selawat dan salam ke atas kekasih junjungan mulia ,keluarga,sahabat juga kepada seluruh para nabi
kadang2 ana asyik benar memikirkan, apakah antara sebab yang boleh membatalkan syahadah..dan ia membuatkan ana terfikir tentang orang2 yang ana kasihi, teman2, keluarga serta mereka2 yang berada disekeliling ana..malah diri ana sendiri..mungkinkah tanpa sedar ana dah melakukan perkara yang membatalkan aqidah?
pernah juga ana bincangkan dengan ustaz kamarulzaman sulaiman tentang hal ini..saat tu ana kepingin benar inspeksi permas menjadikan isu ini sebagai tajuk artikel terbitan mingguan..tapi kesibukan akhirnya membuatkan ana lupa nak terbitkan tentang tajuk tu..apatah lagi dengan bahan yang tidak mencukupi saat itu..dan ketiadaan internet membuatkan ana makin melupakan hasrat hati itu dan meneruskan dengan artikel2 yang telah sedia ada yang diambil dari internet..
baru-baru ini waktu ana on the way ke pejabat ustaz kamaruddin, ana singgah di kedai buku..sengaja mencari buku2 baru yang ada..dan akhirnya pencarian ana diakhiri dengan pembelian..haha..=)..ana beli sebuah buku yang dapat ana jadikan rujukan dan panduan serta sebaran infonya kepada teman2..tajuknya ' 20 amalan perosak aqidah '
tapi as usual..ana tak habis baca lagi..lantas menambah bilangan buku2 yang sedia menimbun untuk di khatamkan.. tapi ana nak jugak kongsi dengan teman2 tentang amalan2 yang disebut oleh penulis buku itu sebagai amalan perosak aqidah oleh Saudara Muhammad Aiman al-Fathimelalui penerbitan alfalah..
20 amalan perosak aqidah :
1. bertawakkal dan bergantung selain kepada Allah SWT
2. mengingkari nikmat Allah SWT
3. bekerja dengan tujuan selain Allah SWT
4. berhukum dengan hukum manusia, bukan dengan hukum Allah SWT
5. memfokuskan segala kekuatan kepada selain Allah SWT
6. menjalankan hukum selain dari hukum Allah SWT
7. benci atau menentang salah satu kandungan ajaran Islam
8. menghina salah satu isi dari al-Quran atau as-Sunnah
9. mencintai kehidupan dunia melebihi kecintaannya terhadap akhirat
10. menghalalkan apa yang diharamkan Allah atau sebaliknya
11. tidak beriman dengan seluruh sumber hukum
12. mengambil orang kafir atau munafiqin sebagai pemimpin
13. tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah SAW
14. rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhid
15. mengatakan kewujudan pertentangan al-Quran
16. tidak mengetahui makrifat Allah SWT
17. tidak mengenal rasul dan menolak kebenarannya
18. mengkafirkan orang yang melafazkan Syahadatain
19. mengerjakan suatu ibadah bukan kerana Allah SWT
20. melakukan ibadat dengan riak
ana kepingin benar nak berkongsi isi tentang setiap amalan ini tapi ana juga belum habis baca yang pertama lagi..jadi, makanya, nanti dulu lah ye..moga yang telah tersenarai di atas kita fikir2kan, renung2kan, tepuklah dada dan tanya iman..
wallahu ta'ala 'alam
-nak tidor dah ^-^-
Nigerian workers strike over cost of living crisis
7 months ago
3 comments:
Bercakap dengan ilmu, diam di dalam perkara yang tidak (belum) diketahui.
Wallahu 'Alam
Post a Comment