when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Monday, September 28, 2009

:: rumput yang cantik dan orang tersayang ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

selawat dan salam buat rasul junjungan, para sahabat dan keluarga baginda.

salam alaik

hm~ hari ni kena hantar report summary untuk viva..
agak tension hari ni..pagi tadi kelas bond cancel..team viva yang lain dah siap..ana tengah sibuk edit..sejak bile lah ana jadi editor ni..tak tahu lah...dah pass baju viva kat ain..dia kate ok..mana taknya..2-3 hari ana habiskan untuk cari baju..yang ada ana syukuri..sangat2

terasa excited untuk perform dalam real viva sabtu yang akan datang ni..time tu jugak denganya ustaz azrul nak buat open house..hm~ tak rase nak pergi..tengoklah keadaan

sejak balik dari cuti ni tak rase nak jumpe sahabat2..malam tadi solatnya di bilik saja..rasa indu pada as-syakirin meronta tapi dek kerana tugasan yang banyak lagi tak siap...hm~

banyak pula mengeluh hari ni..sabar..insya allah Allah bantu..syaratnya..niat 'lillahi ta'ala'
tapi rindu pula pada sahabat2..pada yang dah tiada kat kampus ni..kak su, kak ana, kak ayu, hajar, syu, aimie ,azie, ayu..ayu? hm~ ayu..

ayu,
rindu plak ana pada dia..walhal kerja kami bertengkar aje..tapi alhamdulillah..tak siapa mengerti kecuali kami..ertengkaran itu yang membuatkan ikatan hati kami makin kuat..dialah sahabat yang ana sangat kasihi..kami bertengkar pun normally sebab ada perkara yang dia buat yang ana rase tak elok..sama juga dengan dia..niatnya..nak menegur sahabat yang dicintai kerana Allah..sekarang? dah tak boleh lagi..ayu dah tak ada..tiap kai call..ana rase sgt rindu padanya dan hampir setiap kali menangis sewaktu atau selepas call...moga Allah kasihi dirinya dan pelihara dirinya dari pesona dunia setiap masa...

kak su pernah cerite satu kisah yang ana sangat ingat..kisah rumput yang cantik dan orang yang tersayang...

sau hari, seoang pelajar, di suruh oleh gurunya untuk memeti rumput yang paling cantik dan dibawa ke sekolah keesokan harinya..dengan syarat..si pelajar di saat memilih, tak boleh berpatah balik..si pelajar pun terus ke padang dan cuba memilih yang terbaik..
pada mulanya dia berjalan dahulu kerana rumputnya tak berapa elok.kemudian dia terjumpa yang bagus..tetapi dia nak tengok lagi sama ada di hadapan lebih bagus..dia terus begitu sehingga setiap kali jumpa yang cantik..dia sangkakan yang di hadapan lebih cantik..akhirnya dia sampai ke hujung padang dan rumput di situ kering...dia lantas teringat pesan gurunya yang dia tidak boleh berpatah balik..lalu dengan sayu hatinya pulang dan keesokan harinya..apabila ditanya oleh gurunya..mengapa dia tak bawa rumputnya..dia pun ceritakan pada gurunya apa yang berlaku..

makanya, guru itu pun menerangkan hikmah disebalik tugasan mencari rumput itu.kata si guru...rumput yang cantik itu ibarat orang yang kita sayangi..apabila kita dah jumpa yang kita sayangi dan itu yang terbaik bagi kita, terima seadanya segala baik buruknya..janga terlalu memikirkan bahawa ada yang lebih baik dari itu..hargai mereka yang ada di sisi..

saat masih di dalam madrasah ramadhan tempoh hari, ana, kak ema , alin, hidayah, hana dan wardhah duduk dalam bilik gerakan muslimat di a-syakirin sambil menunggu waktu untuk bantu sediakan juadah berbuka..kak ema mulakan satu game yang pada mulanya kami malas nak main..haha..tapi kami main juga..dia pusing handphonenya dan bila ianya berhenti...siapa yang ditunjuk oleh handphone itu aka di soal..kak ema soal tentang pengalaman manis.ana katakan ianya waktu ana balik beraya di rumah mak saudara ana di narathiwat, thailand. dan yang keduanya ana dapat berada di sini bertemu sahabat2..saat tu sedih sebenarnya..sebab ana insya Allah grad tahun ni...insya Allah..di mana ana nak cari ganti teman2 dan sahabat2 yang mengaihi diri ini seadanya kerana Allah, terima baik buruk kita, usah senang bersama, gelak ketawa, gurau senda dan tangisan..semuanya dirasai bersama...

ya Allah..kasihi mereka kerana mereka ini hamba2mu yang sangat mentaati dan mencintaimu..mereka sangat2 ersungguh memperjuangkan agamamu dan menjalankan krja2 dakwah agamamu..mereka ini orang2 soleh dan taqwa..ana sangat kasihi mereka..moa Ekgkau kasihi mereka lebih dari yang ana mampu...Allah hu rabbi...bantu aku agar aku dapat seperti mereka..agar di akhirat kelak aku bisa berjalan berpimpingan tangan bersama mereka menghadap Mu dan bersama menuju syurga...

amin...

wallahu ta'ala 'alam

love u Allah

-hIdaYah-

Sunday, September 27, 2009

:: SELAMAT HARI RAYA =) ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
selawat dan salam buat Rasul junjungan, Muhammad al-amin SAW, para sahabat, keluarga dan seluruh para nabi dan rasul

salam alaik..

EID MUBARAK YA SAHABATI..
selamat hari raya sahabat2,rakan2,kawan2 dan teman2 serta sesiapa yang mengenali diri yang hina ini.

sungguh Allah SWT mengetahui segala yang baik untuk hambanya..

syukur alhamdulillah selamat sampai ke kampus..hm~banyak lagi assgnment yang belum selesai..ada juga yang belum buat.apaah nak jadi..

cuti raya memang raya betul..hm~untuk adik ana si najmi tu memang seronoklah tapi..untuk ana dan farah yang dah besar gedabak dan akhi adha yang dah macam gorilla tu..raya kali ni memang berbeza dari selalu..penat tak payah cerita lah kan..memang raya tahun ni abah tak henti-henti ajak kawan2 dan sedare mare datang rumah..penatlah kami jawabnya..tapi yang best tu..semua orang ada raya kali ni kecuali maksu..maksu kerja...

