ) tapi sekarang? hm~ komputer pun buka khas bila nak buat viva..haha =)

tidak lagi terasa seperti dulu..benarlah kata ustaz..iman itu ada pasang surutnya, ada naik turunnya..

teringat kembali saat mula2 ana pakai tudung labuh..kawan2 ejek..huhu =) dahsyat sungguh saat itu..sampai mereka menjauhi..ana akhirnya dah biasa berseorangan tapi tak bermakna tidak mempunyai teman..ada ..cuma selesa sendirian...tak perlus susahkan orang nak tunggu kita..kita pula.. tak payah susah2 tunggu orang..

seterusnya ana hampir dengan masjid, mula haafaz al-Quran dan mula aktif dalam PMI..
roomate saat itu kurang selesa..yelah..balik lambat..jarang ada kat bilik..katil penuh dengan buku dan fail..adakalanya tidur hingga separuh hari...jadi mereka mula mengkritik..malah kata pada ana..'nampaknya, Hidayah lah yang gantikan kakak kat masjid tu jaga masjid nanti'

ana peduli apa..hm~ saat tu memang ana sangat2 teags pada diri ana..paksa diri ana solat 5 waktu di as-syakirin... paksa datang qiam seminggu sekali di masjid as-syakirin..paksa rajin menghafaz al-quran, zikir dan sebagainya..paksa,paksa dan paksa..tidak ada istilah mendidik pada ana..tak berkesan..

akhirnya ana mahu jadi seperti sahabat...abu dzar r.a. yang tidak takut dan tidak akan takut akan celaan pencela...itu zaman kegemilangan ana...sekarang? nak qiam pun payah..dekat2 nak subuh baru bangun nak qiam..mana sempat..

jarang ana duduk luangkan waktu untuk menghafaz apalagi suruh sahabat2 tasmi' bacaan..
tapi zikir tak ditinggalkan..alhamdulillah..kerana jika kita tak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua..

impian ana dah tercapai 3 out of 6..

1. nak memiliki islamic identiti
2.nak ada sahabat2 dari sekolah agama dan soleh wa musleh
3. nak jejak kaki ke sekolah pondok

itu yang dah tercapai..ada 3 lagi..insya Allah untuk ana capai..ana tak kira mustahil ke tak mustahil tapi ana nak juga...walaupun memang tak dapat..tapi biarlah kita tegas dengan diri agar kita dapat capai juga...

4. nak jaga mama and abah hingga akhir hayat mereka atau akhir hayat ana
5. nak dikuburkan di perkuburan baqi' atau menjejak kaki ke sana..
6. nak bertemu Allah dalam keadaan tersenyum gembira, penuh cinta dan rindu..berada sebaris dengan para rasul di akhirat kelak agar ana dapat menatap wajah mereka semuanya, nak bersama sahabat2 dan orang2 tersayang dalam golongan orang2 beriman dan nak melihat Rasulullah tersenyum pada ana kerana redha dan gembira dengan segala yang ana lakukan untuk Islam...

bila adik khidir soalkan pada ustaz..adakah ikhlas bila kita pohon syurga sebagai ganjaran?
ustaz kata hanya orang2 yang imannya level tinggi je yang tak hiraukan syurga kerana mereka terlalu rindu nak bertemu Allah..pada mereka..mereka hanya nak bertemu Allah dalam keadaan bahagia..

ana?

ana jarang doa mintak syurga...ana tau ana tak layak..makanya ana hanya mahu bertemu kekasih ana itu dalam keadaan gembira, penuh perasaan cinta dan rindu..sambil tersenyum...hanya itu yang ana mahu...

tapi ana bukanlah memiliki iman yang tinggi macam para wali...

syukur dikurnia sahabat yang soleh wa musleh..ana khuatir jika di akhirat kelak ana tak dapat bersama mereka..

ana ni dulu jahat orangnya..masih lagi jahat dan hamba yang sangat hina..tapi ana takkan menyerah..biarkan sejarah itu luput dari ingatan..ana nak jadi individu baru..seperti Umar al khattab r.a yang sangat ana kasihi..dulu dia pernah membunuh tapi akhirnya dia menjadi pembunuh orang2 yang menentang islam..sungguh Allah memuliakan sesiapa sahaja yang dikehendakinya...

hm~ nak ke masjid as-syakirinlah..hari ni penat sungguh..mungkin penat fikir pasla viva...

tapi kelakar hari ni bila kak ema, amir anuar dan sahabat ana di kg nakhoda , selayang dikelirukan oleh ana..kecuali amir anuar..kak ema lagi lah pulak...

kak ema tanya, QS 33 surah ape..ana kate surah nuh..huhu..jauh betul tersimpang..
amir anuar kate as-sajaadah
sahabat di selayang kata al ahzab..akhirnya memang benarlah al-ahzab

yang ana ni rupanya tersilap..ana hafaz annur ayat 31..ana tersilap sangka surah annurr surah ke 31..hm~

wallahu ta'ala 'alam..

-HiDayAh-

0 comments:

Post a Comment