when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Saturday, September 12, 2009

:: bubur lambuk =) ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan para anbiya' seluruhnya..

salam alaik..

hari ini dalam sejarah..=) huhu
moga hari ini menjadi sejarah..titik tolak kepada satu perubahan besar..perubahan ke arah menjadi hamba yang sangat mencintai Allah dan mengasihi Rasul..sanggup berkorban segalanya hatta nyawa sendiri untuk memastikan kemenangan Islam..

pagi tadi agak lambat bangunnya..akh hafiz dah bagi mesej (nak bagi cd cinta sempurna - drama dari titipan pena ustz hasrizal ) pun ana masih bermalas-malasan lagi..sahur pagi tadi pun makan mee segera perisa tom yam ...sedapnya ~ !

tiba2 sahabat ana, hazirah datang bilik, barulah ana bangun dan uruskan segala hal yang sepatutnya..lepas siap segalanya, ana study balik buku Fathi Yakan 'apa ertinya saya menganut islam'..nak buat softcopy agar dapat ana bawakan dalam usroh bersama adik2..

azan zohor..ana terus ke masjid..kena lalu jalan jauh sekarang ni..dek kerana kolej nilam mengalami renovasi keseluruhannya..tapi tak mengapa ..jauh perjalanan, luas pemandangen, dapat lihat kejadian Tuhan..alhamdulillah..

tiba2 bila sampai di as-syakirin, ramai pula siswi, semuanya berbaju kurung..(jangok-jangok pulak tu..huhu =) )...ana pun buat selamba je terus masuk bilik gerakan..rupanya, sahabat-sahabat kate, kolej sektor B buat program kolej, ada masak bubur lambuk beramai-ramai...hm~ ketinggalan lah ana ni..sahabat2 ada bagi tau tapi ana terlupa..

bau bubur lambuk semerbak..satu masjid berbau..lepas tu..ana habiskan masa dengan menghafaz dan sahabat2 tasmi' bacaan ana..innalillah..banyak sungguh yang ana dah lupa...jadinya ana punhafaz kembali dua surah..al-mulk dan as-saff...

petangnya kami ke bazar ramadhan..banyak juga habis duit di sana..ana beli cendawan goreng, sunquick (my favourite =) ) dan ikan pari bakar (terliur tengok orang tu bakar.. huhu )

lepas tarawih, ana dan hazirah ke bilik KP..berjumpa dengan Miss Rafeah..alhamdulillah..banyak sungguh info yang ana dapat, kongsi dan beri..semuanya berkaitan pelajar,, kerjaya dan kehidupan serta hal2 agama..

balik, tolong pula pimpinan PERMAS cuci pinggan mankuk serta periuk2 (huhu) kat belakang masjid..kemas stor sikit dan terus masuk kemas2 barang nak balik..tak sempat join tadarrus..

hari ni saje banyak sangat ilmu yang ana dapat..sempat juga muhasabah diri...ana rase syukur sangat di kurnia sahabat2 yang soleh wa musleh yang sentiasa menjaga ana..dan sahabat ana di kampung nakhoda juga ada pesan..sentiasalah berada bersama golongan soleh wa musleh..moga kita sentiasa terdorong ke arah menjadi seperti mereka...

lepas zohor, ana dengar seseorang tu ke klinik..sakit lagi ke? hm~ sakitnya datang lagi..sakit pinggang..risau juga ana takut2 makin teruk..moga cepat sembuh..ana sendiri beberapa hari ni memang tak sihat, moga Allah sembuhkan cepat agar dapat perform well untuk pre- VIVA khamis nanti...

semester ni sangat2 memuhasabah kan diri..dengan suara yang tenat (ala2 ella..haha)..dah 3 bulan barangkali..masih begini..adakalanya sukar untuk ana bace al-quran..tapi syukur, tak pula menyebabkan ana malas baca al-quran..

kak aisyah ada telefon ana tempoh hari..dia tanya..suara ana ni bila nak elok..hm~ kata ana pada kak aisyah..mungkin ini bala dari Allah..dan mungkin juga tarbiyyah darinya..selagi mana ana tak cakap perlahan2..selagi tu barangkali suara ana tak elok...baru2 ni..ana di uji lagi..lepas ni ana kena kurang kan cakap...bila ana cakap je ana terus di uji...

hari tu ana kate tentang ponteng kelas pada adik2 dan sahabat2 dalam usroh..nak dikatakan, Allah nak uji...esok paginya ana terjaga hampir pukul 8..jawabnya ana tak pergi kelas..walhal malam tu ana dah pesan pada sahabat2...pegi kelas ni tanggungjawab..nanti dituntut di akhirat..sahabat ana di kg nakhoda, selayang pernah kata pada ana..kalau rasa2 boleh jawab kat akhirat nanti, pontenglah..hm~ ana pulak yang ponteng kelas..bukan tu saje..bila ana tegur atau nasihat orang..lepas tu mesti ana akan diuji dengan apa yang ana katakan...subhanallah..

syukur masih di uji..tanda kasih dari ILLAHI..makanya lepas ni ana kena kurangkan bercakap..tapi tak bermakna kena kurangkan menegur kemungkaran atau kesalahan...

dah lewat ni...NAK BALIK KOLEJ LAH...

-HiDayaH-

0 comments:

Post a Comment