kaklong pun balik..alhamdulillah...melihatkan dia yang baru balik umrah dengan semangat baru dan anjakan paradigmanya..ana turut sama terasa semangatnya..hm~ moga Engkau pilih aku menjadi salah seorang dari tetamu MU ya Allah...

tahun lepas..masih ana ingat..abah tak nak orang datang beraya kat rumah..mungkin masih sedih dengan pemergian arwah wan...tapi tahun ni abah ..tak tahulah...abis ajak semua orang datang rumah..10 haibulan 10 nanti nak di adakan rumah terbuka untuk balai pulak.hm~ alamatnya memang ana kena baliklah..ma bukan larat sangat.nanti semput pulak..boleh ana ajak sahabat2 sekali datang beraya..

abah memang rajin buat makan2 untuk anggota balai dia..tapi kadang2 ana pun naik marah dengan budak2 tu..bukan abah dengan ma je..kadang2 budak2 tu maam tak reti pulak nak tolong kemas..padahal buat untuk diaorang..ada pulak yang anggap ma ngan abah macam mak ayah sendiri tapi bila time kemas.semua lesap..hm~penat sama2 la...kenyang sama2..bukan apa..ma tu memang tak boleh buat kera berat sangat.hari tu dah masuk wad..panik semua orang..

tahun ni solat aidilfitri pn kat rompin je..tapi subhanallah..ramai sangat2 orang.ana dan farah tak sempat solat..samai depan masjid..orang dah habis solat..tapi raya kali ni seronok..sebab kaklong balik dengan putera2nya yang comel2 tu..dan semua saudara mara ada.

moga aidilfitri dan madrasah amadhan yang baru berlalu membawa seribu manfaat dan hikmah..


:: SELAMAT HARI RAYA =) ::

Monday, September 14, 2009

:: kenangan lalu ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
selawat dan salam buat nabi junjungan mulia, Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan seluruh para anbiya'

dua hari lepas jelas terasa penatnya..hari ni pun sama..
moga penat dalam rahmat..

hari demi hari, ana makin letih dan rasa bosan dengan VIVA....subhanallah..walhal itu salah satu tanggungjawab dan kewajipan ana disini selaku pelajar..

penat dan letih dengan kawan2..macam2 kerenah..

yang terbaru...pasal presentation..pre-VIVA hari khamis ni..syukur ana dan teman ana, syaz dah cop awal2 tajuk yang kami mahir..syaz present technical, ana present economy..walaupun yang sebenarnya ana lebih mahir dalam technical berbanding economy..tapi khuatir bila viva nanti panel tak tanya presentor..jadinya kami dah siap2 tukar dari awal...

semalam..alhamdulillah..sempat ke taman2 syurga..kuliah ilmu bersama al-fadhil ustaz kamaruddin majid..berkenaan tauhid..syukur ya Allah..ana lebih memahami hakikat dan erti tauhid sekarang dan ilmu juga bertambah..kasih dan cinta padamu juga turut bertambah..

antara yang di perkatakan oleh al-fadhil ustaz..adalah kesan atau impak terhadap individu apabila ibadah diterima...subhanallah..memang memuhasabahkan diri..ana kembali menilai diri..di mana tahap keimanan setakat ini...belum cukup untuk ana bawa menghadap Illahi..belum cukup..belum cukup! innalillah..

terasa kemanisan ibadah apabila ibadah kita diterima Allah...

dulu saat ana busy menjadi ajk dalam PMI, memang ana terasa kemanisan ibadah..bila cuti semester, sangat rindu dengan suara azan dari masjid as-syakirin..rindu nak menapak ke as-syakirin...rindu as-syakirin..rindu nak berada di dalamnya, beribadat sepuasnya..tapi kini berbeza..

mungkin kerana ana sudah tidak lagi terlibat dengan PMI, makanya ana jadi ambil lewa je dengan tugas2 dakwah..astaghfirullah..sudah bermalas-malasan dalam membuat risalah..dulu, cuti semester pun ana dok sibuk menghadap komputer dan laptop untuk buat risalah untuk PMI dan sekaligus untuk diedarkan di masjid di rumah serta di letakkan di balai polis rompin ( depan rumah ana je ..huhu =) ) tapi sekarang? hm~ komputer pun buka khas bila nak buat viva..haha =)

tidak lagi terasa seperti dulu..benarlah kata ustaz..iman itu ada pasang surutnya, ada naik turunnya..

teringat kembali saat mula2 ana pakai tudung labuh..kawan2 ejek..huhu =) dahsyat sungguh saat itu..sampai mereka menjauhi..ana akhirnya dah biasa berseorangan tapi tak bermakna tidak mempunyai teman..ada ..cuma selesa sendirian...tak perlus susahkan orang nak tunggu kita..kita pula.. tak payah susah2 tunggu orang..

seterusnya ana hampir dengan masjid, mula haafaz al-Quran dan mula aktif dalam PMI..
roomate saat itu kurang selesa..yelah..balik lambat..jarang ada kat bilik..katil penuh dengan buku dan fail..adakalanya tidur hingga separuh hari...jadi mereka mula mengkritik..malah kata pada ana..'nampaknya, Hidayah lah yang gantikan kakak kat masjid tu jaga masjid nanti'

ana peduli apa..hm~ saat tu memang ana sangat2 teags pada diri ana..paksa diri ana solat 5 waktu di as-syakirin... paksa datang qiam seminggu sekali di masjid as-syakirin..paksa rajin menghafaz al-quran, zikir dan sebagainya..paksa,paksa dan paksa..tidak ada istilah mendidik pada ana..tak berkesan..

akhirnya ana mahu jadi seperti sahabat...abu dzar r.a. yang tidak takut dan tidak akan takut akan celaan pencela...itu zaman kegemilangan ana...sekarang? nak qiam pun payah..dekat2 nak subuh baru bangun nak qiam..mana sempat..

jarang ana duduk luangkan waktu untuk menghafaz apalagi suruh sahabat2 tasmi' bacaan..
tapi zikir tak ditinggalkan..alhamdulillah..kerana jika kita tak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua..

impian ana dah tercapai 3 out of 6..

1. nak memiliki islamic identiti
2.nak ada sahabat2 dari sekolah agama dan soleh wa musleh
3. nak jejak kaki ke sekolah pondok

itu yang dah tercapai..ada 3 lagi..insya Allah untuk ana capai..ana tak kira mustahil ke tak mustahil tapi ana nak juga...walaupun memang tak dapat..tapi biarlah kita tegas dengan diri agar kita dapat capai juga...

