when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Tuesday, August 25, 2009

:: kartika oh kartika ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad al-amin SAW, keluarga serta sahabatjuga ke atas para rasul
salam alaik sahabat2..
kartika sari dewi shukarno..pernah dengar bukan namanya?
dia di jatuhkan hukuman sebat 10 kali di atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai..
persoalan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak :
'orang lain lagi ramai yang minum'
tapi bukan itu saje yang jadi isu, sebenarnya isu utama yang dibangkitkan adalah ' hukuman sebat' yang dijatuhkan ke atas nya oleh mahkamah syariah.
ternyata ada pihak yang tidak berpuas hati dan memohon agar ianya dibatalkan atau dipinda hukuman ke atasnya bertunjangkan alasan,
' wanita..patutkah di hukum rotan?'
ternyata ramai yang tak sempurna pengajiannya waktu di sekolah agama dulu..hm..atau mungkin nak menyatakan bahawa undang2 Allah SWT tidak relevan..menindas wanita dan sebagainya..
dalam hal2 begini ternyata Islam itu adalah adil..hukuman yang dijatuhkan untuk kaum rijal (lelaki) sama dengan hukuman yang dijatuhkan untuk kaum nisa' (wanita)
kalau dah mencuri hukumnya potong tangan, maka tidak kira lelaki atau wanita, maka potong tanganlah hukuman yang seharusnya..
ada isu baru berkenaan kes ini, ada pula yang mohon agar di mansuhkan hukuman sebat dek kerana tidak relevan dengan environment dan attitude masyarakat di Malaysia.
'orang malaysia semuanya hidup atas peri kemanusiaan..simpati dan kasihan'
nah..terpulang pada setiap individu untuk menilai..
ada yang menyatakan bahawa hukuman sebat tidak mendatangkan pengajaran bagi masyarakat..
eh..ye ke?
ana masih ingat zaman sekolah dulu, ada pihak penjara melakukan demonstrasi hukuman sebatan, dan dipaparkan hukuman sebatan yang sebenar..seram sejuk seluruh tubuh sampai ke jiwa dan minda..lantas terus di mind set kan dalam fikiran bahawa..jangan sesekali ahli keluarga ku terlibat dengan kesalahan jenayah..
setiap perkara pasti ada hikmahnya..itu janji Allah pada setiap manusia..
ayuh sahabat2..jangan sekadar menggeleng kepala membaca isu yang menimpa kartika..ya..kita simpati terhadap dia..tapi berpada..ini kesalahan di sis agama..
jika hukuman dimansuhkan..lantas apa hukuman yang layak?
denda?
masyarakat sekarang sudah mampu..
ana teringat isu mat rempit..eprnah di usul oleh masyarakat bahawa tangkap mereka dan suruh buat community service..
sangat mantap idea itu..
tapi perlaksanaannya memakan masa...dan kos serta hm...sukar2...
moga ummat islam dapat pengajaran dari kes kartika..dan untuk kartika..sama-sama kita doakan yang terbaik untuknya, dan doakan moga dia dikurniakan hidayah agar menjadi wanita yang lebih cantik..iaitu wanita dengan iman yang penuh di dada..
p/s ; diri ini penuh dosa..ku harapkan ampunan dari diri MU..ya Allah..berilah kami kemantapan iman dan kekuatan agar kami terus terusan dalam agamamu..menjadi pembantu2 agamamu..
tidak berniat menghina sesiapa..mohon maaf jika terasa..sekadar luahan peribadi cuma..untuk manfaat bersama..Insya Allah..
yakin kerajaan bijak mengatasi mslh ini..
::SALAM RAMADHAN KAREEM::

0 comments:

Post a Comment