when iman is inside

:: life is beautiful when everything is for Allah SWT ::

Tuesday, August 25, 2009

::palestin kini::

Terkini : Tentera Al Ummah dakwa Hamas menyimpang dari Islam

on August 20th, 2009
Khamis, 20/08/2009 – Tentera Al Ummah Kebangsaan, sebuah kumpulan gerakan di Gaza, mendakwa dalam satu siding media pada Rabu, bahawa Gerakan Pejuangan Islam ( Hamas ) telah menyimpang dari ajaran Islam dan ajarannya, serta menuruti sistem barat.

Kumpulan Al Ummah juga memberi amaran akan bertindak balas jika Hamas mensasarkan serangan ke atas pejuang dan ahli mereka.
Dakwaan ini berlaku selepas tentera Al-Ummah menjadi mangsa serangan pasukan keselamatan Hamas pada tahun lepas, sedangkan Hamas mendakwa mereka menyerang kumpulan yang menentang penguasaan mereka di Gaza.
Al-Ummah menyatakan, Gaza adalah sumber kekuatan kerohanian Islam, dan malangnya Hamas yang mana mendakwa mereka pejuang Islam, dengan jelasnya telah menyimpang dari ajaran itu.

Mereka juga mendakwa, pimpinan Hamas seperti Ismail Haniyya, Mahmoud Al Zahhar, Younis Astal dan Khalid Mashal, telah menjadi pengikut telunjuk barat selagi mana Hamas mempercayai sistem pilihan raya merupakan medan bagi membentuk sebuah kerajaan.
Mereka mendakwa , Hamas seharusnya menjalankan Undang-undang Islam, dan mempraktikkan sebagaimana ajaran ahli Sunnah dan Al-Quran.
Tentera Kebangsaan itu menafikan pejuang Hamas adalah ‘mujahidin’, dan menukarkan mereka kepada gerakan dan penentang Islam. Mereka terus mengugut untuk bertindak balas selagi Hamas menyerang pejuang mereka. Tentera Al Ummah merupakan rangkaian Al Qaeda, yang mana pemimpin mereka di Gaza, Abu Hafss, telah meyatakan Hamas tidak mengikut acuan syariah yang telah diwahyukan oleh Allah dan tidak mengikut ajaran Islam. Dia menambah, kumpulan mereka tidak bersangkut paut dengan Al-Qaeda dan hanya sama melalui ideologi perjuangan.
sumber : http://www.imemc.orgpenterjemah : mujaheed929


-->

:: kartika oh kartika ::

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad al-amin SAW, keluarga serta sahabatjuga ke atas para rasul
salam alaik sahabat2..
kartika sari dewi shukarno..pernah dengar bukan namanya?
dia di jatuhkan hukuman sebat 10 kali di atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai..
persoalan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak :
'orang lain lagi ramai yang minum'
tapi bukan itu saje yang jadi isu, sebenarnya isu utama yang dibangkitkan adalah ' hukuman sebat' yang dijatuhkan ke atas nya oleh mahkamah syariah.
ternyata ada pihak yang tidak berpuas hati dan memohon agar ianya dibatalkan atau dipinda hukuman ke atasnya bertunjangkan alasan,
' wanita..patutkah di hukum rotan?'
ternyata ramai yang tak sempurna pengajiannya waktu di sekolah agama dulu..hm..atau mungkin nak menyatakan bahawa undang2 Allah SWT tidak relevan..menindas wanita dan sebagainya..
dalam hal2 begini ternyata Islam itu adalah adil..hukuman yang dijatuhkan untuk kaum rijal (lelaki) sama dengan hukuman yang dijatuhkan untuk kaum nisa' (wanita)
kalau dah mencuri hukumnya potong tangan, maka tidak kira lelaki atau wanita, maka potong tanganlah hukuman yang seharusnya..
ada isu baru berkenaan kes ini, ada pula yang mohon agar di mansuhkan hukuman sebat dek kerana tidak relevan dengan environment dan attitude masyarakat di Malaysia.
'orang malaysia semuanya hidup atas peri kemanusiaan..simpati dan kasihan'
nah..terpulang pada setiap individu untuk menilai..
ada yang menyatakan bahawa hukuman sebat tidak mendatangkan pengajaran bagi masyarakat..
eh..ye ke?
ana masih ingat zaman sekolah dulu, ada pihak penjara melakukan demonstrasi hukuman sebatan, dan dipaparkan hukuman sebatan yang sebenar..seram sejuk seluruh tubuh sampai ke jiwa dan minda..lantas terus di mind set kan dalam fikiran bahawa..jangan sesekali ahli keluarga ku terlibat dengan kesalahan jenayah..
setiap perkara pasti ada hikmahnya..itu janji Allah pada setiap manusia..
ayuh sahabat2..jangan sekadar menggeleng kepala membaca isu yang menimpa kartika..ya..kita simpati terhadap dia..tapi berpada..ini kesalahan di sis agama..
jika hukuman dimansuhkan..lantas apa hukuman yang layak?
denda?
masyarakat sekarang sudah mampu..
ana teringat isu mat rempit..eprnah di usul oleh masyarakat bahawa tangkap mereka dan suruh buat community service..
sangat mantap idea itu..
tapi perlaksanaannya memakan masa...dan kos serta hm...sukar2...
moga ummat islam dapat pengajaran dari kes kartika..dan untuk kartika..sama-sama kita doakan yang terbaik untuknya, dan doakan moga dia dikurniakan hidayah agar menjadi wanita yang lebih cantik..iaitu wanita dengan iman yang penuh di dada..
p/s ; diri ini penuh dosa..ku harapkan ampunan dari diri MU..ya Allah..berilah kami kemantapan iman dan kekuatan agar kami terus terusan dalam agamamu..menjadi pembantu2 agamamu..
tidak berniat menghina sesiapa..mohon maaf jika terasa..sekadar luahan peribadi cuma..untuk manfaat bersama..Insya Allah..
yakin kerajaan bijak mengatasi mslh ini..
::SALAM RAMADHAN KAREEM::