4. nak jaga mama and abah hingga akhir hayat mereka atau akhir hayat ana
5. nak dikuburkan di perkuburan baqi' atau menjejak kaki ke sana..
6. nak bertemu Allah dalam keadaan tersenyum gembira, penuh cinta dan rindu..berada sebaris dengan para rasul di akhirat kelak agar ana dapat menatap wajah mereka semuanya, nak bersama sahabat2 dan orang2 tersayang dalam golongan orang2 beriman dan nak melihat Rasulullah tersenyum pada ana kerana redha dan gembira dengan segala yang ana lakukan untuk Islam...

bila adik khidir soalkan pada ustaz..adakah ikhlas bila kita pohon syurga sebagai ganjaran?
ustaz kata hanya orang2 yang imannya level tinggi je yang tak hiraukan syurga kerana mereka terlalu rindu nak bertemu Allah..pada mereka..mereka hanya nak bertemu Allah dalam keadaan bahagia..

ana?

ana jarang doa mintak syurga...ana tau ana tak layak..makanya ana hanya mahu bertemu kekasih ana itu dalam keadaan gembira, penuh perasaan cinta dan rindu..sambil tersenyum...hanya itu yang ana mahu...

tapi ana bukanlah memiliki iman yang tinggi macam para wali...

syukur dikurnia sahabat yang soleh wa musleh..ana khuatir jika di akhirat kelak ana tak dapat bersama mereka..

ana ni dulu jahat orangnya..masih lagi jahat dan hamba yang sangat hina..tapi ana takkan menyerah..biarkan sejarah itu luput dari ingatan..ana nak jadi individu baru..seperti Umar al khattab r.a yang sangat ana kasihi..dulu dia pernah membunuh tapi akhirnya dia menjadi pembunuh orang2 yang menentang islam..sungguh Allah memuliakan sesiapa sahaja yang dikehendakinya...

hm~ nak ke masjid as-syakirinlah..hari ni penat sungguh..mungkin penat fikir pasla viva...

tapi kelakar hari ni bila kak ema, amir anuar dan sahabat ana di kg nakhoda , selayang dikelirukan oleh ana..kecuali amir anuar..kak ema lagi lah pulak...

kak ema tanya, QS 33 surah ape..ana kate surah nuh..huhu..jauh betul tersimpang..
amir anuar kate as-sajaadah
sahabat di selayang kata al ahzab..akhirnya memang benarlah al-ahzab

yang ana ni rupanya tersilap..ana hafaz annur ayat 31..ana tersilap sangka surah annurr surah ke 31..hm~

wallahu ta'ala 'alam..

-HiDayAh-

Saturday, September 12, 2009

:: bubur lambuk =) ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan para anbiya' seluruhnya..

salam alaik..

hari ini dalam sejarah..=) huhu
moga hari ini menjadi sejarah..titik tolak kepada satu perubahan besar..perubahan ke arah menjadi hamba yang sangat mencintai Allah dan mengasihi Rasul..sanggup berkorban segalanya hatta nyawa sendiri untuk memastikan kemenangan Islam..

pagi tadi agak lambat bangunnya..akh hafiz dah bagi mesej (nak bagi cd cinta sempurna - drama dari titipan pena ustz hasrizal ) pun ana masih bermalas-malasan lagi..sahur pagi tadi pun makan mee segera perisa tom yam ...sedapnya ~ !

tiba2 sahabat ana, hazirah datang bilik, barulah ana bangun dan uruskan segala hal yang sepatutnya..lepas siap segalanya, ana study balik buku Fathi Yakan 'apa ertinya saya menganut islam'..nak buat softcopy agar dapat ana bawakan dalam usroh bersama adik2..

azan zohor..ana terus ke masjid..kena lalu jalan jauh sekarang ni..dek kerana kolej nilam mengalami renovasi keseluruhannya..tapi tak mengapa ..jauh perjalanan, luas pemandangen, dapat lihat kejadian Tuhan..alhamdulillah..

tiba2 bila sampai di as-syakirin, ramai pula siswi, semuanya berbaju kurung..(jangok-jangok pulak tu..huhu =) )...ana pun buat selamba je terus masuk bilik gerakan..rupanya, sahabat-sahabat kate, kolej sektor B buat program kolej, ada masak bubur lambuk beramai-ramai...hm~ ketinggalan lah ana ni..sahabat2 ada bagi tau tapi ana terlupa..

bau bubur lambuk semerbak..satu masjid berbau..lepas tu..ana habiskan masa dengan menghafaz dan sahabat2 tasmi' bacaan ana..innalillah..banyak sungguh yang ana dah lupa...jadinya ana punhafaz kembali dua surah..al-mulk dan as-saff...

petangnya kami ke bazar ramadhan..banyak juga habis duit di sana..ana beli cendawan goreng, sunquick (my favourite =) ) dan ikan pari bakar (terliur tengok orang tu bakar.. huhu )

lepas tarawih, ana dan hazirah ke bilik KP..berjumpa dengan Miss Rafeah..alhamdulillah..banyak sungguh info yang ana dapat, kongsi dan beri..semuanya berkaitan pelajar,, kerjaya dan kehidupan serta hal2 agama..

balik, tolong pula pimpinan PERMAS cuci pinggan mankuk serta periuk2 (huhu) kat belakang masjid..kemas stor sikit dan terus masuk kemas2 barang nak balik..tak sempat join tadarrus..

hari ni saje banyak sangat ilmu yang ana dapat..sempat juga muhasabah diri...ana rase syukur sangat di kurnia sahabat2 yang soleh wa musleh yang sentiasa menjaga ana..dan sahabat ana di kampung nakhoda juga ada pesan..sentiasalah berada bersama golongan soleh wa musleh..moga kita sentiasa terdorong ke arah menjadi seperti mereka...

lepas zohor, ana dengar seseorang tu ke klinik..sakit lagi ke? hm~ sakitnya datang lagi..sakit pinggang..risau juga ana takut2 makin teruk..moga cepat sembuh..ana sendiri beberapa hari ni memang tak sihat, moga Allah sembuhkan cepat agar dapat perform well untuk pre- VIVA khamis nanti...

semester ni sangat2 memuhasabah kan diri..dengan suara yang tenat (ala2 ella..haha)..dah 3 bulan barangkali..masih begini..adakalanya sukar untuk ana bace al-quran..tapi syukur, tak pula menyebabkan ana malas baca al-quran..

