when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Tuesday, September 1, 2009

::aku dan kemenangan::

dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang

selawat dan salam buat Rasul junjungan, para rasul dan kaum kerabat keseluruhannya, para sahabat juga.

akhirnya, diri ini menang..menang melawan diri sendiri.. (n_n)

syukur yang tak terhingga ke hadrat kekasih tercinta, Allah azzawajalla atas kurnia kepada hamba yang hina ini....tidak henti-henti tangisan di malam hari dek kerana teringatkan kasih Illahi yang tetap diberi olehNya kepada hamba yang penuh dengan palitan dosa ini..

akhirnya setelah lama berfikir dan istikharah, ana mendapat jawapan dan akhirnya ana mengambil keputusan nekad..untuk tinggalkan semua yang ada disisi termasuk orang-orang yang sangat ana kasihi demi cinta Illahi yang suci.. eh..lain macam pulak bunyinya..maksud anan tfamily ana sebab ana nak pi study jauh lepas ni..jauh dari mereka demi mengejar cinta Illahi yang abadi..

ana tak kisah dah lepas ni siapa nak mengata..ana memang nak jadi alim pun..sakiit hati bila dengar orang cakap macam2..tapi yang nak masuk syurga ana..andaikata mereka nak turut serta..Subhanallah..marilah sama2 merentas onak duri dunia yang merupakan negara ujian dan bala ini bersama..

hayya sahabat wa sahabati..tolong jangan lemahkan semangat ini..

buat pertamakalinya ana bebaskan handphone ana dari tangan ..kalau tak 24 jam agaknya melekat kat tangan membalas mesej2 sahabat dari serata tempat..walau pun sahabat..tapi ana tak mahu terlibat dengan masalah hati...tapi sahabiyah jangan risau..mesej ntum tetap ana balas..

rasa suram pada mulanya ramadhan kali ini..mungkin kerana kenangan lalu terhadap arwah akhi dan arwah wan masih segar di ingatan..akhirnya di madrasah ramadhan fasa ke-2 ini ana bertaambah seronok dan tidak sabar rasenya nak bermunajat di sepertigamalam bila petang menjelma..

selama ini ana terperangkap dengan masalah sahabat2 sehingga ana terlibat sama..Innalillah..mujur sahabat ana di kampung nakhoda, selayang sering ingatkan agar jangan kita, saat berdakwah,kita pula yang tertarik ke arah mereka..1 gain..ana dapat manage skill untuk berhadapan dengan teman2 yang bermasalah dengan semakin baik tanpa terlibat sama...mungkin ana perlu fikirkan diri sendiri juga bila nak bantu orang next time...

hm..sunyi puasa ni tanpa kaklong dan anak-anaknya..kaklong,alhamdulillah,rezekinya melimpah ruah semenjak dapat anak..tahun ni dapat pula berpuasa di makkah al mukarramah wa madinah al munawwarah..subhanallah..permudahkan jalan untukku sampai ke tanah suci mu itu..rindu sungguh akau dengan Rasulullah dan para sahabat..bilakah ana nak dapat ziarah tanah yang pernah mereka pijak itu...

kaklong kat sana pasti lagi bertambah seronok beribadat..hari khamis ni insyaAllah moga dia dan suami serta sahabat2 lain selamat sampai ke tanah air..

oh ya..ana menang apa ye tadi?

huhu..menang terhadap diri sendiri..baru2 ni ada seorang kawan yang meluahkan isi hati..untuk bebarap ketika ana dilanda dilema..masalah hati ni..yang menyebabkan ana hilang fokus terhadap Ramadhan..Syukur ana diberi kekuatan untuk membuat keputusan yang terbaik dan akhirnya ana minta agar dia menjauhi diri ana yang penuh dosa ini..pergilah jauh..ana tidak mahu ana jadi punca kaum rijal leka daripada cinta Illahi..

dan dia menerima seadanya..=)..

ya Allah..hidup suburkan hatiku dengan hidayahMu dan tunjuki hati ini dengan taufiq dariMu..semarakkan hati ini dengan cinta dan rindu kepada mu..bakar semangat jiwa ini dengan kalimah tauhidmu agar aku terus berjuang menegakkan agamamu..

seronok ramdhan kali ini semenjak Farah masuk IIUM..dapat berkongsi banyak cerita dan beri banyak panduan..terasa diri ini berteman pula..yelah..dulu kaklong dah grad bila ana melangkah ke universiti..akhi adha?hm~ bekeng semacam..katanya
'abang hantar pergi belajar..pergilah belajar sebaiknya..jangan main2..'
'buat apa call2 abang ni..jangan membazir duit..abang ok je..dah pi study'

hm..memanglah seorang akhi yang baik..selalu suruh ana study.. tapi bila dia balik rumah..dia taklah segarang itu..malah tak berseri dan ceria tanpa dia dan lawak antarabangsanya..

alhamdulillah..hubung keluarga kami terasa makin erat...sangat2 erat..terasa rindu setiap hari..hampir setiap hari ana call family kat rumah,farah dan mesej akhi ..kaklong?jauh...

dan..ana bertambah excited bila sekarang dah semakin sibuk dengan assignment..dah tak de masa ana nak fikir pasal tido dah..terasa seronok dan rancak pula bila assignment berlambak..sekaligus terus buat revision..dan homework tanpa lengah selain sibuk dengan final project - VIVA-...

doain ana ya teman2..

oh dan teman2 di masjid as-syakirin...=) seronok ana meemrhati kan mereka setiap malam ..terasa kemesraan dan keriangan mereka menusuk kalbu..di manalah ana nak cari ganti teman2 dan keceriaan serta kasih yang mereka beri pada ana lepas grad yang Insya Allah lagi 2-3 bulan ni..

paling ana rindu pastinya...a....a...as-syakirin! =)huhu..

moga ana dapat sambung di segamat lagi selepas setahun..dan saat itu..moga ustaz ukm dan uks serta ustaz azrul masih disini..

aduh tak ingat pula doa yang ana nak kongsi bersama..

oh ya..

saat kita di hasut oleh anasir2 durjana syaitan dan hawa nafsu..doalah sebegini dan amalkan insyaAllah..ana dah menang! ntum juga akan menang..

'sesungguhnya aku berlindung kepada Allah dari hasutan syaitan dan godaan hawa nafsu dan sesungguhnya kau beriman dengan sebenar-benar iman'

salam ramadhan kareem...

selamat grad dengan cemerlang dari madrasah ramadhan kali ini..moga berjaya jadi individu muslim sejati...amin..

-HiDaYah (n_n)-

0 comments:

Post a Comment