Wednesday, August 19, 2009

::ahlan ya ramadhan::

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad SAW, para sahabat dan ahli keluarga serta para nabi sekaliannya

hm~ hari yang sangat meletihkan..mungkin kerana dosa yang makin bertambah, membuatkan hidup ini kelihatan pudar serinya..mujur iman masih bercahaya..di dalam kabus nampak sinarnya..

ramadhan..ahlan ya ramadhan..

jika berakhirnya ramadhan yang lalu tidak membawa apa-apa perubahan abgi diri kita sehingga ke ramadhan yang bakal menjelma, maka ada sesuatu yang tidak kena.
ramadhan bulan yang sangat2 mentarbiah kita menjadi pencinta Illahi yang sejati..hari-hari dipenuhi dengan kelapangan hati dan kegirangan dek kerana seronok beribadah..tidak cukup puasa dan tarawih, tadarrus al-Quran dan qiyamullail dilakukan penuh kerinduan terhadap Illahi..

sungguh..diri sangat merindui bulan mulia yang penuh nikmat dan rezeki ini..

tapi..ada juga yang membuatkan ana fobia terhadap bulan yang dinanti..
berlalunya ramadhan yang lepas dengan tangisan membuatkan ana buat beberap hari trauma memikirkannya..pemergian abang Khairy dan wan yang di sayango benar2 membuatkan ana begitu berhati-hati kali ini..
pemergian mereka di saat ana jauh..jauh dari mereka..tidak sempat berjumpa dan memohon ampun..membuatkan ana kadangkala menitiskan air mata..tambahan pula abang ana tempoh hari sakit..demam tenat menyebabkan ana sangat khuatir..

jika ada di antara ahli keluarga yang mahu dijemput oleh Yang Maha Pencipta..sesungguhnya Allah SWT lebih menyayangi mereka..ana redha akan pemergian mereka..atau seandainya ana yang pergi dahulu..ana mohon sangat agar ana dapat bersama mereka walau untuk seketika, menjaga mereka atau dijaga oleh mereka..agar sempat ana merasai kasih sayang mereka di saat akhir dan sempat memohon ampun..

sesungguhnya semua itu adalah rahsia dari Illahi..

hari yang dilalui berlalu dengan dosa..dosa yang ana sendiri tidak mungkin dapat memaafkan diri ana..sungguh hina hingga sekecil dosa pun tidak mampu dielak..

Allahu Rabbi..there is no one who loves me like you do..no one could ever take cares about me better than you..Allah..please..allow me to love you and grant me with the feeling of missing u so much and love you..only you..

p/s: mudahnya iman digugah dengan hasutan syaitan yang cuma kecil...