kak aisyah ada telefon ana tempoh hari..dia tanya..suara ana ni bila nak elok..hm~ kata ana pada kak aisyah..mungkin ini bala dari Allah..dan mungkin juga tarbiyyah darinya..selagi mana ana tak cakap perlahan2..selagi tu barangkali suara ana tak elok...baru2 ni..ana di uji lagi..lepas ni ana kena kurang kan cakap...bila ana cakap je ana terus di uji...

hari tu ana kate tentang ponteng kelas pada adik2 dan sahabat2 dalam usroh..nak dikatakan, Allah nak uji...esok paginya ana terjaga hampir pukul 8..jawabnya ana tak pergi kelas..walhal malam tu ana dah pesan pada sahabat2...pegi kelas ni tanggungjawab..nanti dituntut di akhirat..sahabat ana di kg nakhoda, selayang pernah kata pada ana..kalau rasa2 boleh jawab kat akhirat nanti, pontenglah..hm~ ana pulak yang ponteng kelas..bukan tu saje..bila ana tegur atau nasihat orang..lepas tu mesti ana akan diuji dengan apa yang ana katakan...subhanallah..

syukur masih di uji..tanda kasih dari ILLAHI..makanya lepas ni ana kena kurangkan bercakap..tapi tak bermakna kena kurangkan menegur kemungkaran atau kesalahan...

dah lewat ni...NAK BALIK KOLEJ LAH...

-HiDayaH-

Thursday, September 10, 2009

:: isy..! ape ni? ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
selawat dan salam buat rasul junjungan, sahabat serta keluarga dan seluruh para anbiya'

'isy..!ape ni?'
' lantak diaorang lah, kita orang nak buat kerja je hidayah...'

hm~ malam tadi waktu nak siapkan project paper - VIVA- , salah seorang dari group member ana minta ana call dia..katanya ada problem dengan softwear Metastock yang kami gunakan untuk buat report seterusnya in company analysis : Technical Analysis...subject yang paling ana minat dan suka dalam bidang investment..

technical analysis ni kita buat analysis graf stock price untuk kenal pasti signal untuk buy or sell stock berdasarkan atau berpandukan key indicators or advance indicators..nak di jadikan cerita..kawan2 ana tu ada problem nak create graf untuk buat analysis..price yang diaorang ambil dari microdoft excel, bila masuk dalam metastock downloader, jadi rm 1000 semuanya untuk 5 tahun.

jadi mereka call suruh ana pi kat tempat mereka suruh solve the problem..hm~ ana pulak balik awal dari tarawih malam tadi..tak join tadarrus ( rasa rugi tapi nak buat macam mana)...jadi dah tukar pakaian..dah dekat pkul 1 pagi kot..diaorang suruh ana pergi kat diaorang, kat dataran NR depan masjid as-syakirin..hm~ ana keberatan tapi ana dah nak bersiap..teman ana yang tengah siapkan technical dengan ana kat bilik ana larang ana pergi..dia suruh call je..jadinya ni lah nak cerita..waktu ana call mereka yang kat dataran NR tu...

ana memang sangat suka technical jadi ana tau lah nak buat macam mana (bukan nak berlagak tapi tau lah sikit2)..mungkin sebab ana nak sambung study pun dalam bidang technical dan nak kerja as a technical analyser kat brokerage firm nanti..insya Allah..

ana suruh diaorang datang ke bilik ana sebabnya dataran NR tu jauh dari kolej ana dan malam sebelumnya, waktu balik discussion dengan sahabat2..ada anjing pulak kat kolej nilam..jadi ana ni agak keberatan..mereka pilak ada kereta..apa salahnya mereka datang ke bilik ana..rase ana patutnya gitulah..kita nak belajar sesuatu bukan murabbi yang cari muridnya..

ana pun call... terkejut ana bila mereka kate nak pi rumah si 'R' (seorang siswa dalam kelas kami)...ana pun kate lah mana boleh pi rumah sewa budak lelaki..diaorang kate bukan nak pi rumah si 'R' tapi nak pi rumah si 'Q' (seorang siswi kelas kami...) tapi si 'R' n the gang ( kawan2 lelaki si R) lepak kat rumah si 'Q' buat sama2..

'astaghfirullah hal'azim...mana boleh macam ni...' kata ana
'korang jangan main2...si 'Q' tu duduk dengan family dia ke?'
'taklah, rumah sewa'
'eh..mana boleh lelaki pergi rumah perempuan..rumah sewa pulak tu'
'lantak diaoranglah..nak buat kerja je kot'

subhanallah..ana dah tak tau nak cakap ape..ana pun mintak diaorang datang bilik ana lagi sekali..diaorang taknak..ana larang ke rumah sewa tu pun diaorang tak nak dengar..makanya dah habislah tanggungjawab ana..tapi ana ni sahabat..takkan nak biar kawan2 macam tu...sepanjang malam ana dok fikir..sempat juga doa moga tak de apa2 yang berlaku..dalam bulan mulia ni

ana pun minta pendapat sahabat2 lain..hm~ mereka pun buntu cari jalan penyelesaian..ikut hati ana..nak je ana bagi tau uks pasal hal ni..biar uks yang buat keputusan...tapi tak sampai hati pula..

jadi pagi tadi pi kelas..ana tak duduk dengan diaorang..tetiba diaorang panggil..ana tanya..diaorang dah buat sampai mana..katenya satu pun belum buat lagi..
innalillah..kan malam tadi kata nak buat kat rumah sewa...? apa jadi?

kate mereka tak dapat buat ..tak tau nak solve problem tu macam mana...

hm...tak taulah nak cakap macam mana tapi kan lebih aula tanya pada yang dekat..hindari lagho...keadaan di rumah sewa tu..pada pendapat ana berdasarkan apa yang ana dengar..adalah mendekati perbuatan zina..Allah SWT berfirman dalam surah al-Isra' yang bermaksud:

'dan janganlah kamu menghampiri zina. sesungguhnya ia adalah seburuk-buruk jalan'

wallahu ta'ala 'alam...

yang baik kita jadikan iktibar..yang hburuk jangan pernah fikir nak ikut..

-HiDayaH-

ps : sempat pulak ke cc, walhal viva : technical analysis tak siap lagi..esok kena hantar befoire 12...Moga Allah permudahkan..

Wednesday, September 9, 2009

:: tak berbuka .. ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullaha SAW, keluarga dan sahabat serta para anbiya' seluruhnya..

salam alaik..

semua orang tengah makan kat luar..berbuka puasa tapi ana kat dalam as-syakirin..
buat ape?

insya allah..mengaji..

bukan apa tapi ana nak cuba try test tak manja kan perut ni dengan kekenyangan..cukuplah sekadar kuih muih..Rasulullah SAW dan para sahabat pun pernah sampai tak makan apatah lagi kita? bukan tak makan tapi dah sampai tak larat nak makan dah ni..pastu membazir..

bukan ana tak syukur dengan rezeki yang di beri tapi nak latih diri..para sahabat dulu pun bukan orang miskin..mereka orang kaya raya dan mereka sanggup sedekah segala harta ke arah fisabilillah untuk memastikan dakwah berlangsung tidak putus..

kita?nak korban makan pun tak boleh..ada antara sahabat2 yang nak korbankan masa untuk usroh pun tak sanggup..bile di ajak usrah kata ada banyak assignment la..nak hantar esok lah..segala...

di mana kesudian kita untuk berkorban demi Islam?

tapi bukan nak membangga diri kata ana buat semua tu..ana pun kadang2 sibuk sampai terlupa segala perkara berkenaan tanggungjawab ke atas PMI..apatah lagi ana dipertanggungjawab untuk buat risalah persatuan..semmester lepas je langsung tak keluar risalah persatuan..
sem ni? wait and see..huhu..baru 4 yang diterbitkan...insya allah..upcoming risalah akan diperhebat dengan kisah2 sirah dan barzakh..

insya allah..

-hiDayaH-

madrasah ramadhan : madrasah tarbiyyah yang gagal???

dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Pengasih..

selawat dan salam atas rasul junjungan, para nabi, keluarga dan para sahabat

salam alaik sekali lagi...

mungkin apa yang ana nak katakan ni akh hafiz dah sebutkan dalm blognya..(silalah kunjungi blognya..lebih banyak ilmu dari blog ini yang tak seberapa..)

tapi benarlah apa yang di katakan oleh sahabat ana tu..kita gagal ISTIQOMAH!

Ramadhan bulan yang mulia (semua orang pun tahu ~) dan merupakan bulan istimewa yang sangat menkjubkan..di mana di bulan inilah menunjukkan dan membuktikan Allah SWT sangat kasih dan memahami kita..

betapa kasihnya Allah terhadap kita sehingga menyediakan satu bulan yang khas agar kita dapat perbaiki diri, peribadi dan ummah..tapi fokus utama adalah diri kita..malah dalam bulan mulia ini juga amar makruf nahi munkar terlaksana dengan mudah..bukan nak kate amar makruf nahi munkar tu mudah tapi dipermudahkan oleh Allah SWT di mana dalam bulan ini Allah SWT melembutkan hati hamba-hambanya menyebabkan mudah untuk mereka teriuma hatta teguran sekalipun..dan Alllah tarbiyyah kita agar kita jadi orang-orang yang sabar (macam dalam blog sahabat ana - ibnu soleh..)..makanya di bulan2 lainnya..jika kita tegur kesalahan, orang cepat melenting, (kita pun sama jugak) tapi Allah muliakan hamba-hambanya dengan menjadikan setiap orang itu cenderung kepada sabar..malah bukan sabar je..amalan2 lain juga..cenderung ke masjid dan musolla..cenderung solat sunat dan qiamullail, sedekah dan berkata baik serta husnu dzon..subhanallah...ambillah iktibar! ( teguran dan ingatan untuk diri ana juga)

hebatnya Ramadhan bila mana manusia itu jadi cenderung ke arah agama..cenderung ke arah kebaikan dan cenderung mengenal dan merapatkan diri dengan ALLAH SWT..subhanallah...nak dikatakan , malam tadi ustaz yang berceramah di masjid as-syakirin..ustaz zainuddin (tak silaplah..ustaz baru dan tak kenal sangat) menceritakan kehebatan bulan Ramadhan..penyampaian nya sangat menarik..kelakar pun ada..tapi nak dikatakan ceramahnya malam tadi membuka mata dan minda ke arah memahami dan mencintai ALLAH sekaligus walaupun ceramah itu berkisar tentang Ramadhan dan nuzul Quran..

hebatnay ramadhan..eh bukan ..menakjubnya Ramadhan bila Allah umpan manusia..hamba-hambanya dengan makan..waktu sahurlah ye..bukan lunch..umpan dengan sahur di waktu sepertiga malam hampir berakhir..makanya..umat Islam sekaligus akan bangun di sepertiga malam untuk tuanaikan solat sunat dan menghidupkan malam..(ana dah terlepas dua-tiga malam dah tak qiam..ketiduran hingga subuh..penat..habis discussion pukul 1 lebih)

diumpannya manusia dengan makan..andaikata manusia ini sahurnya Allah tentukan agar solat sunat 4 rakaat..pasti ramai yang takl sahur..itu solat..andai di umpan dengan membaca alquran? sama kot..ramai yang tak bangun..wallahu 'alam..dan manusia ni hakikatnya suka makan..(ana lah tu) huhu..maka memang tepatlah..dan habis sahaja sahur, ramai yang cenderung untuk solat subuh berjemaah dan bertadarrus atau tilawah..subhanallah..itu semua tazkiyyatun nafs...penyucian jiwa..maka pohonlah Hidayah dan Tufiq dari Yang Maha Pengasih sebanyak mungkin di bulan Ramadhan...

dan lagi..manusia atau ramai orang boleh membaca atau mengaji Al- Quran tanpa jemu dan ada yang sampai manghabiskan banyak masanya untuk tadarrus atau tilawah..rajin menghafaz al-Quran dan meneliti tafsirannya..pendek kata..manusia cenderung ke arah memahami wahyu Allah...subhanallah..dan banyak lagi

tapi sukarnya bila... ramadhan berlalu pergi..ramai yang akan menangisi pemergiannya..kerana rindu..dan khuatir tidak dapat berjumpa lagi bulan yang penuh rahmat, nikmat dan kasih sayaang Illahi ini lagi pada tahun akan datang..ya..benar..bimbang hatinya berubah arus..Istiqomah bukan mudah..perlukan kekuatan dan pengorbanan serta kesudian untuk melakukan pengorbanan selain kekuatan pendirian..

indahnya Ramadhan jika kita menjadi individu yang lebih abik selepas pemergiannya..dan ralatnya ramadhan kita bila kita tidak langsung ada perubahan..

di sini alhamdulillah..ada kawan2 yang free hair menutup aurat dek kerana nak menghormati bulan mulia dan tidak mahu rugi..tidak mahu Ramadhannya yang dapat hanya lapar dan dahaga (ana pun tak tentu lagi dapat apa) subhanallah..

malam tadi waktu beli makanan sahur di dataran NR di depan masjid as-syakirin, dengan ukhti suri dan sahabat lain..ada anjing pulak kat bawah kolej nilam..tergezut ana dengar salakannya..ana ni dah lah lemah semangat..anjing lah yang paling ana tak boleh sangat nak berhadapan..ana rela lari dari berjalan perlahan-lahan depan anjing tu macam Juju cakap..dia kata setiap pagi dia ke masjid memang ada anjing..Juju kate jalan slow2 dia tak kacau orang..

teringat abah kate..anjing pun takut dengan kita..Allah kan sentiasa bersama kita..Allah perlindungan mutlak kita..kenapa nak takut dengan anjing? doa moga Allah lindungi kita..takutlah pada Allah..anjing tu makhluk Allah..

hm~ Ya Allah asif jiddan..ana kelam kabut hingga terlupa pergantungan mutlak hanya padamu..dan diriku serta hatiku hanya untukmu..

~diri ini hanya milik Allah~

-HidAyAh-

:: professional vs ukhrawi ::

dengan nama Allah yang Maha Pemmurah lagi Maha Pengasih

selawat dan salam atas nabi junjungan mulia, Rasulullah SAW, keluarga serta para sahabat.

salam alaik...

ramai antara remaja muslim sekarang yang terlibat dalam bidang conventional..dan ramai juga yang terlibat dalam bidang Islam..tapi hakikatnya kita perlukan kedua-duanya..

semalam ada discussion brainstorming dengan sahabat-sahabat..dan antara permasalaha yang dibincangkan adalah masyarakat sekarang khususnya remaja yang tidak mengambil kaedah fiqh awlawiyat bila nak buat keputusan..tak kira sama ada baik - baik, buruk - baik mahupun perkara yang buruk- buruk..semuanya kena kita teliti dengan dalam berpandukan ilmu dan iman..

yang nak ana kongsi bersama adalah zaman skarang yang merupakan zaman kekeliruan ummah..
yang mana kita dapati ummah keliru dengan hal-hal berkaitan agama dek kerana enggan menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup utama..takut dikatakan jumud, alim dan sebagainya..takut dengan tohmahan yang jika dilayan..membuang masa..hakikatnya, orang kafir di barat sana..mengkaji al-Quran..ada yang dianugerah Hidayah dari Allah..Subhanallah walhamdulillah..tapi ada juga yang menjadkan al-Quran sebagai senjata menentang kita..

tak salah kita bekerja dalam bidang professional..malah kita sangat memerlukan tenaga-tenaga professional muslim agar menyokong dan memperkukuh perjuangan dakwah alim ulama'...sebaliknya...ramai yang terleka..mungkin terlupa seketika matlamat dan tujuan hidup di dunia..kita ini mewarisi perjuangan para nabi dan rasul..apatah lagi perjuangan Rasulullah SAW..

Usah tinggalkan bidang professional semata-mata untuk berada dalam bidang dakwah..semua orang dipertanggungjawabkan atas tugas dakwah..bukan alim ulama', ustaz ustazah, budak2 PMI dan budak2 masjid sahaja tapi semua..

kelak di akhirat..bilamana Allah SWT menyoal..apakah kita menlunaskan atau menjalankan tugas2 dakwah?alamatnya kita tak mampu jawab kerana kita tidak terlibat malah yang lebih teruk..terus tingalkan bidang dakwah dan mengikut arus duniawi ..innalillah...mungkin kerana nak jadi up-to-date...nak jadi ape orang panggil..modern?lebih kuranglah..

tapi bila disoal pulak..adkah kita menyumbang pada jalan dakwah atau membantu sahabat2 yang berada di jalan dakwah? ah...parah..lagilah kita tak dapat jawab..sebab? bila kawan2 kita buat aktiviti untuk beri kesedaran dan hal2 berkaitan Palestin..kita ketawakan mereka..bila kawan buat bengkel pemantapan ibadah..kita hasut kawan2 tak payah join..bukannya nak tolong tampalkan poster ke..nak tolong hebahkan ke..perkara kecil macam tu kalau kita niatkan kerana Allah dan islam..subhanallah..Insya allah..pahala..syaratnya..ikhlas..

ana sendiri dalam bidang conventional..nak ikut..lepas grad memang ana tak nak sambung dah..ana nak pi menuntut di sekolah pondok kat kelantan..tapi bila ana fikirkan harapan ummat..ana rase biarpun berada dalam bidang conventional tapi jangan lah kita tinggalkna dakwah..sahabat ana pun ramai yang dalam bidang conventional tapi turut serta dalam agenda dakwah secara berjemaah..

mungkin Islam juga memerlukan individu yang pakar dalam bidang investment juga..memang perlu ! islam perlukan ummatnya yang beriman dan bertaqwa dalam semua bidang agar kita sekali lagi kuasai dunia dengan islam...macam lagu adkah kau lupa nyanyian kumpulan alarme tu...sunguh memotivasikan diri lagu tu...Islam bukan hanya perlukan pakar2 dalam bidang fiqh, usuluddin, wahyu, syari'ah cuma tapi juga dalam bidang guaman, kedoktoran dan pendidikan serta banyak lagi agar Islam itu dapat kita laksanakan dalam seluruh bidang as a whole..

insya Allah..ana akan sambung juga study dalam bidang investment cuma jika cukup dana..bidang investment hanya ada di Australia..moga Allah permudahkan dan moga Allah sentiasa di dalam dir, hati, dan minda .. agar setiap waktu, saat dan detik yang berlalu, semuanya kerana Allah dan dengan mengingati Allah..

letih~ menaip..=)

salam alaik...

-hIdaYah-

~ sedih ~

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Pengasih..

selawat dan salam ke atas nabi junjungan, keluarga dan para sahabat

salam alaik

malam tadi ketiduran tanpa sempat muhasabah diri..malam tadi lepas discussion dengan sahabat2..balik singgah kat benteng mutiara..beli makanan..makanan yang mengingatkan ana saat ana kecil..saat abah n mama susah..bila renung kembali...subhanallah..terima kasih atas kasih sayangmu, kami sekeluarga hidup..mewah..dari segi perbelanjaan, walaupun nak dikirakan duit gaji abah tu sebenarnya tak berapa sangat..pegawai polis..pegawai rendah je kot//tapi alhamdulillah..tak pernah pula tak cukup, malah abah boleh kirim duit kat kami tiga beradik( akhi, ana dan farah) bila kami pulang..akhi memang jenis tak mintak duit..tapi makin dia diam..makin abah ngan mama risau..abah ngan mama sampai tak tahu nak bagi berape..sampai abah ada satu ketika bagi dia RM 200..bahnyak tu..huhu (n_n)... ana sendiri yang paling banyak abah bagi RM 100 tapi tu pun ana keberatan..abah selalunya bagi RM 50 je bila balik..kadang2 ana keberatan nak balik sebab abah pasti bagi duit..nanti saudara mara kate ana suke mintak duit..sedangkan abah kate...abah mampu dan tu tanggungjawab abah..

hm...ya Allah..anan ni boros...ukm sendiri pun cakap gitu bila satu ketika dia pernah bace tangan ana..dia kate ana boros..tapi semester ni banyak betul pakai duit..cepat sekali keringnya akaun maybank ana ... mujur ada backup..syukur..tapi tu pun sampai kena marah kot dengan mak saudara bila dia dengar..hm..

semalam p\beria benar nak ke masjid subuh berjemaah..tapi dok risau anjing2 yang banyak selalu lepak kat tempat laluan muslimat..hakikat lah ana ni memang seram dengan anjing..menggigil dengar salakannya..dari jauh dah rase nak lari..mungkin waktu dulu mase teman mama jual nasi lemak kat Temiang, pernah kena kejar anjing..haha..

sedih...nape ye?

sedih bila sahabat2 sampai hati buat ana gini..ana rase bersalah sangat dengan seseorang yang ana harapkan untuk bersama melyari bahtera pernikahan.. silap ana juga..tak jaga sir dan tak pegang kuat2 konsep hazar..dan silapnya..ana ni banyak dosa..tak layak untuk seseorang yang selalu berdamping dengan masjid dan al-Quran..

tapi ya Allah..andai dia untukku maka satukanlah hati kami keranaMu..dan jika dia bukan dicipta untukku maka jauhkan kami dan hubungkan kami dengan hubungan persahabatan..

ya Allah..ana redha dengan segala ketetapan..walau apa pun tohmahan dan dugaan..ana tetap mahu seperti hambamu Abu Dzar..'aku tidak takut akan celaan pencela' .. Dan selagi ana bernafas, selagi itu ana akan berusaha menjaga hati sahabat2 walau perlu korban kebahagiaan sendiri..kerana mereka itu orang2 soleh ya Allah..

-maaf sangat pada seseorang yang ana sayang..hidup ini susah..bukan nak fikir kita je..hakikatnya ana banyak salah pada dirinya..biar lah ana mencintai Allah sebenar-benarnya dahulu sebelum di anugerah seorang teman didunia..-

Tuesday, September 8, 2009

:: faham atau buat buat tak faham? ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Pengasih

selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia, Muhammad yang terpuji, sahabat, kaum keluarga serta seluruh nabi dan rasul..salamun alaik..

dua minggu lepas, ana present subjek biz development..yang lecturernya sangat lah baik..sangat2 baik sampai student ambil kesempatan..ada yang pernah datang kelas sekali dua je..hakikat lah..manusia memang salah satu sifatnya suka ambil kesempatan..

'halal products ; how much do we concern' ..

ana present tajuk ni..nak berkongsi info tentang keadaan muslims dietary kat Malaysia ni yang dah banyak sangat unsur-unsur syubhah dan ada pulak product yang haram kita guna tapi kita tak perasan. dan bagi guidelines tentang pilih product..

pasal tajuk ni tak banyak sangat kontroversi..tapi...yang jadi hangatnya presentation tu bila ada yang mempersoalkan tentang produk2 yang ana sarankan untuk boikot..time tu ana disoal macamlah ana pulak wakil JAKIM dan PPIM..

antara yang ana rase hairan dengan persoalan yang dikemukakan oleh kawan2 classmate ana, tentang coke @ coca cola..tu lah..kawan2 ni..tempoh hari ada wakil dari JAKIM datang mereka tak pi dengar pulak ceramahnya..speaker tu dah terangkan segalanya yang berkaitan coke ni..tentang mudharatnya kepada kesihatan dan tentang kandungannya yang syubhah...

bila ana katekan tentang kandungan alkohol yang terdapat dalam coke..hm.. macam2 soal pulak yang keluar sampai ana naik angin pulak..mujur Allah di hati..dapat ana kawal diri.. pastu, ana pula disoal..apa pandangan ana tentang coke..

pastilah haram!!!!!

'saya dah tinggalkan coke bertahun-tahun, tak mati pun tanpa coke..pada saya coke haram kerana, ianya product amerika, dan amerika bagi dana untuk tentera Israel membunuh saudara-saudara ana di Palestin. saya tak mahu disoal di akhirat kelak sebagai salah satu yang membantu pembunuhan saudara seaqidah sendiri'

mana mungkin anan akan minum coke..tapi adakalanya ana guna juga barangan amerika..tapi ats dasar, masih belum ada lagi produk yang lebih baik..masih menunggu produk muslim keluar menggantikan produk2 yang ana guna..

nak di katakan..ada pulak yang soal tentang ulama'..berpeluh ana nak jawab..hm..ini bukan perkara main2..lagi2 bila kita sentuh soal agama...kalau tanya tentang investment masih mampu ana jawab..ini soal agama dan syari'ah..

apa apa poun teruskan boikot..jangan kita hangat2 taik ayam je..pada kawan2 ana yang backup sangat syarikat coke tu dan masih berkeras nak minum coke, mcd dan sebagainya..ntum fikirkan baik2 ye..ana tak mahu ntum mterus-terusan menjadi penyumbang kepada kejayaan Yahudi dan rakan-rakan mereka menjatuhkan Islam...

KEEP BOYCOTTING PRODUCT US, ISRAEL AND THEIR FRIENDS..KEEP DONATING TU PALESTIN

~sedihnya dengan masyarakat yang sesetengahnya mempermainkan dan mengejek2 aktivis2 yang memperjuangkan kebebasan palestin yang merupakan perjuangan agama~

-nhr-

Tuesday, September 1, 2009

::aku dan kemenangan::

dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang

selawat dan salam buat Rasul junjungan, para rasul dan kaum kerabat keseluruhannya, para sahabat juga.

akhirnya, diri ini menang..menang melawan diri sendiri.. (n_n)

syukur yang tak terhingga ke hadrat kekasih tercinta, Allah azzawajalla atas kurnia kepada hamba yang hina ini....tidak henti-henti tangisan di malam hari dek kerana teringatkan kasih Illahi yang tetap diberi olehNya kepada hamba yang penuh dengan palitan dosa ini..

akhirnya setelah lama berfikir dan istikharah, ana mendapat jawapan dan akhirnya ana mengambil keputusan nekad..untuk tinggalkan semua yang ada disisi termasuk orang-orang yang sangat ana kasihi demi cinta Illahi yang suci.. eh..lain macam pulak bunyinya..maksud anan tfamily ana sebab ana nak pi study jauh lepas ni..jauh dari mereka demi mengejar cinta Illahi yang abadi..

ana tak kisah dah lepas ni siapa nak mengata..ana memang nak jadi alim pun..sakiit hati bila dengar orang cakap macam2..tapi yang nak masuk syurga ana..andaikata mereka nak turut serta..Subhanallah..marilah sama2 merentas onak duri dunia yang merupakan negara ujian dan bala ini bersama..

hayya sahabat wa sahabati..tolong jangan lemahkan semangat ini..

buat pertamakalinya ana bebaskan handphone ana dari tangan ..kalau tak 24 jam agaknya melekat kat tangan membalas mesej2 sahabat dari serata tempat..walau pun sahabat..tapi ana tak mahu terlibat dengan masalah hati...tapi sahabiyah jangan risau..mesej ntum tetap ana balas..

rasa suram pada mulanya ramadhan kali ini..mungkin kerana kenangan lalu terhadap arwah akhi dan arwah wan masih segar di ingatan..akhirnya di madrasah ramadhan fasa ke-2 ini ana bertaambah seronok dan tidak sabar rasenya nak bermunajat di sepertigamalam bila petang menjelma..

selama ini ana terperangkap dengan masalah sahabat2 sehingga ana terlibat sama..Innalillah..mujur sahabat ana di kampung nakhoda, selayang sering ingatkan agar jangan kita, saat berdakwah,kita pula yang tertarik ke arah mereka..1 gain..ana dapat manage skill untuk berhadapan dengan teman2 yang bermasalah dengan semakin baik tanpa terlibat sama...mungkin ana perlu fikirkan diri sendiri juga bila nak bantu orang next time...

hm..sunyi puasa ni tanpa kaklong dan anak-anaknya..kaklong,alhamdulillah,rezekinya melimpah ruah semenjak dapat anak..tahun ni dapat pula berpuasa di makkah al mukarramah wa madinah al munawwarah..subhanallah..permudahkan jalan untukku sampai ke tanah suci mu itu..rindu sungguh akau dengan Rasulullah dan para sahabat..bilakah ana nak dapat ziarah tanah yang pernah mereka pijak itu...

kaklong kat sana pasti lagi bertambah seronok beribadat..hari khamis ni insyaAllah moga dia dan suami serta sahabat2 lain selamat sampai ke tanah air..

oh ya..ana menang apa ye tadi?

huhu..menang terhadap diri sendiri..baru2 ni ada seorang kawan yang meluahkan isi hati..untuk bebarap ketika ana dilanda dilema..masalah hati ni..yang menyebabkan ana hilang fokus terhadap Ramadhan..Syukur ana diberi kekuatan untuk membuat keputusan yang terbaik dan akhirnya ana minta agar dia menjauhi diri ana yang penuh dosa ini..pergilah jauh..ana tidak mahu ana jadi punca kaum rijal leka daripada cinta Illahi..

dan dia menerima seadanya..=)..

ya Allah..hidup suburkan hatiku dengan hidayahMu dan tunjuki hati ini dengan taufiq dariMu..semarakkan hati ini dengan cinta dan rindu kepada mu..bakar semangat jiwa ini dengan kalimah tauhidmu agar aku terus berjuang menegakkan agamamu..

seronok ramdhan kali ini semenjak Farah masuk IIUM..dapat berkongsi banyak cerita dan beri banyak panduan..terasa diri ini berteman pula..yelah..dulu kaklong dah grad bila ana melangkah ke universiti..akhi adha?hm~ bekeng semacam..katanya
'abang hantar pergi belajar..pergilah belajar sebaiknya..jangan main2..'
'buat apa call2 abang ni..jangan membazir duit..abang ok je..dah pi study'

hm..memanglah seorang akhi yang baik..selalu suruh ana study.. tapi bila dia balik rumah..dia taklah segarang itu..malah tak berseri dan ceria tanpa dia dan lawak antarabangsanya..

alhamdulillah..hubung keluarga kami terasa makin erat...sangat2 erat..terasa rindu setiap hari..hampir setiap hari ana call family kat rumah,farah dan mesej akhi ..kaklong?jauh...

dan..ana bertambah excited bila sekarang dah semakin sibuk dengan assignment..dah tak de masa ana nak fikir pasal tido dah..terasa seronok dan rancak pula bila assignment berlambak..sekaligus terus buat revision..dan homework tanpa lengah selain sibuk dengan final project - VIVA-...

doain ana ya teman2..

oh dan teman2 di masjid as-syakirin...=) seronok ana meemrhati kan mereka setiap malam ..terasa kemesraan dan keriangan mereka menusuk kalbu..di manalah ana nak cari ganti teman2 dan keceriaan serta kasih yang mereka beri pada ana lepas grad yang Insya Allah lagi 2-3 bulan ni..

paling ana rindu pastinya...a....a...as-syakirin! =)huhu..

moga ana dapat sambung di segamat lagi selepas setahun..dan saat itu..moga ustaz ukm dan uks serta ustaz azrul masih disini..

aduh tak ingat pula doa yang ana nak kongsi bersama..

oh ya..

saat kita di hasut oleh anasir2 durjana syaitan dan hawa nafsu..doalah sebegini dan amalkan insyaAllah..ana dah menang! ntum juga akan menang..

'sesungguhnya aku berlindung kepada Allah dari hasutan syaitan dan godaan hawa nafsu dan sesungguhnya kau beriman dengan sebenar-benar iman'

salam ramadhan kareem...

selamat grad dengan cemerlang dari madrasah ramadhan kali ini..moga berjaya jadi individu muslim sejati...amin..

-HiDaYah (n_n)-